TM Liga Super | Selangor Vs Perak (result)

TM Liga Super 2009

Selangor 3 – 1 Perak

Selasa 6 Januari 2009
Stadium Shah Alam
8:45PM

Skuad muda Perak tewas kepada pasukan tuan rumah, Selangor di Stadium Shah Alam dengan jaringan 3 – 1 walaupun berjaya mengejutkan lebih 10 ribu orang penonton yang hadir malam itu dengan gol awal melalui sepakan kencang Razali Umar dari luar kotak penalti pada minit ke 29 separuh masa pertama.

Dua minit kemudian Safee Sali berjaya menyamakan kedudukan 1 – 1 apabila mudah menolak masuk bola hantaran Amri Yahya walaupun pemain Perak cuba membantah gol tersebut kerana kedudukan Safee Sali ‘offside’ namun pengadil tidak mengendahkannya.

Tamat separuh masa pertama dengan kedudukan terikat 1 – 1 dan Perak ternyata lebih menguasai perlawanan tersebut. Bersambung selepas rehat kedua-dua pasukan bermula agak berhati-hati namun nasib menyebelahi Selangor apabila Amirulhadi Zainal berjaya menjaringkan gol kedua pada minit ke 62 hasil sepakan leret di dalam kotak penalti Perak.

Selepas gol tersebut kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dan Perak nyaris menyamakan kedudukan apabila sepakan percuma Mohd Arsyah Ayob pada minit ke 81 dari luar kotak penalti terkena tiang gol walaupun Hamsani Ahmad telah pun tertewas.

Minit ke 85 pasukan Selangor menambah gol ketiga mereka apabila Nasriq Baharom menanduk baik bola hasil sepakan percuma D. Surendran dari jarak 35 meter. Perak cuba memperkuatkan jentera serangan dengan memasukkan Mohd Saaufi Sa’aidi pada penghujung permainan namun segalanya sudah terlambat buat pasukan seladang.

Rata-rata peminat skuad seladang ketika ditemui malam itu berpuashati dengan persembahan para pemain muda Perak walaupun tewas. Cuma mutu pengadilan sahaja yang cukup menyedihkan apabila secara terang-terangan pengadil utama serta penjaga garisan dilihat lebih banyak memihak kepada pasukan tuan rumah.

Menurut seorang peminat yang tidak mahu dikenali, pengadil utama gagal dalam menjalankan tugasnya dengan baik apabila terlalu berlembut dengan pemain-pemain Selangor yang melakukan terjahan keras secara sengaja keatas pemain-pemain Perak.

“Penjaga garisan pula dilihat sengaja melepaskan sekurang-kurangnya 4 situasi offside kepada pasukan Selangor dan hasilnya Selangor berjaya menyamakan kedudukan 1 – 1 dan ini secara tidak langsung merentap semangat pemain Perak”

“Kalau perlawanan ini diadili dengan baik belum tentu mereka mampu untuk menewaskan skuad ‘budak-budak’ Perak pada perlawanan tadi. Saya masih siuman untuk menerima kekalahan tapi bukan kekalahan seperti ini” ujar beliau dengan nada marah.

Kesebelasan Utama:

Megat Amir Faisal (PG)
S. Subramaniam (K)
Chun Keng Hong
Fauzi Ariffin
Benedict Martin – 1
Mohd Nazri Kamal – 2
Wan Hossen Abdul Ghani (B20)
Mohd Hafiszuan
K. Thinagaran
Razali Umar – 3
Shahrizal Saad

Pertukaran:

A. Varathan – 1
Mohd Arsyah Ayob – 2
Saaufi Sa’aidi – 3

Keputusan Perlawanan 6 Januari 2009:

Negeri Sembilan 3 – 0 Kedah
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

Johor FC 2 – 2 Pulau Pinang
Stadium Jcorp, Pasir Gudang

Perlis 3 – 2 Pahang
Stadium Utama Negeri, Kangar

Plus FC 2 – 1 Terengganu
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras

My Team 2 – 4 Kelantan
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Kuala Muda 1 – 0 PDRM
Stadium Darul Aman, Alor Setar

Likes(0)Dislikes(0)

28 thoughts on “TM Liga Super | Selangor Vs Perak (result)

  1. YB

    Terima kasih kepada rakan-rakan yang datang semalam untuk bersama dibawah banner seladang.net iaitu Syidi, Miez3, Azaha, Huargh, Axlrose, Dr Kampung, Phatly, Yashurr Yazurry, Irkupa, Matahari Terbit, Zulzia dan beberapa kawan-kawan lain yang teman tak tahu namanya semalam.

