TM Liga Super – Johor FC Vs Perak (result)

TM Liga Super 2009

Johor FC 0 – 1 Perak

Sabtu 14 Februari 2009
Stadium Jcorp, Pasir Gudang
8:45PM

Perak mencatatkan kemenangan mengejut 1 – 0 keatas pasukan tuan rumah Johor FC di Stadium Jcorp Pasir Gudang dengan gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Razali Umar Kandasamy minit ke 39 pada perlawanan keenam TM Liga Super 2009.

Pasukan seladang yang membuat sepak mula permainan hampir dapat menjaringkan gol pembukaan melalui satu rembatan kencang dari luar kotak penalti oleh Razali Umar setelah mendapat bola lontaran kedalam dari Syazwan Roslan dan memaksa penjaga gol Johor FC, Anis Faron menolak bola keluar kekanan pintu golnya.

Perak terus mengancam lagi apabila pemain kelahiran Kelantan, Mohd Saufi Sa’aidi yang menyambut hantaran lintang Mohd Arsyah Ayob untuk membuat tandukan sisi yang cantik tetapi terkena palang gol dan dikeluarkan oleh pertahanan Johor FC.

Selepas itu kedua-dua pasukan nampak lebih berhati-hati apabila membuat gerakan namun nasib ternyata menyebelahi Perak apabila bola hantaran lintang dari Mohd Arsyah Ayob berjaya disambut baik oleh Razali Umar yang mendada bola itu untuk mudah menguis masuk mengelirukan Anis Faron yang cuba menerpa keluar pada minit ke 39.

Sebelum tamat separuh masa pertama, Johor FC nyaris berjaya menyamakan kedudukan apabila bola rembatan Sivakumar gagal ditampan kemas oleh Kamarul Effandi namun hantaran susulan Mohammad Ezaidy yang menyilang disepak tinggi oleh Nurul Azwan Roya walaupun pintu gol sudah terbuka luas apabila Kamarul Effandi telah tertewas.

Minit ke 47 separuh masa kedua, Mohd Arsyah Ayob telah mencuba penjaga gol Johor FC apabila rembatan beliau dari luar kotak penalti berjaya ditepis keluar. Saufi Sa’aidi nyaris berjaya menghasilkan gol peribadinya yang pertama apabila rembatan beliau sedikit tersasar sebelah kiri gol lawan apabila menerima hantaran dari tengah padang oleh Wan Hossen.

Johor FC turut melancarkan serangan melalui tendangan kencang Mohammad Ezaidy dari luar kotak penalti dan gagal ditangkap kemas Kamarul Effandi tetapi mujur Subramaniam pantas bertindak menghalang dua pemain Johor FC dari membuat gerakan susulan.

Perak membuat dua pertukaran pada separuh masa kedua iaitu mengeluarkan Razali Umar untuk S. Sarath Babu dan K. Thinagaran untuk Shahrizal Saad. Walaupun cuba diasak hebat oleh Johor FC, pasukan Perak berjaya menyerap setiap asakan lawan dengan baik.

Dua pemain menerima kad kuning pada perlawanan ini iaitu Mohd Arsyah Ayob dan Wan Hossen. Selepas tambahan masa 3 minit, pengadil meniup wisel penamat dengan kejayaan pertama Perak ditempat lawan menewaskan pasukan Johor FC dengan jaringan 1 – 0.

Kesebelasan Utama:

Kamarul Effandi (PG)
S. Subramaniam (K)
K. Puvinderan
Mohd Hafiszuan
Syazwan Roslan
Arsyah Ayob
Wan Hossen (B20)
Mohd Nazri Kamal
K. Thinagaran – 2
Mohd Saufi Sa’aidi
Razali Umar – 1

Pertukaran

S. Sarath Babu – 1
Shahrizal Saad – 2

Keputusan Perlawanan 14 Februari 2009:

Perlis 1 – 0 Negeri Sembilan
Stadium Utama Negeri

Plus FC 1 – 3 Selangor
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur

My Team 0 – 1 Kedah
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Kuala Muda 3 – 1 Pulau Pinang
Stadium Darul Aman, Alor Setar

