TM Liga Super – Perak Vs Terengganu (result)

TM Liga Super 2009

Selasa 17 Februari 2009
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM

Perak 0 – 1 Terengganu

Skuad seladang mencatatkan dua kekalahan berturut-turut ditempat sendiri kali ini kepada Terengganu dengan keputusan 0 – 1 jaringan Azlan Ismail minit ke 57 pada perlawanan ketujuh TM Liga Super 2009 di Stadium Perak malam tadi.

Terengganu kini berkongsi 9 mata bersama pasukan Perak dan My Team namun kelebihan jaringan meletakkan mereka ditangga ke 8, pasukan My Team di tangga ke 9 manakala pasukan Perak ditangga ke 10 liga.

Perlawanan semalam boleh disifatkan sebagai persembahan terburuk skuad Perak sepanjang liga super berlangsung. Jentera tengah dilihat tidak berfungsi dengan Thinagaran, Arsyah Ayob serta Mohd Hafiszuan bermain dibawah tahap sebenar mereka.

Pemain muda bawah 20 tahun, Wan Hossen juga tidak menyerlah manakala ketua pasukan S. Subramaniam turut mempamerkan aksi mengecewakan. Namun peminat sedikit terubat dengan persembahan penjaga gol, Kamarul Effandi.

Beliau berjaya menyelamatkan beberapa percubaan merbahaya pasukan pelawat untuk mengelak pasukan Perak dari mengalami kekalahan yang lebih besar. Pada penghujung 10 minit terakhir pasukan Perak lebih banyak mengasak untuk mencari gol penyamaan.

Namum segala usaha itu tidak mencukupi kerana pasukan pelawat kental bertahan sehingga wisel penamat dibunyikan. Perak selepas ini akan menanti kunjungan pasukan Kuala Muda Naza pada perlawanan pusingan kedua TM Piala FA 2009 di Ipoh sabtu ini.

Kesebelasan Utama:

Kamarul Effandi (PG)
S, Subramaniam (K)
Chun Keng Hong
K. Puvinderan – 2
Syazwan Roslan
Arsyah Ayob – 1
Mohd Nazri Kamal
Wan Hossen (B20)
Mohd Hafiszuan
K. Thinagaran
Razali Umar – 3

Pertukaran:

Saufi Sa’aidi – 1
Hafiz Abdul Rahman – 2
Shahrizal Saad – 3

Krew Info: San

Keputusan Perlawanan 17 Februari 2009:

Kedah 2 – 1 Kuala Muda Naza
Stadium Darul Aman, Alor Setar

Selangor 0 – 1 My Team
Stadium Shah Alam

Negeri Sembilan 0 – 0 Plus FC
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

Johor FC 1 – 2 Perlis
Stadium Jcorp, Pasir Gudang

Pahang 1 – 5 Kelantan
Stadium Darul Makmur, Kuantan

Pulau Pinang 3 – 1 PDRM
Stadium Batu Kawan

Likes(0)Dislikes(0)

18 thoughts on “TM Liga Super – Perak Vs Terengganu (result)

  1. san

    Kalah bukan kerana pengalaman...

    Sememangnya perlawanan malam tadi adalah perlawanan yang kurang bermutu bagi pasukan perak, dan terangganu bermain sebaliknya sehingga berjaya menewaskan perak dengan kemenangan tipis.

    Bukan kerana faktor pengalaman yang memisahkan kekalahan perak malam tadi, ini kerana faktor utama ialah kemungkinan pera pemain perak berada dalam keletihan, sehingga banyak hantaran-hantaran tidak menjadi, larian tidak bertenaga menyebabkan ramai penyokong perak tidak berpuas hati dengan persembahan mereka malam tadi. Aksi yang tidak konsisten serta kawalan bola yang longlai menjadikan terus memberi kelebihan pasukan pelawat menjaringkan gol walaupun mereka hanya bermain bersahaja.

    Bahagian tengah yang kurang efektif dan pro aktif, tidak ada pemain benar-benar beraksi 100%, begitu juga bahagian serangan yang seakan-akan tidak bernafsu untuk mencari gol.

    Secara keseluruhan, pendapat san kekalahan ini bukan kerana faktor pengalaman tetapi disebabkan stamina yang rendah dan pesefahaman antara pemain masih dibawah tahap yang memuaskan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. syidi

    Perkara yang saya risaukan selama ini telah pun berlaku semalam. Kita bukannya pasukan yang terlalu lemah sebenarnya. Tetapi kita pasukan yang memiliki keupayaan dan keistimewaan yang tersendiri.

