TM Liga Super | Selangor Vs Perak (review)

TM Liga Super 2009

Selasa 6 Januari 2009
Stadium Shah Alam
8:45PM

Selepas mencatatkan kemenangan mengejut keatas Kuala Muda Naza tempohari, skuad seladang akan beraksi pada perlawanan kedua TM Liga Super 2009 di Stadium Shah Alam menentang juara Piala Sumbangsih 2009 iaitu pasukan Selangor malam esok.

Berdasarkan kepada ‘test match’ pada 23 Disember 2008 yang lalu ternyata pasukan Selangor terlalu gagah untuk disaingi oleh anak-anak buah M. Karuthu apabila dibelasah 5 – 1 namun itu bukanlah gambaran sebenar kekuatan pasukan Perak ketika itu.

Perak pada perlawanan ‘test match’ tersebut tidak meletakkan barisan kesebelasan utamanya sebagaimana pasukan Selangor dan sudah tentu perlawanan esok menjadi perlawanan tumpuan kedua-dua belah penyokong pasukan.

M. Karuthu ketika dihubungi penulis turut melaungkan amaran kepada semua pemainnya supaya tidak terlalu menghormati pemain lawan yang rata-rata dibarisi pemain berpengalaman selain beberapa pemain kebangsaan.

“Saya telah mengarahkan pemain untuk lebih fokus pada perlawanan itu nanti dan tidak memberi banyak ruang kepada pemain lawan seperti mana yang kita lakukan ketika menentang Kuala Muda Naza” jelas beliau selepas menonton rakaman perlawanan Piala Sumbangsih 2009 antara pasukan Kedah menentang Selangor.

“Saya telah mengenal pasti beberapa kelemahan ketara dalam pasukan Selangor berdasarkan rakaman tersebut serta perlawanan ‘test match’ sebelum ini dan jika para pemain mengikut arahan yang saya berikan nanti tidak mustahil pasukan Selangor akan ditumbangkan” ujarnya mengakhiri perbualan bersama penulis.

Nada yang sama turut diluahkan oleh pembantu beliau, Raja Azlan Shah Raja So’ib berkenaan perlawanan esok. “Kita akan pastikan pemain mengikut ‘displin’ yang telah ditetapkan serta meminimakan kesalahan sewaktu diatas padang” jelas beliau.

“Diatas kertas tampak Selangor pasukan yang hebat namun itu bukan bermakna kita akan menyerah kalah kepada mereka. Kita akan pastikan peminat Perak akan disajikan aksi yang lebih menarik dan menghiburkan dari para pemain” ujarnya.

Pasukan Perak dijangka akan bertolak dari Ipoh pada awal pagi esok dan bergegas pulang selepas tamat perlawanan kelak kerana mempunyai latihan pada sebelah petang esoknya.

Kesebelasan kemungkinan:

Megat Amir Faisal (PG)
S. Subramaniam (K)
Chun Keng Hong
Fauzi Ariffin
Benedict Martin
Mohd Noor Hazrul
Safwan Mahayuddin (B20)
Mohd Hafiszuan
K. Thinagaran
Razali Umar
Shahrizal Saad

Nota: Liputan ringkas esok akan disiarkan oleh krew yang bertugas.

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

27 thoughts on “TM Liga Super | Selangor Vs Perak (review)

  1. YB Post author

    Nota 1: Para pemain, jurulatih dan pihak pengurusan Perak FA mengucapkan terima kasih kepada semua pelayar halaman ini yang memberikan input bernas terhadap perkembangan bolasepak Perak Darul Ridzuan.

    Perjumpaan geng seladang.net pada 6 Januari 2009:

    01) YB
    02) Syidi
    03) Miez3
    04) Rimba Bara
    05) Azaha
    06) Huargh
    07) Axlrose
    08)
    09)
    10)
    11)
    12)
    13)
    14)
    15)

    Banner akan digantung bersebelahan dengan tempat duduk VIP di grandstand. Sila 'update' nama anda pada ruangan komen dibawah jika ingin turut sama serta dalam perjumpaan ini. Terima Kasih.

    Banner seladang.net sebenar

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. jebat kelana

      Walaupun seladang tahun ini dihuni pemain muda tetapi semangat dan azam untuk menang tetap ada.
      Tetap berdiri teguh walau apa pun terjadi.
      Skor Yob Skor

      Likes(0)Dislikes(0)
  2. san

    Good luck all my Friends...

    walaupun pemain semua sebaya san je, tapi san respect diaorang lah kerana boleh bermain untuk skuad Perak!!

    Ipoh Mali tarak Sombong Yob!!.. Insyallah lagu ni akan berkumandang lagi di Stadium Shah Alam esok!!

