Futsal | Latihan SDN KV – 14 Februari 2009 (report)

Logo | seladang.net

Semalam warga seladang.net telah berkumpul untuk kali ketiga pada sesi latihan dan perlawanan persahabatan antara pasukan SDN KV menentang OKU FC yang diadakan di Bangunan Pan Global, Jalan Tandang, Petaling Jaya.

Latihan dan perlawanan persahabatan yang diadakan selama sejam setengah iaitu dari pukul 4:00 petang hingga 5:30 petang menyaksikan pasukan SDN KV bergaya menewaskan OKU FC dengan jumlah jaringan 11 – 0.

Ketua pasukan OKU FC, saudara YB ketika diminta mengulas kekalahan tersebut berkata faktor ketiadaan penjaga gol utama dan beberapa pemain yang sepatutnya hadir pada hari tersebut sememangnya merencatkan percaturan beliau.

“Kita cuma barisan pemain-pemain ‘lama’ yang kebanyakannya berusia lebih 30 tahun dan terpaksa pula meminjam salah seorang penjaga gol SDN KV untuk mencukupkan pemain. Dengan hanya 7 pemain yang beraksi, kekalahan memang sesuatu yang dijangka.”

“Apapun barisan OKU FC berjaya untuk mengikat keputusan 0 – 0 untuk 5 minit pertama perlawanan sebelum para pemain mulai keletihan dan kesempatan ini digunakan sebaiknya oleh pemain-pemain SDN KV yang jauh lebih pantas dan muda”.

SDN KV memenangi perlawanan separuh masa pertama dengan keputusan 7 – 0 sebelum menambah 4 gol lagi pada separuh masa kedua untuk menang 11 – 0. Perlawanan berakhir dengan jayanya tanpa sebarang masalah.

Senarai Pemain Yang Hadir:

SDN KV

Logo | seladang.net

  1. Syidi
  2. Azaha
  3. Taufiq
  4. Zulzia
  5. Pathly
  6. KerisTujuh
  7. Udinese
  8. Apekehe
  9. Fairuz
  10. Zam
  11. Amat
  12. Saleh Kaka
  13. Amar

OKU FC de SAMBA

OKU FC de SAMBA Logo

  1. Sunrise ‘Dida’
  2. YB ‘Lúcio’
  3. Adi ‘Juan’
  4. Razlan ‘Alves’
  5. AB ‘Ronaldinho’
  6. Enal ‘Elano’
  7. Najib ‘Adriano’

Ucapan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menghadirkan diri pada sesi latihan dan perlawanan persahabatan tersebut. Jika tiada aral melintang, futsal SDN KV akan dilangsungkan seperti biasa pada hari Sabtu, 21 Februari 2009.

“Terima Kasih, Kome Semua Memang Best”

Likes(0)Dislikes(0)

7 thoughts on “Futsal | Latihan SDN KV – 14 Februari 2009 (report)

  1. anip

    Teman 3kali baca laporan ni. Macam tak percaya je. Hehe. Apa-apa pun ikatan persahabatan sesama ahli itu lebih penting. Teruskan lagi usaha sebegini. Ucapan ribuan tahniah dan terima kasih kepada Webmaster seladang.net atas inisiatif dalam merapatkan hubungan sesama kita.
    We Are Perakian!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. syidi

    Salam...
    Sesungguhnya OKU FC bukanlah calang-calang pasukan sebenarnya. Mereka dibarisi oleh pemain-pemain yang berkemahiran tinggi dan berpengalaman.

    Namun begitu, kelebihan kecergasan SDN KV dipergunakan sepenuhnya untuk kami menghasilkan gol. Sebelum perlawanan bermula, pemain-pemain dinasihatkan agar tidak terlalu gentar sebaliknya 'enjoy the game' sebaiknya. Pemain juga diingatkan agar bergerak pantas baik ketika menyerang mahupun bertahan. Hasilnya, kami berjaya menghasilkan gol yang kebanyakannya terhasil setelah Penjaga Gol OKU FC kerap melakukan kesilapan-kesilapan mudah.

    Diharap selepas ini pemain-pemain OKU FC dapat meluangkan masa untuk berlatih bersama untuk berkongsi ilmu yang mereka miliki agar dapat kami (SDN KV) mempertingkatkan kemahiran dalam Futsal.

    Tahniah kepada semua yang hadir dan menjayakan latihan kita pada kali ini. Sekian Terima Kasih. 'We Are Perakian'.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. syidi

    Saya ingin memaklumkan kedudukan terkini Kewangan SDN KV sehingga 14 Feb 2009 yang lalu:

    Baki Pada 05 Feb 2009 = RM 30.00

    Hasil Kutipan Pada 14 Feb 2009 = 20 x RM 10.00
    = RM 200.00

    Bayaran Sewa Gelanggang di Pan Global = RM 150.00

    Baki Dalam Tangan Keseluruhan = RM 80.00

    Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan boleh dibuat dengan menghantar komen di bawah. Harap Maklum, sekian.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. taufiq

    Salam semua, teman merasa bangga dan sungguh terharu dengan kehadiran warga SDN bagi menjayakan program ini. Aktiviti sebegini sedikit sebanyak dapat membuktikan bahawa ikatan persahabatan di antara kita adalah di tahap yang terbaik dan mampu untuk melaksanakan aktiviti lain selain daripada aktiviti ini.

    Selain itu, latihan yang kita jalankan ini akan dapat memberi kesefahaman antara pasukan SDN KV yang mungkin akan bertemu sekali lagi dengan pasukan HKC LK di tempat kita. Buat SDN KV, kita mampu buktikan yang kita boleh mengatasi pasukan HKC LK ini dan pasukan-pasukan yang lain. Oleh itu, apa yang penting adalah, teruskan sokongan kita kepada pasukan kesayangan kita, Perak.

    We are Perakian, Score Yob Score..

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. kaka_rudin

    Assalamualaikum semua. Saya ahli baru dalam seladang.net yang bernama salleh kaka. Dalam ruangan komen ini saya menggunakan nama kaka_rudin. Terima kasih kepada semua kawan-kawan kerana memberi peluang saya bermain futsal pada hari sabtu lepas di Petaling Jaya. Tidak lupa juga kepada YB yang banyak menguruskan permainan hari tersebut dalam keadaan baik. Sekian sahaja komen dari teman.

    Semoga dapat membina ukhuwah kita bersama.
    Wasalam...

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi

      Salam Salleh Kaka..Terima kasih banyak kerana sudi memeriahkan Latihan Futsal SDN tempohari, semoga ini akan berkekalan sehingga bila-bila.

      Diharap saudara dapat menyertai latihan ini lagi selepas ini dengan harapan semoga pasukan kita akan menjadi pasukan yang setanding dengan pasukan futsal lain di Lembah Klang.

      SKOR YOB SKOR!

      Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.