Futsal | HKC LK Vs SDN KV – 5 Februari 2009 (Friendly)

Logo | seladang.net

HKC LK vs SDN KV

Lokasi : Dewan Serbaguna DBKL Bandar Tun Razak
Jenis Padang: Turf (rumput pendek)
Tarikh : Khamis, 5 Februari 2009
Masa : 9:00 malam

Pihak pengurusan seladang.net dengan kerjasama Hijau Kuning Supporters Club buat julung-julung kalinya menganjurkan satu perlawanan persahabatan futsal yang bakal diadakan di Dewan Serbaguna DBKL, Bandar Tun Razak, Cheras pada 5 Februari 2009.

Format & Info pertandingan adalah seperti berikut:

  • 5 Pemain + 3 Simpanan
  • 10 Minit (separuh masa) x 2 = Keputusan Rasmi Perlawanan
  • Pakaian bebas (bersesuaian) untuk pemain SDN KV sahaja.
  • Bib, glove dan minuman akan disediakan.

8 orang pemain akan ditetapkan dari kedua-dua pasukan dan akan berentap dalam 2 sesi perlawanan yang berlangsung selama 10 minit setiap separuh masa. Tiada pengadil pada perlawanan ini kerana kita percaya kepada semangat setiakawan dan Fair Play.

Semua ahli-ahli seladang.net samada yang pernah atau tidak menyertai latihan dan pemilihan futsal di Samba De Futsal tempohari dijemput hadir untuk memeriahkan lagi aktiviti berfutsal pasukan SDN KV (Seladang Dot Net Klang Valley).

8 orang pemain akan dipilih oleh saudara YB bersama Syidi (Ketua Pasukan) bagi mewakili SDN KV. Hanya keputusan perlawanan ini sahaja yang akan diambil kira sebagai keputusan rasmi untuk disiarkan oleh seladang.net.

Selepas dari perlawanan tersebut semua ahli-ahli seladang.net akan bermain bersama-sama dengan pemain-pemain HKC LK ( Hijau Kuning Supporters Club Lembah Klang) dalam permainan biasa yang tidak akan dicatatkan keputusannya.

Peta Lokasi (Belon Merah A)

View Larger Map

Sila maklumkan kehadiran anda:

  1. YB
  2. Syidi
  3. Taufiq
  4. Azaha
  5. Axlrose
  6. Zulzia
  7. Amar_avb
  8. Sunrise
  9. Razlan
  10. keristujuh
  11. Udinese
  12. Apekehe
  13. Fairuz
  14. Phatly
Likes(0)Dislikes(0)

6 thoughts on “Futsal | HKC LK Vs SDN KV – 5 Februari 2009 (Friendly)

  1. taufiq

    Salam, diharapkan aktiviti seperti ini diteruskan agar dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan dan persahabatan antara kedua-dua belah pihak. Selain itu juga, aktiviti sebegini secara tidak langsung dapat meningkatkan tahap kesihatan kita dan dapat mengisi masa lapang yang terluang. Apa pun, diharapkan seluruh warga seladang.net mahupun individu lain, ramai-ramailah kita luangkan masa yang teman rasa terbaik untuk kita memartabatkan bola sepak negara kita serta mengertakan hubungan sesama kita. Majulah Sukan Untuk Negara. ' Skor Yob Skor'.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. syidi

    Semoga ramailah ahli dan sesiapa sahaja yang berkelapangan untuk memeriahkan aktiviti kita pada malam ini. Diharap dengan kehadiran saudara-saudara dapat mengeratkan lagi hubungan yang terjalin melalui platfom maya ini.

    Kemenangan malam ini adalah bonus, apa yang lebih utama adalah untuk menyemai persahabatan sesama penyokong bolesepak pasukan lain di Malaysia. Biarpun kita bermusuh jika di Stadium namun itu dianggap adat dalam bolasepak. Tetapi tidak salah jika kita bersahabat 'di luar' demi menyemarakkan lagi bolasepak Malaysia yang kian suram.

    SKOR YOB SKOR!

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. adi

    teman mengucapkan good luck dan selamat maju jaya bagi pasukan futsal SDN KV dalam perlawan persahabatan menentang HKC pada malam ini.
    teman harap takde yang injured & semoga SDN KV beroleh kejayaan ...
    jumpa hujung minggu hadapan .. insya Allah

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.