TM Liga Super – Perak Vs Kelantan (result)

TM Liga Super 2009

Perak 2 – 3 Kelantan

Selasa 10 Februari 2009
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM

Perak tewas 2 – 3 kepada Kelantan di Stadium Perak malam tadi pada perlawanan yang dilangsungkan dalam hujan lebat. Mohd Nor Farhan menyumbangkan gol pertama untuk pasukan pelawat seawal minit ke 19 melalui satu percubaan dari sudut kiri yang sukar.

Belum pun sempat pemain Perak menyusun semula rentak permainan, Khalid Jamlus merembat leret gol kedua Kelantan pada minit ke 26 hasil hantaran menarik yang mudah menewaskan penjaga gol Perak, Megat Amir Faisal.

Namun gol kedua tersebut tidak melemahkan semangat pemain muda Perak apabila gol pertama yang dinanti-nantikan akhirnya tiba apabila Razali Umar berjaya meloloskan diri dari perangkap offiside Kelantan untuk menjaringkan gol pertama pasukan seladang hasil hantaran jauh dari pemain pertahanan pada minit ke 35.

Tamat separuh masa pertama dengan kedudukan masih lagi Kelantan mendahului Perak dengan 2 – 1. Pada separuh masa kedua hujan telah mulai berhenti dan permainan bersambung sambil disaksikan oleh kira-kira 12 ribu orang penyokong Perak.

Separuh masa kedua, pasukan Perak bermula garang apabila Shahrizal Saad berjaya menjaringkan gol penyamaan seminit kemudian untuk pasukan Perak menyamakan kedudukan hasil keadaan kelam kabut di depan pintu gol Kelantan.

Bermula dari itu, kedua-dua pasukan dilihat sering berbalas serangan dengan pasukan Perak lebih sedikit mengawal permainan berbanding pasukan Kelantan yang lebih gemar bertahan sambil melengah-lengahkan masa permainan.

Namun dipenghujung permainan pasukan Kelantan jelas bernasib baik apabila Mohd Nor Farhan menyambut hantaran lintang dari sebelah kanan Perak untuk merembat masuk gol kemenangan pasukan pantai timur itu dengan keputusan 3 – 2.

Kesebelasan Utama:

Megat Amir Faisal (PG)
Chun Keng Hong
K. Puvinderan
Syazwan Roslan
Mohd Hafiszuan
Arsyah Ayob – 1
Wan Hossen (B20)
Mohd Nazri Kamal
K. Thinagaran – 3
Shahrizal Saad – 2
Razali Umar

Pertukaran

Isma Alif – 1
Mohd Noor Hazrul – 2
Saufi Sa’aidi – 3

Krew Info: San

Keputusan Perlawanan 10 Februari 2009:

Kedah 2 – 0 Plus FC
Stadium Darul Aman, Alor Setar

Selangor 2 – 1 Perlis
Stadium Shah Alam

Negeri Sembilan 3 – 0 Johor FC
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

Terengganu 1 – 0 PDRM
Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin,

Pahang 1 – 2 Kuala Muda Naza
Stadium Darul Makmur, Kuantan

Pulau Pinang 2 – 3 My Team
Stadium Bandaraya Pulau Pinang

Likes(0)Dislikes(0)

17 thoughts on “TM Liga Super – Perak Vs Kelantan (result)

  1. taufiq

    Salam buat semua peminat perak. Kekalahan ini mungkin hanya kekurangan pengalaman tindakan penyudah di depan gol lawan. Tetapi teman berbangga kerana pasukan kita mampu mengikat keputusan 2-2 sebelum pasukan lawan menjaringkan gol kemenangan. Semangat melawan yang berterusan di sepanjang permainan perlu dikekalkan. Namun begitu semangat berpasukan dan kerjasama perlu ditingkatkan untuk menjadikan pasukan perak sebuah pasukan yang digeruni pada masa yang akan datang kelak. Perbezaaan pengalaman memang jauh sedikit jurangnya berbanding pasukan lawan, akan tetapi jika dititik beratkan kerjasama di antara pemain mungkin pasukan lawan akan berputih mata dengan corak pemain muda kita. Apa pun teman amat berharap pasukan kita akan dapat memperbetulkan kesilapan hari ini pada perlawanan yang akan datang kelak. Tingkatkan kerjasamana berpasukan, mantapkan serangan dan tunjukkan semangat melawan, Perak pasti gemilang..

