TM Piala FA – Perak Vs Kuala Muda Naza (result)

TM Piala FA

Sabtu 21 Februari 2009
Stadium Perak
8:45PM

Perak 1 – 1 Kuala Muda Naza

Skuad seladang terlepas peluang untuk mengutip mata penuh apabila sekadar mencatatkan keputusan seri 1 – 1 di Stadium Perak malam tadi bertemu Kuala Muda Naza pada perlawanan TM Piala FA 2009 pusingan 2 timbal balik pertama.

Gol pembukaan Perak dijaringkan oleh Saufi Sa’aidi pada minit ke 41 melalui satu tandukan yang menarik setelah menerima umpanan dari Mohd Nor Hazrul yang membuat sepakan percuma dari luar kotak penalti Kuala Muda Naza.

Gol penyamaan dari pasukan Kuala Muda Naza hadir pada lewat permainan apabila Anuar Jusoh yang menerima bola hantaran dari rakan merembat kencang dari luar kotak penalti Perak yang gagal dicapai oleh penjaga gol Perak, Kamarul Effandi pada minit ke 85.

Perak memulakan aksi dihadapan kira-kira 2 ribu orang penonton dengan beberapa pemain yang jarang mendapat tempat dalam kesebelasan utama iaitu Isma Alif, Mohd Nor Hazrul dan pemain dari skuad Presiden, Muhammad Khalis Ibrahim.

Aksi sulung pemain ini mengundang pujian dari peminat apabila beliau dilihat beraksi lincah mengucar-kacirkan pertahanan lawan sehinggalah dikeluarkan pada minit ke 85 kerana masalah kekejangan otot dan tempatnya digantikan oleh Safwan Mahayuddin.

Pujian juga harus diberikan kepada kekentalan benteng Perak oleh Mohd Hafiszuan yang beraksi baik ditengah bersama Chun Keng Hong dan Mohd Nor Hazrul sebagai pertahanan kanan dan Syazwan Roslan dibahagian kiri selain Kamarul Effandi sebagai penjaga gawang.

Pada minit ke 77, Arsyah Ayob telah dikeluarkan untuk digantikan oleh K. Thinagaran dan ini dilihat oleh majoriti peminat sebagai ‘turning point’ kepada ‘buntunya’ barisan tengah Perak dalam menjana serangan yang sebelum ini cukup baik diterajui oleh beliau.

Penjaring terbanyak Perak, Razali Umar yang dikhabarkan kurang cergas, hanya masuk pada separuh masa kedua menggantikan Shahrizal Saad untuk bergandingan dengan Saufi Sa’aidi namun sumbangan beliau agak hambar pada perlawanan ini.

Dengan senario penyerang yang kurang cergas ini adalah perlu bagi jurulatih untuk membawa naik seorang penyerang dari skuad Presiden bagi mengisi slot tersebut disamping mematuhi peraturan seorang pemain bawah 20 tahun untuk setiap perlawanan.

Secara keseluruhannya permainan pasukan Perak menghiburkan peminat yang hadir walaupun sepatutnya kita mampu untuk mengutip 3 mata penuh sebelum bertandang ke Stadium Darul Aman pada perlawanan kedua selasa nanti.

Kesebelasan Utama:

Kamarul Effendi
Mohd Nor Hazrul
Mohd Hafiszuan
Chun Keng Hong
Syazwan Roslan
Khalis Ibrahim – 3
Mohd Arsyah Ayob – 2
Mohd Nazri Kamal
Isma Alif
Shahrizal Saad – 1
Saufi Sa’aidi

Pertukaran:

Razali Umar – 1
K. Thinagaran – 2
Safwan Mahayuddin – 3

Krew Info: San

Keputusan Perlawanan Lain 21 Februari 2009

Kedah 1 – 1 My Team
Stadium Darul Aman, Alor Setar

Kelantan 5 – 1 PDRM
Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu

T-Team 2 – 0 Sarawak
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Pulau Pinang 1 – 1 Negeri Sembilan
Stadium Batu Kawan, Seberang Perai

Terengganu 2 – 1 Harimau Muda
Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin

PKNS FC 1 – 2 Perlis
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Kuala Lumpur 0 – 1 Selangor
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras

Likes(0)Dislikes(0)

7 thoughts on “TM Piala FA – Perak Vs Kuala Muda Naza (result)

  1. Yashurr Yazurry

    Salam...
    Tahniah buat Seladang Jr. walaupun seri namun persembahan dan corak permainan mereka semalam jauh lebih baik dari
    pertemuan ketika menentang Terengganu tempoh hari..

