Perlawanan TM Piala FA 2009 – 24 Februari

TM Piala FA

TM Piala FA 2009 pusingan 2 timbal balik kedua akan melangsungkan 8 lagi perlawanan yang memperlihatkan hanya skuad Kelantan sahaja selesa untuk melangkah kepusingan suku akhir selepas membenam PDRM 5  – 1 di Kota Bahru tempohari.

Namun peluang pasukan Harimau Muda yang tewas 1 – 2 ketika bertemu Terengganu di Gong Badak agak cerah kerana barisan muda Malaysia ini mampu membuat kejutan seperti mana mereka menundukkan Plus FC pada perlawanan pusingan 1 yang lalu.

Nasib berbeza terpaksa ditempuh oleh juara berganda Piala FA yang lalu iaitu Kedah apabila menempuh laluan sukar bertandang ke Stadium MBPJ selepas sekadar mencatatkan keputusan seri 1 – 1 di Alor Setar menentang My Team.

Berikut adalah perlawanan yang akan berlangsung nanti:

My Team (1) vs (1) Kedah
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

PDRM (1) vs (5) Kelantan
Stadium Majlis Perbandaran Selayang

Sarawak (0) vs (2) T-Team
Stadium Sarawak

Negeri Sembilan (1) vs (1) Pulau Pinang
Stadium Tuanku Abdul Rahman

Harimau Muda (1) vs (2) Terengganu
Stadium Nasional Bukit Jalil

Perlis (2) vs (1) PKNS FC
Stadium Utama Negeri, Kangar

Kuala Muda NAZA (1) vs (1) Perak
Stadium Darul Aman, Alor Setar

Selangor (1) vs (0) Kuala Lumpur
Stadium Shah Alam

Semua perlawanan akan berlangsung pada pukul 8:45 malam kecuali di Stadium Sarawak pada pukul 4:00 petang.

Nota: Keputusan dalam kotak kurungan adalah perlawanan pertama.

Likes(0)Dislikes(0)

6 thoughts on “Perlawanan TM Piala FA 2009 – 24 Februari

  1. kulaan

    Go peraK go.........teruskan kemaraan.....
    kami peminat setia tetap menerima segala keputusan.
    semoga maju jaya.........

    -majulah boLa untuk PERAK.......
    Perak selama nyerr.............dulu kini dan selama nya.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. doyan

    semoga Perak dapat mengulangi kemenangan dan semangat juang seperti perlawanan menentang Johor FC di tempat lawan.Bior ler dapat skor sebijik dan lepas tuh bertahan

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. razlan

    salam semua,

    perak, jika berjaya mengatasi km naza dan mara ke suku akhir, akan berjumpa dgn pemenang perlawanan selangor/kuala lumpur... satu pertembungan yg menarik jika dapat berjumpa dgn selangor

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. taufiq

    Salam..

    Buat pasukan perak, teruskan berjuang, demi maruah bola sepak kita. seperti kata pujangga, 'Pantang undur sebelum kalah'. Kita mampu melakukan kejutan. Buktikan kepada semua bahawa Perak jr akan berjuang hingga ke titisan keringat terakhir.

    We are Perakian..skor yob skor..

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. pachenko

    Tahniah kepada pasukan Perak yang berjaya menewaskan pasukan Kuala Muda Naza malam tadi. Segala usaha anda selama ini berbaloi. Pastikan ketika menentang musuh tradisi kita Selangor di Shah Alam para pemain dapat mengulanggi prestasi terbaik anda. Aku akan pastikan gelombang Hitam kuning & putih akan mengegearkan stadium Shah Alam. Moh kita ke Shah Alam 7 March nanti. Lawan tetap lawan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. ssbh59

    salam, tahniah pemain muda perak .
    pada peminat bola kalau nak komen tu biarlah membina berada di padang tidak semudah bercakap . pemain muda kita dah cuba sedaya upaya bertungkus-lumus untuk menaikkan nama perak... untuk itu beri semangat agar pemain kita lebih bersemangat..... mereka pemain yang baru rata-rata kurang pengalaman
    maju terus maju jangan patah semangat ...
    kepada wan hossen semoga cepat sembuh dan dapat beraksi semula dengan semangat juang yang kental posisi tengah menyerang adalah sesuai buat wan hossen , dia berpotensi kalau dilatih dengan betul dan pada pemain yang lain kerjasama itu lebih mengatasi segala-galanya jangan menyerang satu arah saja beri peluang pada teman2 lain .
    walau apa pun tahniah ...
    untuk perlawanan yang akan datang kuatkan semangat ........
    buat jurulatih perak kesihatan dan makanan penting buat pemain muda kita seiring dengan latihan yang mantap
    selamat berjuang !!!!!!!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.