    Sebelum kita ditewaskan oleh Terengganu semalam, pemain-pemain kita telah pun tewas terlebih dahulu dengan diri mereka sendiri. Ini kerana, musuh kita yang sebenar adalah diri sendiri. Selalu saya nasihatkan agar pemain-pemain sentiasa berada dalam situasi yang bersedia dan memikirkan masa depan dalam erti kata lain, lakukan sesuatu yang terbaik dari apa yang dilakukan semalam.

    Ramai pemain harapan gagal menyerlah semalam. Mungkin mereka ada sebab tertentu, namun begitu, ramai saksi menyaksikan aksi kurang memberansangkan semalam.

    Gunakan masa yang ada untuk membetulkan kesilapan dan kelemahan semalam yang tidak sepatutnya berlaku.
    Jadikan semalam sebagai sempadan dan jangan diulangi sekiranya mahu terus mencipta kemenangan selepas ini.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. belanak

    Salam...

    Selepas melihat laporan dan chit chat di Shoutbox, jelas menunjukkan pemain tidak bermain pada tahap yang diharapkan. Adakah masih letih tatkala menang di JCorp tempohari atau pun sebaliknya? Tepuk dada tanya lah hati...

    Teman cuma mengharapkan pemain bangkit dan sedar... walaupun masih jauh lagi perjalanan kita yang penuh duri dan liku.. Liga Super adalah idaman semua pasukan dan mendakap Piala Liga Super memang kita idamkan sejak awal diperkenalkan...

    Sayang seribu kali sayang sekiranya setiap pemain bermain sambil lewa dan tidak bersemangat.. Teman bukan nak menjatuhkan kome semua tetapi teman percaya kome semua boleh berjaya dan tidak mustahil dapat mengatasi halangan akan datang... Itulah dikatakan berakit-rakit ke hulu berenang-renang ketepian...bersakit-sakit dahulu..senang kemudian... tetapi AWAS..jangan sampai sakit berterusan... kelak kecewa tidak sudah!!

    Pada coach, harapan dan cadangan, semoga diberikan tumpuan latihan yang extra dalam sepakan percuma serta tendangan sudut... teman dapat lihat kita ketandusan pemain dalam mengambil sepakan percuma selain BEN... semoga ada pemain lain yang boleh menggalas tugas ini dalam mencari gol.. sepakan penjuru banyak diperolehi tetapi tidak dapat diterjemahkan untk satu gol namun teman percaya sekiranya diberikan latihan padu untuk 2 set piece ini, tidak mustahil kita akan digeruni dan pihak lawan akan berwaspada untuk tidak memberikan kita tendangan sudut mahupun tendagan percuma...itu cadangan teman jer...

    Semua pemain..ayuh bangkitlah..jangan berduka cendana dan lihatlah ke hadapan.. jangan bermuram kerana tewas... masih jauh lagi perjalanan kita.. Piala FA akan mendatang usah lagi diulangi kesilapan... Korang semua adalah insan istimewa dalam Pasukan Perak... Ayuh... Terus kan perjuangan...

    Apa yang penting.. Kerjasama!
    Kejor Yob Kejor!
    Skor Yob Skor!

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. anip

    Salam.

    Sedih dan hiba dengan kekalahan malam tadi. Daripada pemerhatian teman 80% pemain yang diturunkan ketika menentang Johor FC tempoh hari turut berada dalam kesebelasan utama bagi perlawanan malam tadi. Tidakkah jurulatih melihat ini memberi kelebihan kepada pasukan lawan? Dengan jarak perjalanan yang jauh mungkinkah para pemain dapat rehat yang secukupnya bagi menghadapi perlawanan ini.

    Faktor keletihan mungkin boleh jadi penyebab kepada aksi longlai pada perlawanan semalam dan seterusnya mengundang kekalahan kepada pasukan.

    Bangunlah! Tunjukkan kembali siapa anda wahai para pemain! Kekalahan semalam harus dijadikan pengajaran.

    Teruskan melangkah wahai para pemain sekalian.
    Kejor Yob Kejor!

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. irKupa

    salam semua sahabat handai taulan...

    sedikit komen dari teman yang menyaksikan secara live malam tadi. secara mudahnya, overall game play adalah 'tidak meyakinkan langsung'. boleh dikatakan permainan yang paling teruk sepanjang teman menyaksikan 5 game, 4 di stadium 1 di tv.....simply can say, 'out of football techniques'. basic football yang lemah, tersangat lemah. memanglah mereka bukan robot atau pun jelmaan Maradona, tetapi seharusnya mempunyai jatidiri game paly yang bagus. ini bukannye game yang pertama, tapi sudah memasuki game yang ke 7. janganlah alasan 'masih muda', 'baru dalam liga super', 'tiada super star' atau pon sebagainya diguna pakai.