    Apapun kome semua memang best !!!

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. basheer

      Saya mengharapkan sangat pada saudara yb atau sesiapa yg dapat merakamkan aksi pasukan perak tak kira di stadium mana secara rakaman..dan boleh di download secara 90minit atau lebih..ini memberi peluang bagi yg tak dapat ke stadium maklumlah macam aku ni yg berada di perantauan..sekian terima kasih.

      Likes(0)Dislikes(0)
  2. webmaster Post author

    Pihak pengurusan seladang.net telah menghubungi salah seorang pegawai di dalam PERAK FA berkenaan status kecederaan Benedict Martin.

    Beliau telah mengesahkan bahawa pemain pertahanan kiri itu terpaksa direhatkan sekurang-kurangnya untuk 2 perlawanan akan datang akibat dari terjahan keras oleh Khairul Anuar Baharom.

    "Beliau mengalami kecederaan pada bahagian 'tulang kering' kerana dibentes. Bekas 'stud' masih kelihatan pada kecederaan beliau dan yang lebih menyedihkan tiada sebarang kad dilayangkan kepada pemain Selangor tersebut" ujar beliau kepada wakil seladang.net.

    "Walau apapun pemain muda Perak masih bersemangat tinggi untuk menghadapi pasukan PDRM di Stadium Perak, Ipoh hujung minggu ini" mengakhiri perbualannya.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi

      Saya bangga dengan semua pemain Perak semalam, beraksi seolah-olah mereka orang lama dalam Liga Super. Kesilapan yang sedikit dianggap normal dalam bermain. Tetapi saya kagum kerana sebelum ini hanya menyaksikan rakaman video dan kali ini saya melihat sendiri kehebatan mereka di padang. Masih banyak masa untuk memperbaiki kelemahan.

      Diharap, pihak kejurulatihan dapat melakukan sesuatu untuk mengatasi masalah yang timbul pada separuh masa kedua semalam, yang mana pemain kelihatan kurang bermaya saya tidak pasti samada mereka keletihan atau kurang moral setelah ketinggalan.

      Secara keseluruhan permainan Perak sama taraf dan boleh menjadi lebih hebat dari pasukan yang dikatakan mempunyai ramai bintang di Malaysia.

      Tahniah, dan teruskan berusaha.

      Likes(0)Dislikes(0)
    2. zulzia

      Begitulah adat permainan bola sepak. Sedangkan lidah sendiri lagi tergigit, inikan pula musuh di padang. Namun saya sedikit terkilan apabila beliau seperti tidak menerima pengadilan yang sepatutnya oleh tuan encik pengadil yang arif lagi bijaksana. Saya berdoa agar Benedict Martin lekas sembuh dan kembali menjadi igauan pasukan lawan. Insyallah..

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. miez3

        Teman sokong kata2 mike semua....ternyata pihak pengadilan seolah2 melupakan pemain2 Perak...bak kata orang pandang sebelah mata...teman sebenornya kagum dengan semangat juang yang ditunjukkan oleh anak2 muda Perak...tidak kenal erti penat atau kalah selama 90 minit permainan...cumanya mereka ini perlu "dimatangkan" dengan cara pengendalian bola di atas padang dimana acapkali kelihatan pemain2 tengah terlalu banyak "dribble" dan lambat menghantar bola ke kaki kawan sepasukan yang menunggu hantaran bola...ada 2 ke 3 peluang sekiranya cepat boleh dijelmakan menjadi ancaman ke arah pintu gol lawan....
        Kesimpulannya pasukan lawan semalam tidaklah sehebat mana cuma nasib tak menyebelahi kita...teman lihat semalam pasukan Perak tidak lama lagi bakal menjadi ancaman dalam Liga Malaysia...ini juga diakui ketika teman bersua dengan penyokong2 Selangor yang rata2 mengatakan mereka turut terhibur dengan persembahan anak didik M.Karathu dan yakin bahawa skuad ini boleh pergi jauh cumanya masa yang akan menentukan samada dalam waktu terdekat ini atau setahun dua lagi...InsyaALLAH..