    All The best.. Skor Yob Skor

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. zulzia

    Salam..
    Insyallah rentak juara Sang Seladang akan terus melanda Stadium Shah Alam malam esok. Saya sebagai penyokong terus percaya pasukan kita akan memberikan tentangan yang sengit dan terus membawa 3 mata penuh.
    All the best..

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. basheer

      salam...
      mungkin lambat sangat pick up mana2 info atau dah lama tak ambik pengetahuan ttg pasukan kesayangan teman ni.. cuma nak tanya mana perginya pemain2 senior terutamanya a shahrul azhar, shahrulnizam mustapha, nanthakumar, khalid jamlus, daniel fadzli, dan lain2 lagi..sapa2 ada info tlg bgtau ok...
      apa apa pun tahniah pasukan perak membuka tirai liga super dgn kemenangan ke ats km naza..besok pertemuan sebenar dgn selangor...di harap seladang muda terus mengejutkan kita semua dgn nota kemenangan..
      ayuh kejor yeop kejor...!!

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. rimba bara

        salam Basheer, pemain senior ramai yang sudah berhijrah ke pasukan lain. rajin-rajinla layari laman web seladang.net

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. miez3

          Ye saudara Basheer...untuk info mike..Khalid dah berhijrah ke Kelantan...Shahrul Nizam dah ke Kedah...Nantha dah ke Selangor....yang lain2 tak dengor plak cerita...ada yang dah pencen kut....apapun mintak saudara Basheer refer pada topik2 yang lepas mungkin ada berita tentang deme tu...hanya di Seladang.Net

          Likes(0)Dislikes(0)
    2. matahari_terbit

      shahrulazhar pencen,
      shahrulnizam kedah
      fakri perlis
      daniel perlis
      chan win hong perlis
      khalid kelantan
      azlan kelantan
      hamsani selangor
      nasril selangor
      hardi selangor
      nantha selangor
      mohd nor ismail km naza
      khairy k.lumpur

      Likes(0)Dislikes(0)
  4. rimba bara

    Salam, selaku penyokong setia pasukan Perak, rimba dan rakan-rakan lain sentiasa menyokong walaupun ada yang mengatakan selangor bakal sukar ditandingi. Akan tetapi itu hanyalah andaian di atas kertas, hakikat beraksi di padang kita belum tahu siapa yang mampu menyerlah. Selangor bangga dengan barisan pemain yang ada, tetapi kita juga harus bangga kerana mempunyai pemain yang muda dan mampu digilap untuk masa hadapan. Kita sudah pun melepasi perlawanan pertama dengan menewaskan pasukan yang rata-rata pemainnya adalah pemain senior yang dikenali ramai. Rimba percaya semangat juang, ketahanan mental dan juga ketahanan stamina serta semangat berpasukan adalah faktor utama kejayaan sesebuah pasukan. Ternyata pasukan Perak mampu memenuhi faktor ini. Percayalah, kita mampu menewaskan pasukan selangor dan juga pasukan-pasukan lain dalam saingan liga tahun ini. Akhir kata kami penyokong setia Perak sentiasa di belakang Anda bagi memberi sokongan walau dimana jua. Salam...

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. rimba bara

    Pasukan Seladang, pastikan 3 mata penuh mampu dibawa pulang ke Ipoh. Kekalkan rentak, lebarkan jaringan, kemenangan pasti milik kita. 'SKOR YOB SKOR'.

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. matahari_terbit

    esok diharapkan kita semua akan bersama sama berkumpul demi maruah penyokong dan memberi semangat kepada anak anak muda jatiperak................. kita join sekali dengan yb .

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. doyan

    kalo di ikutkan pada kekuatan selangor...deme punyer pemain tengah dan winger seperti amri yahyah,hardi,amirul dan terbaru zamir boleh menjaringkan gol.kebanyakan gol dari try jarak jauh termasuk gol ala2 super mokh dari safie sali.diharap pemain Perak dapat menutup ruang kepada pemain2 ini supaya mereka tidak dapat membuat try dari dekat mahu pun dari jarak jauh.harus di ingat bahawa keeper kita Megat amir telah beberapa musim bermain dengan Selangor dan ramai pemain2 1-11 selangor lebih arif kelemahan keeper kita.jadi...terpulanglah kepada barisan pertahanan kita yang diketuai oleh kapten pasukan mahupun Chun Keng Hong yang bermain ala2 Shamsul Saad untuk mematahkan cubaan2 tersebut.

    bagi aku...kalo Pemain2 Perak dapat bermain seperti sabtu lepas...idak mustahil kita dapat membawak 1 mata ataupun 3 mata mustahil tersebut yang penting...gema sorakan dari peminat2 selangor pasti gemuruh selepas mereka menewaskan kedah dengan agak besar.awas dengan pemain ke 12 selangor......

