Perlawanan TM Liga Super 2009 – 14 Februari 2009

TM Liga Super

Perlawanan ke-6 TM Liga Super 2009 akan berlangsung malam ini dengan 7 lagi perlawanan dengan pendahulu liga super, Negeri Sembilan akan bertemu pasukan Perlis di Stadium Utama Negeri, Kangar.

Pasukan ditangga kedua, Selangor akan berkunjung ke Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras menentang pasukan Plus FC manakala pasukan berjiran Kelantan dan Terengganu akan berentap di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu.

Pasukan Kedah yang baru mencapai kemenangan tempohari keatas Plus FC akan bertandang pula ke Stadium MBPJ, Kelana Jaya menentang pasukan tuan rumah My Team yang meraih mata penuh ketika menentang Pulau Pinang ditempat lawan selasa lalu.

Jadual Perlawanan TM Liga Super | Sabtu 14 Februari 2009:

Johor FC vs Perak
Stadium Jcorp, Pasir Gudang

Perlis vs Negeri Sembilan
Stadium Utama Negeri

Plus FC vs Selangor
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur

My Team vs Kedah
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Kuala Muda vs Pulau Pinang
Stadium Darul Aman, Alor Setar

PDRM vs Pahang
Stadium Majlis Perbandaran Selayang

Kelantan vs Terengganu
Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu

Nota: Semua perlawanan akan berlangsung pada pukul 8:45 malam.

Likes(0)Dislikes(0)