PDRM 1 – 4 Pahang
Stadium Majlis Perbandaran Selayang

Kelantan 3 – 2 Terengganu
Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu

Likes(0)Dislikes(0)

21 thoughts on “TM Liga Super – Johor FC Vs Perak (result)

  1. razlan

    walaupun seri sudah memadai, namum player2 muda ini berjaya membawa extra 2 mata berharga... tahniah.. selasa ni main sebaik mungkin utk lagi 3 mata berharga semasa menentang anak buah ken worden

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. syidi

    Tahniah Perak. Sungguh pun kemenangan bukanlah agenda utama kerana sasaran utama pada perlawanan ini hanyalah seri.

    Secara keseluruhannya, tampak jelas peningkatan terhadap pelbagai aspek utama dalam corak persembahan Perak. Saya seperti tidak percaya mereka adalah anak-anak muda Perak yang dulunya digelar oleh sesetengah media sebagai 'Budak Hingusan'. Ternyata kenyataan mereka meleset sama sekali.

    Anak-anak muda ini beraksi seolah-olah mereka telah lama di Liga Super. Walau pun Johor FC melancarkan serangan bertali arus pada satu ketika, namun ianya ditangani dengan tenang oleh pertahanan Perak yang dikepalai oleh S.Subramaniam. Jelas, persefahaman antara pemain sudah mula menampakkan peningkatan. Tiada lagi salah faham yang mengakibatkan padah kepada pasukan.

    Teruskan rentak sebegini untuk meraih tiga mata yang seteruskan Mac nanti. Betulkan kesilapan yang telah dikenalpasti dalam perlawanan ini. Kita berada dilandasan yang beetul ketika ini dan jangan terlalu yakin sebaliknya, hadapi setiap perlawanan dengan baik tanpa sebarang tekanan.

    Tahniah sekali lagi. 'Learn From Mistake', Usaha Tangga Kejayaan dan Sabar, itu lah rahsia untuk berjaya.
    SKOR YOB SKOR

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. taufiq

    Salam semua..tahniah diucapkan kepada pemain-pemain perak dan para jurulatih perak yang mampu melakarkan kemenangan di tempat lawan. Pasukan kita juga berjaya memecahkan rekod kemenangan pertama di Stadium Jcorp Pasir Gudang. Sejak akhir-akhir ini tiada sebarang kemenangan dicatatkan di Pasir Gudang oleh pasukan perak. Namun begitu kemenangan 1-0 sudah cukup bagi membuktikan bahawa kita bukan jaguh kampung dan bukan pasukan belasahan seperti yang di uar-uarkan pihak media.

    Percaturan jurulatih pasukan, M. Karathu memasukkan Kamarul Effendi dalam kesebelasan utama sedikit sebanyak memberi pendedahan kepada penjaga gol muda ini. Pujian harus diberikan kepada penjaga gol dan semua pemain yang bermati-matian mempertahankan gol hingga ke wisel penamat. Nampaknya, bahagian pertahanan perak sudah mempunyai keserasian yang menjadikan kubu pertahanan semakin kebal, bahagian serangan pula perlu diperkuatkan untuk membolehkan pertahanan lawan berputih mata dengan jaringan berbisa penyerang kita.

    Secara keseluruhannya, perak bermain dengan penuh semangat, mental yang mantap, serta pertahanan yang kental, kekalkan keadaan sebegini pada perlawanan-perlawanan lain. Apa pun, tahniah buat pasukan perak, syabas M.Karathu...We are Perakian..Score Yob Score..

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. razlan

    Penjaga gol Kamarul Effendy pun nampak kematangan menjaga pintu gol sama seperti semasa mewakili perak semasa skuad piala presiden dulu.

    mungkin sudah masanya pihak pengurusan menaikkan taraf Kamarul Effendy sebagai penjaga gol utama.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi

      Saya setuju dengan Razlan. Kamarul Effendy perlu dimasukkan dalam kesebelasan utama, supaya dia dapat hilangkan rasa gugup.

