TM Piala FA – Kuala Muda Naza Vs Perak (result)

TM Piala FA

Selasa 24 Februari 2009
Stadium Darul Aman
8:45PM

Kuala Muda Naza (1) 1 – 2 (1) Perak

(Tambahan masa 30 minit)

Pasukan Perak mengesahkan tempat ke perlawanan suku akhir TM Piala FA 2009 apabila berjaya menewaskan pasukan Kuala Muda Naza 3 – 2 secara aggregat pada perlawanan pusingan 2 timbal balik kedua di Stadium Darul Aman malam tadi.

Skuad seladang membuka jaringan gol pada lewat babak pertama iaitu pada minit ke 41 melalui Razali Umar yang bijak menghidu peluang yang terhidang apabila mudah menjaringkan gol pertama pasukan hasil bola yang terbias dari pemain lawan.

Namun pasukan Kuala Muda Naza tidak berputus asa apabila pemain yang masuk menggantikan Farderin Kadir iaitu Zulhissyam menyamakan kedudukan 1 – 1 pada minit ke 81 dan memaksa permainan berlanjutan ke tambahan masa 30 minit.

Perak yang beraksi di depan kira-kira 500 orang penyokong lawan tidak menunggu lama apabila Mohd Nazri Kamal berjaya menyudahkan hantaran lintang dari K. Thinagaran pada minit ke 96 untuk Perak mendahului tuan rumah 2 – 1.

Kedua-dua pasukan sering berbalas serangan namun nasib menyebelahi pasukan Perak apabila berjaya mempertahankan kedudukan tersebut sehingga wisel penamat dibunyikan dan menempah tempat ke suku akhir bertemu pasukan Selangor pada 3 Mac ini di Ipoh.

Pembantu jurulatih Raja Azlan Shah ketika dihubungi wakil seladang.net berkata, kemenangan hari ini adalah hasil usaha keras dan kerjasama sesama pemain sewaktu di dalam padang dan faktor stamina memainkan peranan penting pada perlawanan ini.

“Apabila pasukan Kuala Muda Naza menyamakan kedudukan pada lewat permainan, kami sudah menjangkakan akan bermain pada waktu tambahan 30 minit. Jelas jaringan awal dari Mohd Nazri Kamal memberi tekanan kepada pasukan lawan”.

“Pasukan muda Perak berjaya menempah tempat ke suku akhir bertemu Selangor dan saya harap para pemain dapat menggunakan peluang ini sebaiknya untuk membayar kembali kekalahan yang dialami sewaktu perlawanan liga super yang lalu” jelas beliau.

Perak akan berhadapan dengan pasukan Selangor untuk perlawanan pertama peringkat suku akhir di Stadium Perak Ipoh pada 3 Mac 2009 ini dan perlawanan timbal balik kedua pada 7 Mac 2009 di Stadium Shah Alam.

Kesebelasan Utama:

Kamarul Effendi
Mohd Nor Hazrul
Mohd Hafiszuan
Chun Keng Hong
Syazwan Roslan
Khalis Ibrahim
Mohd Arsyah Ayob – 2
Mohd Nazri Kamal
Isma Alif – 1
Razali Umar – 3
Saufi Sa’aidi

Pertukaran:

K. Thinagaran – 1
Shahrizal Saad – 2
Zahiruddin Sabri – 3

Krew Info: Anip & San

Keputusan Perlawanan Lain 24 Februari 2009

My Team (1) 0 vs 0(1) Kedah
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

PDRM (1) 1 vs 3 (5) Kelantan
Stadium Majlis Perbandaran Selayang

Sarawak (0) 1 vs 2 (2) T-Team
Stadium Sarawak

Negeri Sembilan (1) 3 vs 0 (1) Pulau Pinang
Stadium Tuanku Abdul Rahman

Harimau Muda (1) 3 vs 1 (2) Terengganu
Stadium Nasional Bukit Jalil

Perlis (2) 0 vs 0 (1) PKNS FC
Stadium Utama Negeri, Kangar

Selangor (1) 1 vs 1 (0) Kuala Lumpur
Stadium Shah Alam

Pasukan Ke Suku Akhir

My Team vs Kelantan

T-Team vs Negeri Sembilan

Harimau Muda vs Perlis

Perak vs Selangor

Likes(0)Dislikes(0)

13 thoughts on “TM Piala FA – Kuala Muda Naza Vs Perak (result)

  1. abg_sabut80uk

    inilah semangat juang yang kita harap harapkan dari adik adik kita....jangan terlalu leka kerana perjalanan selepas ini masih panjang dan terlalu getir.pastikan 3 Mac ni,medan untuk menebus kembali maruah selepas 2 kali diaibkan oleh sang gergasi merah tahun ini...percaya,yakin dan buktikan bahawasanya sang seladang juga mampu berdiri sama tinggi dengan pasukan pasukan berpengalaman lain di Malaysia....ayuh seladang junior.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. belanak

    Salam...