    alasan seperti itu boleh digunapakai jika memperlihatkan permainan yang meyakinkan serta bersemangat, tetapi apa yang teman serta seluruh penyokong Perak saksikan malam tadi, hanya seakan2 mengundang kemarahan serta kecewa. memang teman marah, kecewa, tapi salahkah teman nak luahkan supaya mereka sedar dan perbaiki kelemahan. penyokong bukannya hanya berhak memuji setinggi gunung, tetapi berhak juga menegur biarpon sedikit kasar. tidak mahu terbuai dengan kata2 manis sahaja. datang ke stadium dengan effort dari jauh, semangat untuk menyaksikan permainan jika tidak menang pon, tapi tunjukkanlah semangat melawan serta kekuatan jatidiri bagi membalas kepercayaan penyokong yang datang, jauh serta dekat. penyokong juga ada perasaan, perlu dijaga.

    kecewa permainan yang tiada kesungguhan berjuang. sepatutnya jiwa muda lebih layak berjuang dengan penuh semangat. tapi apakan daya...perbaiki lah kelemahan itu secepat mungkin. bangkitlah perak....jangan berada ditakuk kekalahan sekarang dengan pelbagai alasan. teman peminat setia Perak dari umur 6 tahun (zaman Azizul Abu Haniffah) sampailah sekarang, kebanyakan player Perak sebaya dengan teman. teman setia menyokong sehinngalah sekarang. kembalikan semangat melawan kalian.

    game vs Terengganu, totally kita tidak mampu mengawal game sedikit pon. mengikut pemerhatian teman, ini adalah game play yang paling teruk season ini. apa yang teman boleh perkatakan, player Perak 'tiada stamina tinggi', 'tiada kemahiran kawalan bola yang bagus', 'mudah hilang punca', 'tiada variasi mengatur gerakan', 'lambat bertindak' serta 'terlalu mengharap sesetengah individu' juga 'tiada pace yang laju'. tingkatkan kemahiran serta stamina anda semua. kalian masih muda, senang untuk belajar. memang teruk permainan malam tadi.

    penjaga gol
    -Kamarul bertindak cemerlang, tetapi perlu lebih fokus dengan game, jangan terlalu melengahkan permainan seperti sedang mendahului lawan. jangan terlalu emosi dengan rakan sepasukan. boleh dipertingkatkan.

    pertahanan
    -ada kalanya bagus tetapi selalu juga mudah bocor. tiada komunikasi antara mereka dengan baik. Subra selaku kapten, perlu menjaga emosi, jangan selalu melakukan kesilapan mudah. fokus. kena lebih keras dan agresif dengan pasukan lawan. kurang memberangsangkan.

    tengah
    -totally out. no ball control, not effective, no leader in midfield, not even can hold the ball. ball challenge juga kurang. stamina perlu lebih diutamakan untuk menyaingi pasukan lain. perlu diingat, midfield perlu lebih kreatif kerana jika midfield teruk, jangan harap kita akan berjaya melakukan serangan dengan baik. winger perlu lebih berani melakukan larian. out of form.

    penyerang
    -tidak meyakinkan. hanya beberapa ketika sahaja boleh melakukan sedikit serangan. tidak mampu melakukan asakan terhadap pertahanan lawan. perlu lebih keras, tiada body challenge yang bagus ditonjolkan. pertahanan lawan tidak tertekan semalam. jangan terlalu mengharap pada Razali sahaja. boleh diperbaiki.

    setakat itu sahajalah teman boleh menyumbang dari apa yang teman saksikan. janganlah anggap komen teman hendak menghentam atau menghina, tapi fikirkanlah dari sudut positif. penyokong bukan kecewa kerana kalah, tetapi kecewa kerana mutu permainan yang tidak bermaya seumpama tidak bersemangat untuk bermain. main kat Ipoh yob, bukan kat luar.

    sekian.

    -kejor yob skor-

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. razlan

    salam,

    bagus juga kalah. supaya player tak rasa over-confident dgn kemenangan 1-0 di Pasir Gudang tempoh hari.

    ini bermakna, pasukan kena lipatgandakan usaha anda untuk menjadi lebih baik sama ada dari segi tektikal atau persefahaman di atas padang. jangan harapkan coach sahaja.

    namun begitu, jika Terangganu boleh kalahkan Perak di Ipoh, Perak juga boleh kalahkan Terengganu di Std Sultan Mizan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. SUPORTER

    Di sini saya seorang penyokong setia Perak yang sudah terlalu bengang dan tidak puas hati dengan segala percaturan yang di buat oleh M.Karathu..

    semalam semasa perlawanan menentang Terenganu di laman sendiri,saya ada menyaksikan perlawanan tersebut yang berakhir dengan kekecewaan..

