TM Liga Super | Johor FC Vs Perak (review)

TM Liga Super 2009

Sabtu 14 Februari 2009
Stadium Jcorp, Pasir Gudang
8:45PM

Selepas tewas 2 – 3 keatas pasukan Kelantan selasa lalu, skuad Perak akan mengharungi perlawanan keenam TM Liga Super 2009 di Stadium Jcorp Pasir Gudang menentang pasukan kelab dari selatan tanahair iaitu Johor FC malam esok.

Pasukan kendalian Ramlan Rashid ini pasti mahukan kemenangan ditempat sendiri untuk merawat luka mereka setelah tewas 3 – 0 kepada pendahulu liga super 2009, Negeri Sembilan sewaktu bertandang ke Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi baru-baru ini.

Berdasarkan rekod-rekod lalu dibawah kendalian jurulatih import, Perak cukup sukar untuk menewaskan pasukan Johor FC di gelanggang mereka. Namun percaturan kali ini pasti berbeza kerana Johor FC tampak sedikit pincang tanpa penyerang import musim lalu dan keupayaan penyerang tempatan mereka amatlah meragukan.

Berita yang tambah merungsingkan Ramlan Rashid pastinya ketiadaan Eddy Helmi Manan yang mengalami kecederaan dan terpaksa berehat beberapa minggu lagi. Sewajarnya peluang ini digunakan oleh M. Karuthu untuk mencapai kemenangan atau sekurang-kurangnya mencari satu mata ketika bertandang di Pasir Gudang nanti.

Penolong jurulatih, Raja Azlan Shah ketika dihubungi wakil seladang.net berkata walaupun tewas kepada Kelantan ditempat sendiri tempohari, barisan pemain-pemain muda Perak masih tetap bersemangat untuk mencipta kejutan keatas pasukan Johor FC kelak.

“Kita sudah mengenal pasti punca sebenar masalah yang menghantui barisan kesebelasan utama Perak pada perlawanan yang lalu serta membuat beberapa perubahan penting yang mampu menghasilkan keputusan yang positif selepas ini” ujar beliau.

Pasukan Perak dijangka akan bertolak dari Ipoh hari ini (Jumaat) untuk mendapat rehat yang secukupnya sebelum turun menghadapi perlawanan esok (Sabtu) di Stadium Jcorp.

Kesebelasan kemungkinan:

Kamarul Effandi (PG)
S. Subramaniam (K)
Mohd Hafiszuan
K. Puvinderan
Mohd Syazwan
Wan Hossen (B20)
Mohd Arsyah Ayob
Muhd Nazri Kamal
K. Thinagaran
Razali Umar
Shahrizal Saad

Nota: Liputan semasa akan disiarkan oleh krew yang bertugas.

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

12 thoughts on “TM Liga Super | Johor FC Vs Perak (review)

  1. syidi

    Saya kagum dengan semangat anak-anak muda ini yang tidak kenal erti jemu dalam mencari sesuatu yang bermakna untuk mereka yang akan dikongsi bersama penyokong-penyokong setia.

    Kejutan bakal berlaku, bagaimana? Itu saya sendiri tidak pasti. Kita tunggu dan lihat. Seperti biasa, saya sentiasa mengharapkan ada lagi peningkatan mutu persembahan biar pun hanya 0.001% sekali pun.

    Yakinilah, lumrah yang ditetapkan Tuhan, setiap usaha yang sabar, akan ada ganjarannya. 'No Pain, No Gain'.

    Ayuh Seladang Jr, Kita Boleh!! SKOR YOB SKOR!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. anip

    Masa untuk meletakkan penjaga gol muda dalam kesebelasan utama pasukan. Bagilah peluang kepada beliau untk mencari pengalaman dan menunjukkan kehebatan. Dengan barisan pemain-pemain muda yang bersemangat tinggi diharapkan agar ada peningkatan yang ditunjukkan dalam perlawanan ini. Rekod lalu hanyalah sejarah yang diletakkan di atas kertas. Terus pandang ke depan. Perjalanan masih jauh. Kesilapan lalu jangan diulangi lagi. Para penyokong tetap bersama anda,Perak Jr.
    Kejor Yob Kejor-Skor Yob Skor...

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. sunrise

    bagi teman skuad perak jr pada kali ini adalah yang berkualiti. mampu untuk menjadikan pasukan perak antara yang terbaik dalam liga tempatan,cuma masalah skuad perak kali ini ketiadaan penjaga gol senior yang berkualiti,cuma apa yang diharapkan agar perlawanan menentang johor fc akan dapat menurunkan penjaga gol muda seperti kamarul effendi ataupun khairul amri. inilah masanya untuk mereka buktikan kewibawaan mereka dan memberi pengalaman yang bermakna kepada mereka serta keseluruhan pasukan.tahniah teman ucapkan kepada skuad perak kerana sehingga ke hari ini anda semua telah membuktikan kepada kami bahawa anda semua mempunyai kualit,memang kekalahan kerap mengelilingi anda dan pasukan tapi ini bukan bermakna anda tidak layak berada dalam skuad perak

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. belanak

    Salam....

