Perlawanan TM Liga Super 2009 - 17 Februari 2009
February 17th, 2009 by webmaster

TM Liga Super 2009 berlangsung malam ini dengan 7 lagi perlawanan yang menyaksikan pendahulu liga super, Selangor bertemu My Team di Shah Alam dan pasukan yang menghuni tangga kedua, Kelantan berkunjung ke Stadium Darul Makmur bertemu Pahang.
Skuad Rusa, Negeri Sembilan akan membuat perhitungan menentang Plus FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi dan Johor FC yang tumpas kepada Perak 1 - 0 sabtu lalu akan menanti kunjungan skuad Singa Utara, Perlis di Stadium Jcorp.
Pulau Pinang yang dijadualkan menentang PDRM di Stadium Bandaraya telah ditukar venue ke Stadium Batu Kawan manakala juara liga super musim lalu, Kedah akan menentang Kuala Muda Naza di Stadium Darul Aman, Alor Setar.
Jadual Perlawanan TM Liga Super | Selasa 17 Februari 2009:
Kedah vs Kuala Muda Naza
Stadium Darul Aman, Alor Setar
Selangor vs My Team
Stadium Shah Alam
Negeri Sembilan vs Plus FC
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi
Johor FC vs Perlis
Stadium Jcorp, Pasir Gudang
Pahang vs Kelantan
Stadium Darul Makmur, Kuantan
Pulau Pinang vs PDRM
Stadium Batu Kawan
Perak vs Terengganu
Stadium Perak, Ipoh
Nota: Semua perlawanan akan berlangsung pada pukul 8:45 malam.
- Senarai Artikel Terdahulu Yang Berkaitan:
- Perlawanan TM Liga Super 2009 - 28 Februari 2009
- Perlawanan TM Liga Super 2009 - 10 Februari 2009
- Perlawanan TM Liga Super 2009 - 30 Jun 2009
- Perlawanan TM Liga Super 2009 - 7 Julai 2009
- Jadual TM Liga Super 2009 | Pusingan Pertama
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.