    Percaturan M.Karathu semalam pada awalnya mengundang rasa cemas teman apabila melihat barisan pertahanan yang agak 'ganjil' dimana Nor Hazrul diletakkan selaku pertahanan kanan.

    Namun, Alhamdulillah, Nor Hazrul dapat menjalankan tugasnya dengan baik walaupun pada awalnya kelihatan agak kekok.

    Pujian teman berikan kepada pertahan tengah semalam, iaitu Hafiszuan, bertindak selaku stopper beliau begitu cepat membaca hantaran mahupun asakan lawan.

    Dibahagian tengah semalam menyaksikan persembahan yang mantap, gandingan antara Nazri Kamal dan Arsyah Ayob kelihatan begitu serasi.

    Arsyah Ayob yang sebelum ini lebih banyak beraksi dibahagian sayap, membuktikan bahawa beliau lebih selesa jika diletakkan selaku pemain tengah. Beliau mampu menjana serangan melalui hantaran kepada penyerang.

    Namun mungkin faktor usia menyebabkan beliau kelihatan penat dan hantaran-hantaran beliau kurang kemas sebelum 5 minit beliau dikeluarkan.

    Buat Arsyah Ayob, teman yakin mike boleh, tingkatkan tahap stamina mike.. insyaAllah mike boleh jadi general dibahagian tengah jika kelemahan itu diperbaiki.

    Pujian teman juga diberikan kepada pemain 'baru' semalam, iaitu Khalis, larian mantap dan confident level yang tinggi, membuatkan penyokong yakin yang beliau mampu pergi lebih jauh.

    Tak lupa kepada Saufi, tahniah kerana jaringan pertama dari beliau itu sedikit sebanyak membuktikan bahawa Perak tidak ketandusan penyerang.

    Namun teman setuju dengan penulis, kita harus naikan seorang lagi penyerang dari skuad presiden yang mantap. InsyaAllah kita pasti temuinya tak lama lagi.

    Walau bagaimanapun, persembahan semalam menghiburkan, diharap skuad muda kita dapat menundukkan KM Naza
    di tempat lawan nanti, InsyaAllah dengan usaha kalian, kita pasti mara.

    Ayuh Seladang Mantap!!!
    Skor Yob Skor!!!
    Masih ada yang Setia menyokongmu..

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. 8

    Secara keseluruhan nye perlawanan malam semalam bak kata Shamsul ghau-ghau 'MANTOP' dan menghiburkan, jauh berbeza perlawanan menentang Terengganu sebelum ini.. Tabik harus saya berikan disini kepada pemain muda Perak kerana berjaya menguasai perlawanan dgn baik semalam seterus nye menenggelam kan barisan 'OTAI' KM NAZA yg seolah-olah hilang idea untuk merencanakan gerakan, Kemasukan beberape pemain yg sebelum ini banyak memanaskan bangku simpanan dilihat bermain cukup baik dan ini satu perkembangan positif buat pemain dan peminat untuk menilai kebolehan diri mereka sendiri.

    Tapi sayangnya kerana salah percaturan dalam pertukaran pemain membawa padah apabila bahagian tengah Perak yang sebelum ini di kuasai Arsyah Ayob ditukarkan keluar untuk memberi laluan buat Thinagaran, tapi kemasukan pemain ini tidak memberi impak seperti yang dilakukan Arsyah, dan ini memberi peluang buat pasukan KM NAZA mengatur serangan seterusnya memperolehi gol penyamaan. Apapun tahniah buat pasukan Perak kerana bermain cukup cantik malam semalam.. Skor yob Skor.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. belanak

    Salam...

    Satu permainan yang menarik dengan kombinasi yang baru. Line-up yang fresh dan segar memberi satu impak yang besar dalam game malam tadi. Tahniah!! Dengan pendedahan awal sebegini semoga kita mempunyai pemain yang boleh diharapkan dan coach tidak pening kepala sekiranya ada yang injured/cedera untuk mencari pemain gantian.

    Semangat juang sebegini diharapkan dapat diteruskan untuk game timbal balik di Darul Aman nanti. Jangan leka dan teruskan perjuangan kalian untuk memburu gol kemenangan semoga kita dapat ke game seterusnya dalam Piala FA.

    Fokus dan berikan sepenuh perhatian arahan coach. Dengan kerjasama semua pihak, semoga kita melangkah ke peringkat seterusnya dan teman percaya kalian boleh melakukan yang terbaik untuk diri sendiri dan penyokong.