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. mista falie

    Tahniah. kekalahan yang bermaruah. kesian khalid. Kena 'boo' memanjang., tapi teman rasa, gol ke 3. Bola dah 'out'. Kepada Megat Amir, usaha lebih lagi, jangan kerana setitik nila, rosak susu sebelanga. No 20,keras sikit ok, main kotor sikit pun takpe.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. razlan

    tahniah perak, tahniah kelantan. walaupun kalah dan jatuh dua anak tangga dlm kedudukan liga, teman puas hati dgn mutu permainan kedua2 pasukan. ini membuktikan bahawa liga-m adalah bolasepak.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. syidi

    Menurut sahabat kita yang juga krew bertugas semalam, secara taktikalnya M Karuthu telah berjaya. Itu pendapat Penyokong yang melihat perlawanan semalam.

    Apa yang dapat disimpulkan, Anak-Anak Muda Perak menunjukkan sedikit peningkatan yang agak memberansangkan. Selepas ini mereka memerlukan kemenangan di tempat lawan untuk meraih semangat sebelum meneruskan cabaran Liga Super 2009.

    Tingkatkan persefahaman, gandakan kerjasama, Insya Allah Perak boleh pergi jauh suatu hari nanti. Kami sentiasa di belakang Anda. SKOR YOB SKOR!

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. irKupa

    salam..

    secara totalnya, game semalam sebahagian besar dikawal sepenuhnya oleh player2 perak. banyak peluang serta gerakan2 yang dicipta menunjukkan pemain perak tidak ketandusan idea untuk menghasilkan gerakan2 menarik ke kubu lawan..tapi sekadar gerakan menarik sahaja tidak mencukupi memandangkan game akan dinilai melalui gol yang dijaringkan...pemain mempunyai banyak peluang yang terhidang, sepatutnya selalu melakukan cubaan ke gawang gol..sepatutnya bijak memanfaatkan peluang. jika dilihat, kita ada kelebihan kerana pertahanan kelantan agak goyah semalam serta penjaga gol nya yang dah berumur patutnya memberi kelebihan pada kita...agak kecewa kerana sepatutnya kemenangan berpihak pada pasukan perak.

    Penjaga Gol
    - perlu berlatih lebih bersungguh2, selalu melakukan kesilapan mudah, 'silly mistakes'. nasib baik perak tiada penjaga gol lebih baik, kalau tidak jangan harap dapat main 1st team..fokus dalam padang megat!!

    Pertahanan
    -sedikit goyah pada permulaan dan penghujung saingan. walaupon beberapa pertahanan utama tidak diturunkan, sepatutnya ia tidak menjadi halangan. jangan leka. mike semua hebat, boleh mengawal indra, norfarhan apetah lagi khalid dengan baik. cuma sedikit sahaja kelekaan menyebabkan 3 gol dijaringkan. jika dilihat game malam tadi, memang gol2 berpunca dari kesilapan pertahanan yang leka. bagaimanapon, 'keep it up'. tahniah.

    midfield
    -bagus!! tahniah...antara persembahan midfield yang terbaik sepanjang teman follow team perak season ni. boleh control ball, defensive, attacking semua bagus. just put some more efforts to shoot on goal. jgn terlalu lama memegang bola sebelum hantar ke striker...we have very2 good and talented fast striker..

    striker
    -good job. razali dan shahrizal berjaya menjadi kombinasi yang baik. lebih banyak pendedahan diperlukan untuk keserasian. razali memerlukan lebih banyak support dari rakan sepasukan. tahniah striker even should score more..

    satu kerugian jika team kita mampu/sama taraf berlawan tapi kecundang juga..jangan diikutkan sangat berkaitan pengalaman atau kecil besar yob, selagi kita kat atas padang selagi itu keputusan belum tahu dan selagi itulah kemenangan yang kita cari..

    -kejor yob kejor-

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. san

    Syabas.. kekalahan yang membanggakan.. ternyata pengalaman memisahkan kemenangan atau kekalahan dalam perlawanan ini.

