TM Liga Super – Perak Vs Plus FC (review)

TM Liga Super 2009

Sabtu 28 Februari 2009
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM

Selepas mencatatkan kemenangan dramatik keatas pasukan Kuala Muda Naza untuk layak keperingkat suku akhir Piala FA selasa lalu, Perak akan berhadapan pula dengan pasukan Plus FC pada perlawanan kelapan TM Liga Super 2009 di Stadium Perak sabtu ini.

Plus FC sudah pasti cukup bersedia pada perlawanan ini kerana telah berehat agak lama sejak perlawanan terakhir mereka 17 Februari lalu pada Liga Super apabila berjaya mengikat pasukan Negeri Sembilan tanpa jaringan di Paroi.

Mereka tidak beraksi pada 21 dan 24 Februari lalu dalam Piala FA apabila telah tewas kepada pasukan Harimau Muda pada perlawanan pertama terdahulu. Ini memberikan satu petunjuk buat pasukan muda Perak supaya berhati-hati pada pertemuan itu kelak.

Ketua pasukan Perak, S. Subramaniam masih lagi menjalani proses penyembuhan dan mengisi kekosongan itu ialah Mohd Nor Hazrul yang beraksi baik setakat ini. Penyerang harapan Perak, Razali Umar turut mengalami sedikit masalah kecederaan dibahagian kaki dan tidak pasti samada dapat diturunkan pada perlawanan itu nanti.

Menurut penolong jurulatih Raja Azlan Shah ketika dihubungi wakil SDN berkata, skuad Perak berkemungkinan meletakkan barisan pemain yang sama ketika mencapai kemenangan keatas pasukan Kuala Muda Naza pada saingan Piala FA tempohari.

“Kita seboleh-bolehnya tidak mahu mengubah barisan yang sedia ada ini kerana tidak mahu mengganggu rentak sefahaman namun setiap pemain perlu bersaing sesama sendiri untuk merebut tempat dalam posisi utama pasukan.”

“Dalam kata lain tiada istilah posisi “otomatik” untuk mana-mana pemain, terutama kepada mereka yang tidak beraksi pada tahap yang boleh dibanggakan. Namun saya percaya barisan pemain yang bakal diturunkan nanti akan membalas kepercayaan yang diberi oleh jurulatih dan peminat pasukan Perak sebaiknya” ujar beliau.

Kepada penyokong bolasepak Perak jangan lupa untuk datang beramai-ramai ke Stadium Perak sabtu nanti bagi memberikan sokongan padu kepada pasukan muda Perak.

Skor Yob Skor

Kesebelasan kemungkinan:

Kamarul Effandi (PG)
Chun Keng Hong (K)
Nor Hazrul
Mohd Hafiszuan
Syazwan Roslan
Mohd Nazri Kamal
Khalis Ibrahim (B20)
Arsyah Ayob
K. Thinagaran
Shahrizal Saad
Saudi Sa’aidi

Nota: Liputan ringkas semasa akan disiarkan oleh krew yang bertugas.

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

7 thoughts on “TM Liga Super – Perak Vs Plus FC (review)

  1. sunrise

    salam

    Seandainya skuad Perak dapat meneruskan rentak seperti yang telah mereka pamerkan pada perlawanan yang lepas tidak mustahil kemenangan mampu untuk digapai. Cuma apa yang diharapkan kepada pemain pemain tidak mudah leka sepanjang perlawanan berlangsung. Cuba meminimakan kesilapan dan perbanyakkan serangan sepanjang 90 minit. Pertahanan pula haruslah sentiasa peka keadaan sekeliling,pastikan setiap gerak geri pihak lawan dapat dikawal dengan seketat ketatnya.Seandainya pemain pemain diposisi pertahanan mampu melakukan tugas seperti ketika menentang Johor Fc tempoh hari, maka gol pasukan Perak mampu untuk bertahan dari dibolosi, semoga pemain pemain dapat meneruskan perjuangan dengan penuh semangat.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. taufiq

    Salam semua,,,

    Satu pertembungan yang menarik pada perlawanan kali ini. Walaupun pasukan lawan hanya berstatus kelab, tetapi mereka juga ingin mencari keselesaan dalam kedudukan 5 pasukan yang teratas dalam saingan Liga Super pada tahun ini. Pasukan KL Plus akan berkunjung ke Stadium Perak dan kita haruslah menggunakan sebaik-baik peluang apabila bermain di tempat sendiri nanti. Semua peminat dan penyokong setia Perak mengharapkan kemenangan serta kebangkitan pasukan kesayangan mereka, termasuk teman.

    Apa pun, gunalah sebaik mungkin peluang bermain di tempat sendiri dan di hadapan penyokong sendiri. Percayalah, pasukan kita mampu menyerlah di masa akan datang. Kekalkan semangat kerjasama sepasukan, tingkatkan semangat perjuangan dan mantapkan serangan, Perak pasti gemilang..

    skor yob skor..