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. san

      betul kata doyan.. setelah menewaskan kedah.. pasti berduyun-duyun peminat merah kuning akan memenuhi ruang stadium.. paperpun harap penyokong perak akan hadir beramai-ramai jugak. pastinya ia akan menjadi satu perlawanan yang hebat..

      Likes(0)Dislikes(0)
  8. rimba bara

    kepada warga perak yang berada di lembah klang ramai-
    ramailah penuhkan stadium malam esok kerana tanpa sokongan peminat siapalah pasukan Perak. Gema sorakan para penyokong pasti akan menaikkan semangat Pasukan Seladang Muda kita. Tenggelamkan sorakan penyokong selangor dengan sorakan penyokong perak. Ayuh, pastikan perak mendapat 3 mata penuh.

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. azaha

    di harapkan agar semua player perak dapat bermain dengan baik sekali.
    kami di sini akan tetap menyokong anda sepanjang zaman..
    hidup perak...
    skor yob skor..

    /* nama teman tidak letak sekali ke YB.Macam biasa teman,huarghh & axlrose037...

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. amirfsl

    memang tidak disangkalkan,kekuatan pasukan selangor sekarang berada pada barisan pemain dan juga 'pasukan sorak' mereka di luar padang,,tapi jangan cuak yop!belum cuba belum tau!!yakin dengan pemain-pemain muda,elakkan kecuaian dan maju setapak lagi ke hadapan!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. khairolmorientes KL

    masa friendly dengan selangor haritu.. player perak amat menhormati otai2 selangor... hingga segan silu dalam perebutan bola... kegagalan mengawal amirul hadi juga menjadi punca...

    teman percaya karathu sudah ada ramuan untuk perak perolehi mata yg ke 6 kesan daripada friendly itu... di samping moral player tengah berada dalam keadaan tinggi berikutan kejutan menewaskan bintang2 kuala muda naza..

    teman berharap bukan saja pemain.. malah penyokong perak juga dapat menandingi penyokong selangor di shah alam... apa yg nak di gentarkan yob... perak player muda... baru setahun jagung dalam liga M... lwn bintang berpengalaman selangor... kalau perak kalah... tak rasa malu kerana masih muda... kalau seri, bangga... kalau perak menang... selangor dapat MALU BESAR..

    InsyaAllah kita jumpa di shah alam bersama banner seladang.net

    Likes(0)Dislikes(0)
  12. miez3

    No retreat no surrender....Perak tidak akan mudah menyerah sebelum melawan...begitu juga dengan barisan penyokong...bior letih bersorak dan bergegor Stadium Shah Alam namun kalau kata nak berundur atau balik awei jauh skali....kita bagi sokongan padu kita habis2an kali ni....kalau orang Kedah boleh buat kenapa kita tak boleh??

    Teman harap bebenor le orang Perak ramai yang turun besok...dengan adanya pemain ke 12 di tepi padang semangat Seladang Muda pasti akan bangkit biarpun ketinggalan...ini teman dah hayati masa "test match" tempohari...tidak lupa juga teladan dari "match" Kedah tempohari biarpun deme ketinggalan 0-4 tapi dek sokongan padu dari penyokong deme lawan jugak sampai kedudukan menjadi 1-4..

    Buat pemain dan keseluruhan pasukan Perak...momentum kemenangan dah ada...jangan biarkan ianya terbiar tanpa digilap....tutup segala lohong atau "loopholes" yang terdapat pada permainan lepas...minimakan kesilapan...fokus pada permainan...kali ini bior deme gentor dan hormati mike2 semua...lawan tetap lawan!!

    Skor Yob Skor!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  13. matyeop

    Salam...

    Matyeop harap semua pemain perak dapat menunjukan aksi yang terbaik menentang Selangor esok. Walaupun Selangor mempunyai barisan pemain yang terbaik diharap pemain perak tidak dapat melepaskan untuk membuktikan kemampuan tersendiri.

    Walaupun Matyeop tidak dapat menonton perlawanan ini disebabkan berada diperantauan di Sarawak, Matyeop harap seladang.net dapat memberikan maklumat terkini dari masa ke semasa pada esok malam.

    Matyeop yakin dengan kemampuan jurulatih dan pemain pasukan kita....Skor Yob Skor...Buktikan kemampuanmu...

    Likes(0)Dislikes(0)
  14. YeopSKA

    Teman bangga dengan komuniti ini.. ini peluang terbaik bagi kita merapatkan silaturrahim sesama kita.bukan sekadar memberi sokongan kepada pasukan kita tetapi mementingkan juga tali persahabatan yang murni...
    Jika teman berpeluang teman juga tidak terkecuali menyenaraikan nama teman..
    Hanya di 'Laman' ini menjadi tempat teman memberi sokongan..Terima Kasih tidak terhingga kepada "SELADANG.NET" teman akan still online esok untuk mengikuti perkembangan dari sesiapa yang sudi memberi maklumat..
    dengan penuh harapan teman di sini menDoakan PERAK kita berjaya dalam pertarungan ini..