    Syukur alhamdulillah di atas kemenangan untuk ke suku akhir. Hasil kerjasama semua pihak akhirnya terbalas jua. Tahniah diucapkan kepada pemain, coach, pihak pengurusan dan tak lupa penyokong Skor Yob Skor.

    Teruskan momentum sebegini dan tanamkan dalam jiwa masing-masing bahawa tiada yang mustahil untuk berjaya. Seharusnya kredit harus diberikan kepada coach kerana memberi peluang kepada pemain-pemain baru untuk merasai situasi sebenar lebih-lebih lagi di dalam mengharungi perlawanan yang getir (macam dalam final lak...)

    Untuk suku akhir nanti, semoga pemain tidak lagi merasa rendah diri dan tingkatkan semangat juang kalian untuk menewaskan The Red Giant a.k.a Selangor dan seterusnya melangkah ke separuh akhir. InsyaAllah, berkat kesungguhan dan tawakal semua pemain, kita pasti berjaya. Yang pasti, jangan mudah leka dan dibuai mimpi kerana perjuangan kita belum selesai. Teruskan setiakawan dan komunikasi yang baik antara satu sama lain. Diharapkan dapat tingkatkan prestasi untuk game akan datang serta berikan latihan extra dalam mengambil free kick yang boleh menghasilkan gol.

    Ayuh..Perak Jr! Yakin boleh dan buanglah sikap sambil lewa tatkala kita sudah menghampiri kejayaan kelak. Ingatlah...setiap kejayaan pasti akan dikongsi bersama penyokong yang sentiasa di sisi. Jangan leka dan alpa! Jangan takbur dan jangan bangga diri terlalu awal! Kelak rugi..

    Apa yang penting... KERJASAMA!
    Apa yang penting... KERJASAMA!
    Skor Yob Skor..

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. razlan

    Tahniah perak dan penyokong2 seladang. satu pencapaian yg membanggakan...

    game selepas ini melawan Plus fc di Std Perak untuk perlawanan liga super adalah perlawanan yg penting untuk dimenangi kerana:
    1) memperbaiki kedudukan liga super
    2) momentum kemenangan diteruskan agar keputusan yg baik diperolehi apabila menentang Selangor utk suku akhir piala fa di std Perak pada 3 mac nanti

    akhir kata, selamat berjuang

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. taufiq

    Salam Semua...

    Alhamdulillah, pasukan Perak akhirnya berjaya melangkah ke pusingan suku akhir. Sememangnya pasukan kita bermain bermati-matian untuk mencapai kejayaan seperti ini. Tahniah buat seladang jr dan syabas untuk semua yang terlibat dalam pembentukan pasukan ini. Terutamanya jurulatih pasukan kesayangan kita, M. Karathu. Untuk pusingan seterusnya harus diingat bahawa lawan kita adalah Selangor yang telah pun menewaskan kita di peringkat Liga Super tempohari. Tetapi itu bukanlah kayu pengukur akan kemampuan setiap pasukan.

    Pada perlawanan pertama, pasukan Perak akan melayan kunjungan pasukan Selangor di Ipoh. Diharapkan Perak jr akan menggunakan sebaik-baik peluang ini untuk membolehkan kita membawa bekalan gol yang selesa apabila bertandang ke tempat lawan kelak. Apa-apa pun, tahniah buat seladang team, anda sudah buktikan kemampuan kudrat pemain muda. kita mampu mengorak langkah lebih jauh lagi. tumbangkan 'Gergasi Merah'..

    Perak the best....skor yob skor..

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. irKupa

    salam...

    kemenangan berjaya dicapai menerusi semangat yang tidak kenal erti kalah oleh pemain muda. semangat seperti ini yang diperlukan untuk menguatkan semangat untuk kembali berjuang demi pasukan khasnya serta seluruh rakyat perak amnya. perak tetap meneruskan perjuangan biarpun dibarisi pemain yang cetek pengalaman, tetapi apabila semangat serta kemahuan diletakkan pada tahap yang utama, segalanya boleh dilakukan. janganlah kejayaan ini berakhir di sini, jangalah ia menjadikan kalian 'terlalu berbangga', tapi jadikanlah ia pembakar semangat untuk terus berjaya. selayaknya kalian dipuji kerana semangat melawan, tapi apabila sekali dikeji/ dimaki, janganlah kalian putus asa tapi berusahalah membuktikan diri kalian semua berharga serta mampu membuahkan kejayaan untuk semua....bertemu selangor merupakan perlawanan yang dinanti seluruh peminat, oleh itu berusahalah bersungguh2 untuk pasukan perak. penyokong pastinya akan memenuhi ruangan stadium nanti.
    sekian

    -kejor yob skor-

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. syidi

    Pertama sekali, tahniah dan syabas yang tidak terhingga. Sememangnya ini yang saya dan semua rakyat Perak harapkan. Lebih menarik lagi bertemu Selangor di Suku Akhir dalam 'Misi Membalas Dendam'!.

