Futsal | Latihan & Pemilihan – 31 Januari 2009 (report)

Logo | seladang.net

Pihak pengurusan serta warga kerja seladang.net amat berbesar hati dengan kejayaan penganjuran buat kali pertamai sesi latihan dan pemilihan skuad futsal bagi mewakili komuniti seladang.net pada perlawanan persahabatan menentang pasukan Hijau Kuning Supporters Club yang dijadualkan pada awal bulan ini di Bandar Tun Razak, Cheras.

Latihan dan pemilihan yang telah akan diadakan pada pukul 3.30 petang hingga 5 petang di Samba de Futsal, Seksyen 51A, Petaling Jaya turut diserikan dengan kedatangan jemputan istimewa iaitu pemain pertahanan kiri Perak, Benedict Martin.

Pihak pengurusan seladang.net melahirkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada beliau yang sudi untuk meluangkan masa merasmikan sesi latihan dan pemilihan skuad futsal yang pertama ini walaupun masih lagi menjalani proses pemulihan kecederaan.

Benedict Martin | Kickoff Futsal
Bersedia untuk membuat ‘Kick Off’

Benedict Martin | Kickoff Futsal 2
‘Kick Off’ menggunakan kaki kanan

Benedict Martin | Penyampaian Hadiah
Menerima hadiah cenderahati dari Syidi. (Ketua Aktiviti).

Benedict Martin | Futsal seladang.net
Bergambar bersama kain rentang seladang.net.

Senarai Pemain Yang Hadir:

  1. YB
  2. Syidi
  3. Azaha
  4. Taufiq
  5. Sunrise
  6. Zulzia
  7. Razlan
  8. Zam
  9. Pau kaya
  10. Keristujuh
  11. Axlrose
  12. Apekehe
  13. Orenzz
  14. Fairuz
  15. Vickson
  16. Adi

Ucapan berbanyak terima kasih kepada semua yang telah menghadirkan diri pada sesi latihan tersebut dan semoga aktiviti futsal ini dapat dijalankan secara rutin mingguan untuk mengeratkan lagi tali persahabatan antara kita semua.

“Terima Kasih, Kome Semua Memang Best”

Likes(0)Dislikes(0)

8 thoughts on “Futsal | Latihan & Pemilihan – 31 Januari 2009 (report)

  1. sunrise

    alhamdulillah,kerana antara yang hadir telah memberi kerjasama yang cukup baik. pada pandangan teman seandainya perkara sebegini rupa diteruskan lagi maka perhubungan antara satu sama lain akan bertambah akrab. tahniah kepada pengasas seladang dot net mampu menghasilkan idea sebegini rupa...... skor yob skor.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. syidi

    Seladang.Net amat berbangga dengan komitmen yang ditunjukkan oleh semua ahli yang hadir. Saya secara peribadi berasa amat berbangga dengan rakan-rakan yang selama ini hanya berjumpa secara maya. Sikap keterbukaan dan mudah didekati dilihat mampu menjadikan komuniti ini satu komuniti yang utuh satu hari nanti.

    Saya yakin ramai lagi ahli yang ingin hadir, namun terdapat masalah yang tidak dapat dielakkan, mungkin disebabkan lokasi ahli-ahli yang jauh dan masalah-masalah lain yang tidak dapat dielakkan. Pun begitu, tahniah dan syabas kepada WebMaster Seladang.net yang berjaya menyatukan ahli-ahli buat kali pertama secara rasmi.

    Saya berharap permulaan yang baik ini dijadikan pendorong untuk kita berkumpul lagi nanti dan berkemungkinan kita akan berjumpa setiap hujung minggu untuk aktiviti seperti ini, Insya Allah.

    Harus diingat, kita ada misi. Misi utama kita adalah untuk memastikan pasukan Seladang kita gah dipuncak kelak. Kita harus bersedia untuk hadapi segala onak ranjau bersama mereka.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. m_anip2

    Tahniah kepada WebMaster Seladang.net atas penganjuran aktiviti sebegini dan juga syabas kepada ahli-ahli yang hadir. Semoga aktiviti sebegini yang dapat mengeratkan lagi hubungan sesama ahli diteruskan lagi pada masa akan datang. Kome memang best!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. 8

    Geram nya saya terlepas sessi latihan dan pemilihan skuad futsal seladang.net, jadi bila akan di adakan lagi ni. saya tidak mahu ketinggalan, apa pun pada yang hadir tahniah kerana memeriah kan acara..

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.