    M.Karathu tidak perasan akan permulaan pada babak pertama yang nampak jelas Perak lebih aggresif untuk mencari gol pembukaan,ini ternyata jelas di lihat apabila pada minit ke-13 jika tidak salah saya,bermula dari gerakan dari tengah padang melalui tapping dari pemain jersi no-7 yang berjaya memberi peluang kepada rakan untuk menghasilkan gol pembukaan walaupun jaringan tersebut telah dibatalkan oleh pengadil tetapi bagi saya ia amat memuaskan kerana ianya adalah gerakan yang amat menarik..

    Tetapi sayang Karathu memilih untuk mengeluarkan pemain yang bagus ini dalam masa permainan masih baru bermula walhal pemain ini bukannya mengalami sebarang kecederaan.
    pemain yang baru digantikan pula amat mengecewakan saya,ternyata KARATHU tidak dapat mengenal pemain sendiri antara yang bagus dan tidak.

    buat apa keluarkan pemain no-7????sedangkan dia adalah seorang pemain yang boleh membuat hantaran lencongan yang menarik untuk rakan dibahagian serangan mendapat bola dan dia adalah seorang yang pandai mengambil tendangan percuma.

    saya amat kecewa dengan percaturan Karathu ini,dibahagian serangan juga agak tumpul hanya mengharapkan RAZALI sahaja,KARATHU kalau nak harap RAZALI seorang saja mana cukup kalau bahagian tengah tidak ada yang menghantarkan bola yang menarik dan yang boleh mencipta peluang jaringan buat pemain penyerang itu......PIKIRKAN LAH WAHAI M.KARTHU...bahawasanya anda masih kurang bijak untuk mengendalikan permainan anda sendiri......

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. taufiq

    Salam semua. Untuk pasukan perak masih banyak masa lagi untuk memperbetulkan kesilapan. Setiap usaha akan ada hasilnya. Teruskan usaha, kita mampu menyerlah. Score yob Score..

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. Yashurr Yazurry

    Salam.. Memang sedih diatas kekalahan semalam.
    Segalanya serba tidak menjadi
    Kurang bermaya... tampak keletihan.
    Ketua pasukan kita semalam juga banyak melakukan
    kesilapan mudah.

    Wan Hossen, memang jelas dia agak lesu semalam...
    Kerap 'berjalan'.

    Namun pujian juga patut diberi kepada
    Pemain no 9, Saufi... dia memang cergas semalam,
    larian deras, kawalan menarik, adakalanya membuatkan
    pertahanan Terenganu lebih berhati-hati dengan beliau..

    Pemain no 10, Nazri.. juga cergas, larian yang pantas untuk
    merampas bola dikaki lawan adalah satu usaha yang patut
    diberi pujian...

    dan juga penjaga gol kita.. Kamarul, bertindak cemerlang
    agar gawang tidak dibolosi, satu usaha yang harus diberi
    pujian..tetapi, beliau harus mengatasi rasa teragak-agak beliau,
    InsyaAllah, dengan pendedahan yang kerap, beliau pasti
    boleh perbaiki kelemahan itu...

    Namun semalam teman paling kecewa dengan
    Segelintir malah semua penyokong2 yang berada
    di bahagian gendang semalam...

    "Penyokong Baju Kuning, Maki-Maki Pemain Baju Kuning"

    Ini yang teman kecewakan, bagi penyokong yang datang
    hanya sekali sekala, datang pun diatas penurunan tiket,
    Memaki,mengutuk dengan kata kesat kepada pemain sendiri menampakkan tidak profesionalnya mereka yang mengaku penyokong setia perak ni...

    Ya,memang betul permainan semalam 'teruk'
    tapi yang membuatkan Perak lagi teruk adalah mereka2 semua ni...

    Contoh Wan Hossen semalam, memang kurang bermaya,
    dan teman nampak beliau cuba perbaiki dan buat yang terbaik pada malam tu..
    Tetapi penyokong yang 'Bagus Sangat' ni, terus menerus
    berikan tekanan kepada Wan Hoseen sehinggakan
    permainan beliau terganggu...

    Sepatutnya kita berikan semangat wahai penyokong2
    berbaju kuning... bukan melemparkan kata-kata kesat
    kepada 'Pemain-pemain berbaju kuning'...

    Malulah kepada penyokong2 Perak berbangsa lain yang turut berada dibahagian bawah semalam...
    mereka bangun beri semangat, dan ketika kesilapan
    pemain mereka kata 'Takpa! takpa! buat lain..'

    So,fikir-fikirkan jika anda semua rasa anda adalah
    penyokong yang setia.....jaga tingkah-laku walaupun anda ada hak untuk bersuara..
    jadilah penyokong yang Positif!!....