    Ingat, jangan bagi peluang walaupun sedikit kepada 'The Red Giant' nanti. Pertemuan dengan Selangor dianggap seperti 'buku bertemu ruas'. 'Keep The Winning Feeling Until The Next Game'.

    Perak Memang Hebat. Sematkan semangat juang yang lebih jitu dalam jiwa masing-masing.

    Tahniah! Ayuh Seladang! Suara Kami Melayang Diudara...Mari Mari Semua Kita Bersorak Gempur Untuk Seladang!!

    Semangat Untuk Semua, Perak Darul Ridzuan...
    SKOR YOB SKOR!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. zul_united

    Salam.Mungkin kita tidak mempunyai barisan pemain yang berpengalaman.Mungkin kita juga tidak mempunyai barisan pemain yang mempunyai fizikal dan mental yang kuat.Tetapi kita tetap mempunyai barisan pemain yang mempunyai semangat juang yang tinggi!!!Syabas 'Seladang Muda'.Anda membuktikan walaupun bermain di tempat lawan(Alor Setar) serta pemain-pemain yang berpengalaman(Liew Kit Kong & rakan-rakan)serta jurulatih yang dikatakan akan menerapkan aksi 'samba Brazil' dalam permainan mereka,tetapi anda tidak gentar semua itu.Teruskan perjuangan anda.Jadikan Selangor sebagai mangsa seterusnya.Dalam bola sepak,tidak mustahil 'anak seladang' mampu untuk menewaskan 'sang gergasi'.AYUH....TERUSKAN PERJUANGANMU!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. sunrise

    salam

    teman ucapkan tahniah kepada skuad Perak jr yang berjaya melangkah ke suku akhir untuk musim pertama anda mewakili skuad Perak dalam arena profesional. ini membuktikan bahawa anda bukanlah pemain yang boleh dipandang rendah oleh mana mana pasukan dalam liga Malaysia. tapi harus diingat jangan cepat bermegah diri atas kejayaan ini, apa yang perlu anda lakukan selepas ini, tingkatkan mutu permainan, pelajari lebih banyak lagi mengenai liku liku bola sepak Malaysia secara profesional. tidak dinafikan mutu permainan anda memang berada ditahap yang cukup membanggakan. cuma apa yang teman risaukan kini hanyalah apabila pasukan mendahului keatas pasukan lawan tahap mutu permainan anda menjadi longgar sehingga mampu membawa padah. cuba buat perubahan. apabila sudah mendahului tolong tingkatkan mutu permainan perbanyakkan serangan dan ketatkan pertahanan dengan lebih cemerlang. seandainya ini dapat ditingkatkan tidak mustahil pasukan Perak pasti antara pasukan yang sukar untuk ditewaskan. percayalah komen teman ini kerana terlalu menghargai anda sebagai pemain yang mewakili pasukan negeri kelahiran teman. kembalikan zaman kegemilangan Perak seperti yang kami dan anda harapkan. skor yob skor cogankata untuk pasukan Perak.

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. anip

    Salam.

    Tahniah kepada pasukan Perak Jr. kerana berjaya melangkah ke suku akhir Piala FA. Syabas jua kerana berjaya mengharungi 120 minit perlawanan buat kali pertamanya pada musim ini.

    Teman ke stadium pada perlawanan tersebut. Pertamanya, teman melahirkan rasa sedih dengan jumlah kehadiran penyokong Perak yang boleh dikatakan hampir tiada. Teman melihat ada sekelompok penyokong di tempat duduk utama, terdetik di hati teman bahawa mereka adalah penyokong Perak. Namun malangnya, tiada satu pun bendera Perak apatah lagi laungan keramat Kejor Yob Kejor bagi menyemarakkan semangat para pemain.

