Futsal | HKC LK Vs SDN KV – 5 Februari 2009 (report)

Logo | seladang.net

HKC LK 10 - 1 SDN KV

Lokasi : Dewan Serbaguna DBKL Bandar Tun Razak
Tarikh : Khamis, 5 Februari 2009
Masa : 9:00 malam

Semalam telah berlangsung satu perlawanan futsal di antara pasukan SDN KV (Seladang Dot Net Klang Valley) menentang HKC LK (Hijau Kuning Supporters Club Lembah Klang) yang berakhir dengan skuad SDN KV tewas dengan jaringan besar 10 – 1.

[slideshow=6]

Perlawanan yang dijalankan secara 2 pusingan setiap 10 minit ini memperlihatkan kesefahaman yang tinggi pada barisan HKC LK yang menyumbat 5 gol pada separuh masa pertama sebelum saudara Fairuz berjaya mendapatkan gol saguhati pada separuh masa kedua untuk tewas sekali lagi 5 – 1 kepada barisan yang jauh lebih berpengalaman.

Ketua pasukan SDN KV, saudara Syidi ketika diminta mengulas berkata masalah persefahaman dan gementar pada perlawanan rasmi yang pertama ini mendorong para pemain melakukan kesilapan mudah yang membenarkan lawan menjaringkan gol.

“Ini adalah perlawanan pertama pasukan SDN KV setelah hanya sekali bertemu sesama ahli pada latihan dan pemilihan di Samba De Futsal, Petaling Jaya tempohari. Kita akan bekerja keras selepas ini untuk perlawanan yang akan datang” jelasnya.

Pihak pengurusan seladang.net dan krew yang terlibat ingin mengucapkan terima kasih kepada saudara Bob, Dado serta Saiful dari HKC yang sudi menerima dan menguruskan perlawanan persahabatan antara pasukan SDN KV menentang pasukan HKC LK.

Senarai kehadiran:

  1. YB
  2. Syidi
  3. Taufiq
  4. Azaha
  5. Axlrose
  6. Zulzia
  7. Amar_avb
  8. Sunrise
  9. Razlan
  10. keristujuh
  11. Udinese
  12. Apekehe
  13. Fairuz
  14. Phatly
  15. Eire_sohor
Likes(0)Dislikes(0)

11 thoughts on “Futsal | HKC LK Vs SDN KV – 5 Februari 2009 (report)

  1. syidi

    Saya selaku individu yang telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi Ketua Aktiviti SDN ini ingin membentang kewangan SDN.

    Untuk pengetahuan, semalam kita telah membuat kutipan daripada semua ahli yang hadir. Kutipan sebanyak RM 10 kepada ahli yang tidak bermain dalam 'First 8', manakala RM 5 untuk ahli yang tersenarai dalam 'First 8'.

    Jumlah Kutipan - RM 105.00

    Bayaran Gelanggang - RM 75.00

    Baki di tangan - RM 30.00

    Kehadiran ahli pada 05 Feb 2009 - 15 orang.

    Untuk makluman, Penjaga Gol sepenuh masa tidak akan dikenakan bayaran.

    Sebarang pertanyaan atau masalah boleh kemukakan dalam komentar di bawah. Sekian.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. anip

    Baru perlawanan pertama dengan pasukan yang baru ditubuhkan tidak sampai sebulan. Teruskan lagi aktiviti sebegini bagi merapatkan ikatan silaturrahim sesama ahli seladang.net. Syabas kepada semua yang terlibat.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. saiful

    Moga Ukhwah yang terjalin akan berterusan walaupun bermusuh dalam gelanggang. Terima kasih atas semangat setiakawan dan kesukanan semalam.

    Bertemu lagi selepas ini, InsyaAllah...