    Ape-apepun, Perak Jr... Kuatkan Semangat!!!
    Perbaiki kelemahan yang ketara semalam...
    Lakukan yang terbaik sabtu nanti....
    Buktikan kepada mereka semua yang kalian adalah yang terbaik....

    Ayuh Bangkit...!!
    Seladang pasti Bangkit..!!
    Kejor Yob Kejor!!!
    Kejor Lepeh tu Skor!!!

    InsyaAllah,kemenangan pasti milik kita....

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. chuck

      salam saudara,

      Teman setuju serta paham situasi saudara..adakalanya ianya mampu bertahan.Tapi jika persembahan yang dipamerkan adalah dibawah penguasaan permainan bola budak sekolah tadika,adakah saudara masih lagi mampu untuk bertahan???Temanpun ada kat stadium masa tu..teman rasa temanpun tau sape mamat tu.sebab temanpun tak jauh dari situ!!Kesabaran seorang bapa yang memerhatikan game tersebut yang sebelumtu berada dalam keadaan tenang sambil membelai-belai rambut anak kecilnya hilang kesabaran dengan mutu game tersebut!!

      Kita perlu paham saikologi penyokong,mereka mempunyai background yang berbeza-beza...malah kita patut tau rintangan-halangan mereka tempuhi sebelum sampai ke stadium.Jauh,hujan,kena saman ke,ape lagi ke...itu hak privasi diorang.Kena plak datang menyaksikan game sebegitu..Teman tak memihak mana-mana tapi kita kena adil pada diri sendiri!!Maaf selebihnya.
      Salam....

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. irKupa

        salam...

        teman bersetuju benar sengan komen chuck. teman pon ada di stadium tu. duduk kat area corner flag dekat fans fanatik Perak. memang jelas player perak no 28 di maki hamun oleh sebab terlalu banyak sebab dan dah hilang sabar penyokong perak. mula2 memang kata2 semangat diberikan tapi bila dah kerapkali hilang bola, malas kejar bola kata2 cacian pon keluar. penyokong membayar duit tiket tu, datang dari jauh pakai minyak petrol, bukan minyak angin, masa pulak diluangkan untuk game itu. mereka berhak la nak memuji ke, mengutuk ke. ini sebab dah terlalu geram. kita tak tahu latar belakang die, entah2, memang die hebat pasal bola sepak dan dari pandangan dia, kesilapan seperti itu tidak sepatutnya dilakukan oleh player pasukan Perak. bukan Wan Hossen je yang teruk, ramai je lagi terutama kapitan, Subramaniam. so kita tak boleh nak halang orang dari mengutuk kat stadium....semoga berjaya Perak ku gemilang.

        -kejor yob skor-

        Likes(0)Dislikes(0)
    2. Yashurr Yazurry

      Hanya ini je teman boleh cakap..
      Penyokong Kita Tidak Profesional...

      Tolong jangan ungkitkan hal minyak,hujan,tiket...
      kalau anda benar-benar 'tulang belakang' pasukan Perak..

      Tolong jangan jadi penyokong yang puji sakan bila menang,
      Maki,caci bila hadapi kekalahan...

      jika anda berpegang atas dasar prinsip bernilainya 'tiket'
      dan bukannya semangat membara untuk menyokong..
      Silalah untuk tidak berada dengan penyokong yang positif
      disitu....

      Jika anda hebat, sila beraksi dibawah...
      tunjukkan bakat, dan alami tekanan bila seluruh
      gerakan anda menjadi cemuhan...

      Bolasepak kita takkan maju jika mentaliti penyokong
      kita masih tak matang....

      aksi yang baik dipamerkan dilupa begitu saja
      setelah melihat aksi yang kurang mantap pada
      1 perlawanan....

      maki,caci,cemuhan dilemparkan menyerlahkan lagi
      sifat tidak istiqamahnya anda dalam perjuangan...

      teman tak terkejut jika Perak peroleh kejayaan
      dari pasukan ini, anda semua berlompat gembira,
      pujian diberikan, pelukan dengan kawan-kawan...
      jeritan gembira tanda 'puas'...

      'puas' sebab tiket yang anda beli tidak sia-sia..
      'puas' sebab halangan hujan,minyak anda berbaloi...
      hanya 'kepuasan' itu semata-mata...

      bukannya merasa 'Puas' disebabkan anda adalah
      tulang belakang pasukan selama ini...
      Kalah Menang tetap Bersama....Sorak & tepukan tika
      kalah ataupun menang....

      Anda berada dalam konflik ini sebenarnya
      wahai penyokong berbaju kuning....

      Carilah sukan lain, jika anda mahu duit yang anda keluarkan itu, sentiasa berbaloi.....

      jadilah penyokong yang setia...
      sabar...
      istiqamah....

