Futsal | Latihan SDN KV - 26 Februari 2009 (cancel)
February 25th, 2009 by webmaster

Sesi latihan kelima skuad futsal SDN KV akan diubah tarikh dan waktunya pada hari Khamis bermula pukul 11 malam hingga 12 malam di Samba De Futsal kerana ingin mengelakkan ramai ahli-ahli yang bakal pulang ke kampung pada hujung bulan ini.
Perubahan ini hanya untuk sementara waktu dan bakal kembali seperti sediakala iaitu pada hari Sabtu bulan Mac nanti. Sila nyatakan persetujuan anda pada bahagian komentar dibawah jika ingin menyertai latihan skuad futsal SDN KV.
(LATIHAN FUTSAL DIBATALKAN ATAS SEBAB TEKNIKAL)
- Tarikh: Khamis 26 Februari 2009
- Masa: 11:00 - 12:00 malam
- Lokasi: Samba de Futsal, Lot 13, Jalan 225, Seksyen 51A, PJ
- Yuran: RM10 +/-
- Court: Large 17m x 30m - Taraflex
- Bib, sarung tangan penjaga gol serta minuman akan disediakan
Peta Ringkas

Peta Google (Belon Hijau)
Senarai Pemain Yang Dijangka Hadir:
SDN KV
- YB
- Syidi
- Taufiq
- Zulzia
- Azaha
- Sunrise
- Miez3
- Apekehe
- Erie_Sohor
- Remy
- Axlrose
- Zam
- Kaka_Rudin
- Senarai Artikel Terdahulu Yang Berkaitan:
- Futsal | Latihan SDN KV - 6 Mac 2010
- Futsal | Latihan SDN KV - 30 Januari 2010
- Futsal | Latihan SDN KV - 21 Februari 2009
- Futsal | Latihan SDN KV - 14 Mac 2009
- Futsal | Latihan SDN KV - 7 Ogos 2010

Salam..
Ayuh Seladang fans..kita meriahkan aktiviti sebegini..Aktiviti sebeginilah yang akan mengeratkan lagi persahabatan serta memantapkan lagi SDN KV. Selain itu dapat juga kita meningkatkan tahap kesihatan kita sekalian. Kita jumpa di Samba de Futsal..
SDN KV The Best..
Diharap semua pemain-pemain yang telah mengesahkan kehadiran mereka dapat hadir untuk latihan kali ini. Jika ada sebarang masalah, sila nyatakan dalam komentar di bawah.
Skuad Futsal SDN dilihat memiliki kekuatan tersendiri yang boleh digilap dan memerlukan latihan yang intensif. Oleh yang demikian penglibatan semua yang merasakan mereka mampu untuk hadir adalah dialu-alukan.
Sekian.
salam,
hajat di hati ingin menghadirinya tetapi apa kan daya, masa tidak mengizinkan.
enjoy the game! (cam biasa dengar jer ungkapan ini)
Salam…
Saya akan hadir bersama yob Axlrose…Sekian dimaklumkan.
salam kpd warga SDN,
terlebih dahulu teman ingin meminta maaf kerana sekali lagi tidak dapat menghadiri latihan pada kali ini. Ini kerana teman sedang menghadapi peperiksaan di universiti teman untuk 2 minggu ni. insyaAllah untuk minggu yang akan datang teman akan berlatih. ribuan kemaafan dipinta. Diharap SDN akan terus maju dan menjadi terbaik dikalangan terbaik.
“Majulah SDN untuk negeriku”
Pengumuman: Latihan futsal pada malam ini dibatalkan atas masalah teknikal yang tidak dapat diatasi. Segala kesulitan amatlah dikesali.
admin