    Ayuh lah Perak Jr.! Buktikan kemampuan anda.. Teruskan semangat juang kalian tanpa rasa jemu! Kekalkan momentum dan jangan menoleh ke belakang, apa yang telah berlaku di waktu lalu usah dikenang dan jadikan ia sebagai pembakar semangat juang kalian dalam mengharungi kancah bola sepak negara.

    Percayalah, setiap usaha dan semangat yang tinngi, pasti dan pasti kejayaan akan dikecapi... usaha tangga kejayaan... tanamkan semangat juang kalian tanpa mengenal erti kekalahan... jangan leka dan cuai tatkala dalam perlawanan nanti kita "leading" walau hanya 1-0... teruskan mencari gol dan mata berharga untuk terus meniti tangga Liga Super yang tampaknya persaingan tahun ini amat sengit!!

    Kami para penyokong akan tetap bersamamu Perak Jr.!! Teruskan wahai Perak Jr. Kejor dan terus Kejor Yob Kejor.. pastu Skor Yob Skor!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. chuck

    salam sahabat SDN..

    Mengulas berkenaan perlawanan menentang johor FC besok malam,saya meramalkan ketua jurulatih iaitu en.M.karathu sudahpun mempunyai tonik yang diyakini mujarab bagi memberikan satu lagi impak positif pada pasukan.tentang posisi penjaga gol tu,agak sukar untuk saya komen.ini kerana dalam keadaan sekarang ini,keperluan mendapatkan 3 mata berharga adalah target utama bagi mengembalikan moral pasukan yang tercalar di gelanggang sendiri tempoh hari.Biarpun siapa yang bakal diturunkan oleh ketua jurulatih,kami bagi pihak suara SDN amatlah berharap pemain tersebut dapat menunaikan mandat yang telah diberikan.walau apa jua halangan dan rintangan yang melanda,kita tunggu,nanti dan saksikan amukkan seladang di stadium J-Corp.Biarkan sang lebah terkulai layu di gelanggang sendiri dek amukkan sang seladang yang kelaparan!!!ayuh Yop Jr!!Buktikan!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. chuck

    salam...

    dalam pada itu juga,suka untuk saya mengingatkan player-player kita yang menang dan kalah adalah adat dalam pertandingan.seandainya kita tersungkur,biarla kita tersungkur dengan cara bermaruah!!!jangan biarkan orang lain memperkotak-katikan cara kita.ape yang penting???kerjasama...ape yang penting???kerjasame...sehebat dan sekebal manapun lilitan sawang sang lebah,ianya pasti hancur lerai disondol tandukan seladang yang mantop(kerjasame)

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. chuck

    salam...

    tanpa segan dan silu,prediction score bagi saya untuk malam besok ialah 2-0. 2 gol untuk perak dan kedua-dua jaringan tersebut disumbangkan oleh Razali Umar disamping sokongan dan bantuan rakan sepasukan yang lain..wassalamu..

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. irKupa

    salam...

    berusahalah seladang jr. demi kemenangan...semua mempunyai pakej yang bagus, cuma diharapkan jangan hilang fokus dan jangan cepat mengalah....penyokong senantiasa menantikan persembahan bertenaga dari kalian semua...

    -kejor yob score-

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. taufiq

    Salam buat semua, teman harap pasukan perak menentang secara habis-habisan, demi menaikkan imej bola sepak negeri kita. Walaupun bermain di tempat lawan, namun tidak mustahil 3 mata mampu kita perolehi. Tanamkan dalam diri bahawa kita boleh menang, kekalkan semangat melawan, mantapkan serangan, kentalkan pertahanan, perak pasti gemilang...'Score Yob Score'..

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. mubaraque

    support seladang jr ...
    to razali umar dan thina mantop kan lagi finishing . cuba tengok players arsenal main macam mana, majoriti semua muda tu. sangat berbakat... muda-muda lagi dah jadi STAR ,tapi mesti berdisplin... jgn dah jadi star training pun dtg lewat... jgn ikut perangai senior.

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. Dado

    Salam Rakan-Rakan SDN

    Sedikit INfo mengenai perlawanan Johor FC lwn Perak

    Teman mendapat berita dikhabarkan perlawanan ini akan dibuat secara langsung di RTM 1 dari Johor.

    * Tertakluk kepada perubahan RTM

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.