Kaji Selidik & Undian | Posisi Penjaga Gol

Perak FA

Selepas mengharungi sebanyak 5 perlawanan Liga Super dan 2 perlawanan Piala FA, gawang gol Perak telah dibocori sebanyak 10 gol. Berdasarkan kepada prestasi purata musim lalu, ini adalah jumlah bolos yang agak besar untuk peminat menerimanya.

Perkara ini nampaknya dibangkitkan oleh beberapa individu di dalam komuniti SDN sejak berakhirnya perlawanan menentang Kelantan tempohari dalam persaingan Liga Super 2009. Ramai tertanya-tanya apakah sebenarnya yang telah berlaku terhadap penjaga gol utama Perak iaitu Megat Amir Faisal yang merosot persembahannya akhir-akhir ini?.

Berikut adalah 7 keputusan perlawanan terakhir Perak:

  1. Perak 2 – 3 Kelantan (Megat Amir Faisal)
  2. SDM Kepala Batas 0 – 7 Perak (Kamarul Effandi)
  3. Perak 4 – 1 SDM Kepala Batas (Megat Amir Faisal)
  4. Negeri Sembilan 3 – 0 Perak (Megat Amir Faisal)
  5. Perak 1 – 0 PDRM (Megat Amir Faisal)
  6. Selangor 3 – 1 Perak (Megat Amir Faisal)
  7. Perak 2 – 0 Kuala Muda Naza (Megat Amir Faisal)

Megat Amir Faisal hanya tidak beraksi ketika menentang pasukan SDM Kepala Batas di Stadium Batu Kawan kerana tempatnya diganti oleh Kamarul Effandi. Secara umumnya kesemua 10 gol terbabit bocor sewaktu beliau menjaga gawang gol Perak.

Untuk makluman semua, pasukan Perak mempunyai 3 orang penjaga gol yang dilatih oleh Tay Sin Kiat iaitu Megat Amir Faisal (31 tahun), Kamarul Effandi (22 tahun) dan penjaga gol pasukan Piala Presiden, Khairul Amri Sallehuddin (20 tahun).

Inilah masanya untuk anda semua membuat pilihan samada Perak perlu mengekalkan Megat Amir Faisal sebagai penjaga gol utama atau tempatnya diganti oleh penjaga gol kedua, Kamarul Effandi ataupun Khairul Amri Sallehuddin dari skuad Presiden.

Anda perlu membuat satu sahaja pilihan sahaja kerana keputusan anda mungkin mempengaruhi panel jurulatih untuk dipertimbangkan.

Penjaga gol pilihan anda?

  • Megat Amir Faisal (4% Votes)
  • Kamarul Effandi (81% Votes)
  • Khairul Amri Sallehuddin (15% Votes)

% Voters Result

Loading ... Loading ...

Hanya ahli yang telah mendaftar sahaja layak untuk membuat pilihan serta undian akan berakhir pada tengah malam ini. Pendaftaran baru akan ditutup sementara waktu dan sebarang percubaan menipu akan dipantau sepenuhnya.

Likes(0)Dislikes(0)

12 thoughts on “Kaji Selidik & Undian | Posisi Penjaga Gol

  1. taufiq

    Salam, berkenaan penjaga gol, teman berpendapat Kamarul Effendi perlu diberi banyak pendedahan untuk menjadi benteng terakhir pasukan, dengan situasi yang telah pun berlaku setakat ini, kebanyakan jumlah gol yang bolos adalah daripada penjaga gol utama pasukan. Bukannya hendak memperlekeh atau mahu menjatuhkan air muka seseorang, tetapi pemain muda juga perlu diberi peluang untuk membuktikan sejauh mana kemampuannya. Teman percaya penjaga gol simpanan kita mesti mempunyai perasaan yang terkilan kerana tidak berpeluang untuk bermain selaku penjaga gol utama. Dari segi pengalaman memang berpihak kepada penjaga gol yang senior (Megat Amir Faisal). Seperti kata-kata pujangga, 'Melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Jika dididik dan diberi pendedahan, sudah semestinya dapat menimba sedikit sebanyak pengalaman..apa pun teman hanya mengharapkan kembalikan zaman kegemilangan perak.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. anipjebat