      Semasa Piala Presiden dulu kurang tekanan dari penyokong. Berbeza dengan situasi sekarang penyokong ramai dan memerlukan penyesuaian untuk menyerap tekanan berkenaan.

      Likes(0)Dislikes(0)
  5. phatly

    Salam semua...Teman nak ucapkan tahniah buat semua yang terlibat dalam pengurusan Perak termasuk pemain & coach kerana membuat peningkatan dalam pasukan Perak ini.Semangat yang ditunjukkan oleh pemain pada perlawanan dengan Johor FC ni.Teman dapat lihat dengan memasukkan Sarath Babu tidak memberi kesan dalam jentera serangan seperti hilang arah dalam perlawanan hinggakan teman confius dengan posisi yang diberikan kepada beliau untuk mengantikan Razali.

    Thina malam ini kurang persembahannya tidak seperti perlawanan sebelum ini di mana beliau lebih menonjol.Penjaga gol muda Perak Kamarul Effendi bertindak cemerlang dengan menangkis segala serangan dari pihak lawan namun nasib menyebelahi beliau.Teman berharap coach dapat mengekalkan penjaga gol ini untuk memberi beliau peluang dalam pelbagai situasi sebagai penjaga gol.Subra pun begitu kemas kawalannya namun perlu mengawal disiplin untuk elakkan kad seterusnya.kalau boleh kita jangan kutip kad amaran biar kita kutip gol yang banyak.Teman juga berharap pihak pengurusan perak dapat melihat kelemahan dimana yang ada agar tidak memberi ruang pada musuh.

    Saya berdoa agar Skuad Seladang Muda ini terus mencapai kemenangan seterusnya untuk menghambat pendahulu liga.Tahniah juga pada SDN untuk peluang pada penyokong setia memberi pandangan..Jasamu tetap dikenang..We Are Perakian..

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi

      Saya setuju dengan pendapat Pathly tentang kemasukan Sarath Babu yang seolah-olah tenggelam punca dan menampakkan Perak terus hilang selera untuk mencari gol seterusnya.

      Saya amat mengharapkan agar barisan kejurulatihan membuat 'post mortem' atau menilai semula keupayaan pemain-pemain demi kemajuan skuad Seladang sendiri.

      Saya yakin, ramai yang mengakui bahawa Sarath Babu kurang berkesan semalam dan buktinya, dia dilihat kurang mendapat bola untuk mencipta gerakan-gerakan yang bahaya untuk 'solo Striker' Saufi ketika itu dan kemudiannya Shahrizal yang masuk menggantikan Thinagaran juga gagal menyerlah kerana ketandusan lorongan bola dari pemain tengah.

      Likes(0)Dislikes(0)
  6. belanak

    Salam....

    Tahniah dan teruskan momentum kalian untuk game seterusnya...

    Pertahanan... Jangan terlalu banyak memberi ruang kepada pihak lawan dan jangan leka... teruskan momentum kalian dan korang ada peningkatan... teman percaya korang bisa menghasilkan clean sheet untuk game akan datang...

    Midfielder... Tingkatkan lagi gerakan yang menarik dan koranglah pencipta awal untuk gerakan berbahaya dan apa yang penting.. kerjasama...apa yang penting.. kerjasama.. serta komunikasi yang baik.. tidak mustahil akan datang Perak akan digeruni... bahagian tengah adalah penting dalam mencorakkan serangan agar penyerang dapat menyudahkan serta menghasilkan gol... apa pun tahniah... teruskan rentak untuk game seterusnya..

    Penyerang... Gandakan lagi gerakan yang berbahaya dan kalau boleh gunakan set piece menarik terutama nya semasa tendagan sudut dan sepakan percuma.. terus berikan asakan serta cubaan bahaya kepada gol pihak lawan agar mereka gerun dan seandainya ada peluang jangan di sia-siakan.. tahniah buat Razali Umar dan Saufi Sa'aid

    Kamarul Effandi, penjaga kubu terakhir... walaupun tampak gugup namun jika diberikan tanggungjawab untuk game akan datang tidak mustahil beliau akan cemerlang dan pastikan gawang tidak bergegar ditambahkan dengan kekentalan pertahanan... serta midfielder yang semakin meningkat dan penyerang yang tampaknya mula menampakkan bisa....

