TM Liga Super – Perak Vs Kelantan (review)

TM Liga Super 2009

Selasa 10 Februari 2009
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM

Perlawanan kelima TM Liga Super 2009 untuk pasukan Perak adalah bertemu Kelantan di Ipoh malam esok. Skuad seladang tentunya masih segar dengan kemenangan besar secara aggregat 11 – 1 keatas SDM Kepala Batas dalam persaingan Piala FA tempohari.

Pada ketika ini moral para pemain Perak sudah tentu berada pada tahap yang terbaik untuk mencatatkan kemenangan seterusnya keatas pasukan Kelantan yang bakal membariskan beberapa bekas pemain Perak yang berhijrah musim lalu.

Untuk makluman semua, pasukan Kelantan pernah bertemu pasukan Perak pada 26 Disember 2008 di Stadium Perak untuk perlawanan ‘Test Match’ yang berkesudahan dengan kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan 2 – 2.

Perak pada perlawanan kali ini bakal kehilangan khidmat ketua pasukannya iaitu pertahanan kanan, S. Subramaniam yang menjalani penggantungan satu permainan setelah menerima 3 kad kuning pada perlawanan terdahulu.

Tempat beliau mungkin akan diisi oleh pemain serba boleh Mohd Hafiszuan serta untuk posisi pemain tengah, K. Thinagaran pasti menjadi pilihan utama disamping meletakkan Mohd Nazri Kamal sebagai penyerang berpasangan bersama Razali Umar.

Apapun dengan penurunan harga tiket yang telah diumumkan lalu, penulis berharap semua peminat bolasepak Perak dapat datang beramai-ramai bagi memberikan sokongan padu kepada barisan muda kita pada perlawanan itu nanti.

Kesebelasan kemungkinan:

Megat Amir Faisal (PG)
Chun Keng Hong
K. Puvinderan
Syazwan Roslan
Mohd Hafiszuan
Zahiruddin Sabri
Wan Hossen (B20)
Isma Alif
K. Thinagaran
Razali Umar
Mohd Nazri Kamal

Nota: Liputan ringkas akan disiarkan oleh krew yang bertugas.

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

9 thoughts on “TM Liga Super – Perak Vs Kelantan (review)

  1. zul4all

    satu perlawanan penting utk meningkatkan moral pasukan dan peminat skor yob skor. cubaan meletakkan nazri kamal dibahagian serangan dalam 2 perlawanan terdahulu ternyata berhasil dan memainkan peranan yang produktif serta berkesan. diharap nazri kamal terus mempamer persembahan terbaik kerana beliau adalah antara pemain yang pernah disebut antara pemain yang bakal menjadi orang penting dalam pasukan perak selain thina,chun ken hong, razali dan beberapa pemain lagi...pada pendapat saya gandingan razali dan shahrizal kurang sesuai dan shahrizal kerap hilang punca. saya berharap agar beliau terus berusaha mendapatkan kepercayaan peminat semula. dan saya ternanti-nanti persembahan pemain bernama zahiruddin yang pernah menjadi kapten bukit jalil

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. san

    salam.. perlawanan ini pastikan akan mengimbau muka-muka pemain yang pernah beraksi bersama perak.

    yang sudah-sudah tu sudahlah. di dalam kekecohan berlaku dalam Perak diharap tidak menjejaskan semangat pemain perak kerana melibatkan pengurusan Persatuan Bolasepak Perak..

    apa-apa pun jom kite pergi stadium ramai-ramai..

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. phatly

    Salam..
    Teman berharap semangat pemain Perak kini berada di tahap yang tinngi untuk bertemu skuad kelantan yang rata-ratanya ramai bekas pemain perak dulunya.Anggaplah skuad seladang muda ni akan terus mengharumkan nama negeri walaupun keadaan sekarang tidak stabil,Namun teman percaya dengan adanya jurulatih yang berpengalaman akan buktikan pemain perak sekarang bukannya skuad belasahan.Moh semua rakyat Perak kita penuhkan stadium Ipoh dengan satu matlamat unuk lihat skuad kita mendapat kemenangan 3 mata penuh di tempat sendiri..We Are Perakian.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. syidi

    Salam kepada warga Seladang.Net, Pemain dan Pengususan Perak FA dan semua 'Perakians'.

    Setelah lama berehat, Liga Super kembali dan bakal menyaksikan Seladang akan menentang Kelantan. Ini adalah peluang terbaik untuk menunjukkan belang sebenar anak-anak muda Perak yang semakin menjadi-jadi terutama ketika melanyak SDM tempohari.

    Saya yakin aura kemenangan masih membara di jiwa mereka dan menantikan kehadiran mangsa seterusnya untuk dijinakkan. Usah dipedulikan siapa musuh kita, sebaliknya tumpukan perhatian untuk mempamerkan aksi terbaik dan kurangkan kesilapan. Satu kesilapan akan mengundang berjuta akibat.

    Tidak kira siapa yang akan bermain 'first 11' dan siapa simpanan, pada saya semuanya ada kelebihan masing-masing dan sama hebat. Yakinkan diri 'Behave Your Self' dan bermain sehabis baik. 'WE ARE PERAKIAN AND BORN TO BE CHAMPION!'

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. taufiq

    Salam, buat pasukan perak mungkin ini lawan yang sengit bagi saingan kali ini, memang kita pernah mendapat keputusan seri 2-2 semasa Test Match tahun lepas, akan tetapi itu bukan kayu pengukur kepada kekuatan dan kemantapan kita. Apa yang peminat dan penyokong harapkan adalah, kekalkan semangat melawan dan jangan kerana sorakan penyokong di stadium, rentak permainan kurang bisanya. Walaupun ketiadaan ketua pasukan S.Subramaniam, itu bukan penghalang untuk mencapai kejayaan. Jika kemenangan berjaya dilakar malam esok, teman pasti seluruh negara akan membuka mata kepada pasukan kita. Pemain muda, semangat muda, kemenangan pasti milik kita..Semarakkan semangat berpasukan, tingkatkan stamina, mantapkan serangan, Perak Pasti Gemilang..3 mata pasti milik kita..Skor Yob Skor...

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. khairol

    awalan musim ini, kalau di ikutkan, hakikinya kelantan menang semua perlawanan jika tidak dek FAM memberikan kemenangan percuma ke atas KL Plus.. semoga perak menjadi pasukan pertama menewaskan kelantan (di atas padang)..

    kejayaan menang besar 7-0 (agg 11-1) ke atas SDM kepala batas di harap menjadi turning point untuk lebih garang lagi... mudahan 3 mata yang di cari di miliki.. kekalkan rekod kemenangan di halaman sendiri.. selamat kembali ke stadium perak buat khalid, indra dan azlan..

    putih kuning hitam warnaku

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. anip

    Salam.

    Setelah liga berehat seketika maka gegaran akan kembali semula dengan menemukan pemain muda pasukan Perak dan bekas pemain Perak. Diharapkan pertembungan ini dapat menjadi titik tolak dalam menaikkan lagi semangat juang pasukan muda Perak dalam mengharungi liga yang masih jauh.

    Semoga kehadiran penyokong malam ini bertambah ramai bagi menyemarakkan lagi suasana dalam kem pasukan Perak. Bagilah sokongan dan dorongan buat pasukan kita.

    Lakukan yang terbaik,Yob!
    Kejor Yob Kejor!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.