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. khairol

    walaupun tewas 10-1.. pemain-pemain seladang.net bermain dengan baik.. mereka membuat banyak gerakan mengucar-kacirkan lawan namun di gagalkan ketangkasan penjaga gol lawan di samping kesempurnaan penyerang lawan menyudahkan peluang menghadirkan 10 gol buat pasukan HKC LK.. tidak dinafikan juga perlawanan pertama dalam pembentukan pasukan pasti ada kepincangan.. kekurangan kesefahaman adalah lumrah..

    walau apapun, ia merupakan perlawanan ujian yang baik buat pemain futsal SDN KV..

    perak disokong.. seladang.net didukung

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. sunrise

    teman sebagai salah seorang pemain skuad sdn mengucapkan tahniah kepada semua yang hadir pada malam tersebut kerana telah memberi komitmen yang cukup baik, ulasan teman skuad sdn kv tewas bukan bermakna tidak bagus,tetapi kesemua yang terlibat nyata gementar dan tertekan kerana tidak mempunyai persiapan dan latihan yang banyak. percayalah pasukan sdn kv pasti akan menjadi lebih garang selepas ini.

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. san

    Syabas...

    Kemenangan dalam perlawanan ini sebenar tidak membawa apa-apa erti sebenarnya, erti yang kite mahukan ialah persahabatan sesama kita. Ikatan silaturahim sesama kita bukan hanya melalui dunia maya, tetapi realiti.... itulah yang san harapkan kepada pengendali (founder) Seladang.net ini.

    apa-apa san tumpang gembira diatas kejayaan kite mengumpulkan pemain-pemain SDN, diharapkan lagi ramai yg akan bersama untuk memeriahkan lagi aktiviti SDN pada masa depan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. phatly

    Salam pada semua...
    Teman begitu tertarik dengan aktiviti yang dijalankan oleh pihak SDN ni yang menjalankan perlawanan persahabatan.Walaupun teman tidak hadir sewaktu di Samba Futsal namun teman dapat juga ikuti aktiviti semalam.Teman percaya pihak pengurusan SDN dapat melihat persembahan semua pemain SDN yang hadir semalam untuk diketengahkan dalam perlawanan persahabatan yang akan datang.Aksi lincah dan skill yang ditunjukkan oleh pemain selepas perlawanan persahabatan yang dikategori riadah pula banyak menunjukan SDN tidak ketandusan pemain malah teman rasa pihak pengurusan SDN mempunyai strateginya yang tersendiri untuk memilih pemain yang akan beraksi di dalam perlawanan persahabatan seterusnya.Teman juga ingin ucapkan tahniah kepada pasukan HKC LK dimana telah mengusai perlawanan 60% hinggakan dapat menjaringkan 10 gol berbalas 1.Tahniah juga buat pihak pengurusan SDN iaitu YB & Syidi yang telah menjayakan aktiviti ini.We are Perakian.

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. taufiq

    Salam, teman mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat pada perlawanan persahabatan ini. Walaupun tewas dengan jumlah jaringan yang agak besar, tetapi itu adalah satu pengajaran yang berguna buat kita. Maklumlah, pasukan ini baru ditubuhkan dan sememangnya kurang pengalaman berbanding dengan pasukan lawan. Selain itu juga, kurang persefahaman juga memainkan peranan yang penting di atas kekalahan ini. Teman yakin, pasukan futsal yang baru ditubuhkan ini mampu menyerlah pada suatu hari nanti. SDN KV pasti akan digeruni...

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. Axlrose037

    jgn risau...ni cuma baru perlawanan pertama kita dan yang kedua termasuk sesi pemilihan tempoh hari. lepas ni kene selalu main untuk membentuk keserasian dlm pasukan. ape2 pun tahniah kepada yang hadir semalam...lepas ni boleh ajak team semalam lawan lagi...kite akan beri tentangan yang sengit, insya'Allah akan menang.

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. zuzai_spipoh

    lepas nie boleh la friendly di Ipoh pulak kat gelanggang kami . Just Friendly untuk mengeratkan ikatan antara fans perak di ipoh dgn lembah klang..

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. Dado

    Salam......

    Kalah dan Menang Bukan Ukuran.

    Tahniah kepada HKC LK yang menang dalam perlawanan persahabatan tersebut, dan tahniah juga kpd SDN yg berjaya menubuhkan sebuah pasukan Futsal khasnya kpd peminat/penyokong Seladang di Lembah Klang amnya.

    Walaupun mencipta kemenangan dengan jaringan yg besar, namun apa yg lebih penting di sini ialah satu perlawanan sebagai penghubung siratulrahim antara kedua-dua e-fan masing-masing.

    Semoga aktiviti seperti ini akan diteruskan lagi pada masa yg akan datang.

    PULUN KEDAH PULUN.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.