    Ayuh Perak Jr. teruskan momentum kalian dan pastikan clean sheet untuk game seterusnya... Kami penyokong tetap bersamamu walau apa jua berlaku...

    Tahniah buat coach dan pihak pengurusan.. tidak lupa juga buat semua member SDN yang banyak membantu dalam memberikan komen yang sedikit sebanyak membantu di dalam peningkatan Perak Jr.

    Apa yang penting... Kerjasama..
    Apa yang penting... Kerjasama..

    Kejor Yob Kejor then Skor Yob Skor!

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. 8

    Tahniah pada pasukan perak kerana berjaya juga akhir nya memenangi perlawanan di tempat lawan.. kepada pemain terima kasih memberi kerjasama yang baik pada perlawanan semalam sehingga akhirnya perak mencipta kemenangan dan juga anugerah pemain terbaik kepada 'PASAK' a.k.a HAFISZUAN..

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. irKupa

    salam...
    first of all, congrates to all players, management and fans atas kemenangan semalam...perak mampu melakukannya lagi selepas ini...overal, boleh dibanggakan tetapi kurang menyengat seperti bertemu kelantan baru2 ini..ape2 pon tahniah diucapkan dan tingkatkan prestasi lagi kerana kalian semua berjiwa muda dan masih bersemangat....sedikit analisis dari teman mengikut penilaian peribadi...

    penjaga gol
    -bagus dan meyakinkan tetapi perlu lebih agresif serta confident dalam mengawal gawang. perlu lebih pendedahan. perlu diingat, masih jauh perjalanan anda. berusaha lagi untuk mencapai tahap penjaga gawang yang hebat, kamarul..tahniah.

    pertahanan
    -dengan ketiadaan 3 pertahanan utama perak serta subra yang tidak bermain sepenuh masa, kalian boleh mempertahankan kubu dengan baik. tahniah. tingkatkan lagi keberkesanan bertahan dengan baik. penjaga gol akan lebih berkeyakinan jika pertahanan bermain dengan baik. good job.

    tengah
    -permulaan saingan menampakkan persaingan serta gerakan2 yang baik ke kubu lawan. tetapi di penghujung saingan perlu lebih menguasai tengah padang kerana gerakan2 menyerang dan bertahan perlu dibantu oleh pemain midfield. kalian perlu lebih agresif menyerang dan mempelbagaikan teknik menghantar bola kepada penyerang. winger jarang digunakan. banyak bertahan.

    penyerang
    -sudah menampakkan jurang antara razali dengan yang lain. perlu diasah dan dirapatkan jurang antara semua, biar semua berkebolehan menjaringkan gol dengan baik. sentuhan penyudah perlu dipertajamkan. semalam ketara apabila razali keluar, tiada 'target-man' untuk dihantar bola..susah kalau nanti berlaku sesuatu kat razali. contohnya, cedera, penggantungan, atau dikawal ketat pertahanan..

    sekian ikhlas dari teman..

    -kejor yob score-

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. khairol

    salam pertemuan..

    usul isu penjaga gol Perak seperti yang didedahkan di Seladang.net memberi impak yang begitu besar dalam perlawanan ini.. nampak seperti Kamarul gugup.. apapun beliau bertindak cemerlang menepis setiap asakan dari pasukan tuan rumah.. ia menjadi pendedahan berharga buat mengharungi musim 2009 yang masih panjang lagi..

    ketiadaan Chun Keng Hong tidak menggoyahkan pertahanan.. di samping kecederaan panjang Benedict.. nampaknya M. Karathu banyak pilihan di barisan pertahanan.. tahniah buat Hafiszuan yang di pilih pemain terbaik perlawanan..

    barisan tengah pula harus lebih pantas menghantar bola kepada rakan penyerang bila perak melakukan serangan balas..

    serangan kita dapat melihat Saufi semakin menggerunkan.. dua peluang yang di perolehi.. sayangnya satu tandukannya terkena palang dan ketika berdepan Anis Faron satu sama satu.. sedikit sipi.. semoga dengan peningkatan pemain ini, Perak tidak terlalu bergantung kepada Razali untuk mendapatkan jaringan..

    tahniah buat pasukan Perak atas kemenangan pertama di luar Ipoh dalam liga Malaysia 2009.. lebih manis lagi, ia kemenangan di Pasir Gudang.. stadium keramat sang lebah..

