TM Liga Super – Perak Vs Terengganu (review)

TM Liga Super 2009

Selasa 17 Februari 2009
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM

Selepas mencatatkan kemenangan mengejut 1 – 0 keatas Johor FC sabtu lalu, Perak akan berhadapan dengan satu lagi pasukan dari pantai timur iaitu Terengganu pada perlawanan ketujuh TM Liga Super 2009 di Stadium Perak selasa ini.

Terengganu yang telah tewas empat kali setakat ini dan terbaru kepada Kelantan 3 – 2 ditempat lawan pastinya cuba menyusun strategi baru yang dirangka oleh jurulatih import mereka, Ken Worden ketika bertandang ke Ipoh nanti.

Perak pada perlawanan kali ini mungkin kehilangan khidmat ketua pasukannya iaitu pertahanan kanan, S. Subramaniam yang mengalami kecederaan kaki kanan kerana ditampan oleh Mohd Ezaidy sewaktu hendak mengeluarkan bola dari kawasan gol.

Kecederaan beliau dilaporkan agak serius namun pemeriksaan perubatan dan x-ray selepas perlawanan di sebuah hospital swasta sekitar Johor menunjukkan kakinya hanya mengalami bengkak dan tiada sebarang keretakan atau patah tulang.

Ketiadaan beliau mungkin akan diisi oleh A. Varathan diposisi sebelah kanan pertahanan manakala Chun Keng Hong yang selesai menjalani penggantungan akan mengambil semula tempatnya dipertahanan tengah bergandingan bersama K. Puvinderan.

Pemain terbaik perlawanan di Pasir Gudang iaitu Mohd Hafiszuan akan kembali semula diposisi asalnya sebagai tengah pertahanan bergandingan bersama K. Thinagaran, Wan Hossen dan salah seorang antara Mohd Nazri Kamal dan Arsyah Ayob.

Sandaran kepada barisan serangan sudah tentu diberikan kepada penjaring utama Perak iaitu Razali Umar manakala Shahrizal Saad perlu meningkatkan lagi prestasi semasa beliau kerana seorang lagi penyerang, Saufi Sa’aidi sudah mula menunjukkan bisanya.

Kepada semua penyokong bolasepak Perak jangan lupa untuk datang beramai-ramai ke Stadium Perak bagi memberikan sokongan padu kepada pasukan. Turut dijangka hadir ialah Presiden PAFA, Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin.

Kesebelasan kemungkinan:

Kamarul Effandi (PG)
Chun Keng Hong (K)
K. Puvinderan
Syazwan Roslan
A. Varathan
Mohd Nazri Kamal
Wan Hossen (B20)
Mohd Hafiszuan
K. Thinagaran
Razali Umar
Saudi Sa’aidi

Nota: Liputan ringkas semasa akan disiarkan oleh krew yang bertugas.

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

13 thoughts on “TM Liga Super – Perak Vs Terengganu (review)

  1. zul4all

    saya berharap kamarul effendi akan terus diberi kepercayaan beraksi dengan pasukan utama. melainkan jika megat amir berjaya mengembalikan prestasi terbaiknya. selain itu, karathu perlu memikirkan siapa gandingan terbaik razali, sama ada saufi atau shahrizal. dan juga posisi terbaik bagi thina, kerana saya fikir dia mampu beraksi dengan lebih baik sebagai pemain sayap. dan akhir sekali saya berharap kehadiran presiden PAFA yang kita sanjungi, IR Nizar akan membakar semangat perjuangan pasukan Perak

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. syidi

    Dengan kembalinya Chun Keng Hong diharap dapat megukuhkan lagi pertahanan Perak nanti. Namun begitu, kita bakal kehilangan buat seketika Kapten Pasukan S.Subramaniam.

    Pada saya, itu bukanlah masalah yang besar sebenarnya, kerana kita memiliki pemain-pemain yang sama hebat tidak kira kesebelasan utama mahupun pemain simpanan. Jadikan perlawanan-perlawanan sebelum ini sebagai pendorong dan pencetus semangat perjuangan yang sejati untuk mencipta kejayaan seterusnya.

    Selamat Berusaha. 'We Are Perakian'. Skor Yob Skor.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. belanak

    Salam..

    Ayuh Perak Jr. Tabahkan hati dan tingkatkan semangat juang yang tinggi. Pastikan kerjasama antara kalian terus utuh dan jangan sesekali berputus asa.. Jangan terlalu memberi ruang kepada pihak lawan untuk mencari gol...