    "ALL THE BEST PERAK!!"
    "NOTHING IS IMPOSSIBLE!!"

    Likes(0)Dislikes(0)
  15. Yashurr Yazurry

    Salam...

    Selamat Berjuang Buat Pejuang muda kita...
    Moga dapat beri tentangan yang sengit pada perlawanan
    malam ini...

    Jika tiada aral mlintang, teman akan dtg dari ipoh
    untuk beri sokongan pada skuad muda kita mlm ini..
    teman akan dtg bersama adek sedara teman, 2 orang..

    diharapkan kami dapat join skali…

    InsyaAllah..

    Kejor Yob Kejor!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  16. chuck

    salam sahabat seladang sumer...vote & give 100% support & effort untuk team..dulu,kini & insyaalah selamanya..tetap bersama seladang..player2 mude sumer do your best..untuk our negeri,keluarga dan masa depan sendiri jugak..buktikan pada mata2 pengkritik & pihak pengurusan yg anda semua layak untuk mewakili team yg ada sejarah tersendri ni..anda semua patut berbangga & buat player lawan tu seolah2 lebih lemah,..jgn pikir diaorang bagus,hebat & banyak pengalaman..kome pikir diaorang tu budak sekolah jer..kalah menang,adatlah...tapi kome kenalah tunjukkan kesungguhan..pnyokong yg dtg dari jauh,kuar duit minyak,tiket & masa diaorang semata2 nak tegok kome main bola.patutnya tunjukkanlah semangat yg kome BOLEH!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  17. kia_dgreat

    salam....game dengan selangor nanti mungkin agak sukar memandangkan team ni ada banyak pemain berpengalaman dan kalo dilihat masa game selangor ngan kedah persefahaman diaorang lebih baik.tapi pada teman team selangor agak kelam kabut sikit bila serangan pantas sekali sekala kedah hari tu.cuma khairol anuar baharom jer yang teman tengok control defend diaorang ngan baik. kita pun kenal macam mana khairul ni main. so bagi teman cara paling efektif lawan selangor selagi ada bola kat kaki dema kita presure sampai dapat tak kira la atas line sekalipun.sebab kelebihan kita stamina dan speed anak muda yob.kita kener gunakan sepenuhnya.tapi teman pasti m.karathu mesti ada taktikal yang lebih baik untuk kita dapat paling tidak pun seri. apa-apa pun teman tetap yakin kita boleh menang game ni..
    semoga berjaya.insyallah kita dirahmati.......
    kejor yob kejor........

    Likes(0)Dislikes(0)
  18. ezadfc

    Assalamualaikum warga komuniti seladang.net

    terlebih dahulu teman harap pasukan muda kita dapat tewaskan pasukan seperti selangor..Bah kata k.Devan di atas kertas selangor ada kelebihan tetapi dengan stamina dan semangat pasukan seladang yg kebanyakkan pemain muda akhir dapat jugak tewaskan kuala muda naza yang rata-rata pemain kebangsaan seperti akmal rizal dan liew kit kong..Jadi tidak mustahil perlawanan malam ini dengan selangor akan memberi impak keputusan yang baik bagi pasukan yob kita...mungkin seri, lagi bagus kalau menang...Good Luck younger and all the best results with a game selangor

    Likes(0)Dislikes(0)
  19. yob perantau

    teman bangga dgn team seladang junior kite..
    kebanyakan pemain yg ada ni teman rasa bagus dan masih boleh improve.. sebab dulu teman pernah main dgn deme nie masa pertandingan peringkat sekolah negeri perak 4/5 tahun dulu.. walaupun teman sekarang ni menetap di selangor tapi semangat seladang tu masih ada dlm diri teman ni.. SKOR YOB SKOR.. BIOR LAWAN TUMPOR.. Teman akan sokong Perak mlm ni di stadium S.Alam tu..

    Likes(0)Dislikes(0)
  20. bobiNHo84

    salam...selamat berjuang kepada semua player perak yang bermain malam ni...ingat!!!!!!anda bukan hanya bermain 11 orang,tapi 12...penyokong sentiasa berada dibelakang dengan sokongan padu yang tak berbelah bahagi...
    Panduan kepada pemain perak :
    1. Jangan mudah gelabah
    2. Main dengan menggunakan akal
    3. Pelbagaikan hantaran dan taktikal
    4. Berani mencuba
    5. Gunakan kelebihan kita iaitu Stamina
    6. "Marking" player2 selangor yang merbahaya

    Teman punyer predict Selangor 0-1 Perak

    Sekian terima kasih...

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.