Posted in TM Liga Super 2009 on February 28th, 2009 10 Comments »

Sabtu 28 Februari 2009
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM
Perak 2 - 0 Plus FC
Perak mencipta kemenangan keempat dalam saingan liga super malam ini apabila menewaskan pasukan kelab dari Kuala Lumpur, Plus FC dengan jaringan 2 - 0 pada perlawanan kelapan TM Liga Super 2009 di Stadium Perak.
Perlawanan yang disaksikan kira-kira 5000 orang penonton ini agak terganggu apabila hujan turun dengan lebat sepanjang separuh masa pertama. Pemain kedua-dua pasukan lebih berhati-hati kerana padang yang becak menyukarkan bola untuk bergerak.
Nasib malang menimpa pasukan Plus FC apabila terpaksa bermain dengan sepuluh orang apabila Ramesh Lai Ban Huat dilayangkan kad merah oleh pengadil kerana menyiku Saufi Sa’aidi pada minit ke 11 separuh masa pertama.
Arsyah Ayob turut menerima kad kuning kerana mengasari pemain lawan pada minit ke 25. Perak Continue reading
Posted in TM Liga Super 2009 on February 27th, 2009 1 Comment »

7 lagi perlawanan TM Liga Super 2009 akan berlangsung malam esok dengan pendahulu liga super, Kelantan bertandang ke Shah Alam bertemu Selangor manakala Kedah menanti kunjungan Terengganu di Stadium Darul Aman, Alor Setar.
Negeri Sembilan pula akan bersiap menentang PDRM di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi dan Plus FC yang tidak beraksi dalam Piala FA baru-baru ini akan berkunjung ke Stadium Perak, Ipoh menentang skuad muda Perak.
Pulau Pinang dijadualkan menentang Pahang di Stadium Batu Kawan sementara skuad singa utara, Perlis akan menentang My Team di Stadium Utama Kangar.
Jadual Perlawanan TM Liga Super | Sabtu 28 Februari 2009:
Kedah vs Terengganu
Stadium Darul Aman, Alor Setar
Selangor vs Kelantan
Stadium Shah Alam
Negeri Sembilan vs PDRM
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi
Johor FC vs Kuala Muda Naza
Stadium Jcorp, Pasir Gudang
Perlis vs… Continue reading
Posted in TM Liga Super 2009 on February 26th, 2009 7 Comments »

Sabtu 28 Februari 2009
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM
Selepas mencatatkan kemenangan dramatik keatas pasukan Kuala Muda Naza untuk layak keperingkat suku akhir Piala FA selasa lalu, Perak akan berhadapan pula dengan pasukan Plus FC pada perlawanan kelapan TM Liga Super 2009 di Stadium Perak sabtu ini.
Plus FC sudah pasti cukup bersedia pada perlawanan ini kerana telah berehat agak lama sejak perlawanan terakhir mereka 17 Februari lalu pada Liga Super apabila berjaya mengikat pasukan Negeri Sembilan tanpa jaringan di Paroi.
Mereka tidak beraksi pada 21 dan 24 Februari lalu dalam Piala FA apabila telah tewas kepada pasukan Harimau Muda pada perlawanan pertama terdahulu. Ini memberikan satu petunjuk buat pasukan muda Perak supaya berhati-hati pada pertemuan itu kelak.
Ketua pasukan Perak, S. Subramaniam masih lagi menjalani proses penyembuhan… Continue reading
Posted in Info SDN on February 25th, 2009 6 Comments »

Sesi latihan kelima skuad futsal SDN KV akan diubah tarikh dan waktunya pada hari Khamis bermula pukul 11 malam hingga 12 malam di Samba De Futsal kerana ingin mengelakkan ramai ahli-ahli yang bakal pulang ke kampung pada hujung bulan ini.
Perubahan ini hanya untuk sementara waktu dan bakal kembali seperti sediakala iaitu pada hari Sabtu bulan Mac nanti. Sila nyatakan persetujuan anda pada bahagian komentar dibawah jika ingin menyertai latihan skuad futsal SDN KV.
- Tarikh: Khamis 26 Februari 2009
- Masa: 11:00 - 12:00 malam
- Lokasi: Samba de Futsal, Lot 13, Jalan 225, Seksyen 51A, PJ
- Yuran: RM10 +/-
- Court: Large 17m x 30m - Taraflex
- Bib, sarung tangan penjaga gol serta minuman akan disediakan
Peta Ringkas

Peta Google (Belon Hijau)… Continue reading