    Pemain Perak yang lebih pantas dan mempunyai stamina yang tinggi sebenarnya mampu mencipta kemenangan dalam perlawanan ini sekiranya peluang demi peluang itu mampu diterjemahkan daripada "tersasar" kepada "gol"..

    Penyokong yang rata-rata gembira dengan harga tiket yang telah turun, bagaimana pun tersentap apabila kelantan menjaringkan 2 gol untuk mendahului perak, dan mengembirakan hampir 500 orang penyokong setianya.

    Percaturan jurulatih Perak jelas menunjukkan beliau antara jurulatih yang terbilang di negara kita, dengan hanya pemain-pemain muda, M. Karathu mampu membentuk satu pasukan yang mantap dari masa ke semasa..

    cayalahla.. kalau tiket RM10 untuk perlawanan semalam pun rasa berbaloi.. kalau RM8 dpt la beli air ngan keropok lekor.. kui kui

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. belanak

    Salam...
    Teruskan perjuangan kalian dengan usaha yang lebih. Kami penyokong akan terus menyokong walau apa yang terjadi. Perlawanan malam tadi telah menunjukkan yang semua pemain berjuang dengan semangat jitu dan penyokong juga tidak dilupakan. Semoga semangat juang yang tinggi dapat diteruskan. InsyaAllah kita akan berjaya dan terus digeruni lawan. Skor Yob Skor.

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. anip

    Salam.

    Nasib tidak menyebelahi kita. Tidak mengapalah kerana ini pengalaman yang cukup berguna untuk pemain muda agar memanfaatkan setiap peluang yang terhidang. Gol minit terakhir yang tidak disangka namun semangat berjuang yang dipamerkan patut dibanggakan.

    Teruskan perjuanganmu wahai skuad muda Perak. Masih ada ruang untuk berjaya dan terus maju ke depan.

    We Are Perakian! Jangan Pandang Belakang! Kejor Yob Kejor!

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. syidi

    Perjuangan anak-anak muda Perak baru sahaja bermula dan mereka memerlukan masa untuk meningkatkan kemampuan mereka. Samalah seperti perumpamaan berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu dan bersenang-senang kemudian.

    Tiada kejayaan yang datang bergolek tanpa penat dan lelah. Saya mengatakan sedemikian kerana ada segelintir individu yang menganggap dirinya anak jati perak dan kononnya peminat setia Perak mengkritik Anak-Anak Muda Seladang seolah-olah mereka telah lama dalam Liga Super. Ingat, kritikan yang keras dan tidak molek didengar tidak layak untuk mereka sebaliknya berilah kritikan yang membina seperti komen-komen di atas. Pendek kata, kita harus sabar dan berfikiran positif. Jangan terlalu emosional. Maaf jika ada komen yang tidak di 'Approve' kan.

    Demi Skuad Seladang, kekalkan kesetiaan kita dan buktikan yang kita adalah penyokong yang terbaik dan profasional bukan emosional.

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. anipjebat

    salam..teman nak usulkan undi tak percaya teman buat penjaga gol perak,megat amir faizal..memang teman mengaku kite ketandusan penjaga gol berpengalaman macam megat tapi tak salah kalo kiranya kite bagi peluang kat Kamarul Effandy untuk membarisi 1st eleven perak..dari permulaan liga sampai la game mlm tadi,ape yg teman dapat simpulkan megat masih buat kesilapan yang serupa,teragak-agak bila nak bertindak..kesian kat barisan hadapan perak,main sungguh-sungguh tapi barisan belakang masih buat kesilapan yang sama..jangan sebab nila setitik habis rosak susu sebelanga..'overall' game semalam memang teman puas hati..'miedfilder' perak menunjukkan kematangan dari semasa ke semasa dan game semalam kite wajib menang cuma nasib masih belum menyebelahi perak..untuk shahrizal saad,teman rasa elok kalo coach asah bakat dia jadi playmaker..ketenangan, 'challenge ball', hantaran yang berkualiti satu jaminan untuk beliau menjadi playmaker sehebat ahmad shahrul..renung-renungkan dan selamat beramal

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. irKupa

    salam...