    Harapan kami penyokong tetap bersama mu walau apa yang terjadi.. Clean sheet!!

    Selamat maju jaya...
    Apa yang penting.. Kerjasama!
    Apa yang penting.. Kerjasama!
    Skor Yob Skor!

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. anip

    Salam.
    Diharapkan Perak Jr. tidak terbuai dengan kejayaan menumpaskan Johor FC di gelanggang lawan sabtu lalu. Teruskan lagi usaha bagi meningkatkan mutu permainan pasukan. Walaupun kehilangan kapten Subra buat seketika namun itu bukanlah alasan untuk menidakkan keupayaan pasukan yang sedang meningkat naik ini.
    Maju Perak Maju.
    Kejor Yob Kejor.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. chuck

    salam sahabat SDN...

    mengulas lanjut berkenaan peluang perak untuk mendapatkan 3 mata penuh adalah bukan perkara mustahil malah ianya akan menjadi kenyataan jika Karathu menukar pemikirannya dari mengatakan Perak adalah team bertahan kepada open atau menyerang.beliau berkata demikian ketika diulas lanjut serta ditemuramah selepas game di Jcorp tempoh hari.

    Apa yang menjadi persoalannya sekarang ialah statement tersebut langsung tidak bersesuaian dengan agenda yang diperjuangkan oleh pasukan kita kini.jika kita dalam misi perebutan cup,saya amat menyokong statement beliau memandangkan kemampuan team/player yang kita miliki sekarang.ini kerana dalam situasi tersebut(bertahan)kita mampu peroleh kemenangan ataupun point berharga.

    tapi sekarang ini,kita dalam perjalanan liga!!ianya amatlah tidak bersesuaian dengan kehendak pasukan.sedar ataupun tidak disebabkan ketumpulan barisan serangan Johor FC malam tersebut kita mampu bertahan tapi jika ianya berlaku sebaliknya???ianya seolah-olah mengimbau kembali game antara Spain vs Rep.Ireland pada World Cup 2002 yang lepas.dimana Spain mengeluarkan pemain striker dan memasukan pemain gantian samada dari barisan pertahanan ataupun tengah bertahan.kesudahanya mereka dirundung malang apabila terpaksa diikat seri dan kemenangan terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti.situasi dan keadaan yang cukup mencemaskan.

    kembali semula tentang title team bertahan tadi,untuk perjalanan league,hasil kajian mendapati sesebuah pasukan yang mengamalkan sistem ini hanyakan berada di pertengahan liga sahaja.so,target en.karathu dan sekutu boleh ditafsirkan berjaya.ini kerana pasuka Perak jr hanya mensasarkan tempat pertengahan liga sahaja.tapi itu prestasi terbaik untuk pasukan yang mengelarkan team bertahan ini.

    dari rekod jaringan dan bolos yang diciptakan setelah kita mengharungi 6 perlawanan ini tidak menampakkan yang kita mampu untuk kearah itu.jika tersilap congak dan tafsir pasukan bertahan juga akan menghuni tangga terbawah liga.jadi disini ingin saya tekankan yang corak bertahan yang diamalkan hanya sesuai dipraktikan bila kita mengharungi cup.samada FA mahupun MALAYSIA cup.tapi untuk league,kita haruslah mempamerkan corak menyerang dan fitness player yang konsisten.barulah kita mampu merubahnya!!! skor yop skor.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. anipjebat

      salam..
      terima kasih kerana komen anda yang bernas..teman setuju corak bertahan yang paling mujarab adalah dengan menyerang..tetapi harus diakui Mr.Karathu punya banyak pengalaman dalam kancah bola sepak malaysia yang memungkinkan beliau mempelbagaikan corak permainan..kiranya taktikal beliau semasa lawan Johor fc tempohari berjaya kerana 3 mata pertama perak untuk away game..secara keseluruhan sepanjang teman mengikuti perkembangan pasukan perak untuk musim ini ape yang teman dapat simpulkan corak permainan perak tak sama untuk setiap game..pelbagai variasi menyerang dipamerkan pasukan muda ini..mungkin kelebihan kita memiliki pemain seperti Thinagaran yang boleh jadi penggerak untuk semua posisi dibahagian tengah..harap-harap Hafiszuan kembali ke posisi asal beliau sebagai defensive midfielder supaya perjalanan perak menuju ke gawang gol terengganu malam esok berjalan lancar seterusnya berjaya merobek pintu gol pasukan lawan..anyway,marilah kita sama-sama meramaikan stadium perak malam esok

