Futsal | Latihan SDN KV – 21 Februari 2009 (report)

Logo | seladang.net

Semalam warga seladang.net telah berkumpul untuk kali keempat pada sesi latihan futsal pasukan SDN KV yang diadakan di Bangunan Pan Global, Petaling Jaya. Seramai 13 orang pemain hadir pada latihan yang diadakan pada pukul 4:00 petang hingga 5:00 petang.

Ramai pemain-pemain ‘regular’ tidak hadir pada latihan ini kerana pelbagai komitmen yang perlu diuruskan namun usaha pihak pengurusan SDN KV untuk meneruskan aktiviti ini tetap berjaya walaupun agak sukar bermain dengan 13 orang pemain sahaja.

Semua pemain hadir tepat pada masanya untuk memulakan sesi latihan namun nasib malang menimpa Enal apabila mengalami hamstring pada kaki kanan sewaktu sesi memanaskan badan dan beliau langsung tidak dapat meneruskan latihannya.

10 minit terakhir latihan, seorang lagi pemain iaitu KM mengalami kecederaan lutut (berulang) yang agak serius dan memaksa beliau keluar. KM adalah bekas pemain OKU FC yang hadir bersama 3 orang lagi rakannya pada latihan tersebut.

Senarai Pemain Yang Hadir:

SDN KV

Logo | seladang.net

  1. YB
  2. Sunrise
  3. Taufiq
  4. Zfnizam
  5. Zam
  6. Axlrose
  7. AB
  8. Erie_sohor
  9. KM
  10. Kamal
  11. Wan
  12. Syam
  13. Enal – Tidak Bermain (Cedera)

Ucapan terima kasih kepada semua pemain yang telah menghadirkan diri pada sesi latihan ini dan jika tiada halangan, futsal SDN KV akan dijalankan seperti biasa pada hari Sabtu 28 Februari 2009.

Likes(0)Dislikes(0)

6 thoughts on “Futsal | Latihan SDN KV – 21 Februari 2009 (report)

  1. YB

    Kedudukan terkini Kewangan SDN KV sehingga 21 Feb 2009 yang lalu:

    Baki Pada 14 Feb 2009 = RM 80.00

    Hasil Kutipan Pada 21 Feb 2009 = 12 x RM 10.00 = RM 120.00

    Bayaran Sewa Gelanggang di Pan Global = RM 100.00

    Baki Dalam Tangan Keseluruhan = RM 100.00

    Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan boleh dibuat dengan menghantar komen di bawah. Harap Maklum, sekian.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. sunrise

    salam

    walaupun hanya 13 orang yang hadir,suasana tetap meriah.semangat untuk beriadah dan bersukan tersemat dihati masing masing.seandainya ianya berterusan maka tidak mustahil pasukan futsal SDN KV akan menjadi pasukan yang mantap dimasa akan datang

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. taufiq

    Salam...

    Alhamdulillah, walaupun hanya 13 orang sahaja yang hadir pada sesi latihan kali ini, aktiviti tetap berjalan dengan lancarnya. Untuk saudara KM dan Enal, teman harapkan kecederaan yang dialami akan segera sembuh dan terima kasih kerana sudi hadir bagi memeriahkan aktiviti. Terima kasih juga kepada semua yang hadir..tanpa anda siapalah SDN KV..

    SDN KV the best..

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. anip

    Salam.

    Tahniah!!! Teruskan lagi usaha sebegini. Walaupun teman tak dapat datang namun teman dapat rasakan betapa eratnya kalian semua bersatu di bawah lembayung seladang.net.

    Terima kasih kepada semua atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan aktiviti sebegini.

    Perak terus maju! Perak tetap bersatu!
    Kejor Yob Kejor!

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. syidi

    Tahniah yob-yob semua..

    Maaf kan saya kerana gagal menghadirkan diri pada latihan yang lalu kerana komitmen keluarga. Pun begitu, dikhabarkan bahawa latihan tetap meriah.

    Teruskan semangat sebegini demi Perak amnya dan SDN khasnya.

    Mungkin, minggu ini kita akan adakan kelainan sedikit, iaitu latihan pada hari Khamis malam. Macam mana? Ada Berani? Lokasi tidak berubah yang berubah hanya hari dan masa sahaja.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi

      Setakat jam 1645, 24 Feb 2009, Ahli SDN yang mengesahkan kehadiran mereka untuk Latihan Futsal SDN di Samba De Futsal,Hari Khamis 26 Feb 2009, Jam 2230 adalah seperti berikut:

      1. YB

      2. Syidi

      3. Sunrise

      4. Azaha

      5. Miez3

      6. Apekehe

      7. Zulzia

      8. Erie_Sohor

      9. Remy

      10. Axlrose

      11. Zam

      12.

      Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.