      InsyaAllah... Kematangan Penyokong bisa membuatkan
      'desire' pasukan bertambah...

      Ayuh Seladang Mantap.....
      Buktikan Pada Mereka...
      InsyaAllah, Kalian bisa membisukan mereka-mereka ini..

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. irKupa

        salam..

        saudara yashurr..sedare pegi stadium tak? kalau sedare pegi, sedara tau ape sebab kata2 kurang enak kadang keluar..ingat kitaorang ni bodoh sangat ke pasal bola sepak? sampai kalo kesilapan mudah sangat yang dilakukan berulang kali pon sampai membahayakan pasukan kita nak sorak bagai nak gila? adoiii....sekeliling teman semua penyokong fanatik perak, sebab tu kitorang pegi stadium. kitaorang tak mintak menang 10-0, tak mintak menang 20-0, tapi cukup sekadar main dengan baik, dengan cantik. contohnya, lawan kelantan, memang kita kalah, tapi puas hati sebab main dengan baik, semangat tinggi, cuma kesilapan kecil je. faham ? bukannya isu minyak petrol, Hujan basah jadi persoalan...lawan kelantan dalam hujan kot. come on la bro, fanatik dari tahun 1992 kot...setended la main bola, ade dipuji, ada diherdik...professional la sikit. kalo nak yang indah2 je, main guli la, gasing ke....gua sayang perak la. sebab tu tegur...siap pegi dengan fans Terengganu lagik..

        to all players, keep it up. maybe someone too emotional with this issue, but please, you all professional players..your heart, time, life mostly with football. please jangan hampakan kami sebab kami tahu anda mampu dan berbakat besar..

        -stay tuned, Perak football club-
        -kejor yob score-

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. Yashurr Yazurry

          Salam.. Alhamdulillah, teman belum penah miss
          lagi game Perak kat Ipoh...
          even frendly perak kat Ipoh start lawan KIA
          teman tak pernah miss frendly Perak...

          teman ikuti perkembangan team muda kita ni dari awal,
          dan teman dari dulu tekan kan dalam ruangan ini
          yang teman Optimis dengan kemampuan Player muda kita ini...

          Mike juga kata tadi, game dengan kelantan even kalah,
          tapi puas hati sebab game cantek...
          adakah dengan 'kelesuan' game dengan teregganu
          ini player kita harus diberi cemuhan dan makian yang
          kononnya membina....???

          Teman boleh terima jika mike-mike semua mencemuh pemain lawan...
          tapi teman tidak boleh terima jika mike-mike semua
          mengherdik,mencemuh,memaki pemain sendiri
          hanya disebabkan perlawanan yang lesu...

          ya,dengan cacian mike-mike semua ini mungkin membuatkan pemain ni lebih profesional...
          berhasil ke ketika itu???
          atau bertambah tertekan mereka ketika itu???

          Jika cemuhan yang ala kadar teman boleh terima yob irKupa.. ini tidak, sehingga mak ayah pemain disebutnya... bangsa keturunan dicemuhnya....
          Stadium bukan hak milik bangsa kita sahaja yob...

          kenapa perlu dilemparkan kata-kata yang negatif??
          disini teman nak kongsi perbezaan pemikiran manusia
          ketika mengeluarkan kata-kata dari sudut psychology:

          Kita sering berkata ketika kita parking kereta sewaktu kita menguncinya....
          kita kata:
          ''harap2 bla aku kunci keta ni,tak kena curi"
          perkataan negatif disini ialah "CURI"

          kenapa kita perlu berkata yang negatif jika kita tidak mahu ia itu berlaku......

          kenapa tidak kita berkata:
          ''harap2 bila aku kunci keta ni,ia akan selamat"
          perkataan yang positif disini ialah "SELAMAT"

          Itu yang teman tekankan wahai penyokong berbaju kuning....

          Ucaplah kata-kata yang positif untuk membina
          semangat pasukan yang kita sokong....
          Bukannya cacian dan makian....

          Jadilah penyokong yang positif yob,
          mereka masih muda...
          beri mereka peluang...
          kelesuan kelmarin tidak bermakna lesu selamanya...

          ketika berada berada distadium,
          hamburkan kata yang positif...
          elakkan dari mencaci kepada pemain sendiri....
          ingatlah bahawa, mike-mike sumer akan mengharapkan mereka lagi pada perlawanan akan datang...

          Yob irKupa teman suka jika kita duduk bersama menyaksikan pelawanan sabtu ini...
          sebab teman tahu mike orang yang positif...
          kita duduk bersama saudara san yang akan buat liputan diatas....
          disamping itu kita boleh bertukar pendapat yang 'positif'.....

          terima kasih atas respon mike....