    wahai anak muda perak, 'PERCAYALAH KEMAMPUAN ANDA'.. perihal permainan di atas padang tidak mengira siapa anda, muda kah, tua kah, pengalaman kah, yang penting semangat serta matlamat yang harus disemat ke dalam hati untuk berjuang sehingga ke hujung waktu...pengalamn boleh membantu, tapi jangan jadikan tidak cukup pengalaman sebagai penghalang mencapai kemenangan...pengalaman akan bertambah dari sehari ke sehari, oleh itu tetapkan matlamat anda.. anda semua rata2 sebaya dengan teman yob, jiwa muda lagi..jika kita tidak dididik mental kita dari sekarang, kelak beberapa tahun lagi menjadi agak susah nak dibentuk...teman dapat rasakan team ini berpeluang cerah mendominasi liga malaysia nanti..berusahalah dari sekarang. jangan kita terlalu hormati lawan, samada tua ke, muda ke, pengalaman ke, wakil malaysia ke, di dalam padang semua sama...teman puas hati sedikit semalam kerana kita berjaya menyekat pergerakan indra dengan norfarhan...walaupon sedikit kesilapan membawa padah, usaha lagi...

    -kejor dulu yob baru skor-

    Likes(0)Dislikes(0)
  12. serigala_malam1982

    tahniah buat player Perak & penyokong.. disini saya nak mintak saper2 yg terlibat dgn web ini atau penyokong yob dpt masukkan video ker atau gambar2 menarik pasal game perak.. kat oversea jugak ada penyokong perak yg tak dapat nak tengok skill player perak... jadi saper2 yg dapat sertakan video game perak ni di alu-alukan.. terima kasih (penyokong perak di jordan)

    Likes(0)Dislikes(0)
  13. pachenko

    Bagus2..ada peningkatan dalam permainan. Belajar dari kesilapan supaya tak banyak buat kesilapan. Apa2 pun Perak masih lagi pasukan yang kuat. Lawan Tetap Lawan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  14. sunrise

    teman bangga dengan skuad perak jr. yang bemati matian untuk mempersembahkan yang terbaik buat kita semua.walaupun tewas bukan bermakna tidak bagus,cuma pengalaman menjadi pernghalang untuk mencapai kemanangan malam tadi.atas ulasan sahabat kita semua yang berada di stadium semalam telah memberi ulasan mengambarkan bahawa skuad perak jr mampu menjadi antara pasukan terkuat dalam saingan liga tempatan.maka marilah kita semua meneruskan sokongan yang tidak berbelah bagi terhadap skuad perak jr kita. janganlah kita semua kecewa,kerana mereka sedang melalui perbagai dugaan dan cabaran yang kita sendiri pasti tidak mampu rempuhi.nasihat teman kepada pemain pemain semua usahalah demi maruah diri dan pasukan perak. walaupun perbagai masalh dan dugaan yang terpaksa anda semua rempuhi dan jadikan ianya satu pengalaman yang paling berharga.

    Likes(0)Dislikes(0)
  15. khairol

    salam pertemuan.. tumpuan teman pada posisi pertahanan dan penjaga gol.. teman bersetuju pandangan anibjebat.. sudah tiba masanya kamarul effendy di beri peluang menjaga pintu gol perak.. jika diamati selepas 5 perlawanan liga, 9 gol telah dilepaskan.. ini melihatkan ketidak konsistennya penjaga gol perak hari ini... ada dalam satu-satu perlawanan tidak di bolosi langsung.. bila di bolosi sekali 3 gol.. ini merujuk kepada kekalahan 1-3 kepada selangor, 0-3 kepada negeri sembilan dan 2-3 kepada kelantan..

    di posisi pertahanan, ketiadaan subra tampak meninggalkan kesan terhadap pertahanan.. di samping rata-rata peminat menantikan bilakah benedict martin boleh beraksi kembali..

    semoga aksi tidak konsisten di awal liga ini bakal berakhir..

    Likes(0)Dislikes(0)
  16. fazly73

    assalamualaikum....saya puas hati dengan mutu permainan pasukan perak kite ini.walaupun tewas, ianya tewas bermaruah, harap tahap permainan dapat di tingkatkan lebih lagi, skor yop skor!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.