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. mior88

    Salam..tahniah kepada pasukan perak jr. kerana berjaya menewaskan johor fc walaupun bermain kat tempat lawan..saya harap pasukan perak jr. dapat meneruskan rentak kemenangan pada perlawanan seterusnya..

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. san

    salam,

    Walaupun mutu persembahan Perak malam tadi agak menurun mungkin kerana keadaan padang yg kurang memuaskan atau berdepan dengan penyokong lawan, namun kredit harus diberi kepada setiap pemain kerana mampu mengawal situasi apabila pasukan tuan rumah mengasak bertali arus ke kubu Perak. Dan pujian patut diberikan kepada semua pemain pertahanan kerana sentiasa fokus sehingga wisel tamat ditiupkan.

    terima kasih kepada panel jurulatih yang turut mengambil pendekatan berbeza dari segi pemilihan penjaga gol iaitu mendengar suara peminat yang ingin sedikit perubahan untuk kebaikan bersama.

    apapun, perjalanan masih jauh... teruskan perjuangan mu wahai seladang muda.. lupakan menang kalah permainan, yang penting fokus dalam padang, ikut arahan coach, bermainlah demi maruah PERAK dan bukan kerana nama.

    Likes(0)Dislikes(0)
  12. sunrise

    salam....

    teman cukup bangga dengan prestasi skuad Perak yang mula menunjukkan aksi yang menarik walaupun hanya sekali sekala melancarkan serangan untuk mengancam kubu lawan. kesemua pemain menampakkan kematangan apabila diserang dan menyerang.

    pertahanan = bermain cukup cemerlang sehingga menyukarkan pihak lawan menembusi kubu Perak. tiada kekalutan yang keterlaluan dibahagian pertahanan,malah mampu untuk meleraikan dengan penuh ketenangan

    tengah = pada permulaan perlawanan agak menarik gerakan yang dilancarkan, tapi apabila di babak ke dua pergerakan mereka seolah olah terbantut dan keletihan terpancar diwajah mereka

    serangan = kombinasi antara Saufi dan Razali Umar cukup menarik sehinggakan pertahan pihak lawan terpaksa melakukan kekasaran terhadap pemain muda ini. saufi banyak melakukan gerakan gerakan yang menarik dan banyak melakukan hantaran hantaran yang cukup menarik dan harus diberi pujian terhadap pemain ini, Razali Umar telah menunjukkan peningkatan yang mendadak,kerana apabila beliau melakukan serangan mahupun menghantar bola banyak skill yang digunakan,jaringan yang telah beliau lakukan selama ini boleh dikatakan gol gol yang bertaraf antarabangsa.

    pemain gantian S. Sarath Babu yang telah dimasukkan menggantikan Razali Umar,seolah olah tiada fungsi sehingga ada yang tertanya adakah beliau ditugaskan untuk menjadi penyerang,pertahanan ataupun sekadar mencukupkan syarat sahaja. adakah beliau tidak memahami tugasan sendiri,atau kerana tidak tahu bermain bola,atau sebaliknya....... persoalan ini harus diterjemahkan kerana ramai yang tertanya tanya.

    penjaga gol muda perak Kamarul Effendi menunjukkan peningkatan yang ketara,sehingga mampu mengawal gawang gol dari dibolosi dengan mudah. beliau bertindak cemerlang walaupun sekali sekala beliau melakukan kesilapan,ini perkara biasa bukanlah perkara yang luar biasa. kalau Kamarul Effendii ataupun Amri diberi peluang sebegini rupa tidak mustahil mereka antara penjaga gol terbaik di Malaysia.

    kepada jurulatih jurulatih teman ucapkan tahniah kerana berjaya membentuk sebuah pasukan yang boleh dibanggakan. diharap dengan komen komen teman serta rakan rakan berikan akan menjadi panduan yang teramat beguna untuk pasukan Perak.

