TM Piala FA – Kuala Muda Naza Vs Perak (review)

TM Piala FA

Selasa 24 Februari 2009
Stadium Darul Aman
8:45PM

Perlawanan timbal balik kedua TM Piala FA musim 2009 pusingan 2 untuk skuad seladang adalah bertandang ke Stadium Darul Aman, Alor Setar malam esok menentang pasukan kelab dari Kedah, Kuala Muda Naza.

Seperti yang umum ketahui pasukan Perak hanya berjaya mencatatkan keputusan seri 1 – 1 ketika timbal balik pertama tempohari di Ipoh dengan gol tunggal pasukan tuan rumah dijaringkan oleh pemain muda kelahiran Kelantan, Mohd Saufi Sa’aidi.

Perak dijangka menurunkan barisan peman yang sama tempohari untuk perlawanan kedua ini disamping tidak menyenaraikan beberapa pemain seperti ketua pasukan, S. Subramaniam dan K. Puvinderan yang masih lagi menjalani proses penyembuhan.

Pembantu jurulatih Raja Azlan Shah ketika dihubungi berkata, barisan yang diturunkan pada perlawanan pertama lalu telah mempamerkan permainan yang menarik dan panel kejurulatihan merasakan pemain-pemain tersebut wajar diberi peluang kedua kali ini.

“Beberapa pemain telah menunjukkan prestasi yang boleh dibanggakan dan jika mereka mengikut displin yang telah kita tetapkan sebelum ini tidak mustahil kita mampu memenangi perlawanan kedua di Stadium Darul Aman nanti.”

“Saya berharap mana-mana pemain yang telah diberikan tempat beraksi hari ini dapat menggunakan sepenuhnya peluang itu untuk meraih kemenangan dan seterusnya membawa pasukan Perak melangkah keperingkat suku akhir” jelas beliau.

Pasukan Perak akan bertolak ke Alor Setar pada pukul 3:00 petang ini untuk membuat persiapan awal dan kepada penyokong Perak jangan lupa untuk hadir memberikan sokongan kepada pasukan muda seladang malam esok.

Kesebelasan kemungkinan:

Kamarul Effandi (PG)
Mohd Nor Hazrul
Mohd Hafiszuan
Chun Keng Hong (K)
Syazwan Roslan
Wan Hossen (B20)
Arsyah Ayob
Mohd Nazri Kamal
Isma Alif
Shahrizal Saad
Saufi Sa’aidi

Nota: Liputan ringkas semasa akan disiarkan oleh krew yang bertugas.

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

8 thoughts on “TM Piala FA – Kuala Muda Naza Vs Perak (review)

  1. taufiq

    Salam semua...

    Pada perlawanan timbal balik ini, semua penyokong seladang mengharapkan kemenangan akan berpihak kepada pasukan perak. Ini memandangkan corak permainan yang ditunjukkan pemain semasa perlawanan di Ipoh tempohari telah banyak mendapat pujian ramai. Teman yakin pasukan lawan akan bermain dengan bersungguh-sungguh kerana bermain di tempat sendiri dan di hadapan penyokong sendiri. Buat pasukan perak, jadikan perlawanan ini ibarat perlawanan akhir yang akan menentukan maruah bola sepak perak. Tunjukkan kepada malaysia perak jr mampu memberi saingan kepada pasukan-pasukan yang lebih berpengalaman.

    Teman selalu mengingatkan bahawa kerjasama berpasukan perlulah diambil kira demi menjadikan pasukan yang disegani. Jentera bahagian tengah juga perlu mengambil setiap peluang yang ada untuk menjadikan barisan serangan digeruni pihak lawan. Perlu diingatkan bahawa pasukan lawan mempunyai pemain yang berpengalaman dalam arena bola sepak malaysia, tetapi itu bukanlah sebab jika kita tewas. Lupakan semua perlawanan yang lepas. Pasukan kita sebenarnya bukanlah pasukan yang lemah atau pasukan belasahan.

