TM Piala FA – Perak Vs SDM Kepala Batas (review)

TM Piala FA

Sabtu 31 Januari 2009
Stadium Perak
8:45PM

Perlawanan TM Piala FA musim 2009 pusingan 1 timbal balik pertama untuk pasukan Perak adalah bertemu dengan pasukan kelab yang baru dinaikkan ke Liga Premier musim ini iaitu pasukan SDM Kepala Batas atau nama lainnya Sinar Dimaja Mai Sarah FC.

Pasukan ini sebenarnya dibarisi oleh pemain-pemain dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM/Navy) yang berpengkalan di Lumut dan pernah mengejutkan Perak dalam perlawanan persahabatan dengan keputusan 1 – 0 di Stadium Lumut Disember lalu.

Walaupun mereka sekadar pasukan kelab, peminat tidak harus memandang mudah perlawanan ini. Dua pemain yang pasti tidak dapat diturunkan pada perlawanan tersebut ialah Fauzi Ariffin dan juga Benedict Martin yang masih lagi mengalami kecederaan.

Nasib tidak menyebelahi pasukan Perak apabila pemain muda bawah 20 tahun, Wan Hossen dilaporkan diserang sakit mata dan hampir pasti tidak dapat diturunkan pada perlawanan tersebut dan tempatnya akan digantikan oleh Mohd Safwan Mahayuddin.

Razali Umar juga dikhabarkan baru pulih dari demam manakala Shahrizal Saad dan Mohd Hafiszuan dijangka pulih sepenuhnya dari kecederaan kecil menjelang perlawanan itu. Kamarul Effandy dijangka mengisi semula tempat sebagai penjaga gol kedua selepas pulih dari kecederaan yang dialaminya sewaktu menjalani latihan tempohari.

Penolong jurulatih Perak, Raja Azlan Shah Raja So’ib ketika dihubungi wakil seladang.net berkata para pemain sudah cukup bersedia untuk menghadapi perlawanan Piala FA yang pertama musim 2009 ini setelah berehat agak panjang dari sebarang perlawanan.

Jelasnya lagi, walaupun pasukan Perak pernah tewas tipis kepada pasukan tersebut tempohari itu tidak bermakna kita akan ditewaskan lagi pada perlawanan akan datang. Pasukan Perak ketika itu dalam proses mencari kesesuaian manakala pasukan SDM Kepala Batas atau TLDM sememangnya telah lama bersama sebagai satu pasukan.

Apapun pengurusan Perak FA berharap para peminat dapat membanjiri Stadium Perak sabtu ini untuk memberikan sokongan padu kepada Perak sebelum mereka bertandang ke Stadium Batu Kawan pada hari selasa 3 Februari 2009 untuk perlawanan timbal balik kedua.

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

8 thoughts on “TM Piala FA – Perak Vs SDM Kepala Batas (review)

  1. syidi

    'Berpantang maut sebelum ajal'.'Pantang Undur Tetap Mara'. 'Biar Putih Tulang Jangan Putih Mata'.

    Kata-kata di atas jika benar-benar difahami boleh mencetuskan semangat perjuangan yang luar biasa. Akan lahir keikhlasan yang mendorong jiwa melakukan sesuatu pengorbanan yang sejati bukan hipokrasi atau sebagainya.

    Selamat berjuang mengikut perancangan 'Coach' berpengalaman Perak. Jangan terlalu memikirkan rekod lama, sebalik fikirkan apa yang di hadapan.

    Skor Yob Skor!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. san

    apa lagi yob , yong.. harga tiket dah murah.. moh ler kite ke stadium...

    p/s- harga tiket kanak-kanak yang RM5 tu tak diturun kan ke?

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. m_anip2

    Pengalaman lalu cukuplah dijadikan pedoman bagi mengahadapi perlawanan ini. Rasanya jurulatih sudah ada ramuan terbaik bagi menjinakkan pasukan kelab ini. Semoga kemenengan berpihak pada kita.
    Kejor Yob Kejor...!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. taufiq

    salam, diharapkan pasukan perak tidak tersingkir pada pusingan pertama. Rekod pasukan perak masih belum tercalar sejak kali pertama Piala F.A di perkenalkan. Apa pun, buat pasukan perak, lupakan kekalahan yang lepas, kami penyokong setia seladang sentiasa memberi dorongan semangat dan sokongan. 'skor yob skor'.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. putra8878

    semoga berjaya. jgn jadikan player injured sebagai alasan tak boleh menang.mesti menang untuk menarik ramai fan ke stadium.takde gunanya tiket murah tapi fan tak mau datang ke stadium.

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. belanak

    Salam..
    Semoga semangat juang all player tidak akan luntur..
    Teruskan perjuangan kalian.. naikkan nama Skor Yob Skor..
    Semoga kita akan beroleh kejayaan..
    All Da Best and Good Luck.. Skor Yob Skor..

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.