    Likes(0)Dislikes(0)
  13. pachenko

    Tahniah pasukan Perak diatas kemenangan yang cukup berharga untuk menaikkan semangat para pemain & khususnya hadiah yang terbaik untuk para penyokong.
    Komen aku hanya untuk player tengah Perak yang kurang kreatif. mungkin faktor pengalaman. Overall TAHNIAH PERAK. Lawan Tetap Lawan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  14. ayeed1010

    salam buat semua....

    puas hati teman tengok game malam tadi.
    mutu permainan yang ditunjukkan mula meningkat.
    persefahaman di antara pemain-pemain masih perlu ditingkatkan lagi kerana masih dapat lihat beberapa gerakan serangan mudah dipatahkan oleh pihak lawan kerana tiada persefahaman di antara pemain begitu juga di bahagian pertahanan kerana kita dapat melihat beberapa gerakan bahaya dari pihak lawan akibat kealpaan di bahagian pertahanan perlu tingkatkan komunikasi sesama pemain insyaallah pasukan kita akan lebih mantap.
    pemain-pemain muda di barisan pertahanan sudah mula boleh menyerap asakan pihak lawan, barisan tengah dan serangan sudah berani melancarkan gerakan dan mengasak kubu lawan dan tidak bermain secara takut-takut.

    penjaga gol :
    Kamarul wajar terus diberi peluang beraksi dalam kesebelasan utama.mutu permainan dapat ditingkatkan lagi jika terus diberi pendedahan yang sewajarnya. Kamarul boleh dan berani memberi arahan kepada pemain pertahanan, itu yang perlu ada pada seorang penjaga gol kerana dapat berinteraksi dengan pemain pertahanan selain dapat membantu Subra di bahagian pertahanan.

    pertahanan :
    perak perlu ada seorang lagi pemain pertahan yang boleh memberi arahan kepada pemain pertahanan,kita dapat lihat apabila Subra tiada atau sedang menerima rawatan pertahanan agak goyah sedikit.

    tengah :
    agak kelam kabut pada awal permainan namun mula menguasai permainan selepas perlawanan berlangsung 15 minit, perlu ada seorang 'leadership' di bahagian ini untuk memberi arahan kepada pemain tengah mengatur serangan dan memintas serangan pihak lawan. seorang 'ball winner' perlu ada untuk mengawal keadaan apabila pasukan lawan mendapat sepakan gol.Thinagaran sepatut diletakkan di bahagian sayap,kerana beliau kurang berkesan di bahagian tengah.banyak hantaran yang dilakukan diberikan kepada pihak lawan dan teragak-agak untuk membuat hantaran kepada rakan-rakan.

    penyerang :
    perlu lebih tajam & manfaatkan peluang yang diperolehi. sudah mula ada keserasian & Razali sudah mula menunjukkan kematangan beliau. boleh menjadi salah seorang penyerang terbaik yang Perak miliki.

    hope coach dapat memantapkan lagi pasukan bagi perlawanan akan datang menentang Terengganu dan memperbaiki segala kepincangan pada perlawanan semalam.

    dari kejor yob kejor kini score yob score. majulah bola sepak untuk pasukan Perak.kami penyokong tetap disini.

    Likes(0)Dislikes(0)
  15. fazly73

    asalamualaikum...semua yob!tahniah buat pasukan muda perak.ianya adalah satu kejutan.menang di tempat lawan.harap pasukan muda ini dapat meningkatkan lagi mutu permainan....lebih-lebih lagi di minit-minit akhir!walauapa pun tahniah kita ucapkan sekuad muda ini!kejor yop kejor!skor yop skor!