    Oleh itu, teman dan semua penyokong pasukan seladang mengharapkan kemenangan akan dicapai pada perlawanan kedua ini. Tingkatkan kerjasama berpasukan, kekalkan semangat melawan yang tinggi, Insyaallah kejayaan pasti menjadi milik kita.

    We are perakian..score yob score..

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. syidi

    Saya cuba memujuk hati agar tidak terlalu 'over excited' dan 'Over Confident' untuk perlawanan timbal kedua di Alor Setar malam esok.

    Persiapkan diri kalian semua untuk menang. Saya ulangi, kita ke Alor Setar untuk menang jika selain daripada menang, tiada maknanya selepas itu. Oleh yang demikian, tenangkan fikiran, setakat ini permainan Perak di gelanggang lawan tidak mengecewakan. Teruskan rentak berkenaan dan perlu lebih baik dari sebelumnya.

    Perkara paling utama, ikut arahan Jurulatih. Disiplinkan diri, bermain seolah-olah selepas ini tiada lagi perlawanan seperti ini, 'All Out'.

    'We Are Perakian'. Go Perak. Good Luck! Skor Yob Skor!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. sunrise

    salam

    diharapkan pemain yang bakal diturunkan oleh jurulatih selasa ini akan memberi sepenuh komitmen terhadap pasukan,sematkan didalam hati kemenangan harus digapai sebagai hadiah kepada pengurusan,jurulatih-jurulatih dan kepada keluarga serta penyokong-penyokong yang sentiasa memberi kata kata semangat kepada anda. sebelum perlawanan bermula berkumpul dan berbincang demi meringankan bebanan yang ditanggung pemikiran anda semua. harungilah perlawanan dengan penuh ketenangan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. Yashurr Yazurry

    Salam...
    InsyaAllah..
    Dengan kesungguhan pemain, semangat serta doa
    Kita mampu melakar satu lagi kejutan pada malam ini...

    Buat pemain-pemain kita, berjuanglah dengan bersunguh2..
    kami yakin kalian mampu melakukan yang terbaik..

    kami doakan kejayaan seladang jr...
    semoga diberi semangat membara, ketahanan yang kental..
    moral yang tinggi... corak permainan yang mantap...

    mudah-mudahan diberi ilham untuk mendapatkan gol...
    InsyaAllah...

    Kalian Boleh...
    Lawan Habis-habisan...
    Anggap perlawanan malam ini adalah pentas final kalian..

    Ayuh Seladang lawan!!!
    lawan tentang habis-habisan!!!
    Tangkis,Serap semua asakan...
    Balas,serang dengan satu jaringan!!!

    Ayuuuuh!!!!!

    -Masih ada yg setia menyokongmu-

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. zul_united

    Salam.Teman harap pasukan 'Seladang Muda' dapat mengawal tekanan yang dihadapi malam ini.Teman juga percaya kita mampu untuk menumbangkan pasukan KM Naza malam ini berdasarkan komitmen yang anda berikan selama ini.AYUH...TERUSKAN PERJUANGANMU...JANGAN MENYERAH SEHINGGA KE TITISAN PELUH YANG TERAKHIR!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. belanak

    Salam..

    Kepada semua pemain..semoga kejayaan akan digapai..Ingatlah wahai pemain selagi belum tamat wisel teruskan perjuangan dan jangan terus leka...percayalah...sekiranya kalian bersatu hati dan bersemangat juang yang tinggi, tidak mustahil kemenangan akan memihak kepada kita..

    percaya pada diri sendiri dan usah lali serta memberi peluang kepada pihak lawan untuk mencari gol sebaliknya kita mencari gol kemenangan untuk ke pusingan seterusnya...Jangan terus mengalah dan teruskan saingan hingga ke wisel penamat walaupun kita sudah leading dengan KM NAZA nanti..jangan leka tau!!

    Apa yang penting.. KERJASAMA..
    Apa yang penting.. KERJASAMA..
    All da best Perak Jr.
    Skor Yob Skor!

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. doyan

    semoga semangat juang akan berterusan bagi skuad seladang untuk mengejar kemenangan yang tidak mustahil untuk digapai,insyaallah

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.