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. syidi

    Rentak kita dalam saingan TM Liga Super 2009 kurang konsisten setakat ini. Jelas di sini Jurulatih Perak berusaha sedaya upaya menyerap 'rythm' saingan Piala FA dalam perlawanan Liga Super kali ini. Langkah ini dijangka akan menjadi 'Turning Point' untuk Perak membetulkan konsistensi dalam semua perlawanan yang diharunginya selepas ini.

    Tinggal lagi para pemain untuk mempamerkan aksi yang lebih baik di gelanggang sendiri nanti. Percaya atau tidak dalam keadaan prestasi Perak sekarang, pasukan-pasukan lain sukar membaca potensi semasa pasukan kita, dalam erta kata lain mereka agak 'cuak' untuk bertemu dengan kita.

    Oleh yang demikian, inilah masanya untuk mengejutkan pasukan yang berada di kelompok 'top 5' Liga Super selepas kita berjaya mengejutkan pasukan yang dibarisi 'Otai-Otai' bolasepak di Malaysia. Sikap positif para pemain amat saya hargai setakat ini dengan bermain tanpa menghiraukan status pihak lawan.

    Ingat, segalanya terletak di tangan anda. Kami para penyokong sentiasa bersama anda dalam susah mahupun senang. Anda telah berjaya membuka mata ramai pengkritik bolasepak tempatan yang selama ini memandang rendah akan kemampuan yang anda miliki.

    'Usaha Tangga Kejayaan'. 'Berjuanglah sehingga titisan peluh yang terakhir'. 'SKOR YOB SKOR'!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. belanak

    Salam..

    Liga Super kembali setelah berhempas pulas dalam Pusingan Kedua Piala Fa tempohari dengan kejayaan yang membanggakan. Namun demikian, kita tidak harus bangga diri dan mudah leka dengan kejayaan yang dikecapi kerana di dalam bolasepak hanya pasukan yang berjaya kekalkan momentum kemenangan di anggap gah dan kita boleh buktikan bahawa kita juga boleh pada perlawanan hari Sabtu ini.

    Semoga tanggungjawab yang diberikan kepada para pemain tidak disia-siakan dan buktikan bahawa kepercayaan yang telah diberikan akan dibalas dengan kejayaan dan satu permainan yang menarik.

    Teliti permainan lalu dan jadikan iktibar untuk game seterusnya. Jangan mudah bagi ruang kepada pihak lawan dan berikan sepenuh tumpuan sepanjang 90 minit ++ kelak. Seandainya kita leka dan lalai kelak kita semua akan rugi serta kecundang. Oleh yang demikian, berjuanglah demi maruah pasukan tanpa mengenal erti kalah sebelum berjuang. Teruskan momentum menyerang dan pertahanan yang menarik agar kita boleh memperbaiki kedudukan dalam liga. Pantang berundur sebelum berjuang, teruskan perjuangan mu wahai para pemain Perak Jr. hingga ke wisel penamat.

    Kami para penyokong sentiasa bersama kalian walau apa yang telah berlaku dan kami sentiasa mendoakan semoga pasukan kita akan berjaya dan terus mengekalkan status kita di Liga Super. Hasil kerjasama semua pihak, InsyaAllah kita akan berjaya dengan cemerlang, gemilang dan terbilang.

    Apa yang penting... KERJASAMA!
    Apa yang penting... KERJASAMA!
    Skor Yob Skor!

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. irKupa

    perjuangan belom selesai.......
    berusahalah hingga kemenangan dicapai. memandangkan kita dalam mood kemenangan, jangan terlalu leka ataupon terlalu merendah diri ketika berjuang. teruskan rentak kemenangan yob. memandangkan game seterusnya bertemu Selangor di Ipoh jugak, diharapkan dapat bermain dengan sungguh2. kalian tak perlu melalui perjalanan jauh yang memenatkan. gunakan kesempatan ini dngan sebaiknya...2 game yang lepas di Ipoh kita tewas, kembalikan maruah 'kekebalan tuan rumah' ketika beraksi di gelanggang sendiri......

    Ipoh mali talak sombong..

    -kejor yob skor-

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. anip

    Salam.

    Permainan lalu jadikan pengalaman yang berguna bagi perlawanan in. Tiada yang mustahil untuk dicapai walaupun anda semua masih muda.

    Teruskan berjuang wahai Perak Jr. Perjalanan masih berliku namun itu adalah cabaran buat anda semua.

    Semoga berjaya.
    Kejor Yob Kejor!!!
    Penyokong bersama anda.
    Skor Yob Skor!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. yong

    salam

    walau apepun teruskan usaha buat skuad Perak...sebab Perak adalah sebuah skuad yg tidak akan menyerah..dan akan bangkit dlm satu situasi...konsisten atau tidak terpulang buat setiap pemain..keserasian dan kerjasama harus ada...good luck...

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.