    Likes(0)Dislikes(0)
  16. anipjebat

    salam..tahniah kepada pasukan perak dan semua yang terlibat untuk kemenangan pertama perak digelanggang lawan..kredit harus diberikan kepada barisan pertahanan kerana cukup berdisiplin menyerap setiap asakan pasukan lawan dengan berkesan dan cukup tenang..tahniah dan teruskan usaha buat Hafiszuan kerana anda menunjukkan kualiti yang ada pada diri anda walaupun diletakkan diposisi yang berbeza..walaupun ini tahun pertama anda mewakili perak untuk saingan liga super tetapi kematangan anda melangkaui apa yang sepatutnya,tahniah..harapan semoga anda teruskan usaha demi kemajuan diri dan jangan sesekali bersifat angkuh dan besar kepala..buat yang lain-lain, percayalah kalian semua merupakan permata dalam pembikinan pasukan perak tetapi harus diingat jangan cepat lupa diri dan teruskan usaha kalian untuk meningkatkan kualiti dan memantapkan pasukan..buat Kamarul Effandi,tingkatkan usaha dan jangan persiakan kepercayaan yang telah diberi..percaya pada diri sendiri, anda memang layak memikul tanggungjawap mengawal kubu terakhir pasukan perak...tahniah buat semua dan jangan gentar berdepan dengan siapa pun kerana kami penyokong tetap setia bersama anda..harap-harap anda semua setia jugak la dengan perak dan harapan teman semoga pengurusan baru perak dapat pujuk kembali Fakri Saarani untuk menyarung semula jersi perak..yang lain-lain tu biarkan berlalu..salam

    Likes(0)Dislikes(0)
  17. Yashurr Yazurry

    Salam...
    Tahniah buat pasukan kesayangan kita..
    tahniah juga buat pemain-pemain yang mempamerkan
    aksi yang mantap dengan serangan balas yang
    mengucarkacirkan pertahanan lawan....

    tahniah juga buat Hafizuan kerana dinobatkan selaku
    pemain terbaik perlawanan...
    Juga tak dilupakan Razali 'Adebayor' yang mempamerkan
    aksi menghiburkan dengan percubaan yang merbahaya...

    Buat Saufi Sa'aidi... anda mempunyai corak permainan
    yang menarik... teruskan usaha dan berusaha...
    teman pasti mike akan jadi salah seorang penyerang
    yang mantap satu hari nanti...

    teman harap pasukan kesayangan kita ini dapat terus memberikan kejutan kepada pasukan-pasukan yang lain
    terutama pada perlawanan antara Terengganu nanti...

    Ayuh Seladang Mantap!!!!
    Kejor Yob Kejor!!!
    Kejor Lepeh Tu Skor!!!

    InsyaAllah...

    Likes(0)Dislikes(0)
  18. waijee

    Salam
    Ucapan tahniah dan terima kasih atas kemenangan yang dijelmakan oleh skuad muda Perak. Semua penyokong Perak menarik nafas lega apabila Perak mendapat gol tunggal dan akhirnya menghasilkan kemenangan di tempat lawan. Kami semua amat berbangga dengan persembahan yang mantap yang ditunjukkan. Usaha keras semua pemain dapat disaksikan apabila menentang Johor FC dan hasilnya Perak mendapat 3 mata berharga. Pujian harus diberikan kpd Mohd Arsyah Ayob yg bijak menghantar bola kepada Razali Umar Kandasamy dan terus menjaringkan gol. Benteng Perak pun kebal yang diketuai oleh Subra. Namun masih ada lagi kelemahan yang dapat dilihat antaranya pemain terlalu lama memegang bola hingga dapat dicuri oleh pihak lawan. Satu lagi kelemahan adalah penyudah yang kurang sempurna didepan pintu gol. Teragak2 untuk membuat percubaan. Harapan kami semua semoga skuad muda Perak ini akan dapat menghasilkan lebih banyak jaringan pada lain2 perlawanan nanti. Teruskan kecemerlangan kearah kegemilangan negeriku Perak Darul Ridzuan. Kejor Yop Kejor.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.