    salam..terima kasih kerana mengusulkan undian sebegini untuk posisi penjaga gol..teman berpendapat sudah tiba masanya pasukan perak mengerah kudrat kamarul effandi untuk mengemudi benteng terakhir perak..memang posisi ini memerlukan seseorang yang berpengalaman dan pilihan yang ada hanya megat amir faisal,tapi apa yang dipersembahkan beliau sepanjang liga berlangsung sangat mengecewakan..beliau kerap melakukan kesilapan yang sama,teragak-agak hendak bertindak..jarang sekali menggunakan pengalaman beliau untuk menenangkan keadaan kelam kabut didepan pintu gol perak terutama hantaran lintang dan 'corner kick' pasukan lawan yang memerlukan penjaga gol untuk menenangkan keadaan tetapi beliau masih kaku di tiang gol...bukan menidakkan keupayaan beliau dan teman mengaku banyak juga sumbangan beliau menyelamatkan kubu pasukan perak tetapi peluang juga harus diberikan kepada kamarul effandi supaya tidak ada pemain perak yg merasakan dirinya berada dalam zon selamat..persaingan yang sihat penting untuk kemajuan dan kemantapan pasukan..teman harap barisan jurulatih menilai pemain berdasarkan prestasi semasa dan bukan meletakkan pengalaman sebagai tanda aras..teman pemerhati luar yang memang sayangkan pasukan perak cuma bagi pendapat terserahlah kepada barisan jurulatih pasukan untuk menilai kerana mereka lebih arif,terima kasih..

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. syidi

    Memang tidak dinafikan, Megat Amir Faisal lebih berpengalaman jika dibandingkan dengan Kamarul Affendy dan Khairul Amri. Namun begitu, kemampuan kedua-dua penjaga gol simpanan itu usah dipinggirkan sebaliknya, mereka diberi pendedahan yang berterusan.

    Perkara ini timbul disebabkan para penyokong kurang berpuas hati dengan prestasi Megat Amir yang dilihat melepaskan banyak gol-gol mudah yang sepatutnya boleh diselamatkan. Jika prestasi Megat Amir baik sejak awal dulu, perkara ini tidak akan timbul.

    Kamarul Affendy dilihat lebih layak diberi pendedahan ketika ini di samping Khairul Amri untuk menggantikan Megat Amir yang sepatutnya direhatkan buat sementara waktu. Ramai yang mengenali Kamarul kerana prestasi baik dan cemerlang yang telah dipamerkan ketika Piala Presiden yang lalu. jadi tidak hairanlah jika ada pendapat mengatakan Kamarul Affendy adalah penjaga gol yang berpotensi tinggi.

    Jadi, diharap dengan undian sebegini, dapat membuka mata pihak kejurulatihan dan memberi sedikit perhatian terhadap apa yang para penyokong nampak pada ketika ini.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. irKupa

    salam..
    ini pendapat peribadi teman berdasarkan beberapa perlawanan liga yang teman pergi saksikan sendiri di stadium. bagi teman, megat bukanlah calon untuk menjadi penjaga gol utama pasukan perak atas sebab2 tertentu. antaranya, megat tidak mampu membaca game dengan sempurna, tiada komunikasi dengan barisan pertahanan, tindakan refleks yang amat2 perlahan serta tidak fokus menyebabkan kerapkali tangkapan mudah gagal dilakukan....perlawanan dengan selangor serta kelantan menjadi bukti kukuh. tidakan refleks sebagai penjaga gol amat penting untuk mengagak ke mana arah pergerakan bola, kalau kita lihat bola yang datang bukanlah terlalu kuat tapi ia mengelirukan...jadi terpulang kepada penjaga gol untuk lebih membaca pergerakan bola. pergerakannya juga terlalu perlahan kita boleh tengok dalam game menentang selangor, gol yang ke 2, tak silap teman. tangkapan lemah akibat pergerakan refleks yang perlahan terhadap bola.. terus terang teman cakap, sebagai peminat setia dan pernah menyaksikan penjaga gol hebat dihasilkan perak seperti 'chong kim bun aka mohd nazreen chong, hamsani ahmad, abukari damba', ini bukanlah taraf penjaga gol yang berhak menjaga gawang pasukan perak...berikanlah peluang kepada pemain muda untuk beraksi. pengalaman perlu dicari, jika tidak diberi pendedahan, sampai bila2 pon pengalaman tidak akan diperolehi...ayuh perak, bangkitlah...

    -kejor yob dan score-

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. razlan

    salam,

    ramai rakan2 dari kelab penyokong pasukan terdahulu megat agak terkejut pabila perak mengambil megat sebagai penjaga gol utama.

    mereka berkata bahawa megat mempunyai kelemahan2 yg ketara. kelebihan beliau cuma bagus dalam menampan bola yg ditendang terus kepada beliau.

    mungkin jurulatih penjaga gol perak lebih pandai menilai kelebihan megat. wallahualam.

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. san

    Sepuluh gol Megat Amir lepaskan,
    Kamarul tengok dari bangku simpanan,
    Amri pula kita jangan lupakan,
    Yang penting jangan bolos dengan lawan.