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. bobiNHo84

        salam...
        teman rasa kite berdua ni mmg ada banyak persamaan la anipjebat..aper yang mike komen mmg sama dengan ape yang adadalam kepala teman...ayah dan adik teman(mok) pun cakap benda yang sama..
        apa2 pun,teman nak puji hafiszuan(8) sebab main dengan bersungguh-sungguh...main menggunakan akal..
        tapi teman harap pujian ni tak membuatkan hafiszuan lupe daratan sebaliknya membakar semangat hafiszuan dan pemain-pemain yang lain supaya berusaha menaikkan semula maruah perak yang telah tercalar dek angkara Steve Darby
        malam ni pastikan pemain mengikut setiap arahan M.Karathu...penyudah diharapkan menjadi malam ni pasti kemenangan milik PERAK...

        Likes(0)Dislikes(0)
  6. taufiq

    Salam semua, 'Pantang undur sebelum kalah', inilah kata-kata semangat untuk pasukan seladang yang akan melayan kunjungan Terangganu di Ipoh kali ini. Sebelum ini kita telah mencipta sejarah dengan menewaskan pasukan kelab dari selatan tanahair dengan rekod kali pertama pasukan perak mencipta kemenangan di Stadium JCorp Pasir Gudang.

    Oleh itu, sekiranya semangat yang ditunjukkan semasa perlawanan dengan Johor fc, semestinya pasukan lawan akan lebih berhati-hati dengan corak permainan pantas Perak jr. Apatah lagi bertarung di tempat sendiri, sudah semestinya semangat akan lebih tinggi akan dipamerkan. Kita sebenarnya mampu mengatasi pasukan lawan, usah layan sikap media, usah layan sikap penonton di stadium dan usah gugup berdepan dengan penyokong sendiri.

    Walaupun Perak jr kurang pengalaman berdepan dengan puluhan ribu penyokong sendiri, tetapi tanamkan sikap yang profesional, sorakan penyokong adalah pembakar semangat untuk terus berlawan. Ingatlah, kita adalah pewaris yang akan mengembalikan zaman kegemilangan bola sepak Perak, bermain untuk maruah negeri dan maruah bola sepak kita. Buktikan bahawa Pasukan Perak adalah yang terbaik.

    Untuk Perak jr, tingkatkan kerjasama berpasukan, mentapkan lagi pertahanan, tajamkan serangan, Perak Pasti Gemilang..Score Yob Score..

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. sunrise

    salam.......

    kalah menang bukanlah keputusan yang besar sangat,apa yang penting dan paling besar hanyalah mengharapkan pemain pemain yang bakal diturunkan dalam kesebelasan utama mahupun sebagai pemain gantian dapat mempamerkan persembahan yang bermutu dan mampu menambah pengalaman yang teramat berguna. jika persembahan yang dipamerkan menarik kalah sekalipun tidak mengapa. kepada pemain pemain jangan terlalu menekan diri sendiri semata mata ingin memperolehi kemenangan sahaja. ingat bermain menggunakan fikiran, melancarkan serangan menggunakan taktikal yang menarik,bertahan pula hendaklah secara tenang maka corak permainan akan menjadi yang terbaik

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. abg_sabut80uk

    Tahniah dan diharap harapkan para pemain dapat meneruskan rentak kecemerlangan. Buat panel coach,diharapkan dapat menyenaraikan senarai pemain yang benar benar layak beraksi termasuk barisan simpanan. Masih ada lagi pemain yang tidak tahu peranan bila diberi peluang beraksi. buat rosak game saje, masih ada pemain midfield yang lebih baik dari pemain berjersi 25 (Sarath Babu) tempohari. Buat penjaga gol, segera atasi kegugupan, jangan biarkan episod duka di Sukma Terengganu berulang, semua orang percaya anda boleh jadi yang terbaik dan pergi jauh bersama Perak, all the best game dengan 'ganu' ni.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. chuck

      Salam sahabat SDN...

      Teramatlah setuju dengan komen sahabat SDN diatas berkenaan Sarath Babu dan penjaga gol baru yang diberi kepercayaan menjaga gawang gol perak tempoh hari..Bagi Sarath Babu,anda perlu buktikan kemampuan sebenar anda bila diberi mandat untuk beraksi.Bukan sekadar menumpang didalam pasukan!!Walaupun kurang pasti tentang peranan yang En.M.Karathu berikan pada beliau setelah mengantikan Razali Umar tempoh hari,namun ape yang teman nmpak dan lihat ianya seolah-olah tidak menunjukkan sebarang hasil.Adakah M.Karathu mengarahkan anda menjadi 'Dog Fighter' team pada masa tersebut?? persoalanya kemampuan saudara didalam pasukan adalah diragui!!