    Mengenai perlawanan tersebut, 20 minit pertama dapat dilihat kegugupan para pemain Perak yang bagaikan kehilangan arah - balingan bola yang tidak betul, kehilangan imbangan badan ketika berlari mengejar bola, hantaran yang lemah dan tiada arah tujuan. Kapten Chun yang menjadi jeneral di atas padang seolah-olah tidak tahu apa yang sedang berlaku. 40 minit perlawanan berlangsung, bola lebih banyak berlegar-legar di kawasan tengah tanpa ada gerakan mahupun cubaan menarik dari kedua-dua belah pihak. Pada masa ini, teman melihat dalam 4 kali pertahanan kiri Perak begitu mudah dibolosi. Mungkin pihak jurulatih perlu melakukan sesuatu di bahagian ini. 5 minit sebelum perlawanan separuh masa pertama tamat, teman sudah melihat asakan yang mulai dilakukan oleh pasukan Perak dan terhasilnya gol dari Razali disebabkan tekanan yang diberikan. Tempoh 40 minit bagi pasukan untuk memanaskan badan bagi perlawanan sebegini perlu dipandang serius oleh pihak kejurulatihan.

    Bermulanya separuh masa kedua, teman melihat gerakan agresif terutamanya dari KM Naza bagi mencari gol penyamaan. Pelbagai gerakan dilakukan oleh kedua-dua belah pihak namun 20 minit sebelum tamat masa perlawanan sebenar merupakan detik di mana pertahanan Perak diasak bertalu-talu. Maka kesilapan pertahanan yang sepatutnya mengeluarkan bola dalam kawasan D tetapi menyepak lemah membolehkan KM Naza meghasilkan gol penyamaan. Dalam tempoh 20 minit asakan ini, teman melihat mentaliti pemain yang mulai goyah menyebabkan pemain Perak berebut bola sesama sendiri, bahagian tengah yang bagaikan tiada siapa dan sepakan yang kian lemah.

    Bahagian tengah Perak dalam perlawanan ini seolah-olah tidak berfungsi menyebabkan penyerang gagal bagi melakukan sesuatu. Kerajinan Arsyah yang banyak bergerak membolehkan Perak mampu terus bertahan.

    Teman puji permainan yang ditunjukkan oleh para pemain pada masa tambahan. Lancar, cantik dan menarik sebagaimana perlawanan ketika bertemu SDM dahulu. Cuma 3,4 peluang yang terhidang gagal diterjemahkan menjadi gol.

    Keseluruhannya, sepanjang 120 minit perlawanan hanya 5 cubaan berbahaya ke arah gol KM Naza. 3 daripadanya berlaku pada masa tambahan. Perlu lebih latihan lagi dalam melakuakn gerak ke kawasan D lawan, menyerang dan latihan dalam menghadapi asakan yang bertali arus.

    Buat para penyokong, tanyalah pada diri sendiri atas dasar apakah anda mahu bersama pasukan ini. Hiburankah? Kejayaankah? Atau anda adalah Perakian!!!

    Syabas Perak Jr.!!!
    Kejor Yob Kejor!!!
    Skor Yob Skor!!!
    Teruskan perjuangan...

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. irKupa

      salam..

      mmm..nampaknya daripada nukilan saudara, bahagian tengah Perak sememangnya memerlukan kreativiti serta stamina yang tinggi untuk menghasilkan gerakan2 yang agresif dan merbahaya...pertahanan teman fikir, mampu ditingkatkan komunikasi lagi kerna teman rindukan stopper, Fauzi Ariffin yang mantap untuk bermain. Hafiszuan sangat bagus bila diletakkan sebagai pertahanan, tetapi kudratnya lebih diperlukan untuk menjadi jeneral di tengah padang sebagai defensive midfielder...

      sekian..

      -kejor yob skor-

      Likes(0)Dislikes(0)
    2. zul4all

      terima kasih anip, satu comment yang menarik,saya ternanti nanti comment sebegini kerana orang yang tidak datang ke stadium, ingin tahu suasana di stadium serta mutu permainan yang dipamerkan... setiap mempunyai pandangan berbeza..bagi saya setelah masuk bulan ketiga pemain Perak menjalani proses latihan dan perlawanan, seharusnya mereka semakin matang menghadapi tekanan dalam permainan..dan setakat ini antara pemain yang mendapat perhatian saya selaku penyokong yang setia dan kerap hadir menyaksikan perlawanan dan latihan ialah Mohd Arsyah Ayob-arkitek Perak yang pantas serta mempunyai skill kawalan bola yang baik, Hafizuan-pemain yang mampu bermain di posisi pertahanan tengah, pertahanan sisi dan pemain tengah dan Razali Umar-yang menjaringkan gol2 dalam perlawanan penting...manakala pemain lain seperti Chun Keng Hong, Thinagaran, Isma Alif, Nazri Kamal mempamerkan persembahan yang tidak menentu tetapi mampu beraksi cemerlang jika on-form...manakala saya tertarik dgn prestasi penjaga gol- Kamarul yang beraksi dengan bersungguh setelah merampas posisi penjaga gol daripada Megat Amir.

      Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.