    Tiada yang mustahil. Hanya kecekalan dan kekentalan hati dapat menghadapi setiap rintangan yang bakal ditempuhi kelak. Teruskan perjuangan kalian dan kami para penyokong akan terus menyokong kalian walau apa pun terjadi.

    Ayuh Perak Jr.. Kejor Yob Kejor... Skor Yob Skor!!
    Apa yang penting... KERJASAMA!!
    Apa yang penting... KERJASAMA!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. taufiq

    Salam buat semua.

    Alhamdulillah, pasukan kita tidak kalah dalam perlawanan pertama pusingan kedua saingan Piala FA kali ini. Maklumat yang teman perolehi adalah pemain kita bermain agak cemerlang di separuh masa pertama dengan penampilan sulung Khalis Ibrahim yang berjaya menkucar-kacirkan pertahanan lawan. Walaupun beliau hanyalah pemain skuad Presiden, tetapi itulah aset yang amat berharga bagi jentera tengah pasukan perak.

    Walaupun seri pada perlawanan pertama, Perak haruslah lebih berhati-hati apabila bertandang di tempat lawan nanti. Percaturan jurulatih merehatkan S.Subramaniam, mungkin itu adalah strategi untuk dibawa pada perlawanan kedua di Darul Aman nanti. Teman percaya, sekiranya corak permainan yang ditunjukkan semasa perlawanan pertama ditingkatkan, sudah tentu pasukan KM Naza akan berputih mata.

    Untuk Kamarul Effendi, satu persembahan yang menarik dan jadikan kesilapan yang lalu sebagai pengajaran dan perlu diperbetulkan demi menaikkan prestasi anda sebagai seorang penjaga gol yang disegani. Semua pemain adalah yang terbaik, jangan jadikan pengalaman lalu sebagai titik tolak kemampuan kita. Tanamkan semangat 'Setiap permainan adalah Perlawanan Akhir, perlawanan yang menentukan siapa kalah dan siapa menang'. Utamakan semangat berpasukan, tajamkan serangan, kekalkan kekentalan benteng pertahanan kita. Perak Pasti Gemilang..

    "Score Yob Score"

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. syidi

    Pujian harus diberikan kepada barisan kejurulatihan Perak kerana menurunkan pelapis skuad Perak Muhammad Khalis Ibrahim yang menjadi tanda tanya penyokong-penyokong Perak semalam.

    Tindakan sebegini diharap berterusan dan mungkin ramai lagi anak-anak muda Skuad Presiden yang berpotensi untuk diberi pendedahan bersama Skuad Senior. Muhammad Khalis dilihat seorang positif dan mempergunakan peluang bermain dalam kesebelasan utama sebaik mungkin, ini dibuktikan dengan aksi lincah disamping menghuru-harakan pertahanan KM Naza semalam.

    Pun begitu, kemenangan di Alor Setar Selasa nanti amat penting sekali. Diharap, M Karuthu sudah mempunyai perancangan untuk tujuan itu. Tahniah dan ingat 'pastikan hari ini lebih baik daripada semalam'.

    SKOR YOB SKOR!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. sunrise

    salam

    tahniah kepada skuad Perak yang mampu menyekat skuad Kuala Muda Naza dari terus memenangi perlawanan semalam,walaupun hanya menurunkan pemain yang bukan kesebelasan utama,disini sudah terbukti bahawa skuad Perak sebenarnya mempunyai ramai pemain yang mampu menggalas tanggungjawap dengan berkesan apabila mereka diturunkan. cuma apa yang diharapkan selepas ini pihak jurulatih dapat melatih pemain lebih kepada taktikal,kerana apa sepanjang saingan liga super dan piala f.a dijalankan ,pemain yang diturunkan memang tidak mempunyai kelemahan dari segi stamina,cuma kelemahan yang teramat ketara hanyalah dari segi taktikal dan mentaliti. diharapkan kepada peman pemain perlu lebih mendalami ilmu taktikal bola sepak supaya anda semua lebih bagus dan lebih mantap untuk mengharungi saingan liga malaysia

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. irKupa

    salam...

    tahniah buat pasukan perak atas kejayaan ini serta difahamkan bermain dengan begitu baik sekali...teman tidak dapat menghadirkan diri ke stadium atas sebab tertentu, tapi dengan komen2 di atas, sekali lagi tahniah kerana menampilkan persembahan berkualiti....buat player muda yang baru dimasukkan, khalis ibrahim teruskan usaha hingga mencapai status peenggempur digeruni...sekian

    -kejor yob skor-

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.