      Pada Kamarul Effendi,anda sepatutnya membuktikan kemampuan anda bila diberikan tugas menjaga gawang Perak dari dibolosi.Walaupun secara nyatanya tugas tersebut berjaya dilaksanakan,namun ianya mengundang sedikit cemas penyokong serta mengakibatkan keadaan kelamkabut sering terjadi didepan pintu gol Perak.Situasi tersebut sedikit sebanyak mengundang rasa tidak senang duduk sesetengah pihak yang menyaksikan perlawanan tersebut.Bagi pendapat saya sendiri,kegugupan saudara tidak patut berlaku pada game tempoh hari.ini kerana game tersebut bukanlah game pertama saudara diturunkan selaku penjaga gol utama pasukan.

      Saya pernah menyaksikan persembahan saudara dari 2-3 season yang lepas.Saya juga tahu yang saudara mempunyai potensi serta bakat yang besar dan amat tidak mustahil jika suatu hari nanti saudara mampu meletakan nama saudara sebaris dengan nama-nama besar sukan ini.Namun respon/alert saudara hendaklah sentiasa kuat bagi menghidu sebarang kemungkinan.eratkan lagi persefahaman antara pasukan terutama sekali defend anda sendiri.Bentuk satu kerjasama serta hubungan yang utuh.

      Bagi player bawah 20 kita Wan Hossein,sekalung tahniah saya berikan.komitmen anda begitu terserlah!!Anda begitu berpotensi.Kerajinan anda sebaris Raul Gonzales dari Real Madrid CF.Jika ada 4 anugerah player terbaik malam tersebut,ianya nyata milik anda,Hafizuan,Razali dan bek kiri(ex-player perlis last season).Anda semua bakal menjadi nama besar pasukan Perak bagi suatu tempoh masa yang begitu panjang.Binalah Empayarmu itu..akan kami nantikan!!!

      Lain-lain player,tahniah juga kepada anda semua.komitmen dari tuan-tuan amatlah kami(penyokong) harap dan tagihkan..Kami dahagakan yang lebih lagi.Buktikanlah kemampuan sebenar Tuan-tuan,agar ianya menjadi bukti kesangsian serta keraguan kami yang berpanjangan ini...

      komen diatas adalah berdasarkan game menentang Johor FC di Jcorp pada malam minggu yang lepas.Bukan bedasarkan prestasi semasa.Diharapkan saudara kalian mampu memberikan sesuatu yang fresh dalam pasukan.

      Saya anggarkan perlawanan malam ini adalah 'No Mercy'.Dimana Terengganu mesti menjadi mangsa kerakusan kita seterusnya!!!3-1 prediction game untuk malam ini.Skor yop skor.salam qaulan...

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. syidi

        Skuad Seladang= Hero dalam Pembikinan.

        Nantikan kemunculan nama-nama besar yang baru dalam dunia bolasepak tempatan nanti. Mereka yang tersebut adalah anak-anak Muda Perak.

        Oleh yang demikian, wahai anak-anak muda sekalian, gunakan peluang ini untuk menimba ilmu, pengalaman dan menggunakan peluang sebaiknya untuk meningkatkan kemahiran diri.

        Sentiasa memikirkan apa yang akan dilalui esok dan fikirkan bagaimana untuk meningkatkan keupayaan diri dari masa ke semasa. Pastikan hari ini lebih baik dari semalam.

        Likes(0)Dislikes(0)
  9. bobiNHo84

    salam....
    teman harap malam ini perak main dengan bersungguh-sungguh seperti yang dipamerkan ketika lawan kelantan minggu lepas...
    kalah menang adat permainan..main cantik dan bersemangat, kalah pun teman boleh terima..tapi sebagai manusia biasa, kemenangan adalah TARGET PASUKAN PERAK pada setiap perlawanan...

    Line up impian teman malam ni :-

    Penjaga Gol:

    Kamarul Effendi

    Defender:

    Syazwan
    Chun Keng Hong
    Puvindren
    Subramaniam/Hafiszuan

    Tengah:

    Thinagaran
    Wan Hossien
    Nazri Kamal/Hafiszuan
    Arsyah Ayob

    Penyerang:

    Razali Umar
    Shahrizal Saad/Saufi Sa'aidi

    "best of luck"

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.