          Ayuh seladang Bangkit...!!!
          Masih ada yang setia menyokong mu...!!!

          Likes(0)Dislikes(0)
      2. chuck

        Salam Yop Yasyur

        saya setuju dengan beberapa pendapat yang ingin saudara sampaikan tu...Bagi teman,kita saling mempunyai pandangan serta pendapat yang berbeza-beza.Disini pun telah amat jelas yang kita ni berlatarbelakangkan pemahaman yang berbeza-beza.

        Kalo datang tengok bola tapi dok sepi jer,stadium penuhpun terasa sunyi.Inikan pula stadium yang dah nyata sunyi sepi-sehening pagi.Bukanlah maksud teman datang sebagai supporter untuk maki player jer.Ada masa dan tempatnya.Bukannya peluru tak bermata.

        Tidak untuk memihak pada mana-mana belah pihak sekalipun,jika keliling anda telah bertindak sedemikian,hanya tinggal anda serta segelintir rakan-rakan anda yang tidak,anda rasa sape yang betul??Disini cuba saya bagitahu,mereka semua datang dari mentaliti serta sejarah yang berbeza-beza.Mike kena ingat.

        Bukannya game lesu,tapi lebih teruk lagi.Tidakkah saudara merasakan game tersebut betul-betul hancus??Memuji biarlah bertempat!!Mengutuk juga biar ada tempatnya.Kita ni diberikan kurniaan akal fikiran,mampu membeza-bezakan baik buruk.

        Jika jatidiri,semangat kesukanan serta dalam hati anda betul-betul mencintai serta menjiwai pasukan,anda akan paham ape yang kami semua maksudkan.Teguran ini bukanlah teguran membunuh pasukan,tapi jika anda arif serta paham anda akan ketahui maksud sebenar yang kami ingin mereka (player) persembah serta pertontonkan buat kami.

        Isu tiket??saudara,jika benar saudara menonton perlawanan kelmarin,berapa kerat sahaje penonton yang hadir jika kita bandingkan dengan 1st game vs Kuala Muda Naza tempoh hari dulu??Sedangkan harga tiket pada masa tu lebih mahal jika dibandingkan sekarang.Mike bercakap tanpa memikirkan hati serta sentimen orang lain.

        Di Perak,kami memerlukan candidate yang mampu untuk menyerap setiap tekanan yang hadir.Samada diri sendiri,Coach,Management serta fan itu sendiri.Hanya mereka yang benar-benar mampu menghadapi permasalahan tersebut selayaknya bersama Perak.Mereka player sepatutnya sedia maklum tentang hal ini.Jika tidak,mereka patut berpikir 2 kali jika masih berminat untuk meneruskan kerjaya ini sebagai punca pendapatan mereka.

        Saya yakin player kita adalah berjiwa kental serta layak mewakili pasukan.Mike perasan game terhenti sebentar masa player Ganu nak throw in??Apa terjadi??ha..yang pergi stadium mesti tau..rasanya betul-betul berhadapan dengan mike sebab mike kata mike duduk kat gendang??

        Ape reaksi player kita pada fan??Adakah dia mengamok??hilang sabar??menyerang penonton??Sebaliknya mereka sebagai player profesional akur dengan kehendak penonton.Mereka cuba untuk mengawal emosi fan.Mereka seolah-olah memahami maksud yang cuba kami sampaikan.Bukan sekadar bijak melatah bila ditegur!!Kata orang pantang ditegur pulak.

        Jangan hanya pandai bermadah indah,memuji melangit sampai ada player kita besok yang merasakan diri mereka seolah superstar filem Hollywood mahupun Bollywood.Esok pasukan juga yang rugi.Yer la,main taklah hebat mana,kononnya dah ada nama,esok demand lebih pulak.Udah lari dari matlamat asal.Kalolah player kita mentality sama macam Kaka.

        Sekarang pikir senang,setiap komen mesti ada Pro-Con.So,bagi yang cendiakawan bijak serta cerdik,mereka ini akan cuba untuk memahami setiap komen yang diberikan.Bukan hanya pandai melatah!!Tu tak betol..Pahamkan dilubok hati.Ape sebenarnya maksud kami serta kehendak kami.

        Anda mampu mengubahnya....Janganlah kita membataskan setiap pemikiran dari sahabat kita hanya kerana kita merasakan diri kita adalah yang terbaik.yang kurang semuanya datang dari saya dan Yang baik itu dari Allah.saya sudahkan sampai disini.
        Salam Qaulan....

