Perlawanan TM Piala FA 2009 – 21 Februari

TM Piala FA

TM Piala FA 2009 pusingan 2 timbal balik pertama akan berlangsung malam nanti dengan 8 lagi perlawanan. 4 pasukan yang telah sedia menunggu kerana mendapat ‘bye’ pada pusingan 1 ialah juara musim lalu Kedah, Selangor, Terengganu dan Kuala Muda Naza.

Perlawanan tumpuan untuk kali ini ialah di Stadium Darul Aman antara pasukan Kedah menentang My Team yang berjaya menewaskan Selangor dalam saingan liga super tempohari serta kebangkitan pasukan Harimau Muda yang bakal bertemu Terengganu selepas menundukkan Plus FC pada perlawanan Piala FA pusingan 1 yang lalu.

Berikut adalah perlawanan yang akan berlangsung malam nanti:

Kedah vs My Team
Stadium Darul Aman, Alor Setar

Kelantan vs PDRM
Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu

T-Team vs Sarawak
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Pulau Pinang vs Negeri Sembilan
Stadium Batu Kawan, Seberang Perai

Terengganu vs Harimau Muda
Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin

PKNS FC vs Perlis
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Perak vs Kuala Muda Naza
Stadium Perak, Ipoh

Kuala Lumpur vs Selangor
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras

Semua perlawanan akan berlangsung pada pukul 8:45 malam.

Likes(0)Dislikes(0)