    Dua tiga seladang berlari,
    Mana nak sama seladang kenya,
    Keeper mantap boleh kucari,
    Keeper tak fokus bolos jadinya.

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. sunrise

    bagi teman penjaga gol perak kini yang benar benar ada kualiti hanyalah kamarul effendi atau lebih dikenali K.E semasa di bangku sekolah lagi dan Amri juga bekas pemain presiden perak dan presiden polis.untuk keupayaan Megat sudah pun kita semua ketahui dari skuad selangor lagi.kepada jurulatih penjaga gol utamanya tolong pertimbangkan semula.kalau masih inginkan Megat menjadi penjaga gol utama tolong beri latihan yang lebih agresif kepada beliau agar beliau boleh terus diberikan kepercayaan. ini tidak apa yang teman lihat berat badannya juga tidak sesuai.demi maruah jurulatih,pasukan dan penyokong diharap ianya ada perubahan

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. chuck

    salam sahabat dan rakan SDN,
    Bagi teman posisi penjaga gol adalah posisi yang cukup-cukup penting.penting disini samada menentukan menang ataupun kalahnya sesebuah pasukan tapi mampu untuk memberikan impak dari segi moral pemain.posisi ini juga merupakan posisi yang paling senang dan mudah untuk membantu rakan-rakan sepasukan yang lain dalam merencanakan setiap serangan yang bakal dilancarkan kearah kubu lawan.

    Jadi bagi teman,perbualan tentang isu sebegini amatlah bersesuaian dan bertepatan dengan kehendak pasukan perak ketika kini.Persoalannya disini ialah adakah benar dan patut kita menyalahkan penjaga gol semata-mata bila gawang kita dibolosi hampir disetiap perlawanan???setiap game yang kita lalui,kita hendaklah bertanyakan pada sistem formasi yang kita gunakan.samada ianya bersifat defensive,maintan atau menyerang.kita perlu ketahui yang kesan-kesan buruk yang bakal kita hadapi jika sistem-sistem tersebut diguna pakai dalam setiap perlawanan yang kita lalui.setiap sistem yang diguna pakai tersebut,kita hendaklah menitik beratkan kemampuan keseluruhan pasukan untuk menyerap serangan pantas dari pasukan lawan.

    kemampuan defensive midfielder,defence dan penjaga gol itu sendiri.janganlah kita hanya menyalahkan penjaga gol semata-mata melainkan ianya kesalahan yang nyata tanpa dinafikan lagi.Percaya atau tidak rakan-rakan SDN boleh try survey team-team international yang lain.yang mana pasukan yang mengamalkan sistem serangan dan bertahan.apa kelebihan dan apa pulak kekurangannya.comparekan jumlah jaringan dan bolos bagi setiap team tersebut.Orang jarang mempertikaikan kemampuan penjaga gol tapi kebanyakan jurulatih yang profesional akan mengatakan benteng pertahanan mereka yang lemah.lemah bukan kerana individu itu sendiri tetapi kerana percaturan taktikal yang direncanakan.fikir mudah,kita guna pakai formasi dan taktikal yang bersesuian dengan habit player itu sendiri.tak guna untuk terus memaksa jika jiwa tersiksa.akhir kata,wisel dah pun berbunyi moh yop kita buktikan lagi!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. taufiq

    Salam buat semua..PENJAGA GOL adalah benteng terakhir dalam setiap permainan bola sepak. Seperti yang kita sedia maklum penjaga gol utama kita sudah banyak menimba pengalaman dalam karier bolasepak. Untuk menjadikan perak sebuah pasukan yang digeruni, perlulah dititik beratkan sikap 'berani mencuba'. Sebagai jurulatih memanglah beliau amat arif dalam menilai setiap pemainnya. Tetapi teman percaya, setiap individu mempunyai keistimewaan masing-masing dan kebolehan yang kita tidak nampak. Mungkin keistimewaan ini boleh dilihat ketika perlawanan sebenar. Apa salahnya jika kita mencuba pemain/penjaga gol yang hanya memanaskan punggung di bangku simpanan dalam menjadi benteng terakhir pasukan perak.

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. belanak

    Salam..

    Semoga penjaga gol yang diamanahkan untuk menjaga gawang tidak akan mensia-siakan setiap peluang yang ada.. Tanamkan semangat juang yang kental dan jangan leka!!

    Tidak kira siapa jua!! Yang pasti penjaga gawang amat kami hargai dan selamat berjuang... Ayuh! Kejor Yob Kejor!! Skor Yob Skor!!

    p/s: kami penyokong tetap bersamamu Perak Jr.!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.