        Likes(0)Dislikes(0)
  10. sunrise

    kekalahan yang tidak wajar untuk semua penyokong menerimanya,kerana kekalahan tersebut berpunca kesilapan besar yang telah dilakukan sendiri oleh posisi tengah dan pertahanan. tanpa komunikasi dan hanya bermain sambil lewa mampu membawa padah yang lebih besar. namun begitu tahniah harus diberikan kepada Kamarul Effendi yang mampu mengawal gawang dengan begitu cemerlang sekali. kerana ketangkasan yang dipersembahkan oleh Kamarul Effendi mampu menahan dan menepis bola dari dibolosi lebih banyak.

    Lebih kurang 4 percubaan bahaya yang dilakukan oleh pihak lawan tidak sedikitpun membuat Kamarul Effendi melatah. cuma pada pendapat saya pada minit ke 39 Arsyah Ayob dikeluarkan adalah wajar dilakukan oleh jurulatih yang bertanggungjawap, namun dengan langkah memasukkan Saufi menggantikan Arsyah Ayob tidak wajar sama sekali,kerana Saufi adalah seorang pemain penyerang. bahagian serangan seolah olah tamak untuk menjaringkan gol sehingga wujudnya rembatan ataupun tendangan yang tiada hala tuju. antara pemain yang kurang memuaskan pada pandangan mata kasar saya pada malam tersebut adalah Subramaniam, Puvindran, Thinagaran dan Wan Hossein yang memakai jersi 28 pada malam perlawanan.

    bahagian tengah langsung tidak mempunyai fungsi apabila pasukan Perak melakukan serangan pemain tidak mampu untuk turun kembali kebawah dengan larian yang cergas dan pantas untuk membantu pertahanan. apabila kesemua pemain bertahan tidak ada pula seorang pemain berada di tengah mahupun di kiri dan kanan padang. ini adalah kelemahan yang ketara pada skuad Perak. oleh itu diharapkan pihak jurulatih yang bertanggungjawab mampu mencari penawar terhadap kelemahan kelemahan tersebut

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. chuck

      salam...

      saikologi tadi dibuat berdasarkan pemahaman En.yashur semata-mata.Tapi bagi saya sendiri perkataan 'CURI' tu mampu mengingatkan kita supaya lebih berhati-hati.Perkataan 'SELAMAT' jika diguna pakai adalah terlalu umum.Selamat dari di calar,dipecahkan,dikempiskan tayar??Tapi kalo 'CURI' tentu org akan lebih berjaga-jaga.Pasangla kunci apa yang patut.Itulah yang cuba saya sampai serta maksudkan seperti komentar diatas.Jika sudah menjadi makanan harian kita,kita pusinglah ikut manapun ayat tu,orang akan paham.Jangan kita merasakan diri kita sebenarnya lebih hebat dari orang lain.Mereka player,Coach serta mangement tahu kehendak kami yang sebenar.salam Qaulan.

      Likes(0)Dislikes(0)
  11. YB

    Salam semua,

    Topik ini telah ditutup untuk mengelakkan lagi sebarang masalah timbul rentetan dari perdebatan yang menghampiri zon tidak selamat buat semua peminat disini.

    Kita sedia maklum dengan FAQ yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan seladang.net berkenaan cara menghantar sebarang komen kepada halaman ini.

    Kami sangat mengalu-alukan sebarang komen dalam bentuk kritikan yang membina dan perdebatan yang selamat. Sebarang unsur provokasi dan isu yang terkeluar dari matlamat tajuk ini akan di "edit" oleh moderator.

    Pihak kami telah menerima maklum balas dari barisan panel jurulatih sejurus selepas tamat permainan tempohari hari dan alasan yang diterima dari kekalahan dan permainan buruk tersebut adalah pemain kita jelas "kepenatan".

    Mana-mana pemain sekalipun jika sedang dalam kepenatan pasti tidak mampu bermain dengan baik apatah lagi jika tertekan dengan "pujian" dari peminat yang marah.

    Dengan jadual permainan yang padat serta latihan intensif yang dilakukan sebelah pagi dan petang, kami percaya pemain-pemain Perak sudah melakukan apa yang mereka terdaya lakukan ketika itu.

    Bukan mudah hendak memenuhi kehendak peminat yang sentiasa berharap para pemain mampu melakukan yang terbaik dan terhebat dalam permainan mereka.

    Majoriti peminat di Malaysia amat gemar melakukan perbandingan prestasi, displin dan kehebatan pemain dari luar negara sedangkan mereka tidak pula mengambil inisiatif untuk mengikut jejak langkah penyokong pasukan tersebut.

    Sekadar ingatan kepada semua bahawa pemain-pemain Perak hanyalah manusia biasa seperti kita yang mempunyai kekuatan fizikal yang hampir sama.

    Jangan berfikir mereka mampu untuk melakukan setiap perkara dengan sempurna dan hebat setiap masa kerana mereka bukanlah "SUPERMAN".

    Terima Kasih
    YB

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.