        Likes(0)Dislikes(0)
  3. bobiNHo84

    salam...
    pertama sekali teman nak ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua player muda perak dan pihak pengurusan yang berjaya memberi tentangan yang sengit kepada pasukan "STAR" selangor...kekalahan 3-1 malam tadi tidak sedikit pun membawa rasa kesal atau sedih,tapi teman rasa amat bangga kerna kiter berjaya menjaringkan gol pendahuluan yang mengejutkan semua penyokong selangor...itu sudah cukup baik...Jutaan tahniah kepada player semua...
    ape2 pun,kekalahan ini bukanlah penamat kepada barisan muda perak ni...banyak perlawanan yang kita kena hadapi...
    AWAS SELANGOR!!!!!perlawanan pusingan kedua di stadium perak bakal memihak kepada Perak ok.......
    tahniah yeop!!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. YeopSKA

    GOOD TRY PERAK!!!

    Jangan putus asa dengan kekalahan ini..Anda sudah berhempas pulas untuk mengekang Selangor.Nasib tidak menyebelahi kita.Jangan jadikan ini titik noktah dalam perjuangan ini...Semangat juang serta peningkatan prestasi perlu dikekalkan bagi menghadapi perlawanan seterusnya..Baiki segala kelemahan dan kesilapan...Semoga berjaya pada perlawanan seterusnya..

    ALL THE BEST PERAK!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. phatly

    salamm semua buat warga SDN.

    Di sini teman dgn hati yang bangga ingin memberi pujian buat skuad perak yang bertandang di stadium shah alam malam tadi..Seolah2 stadium yang penuh dengan keramat&abadinya kemenangan perak sebelum ini mungkin akan terjadi pada malam tadi kerana rata permainan di antara Perak vs Selangor memang di kuasai oleh skuad Perak ini kerana terbukti jaringan pendahuluan yang begitu cantik di luar kotak penalti yang telah merentap skuad red giant&penyokong2nya untuk diam seketika sebelum jaringan penyamaan yang terang-terangan berada pada posisi offside.Di situlah moral pemain Perak sudah mula goyah kerana mutu pengadilan yang sangat lemah.Lagi sekali teman begitu teruja dengan semangat yang ditunjukan oleh pemain perak..Malam tadi adalah sebenarnya pemainan memang dikuasai oleh pasukan Perak.Macamana pun teman Puas hati dapat berkongsi sesuatu pengalaman yang indah bersama fans SDN..Yang mana2 dah daftar fans SDN jangan segan silu join di tempat yang mana terletaknya Banner Seladang.Net.Moh Kita berhimpun di komuniti maya SDN agar dapat eratkan silatulrahim antara kit..Caiyok semua.Skor Yob Skor

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. padiltaiping_81

    Salam..teman bangga dan puas hati dengan pasukan muda perak ini..cuma nasib tidak memihak pada pasukan perak..ayuh bangkit menentang PDRM nanti..skor yob skor...

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. irKupa

    salam semua...

    sedikit komentar dari teman buat pandangan semua peminat seladang....secara total, semua player bermain dengan bersungguh-sungguh tanpa rasa takut dan gemuruh. pemain berjaya mengimbangi permainan dengan baik. cuma semua sedia maklum, mutu pengadilan sentiasa berpihak kepada pihak lawan walaupun perkara ini berulang setiap tahun. mutu pengadilan yang lemah semata-mata mahu menaikkan nama pasukan tertentu memang telah diketahui umum. tidak menghairankan mengapa pasukan malaysia permainannya tak ubah seperti budak sekolah....itulah fakta yang perlu ditelan peminat pasukan lain. Bila kita memperkatakannya, pasukan tersebut menyatakan itu sebagai alasan apabila tewas. Perak boleh menerima kekalahan, tapi biarlah secara adil dan bermaruah.......bukannya kuno sangat..
    okeh, berbalik kepada game semalam..sebagai peminat yang setia, teman sungguh berpuas hati dengan permainan yang ditunjukkan termasuk keberanian, tidak gugup, dan mampu mengawal bola untuk beberapa ketika..cuma, dari pemerhatian teman, Perak memerlukan pemain midfield yang benar2 mampu mengawal, mengubah tempo permainan. Dahulu kita mempunyai Azizul Abu Haniffa, kemudian Ahmad Shahrul, diharap kali ini player2 seperti Hafiszuan, Thinagaran, Wan Hossen, Nazri Kamal (sekadar beberapa nama) mampu menjadi nadi pasukan. Sebab teman perhatikan, Perak memang gagal mengawal bahagian tengah padang. Ini menyebabkan tiada gerakan mencari gol dapat dilakukan. Dalam bola sepak, Midfield antara posisi yang amat kritikal perlu diisi. Satu lagi, Perak gagal menggunakan Winger/Sayap dengan sempurna. Jarang ada gerakan dari bahagian sayap untuk hantaran lintang. Ini sebagai option menyerang yang baik sebab kita mempunyai ramai pemain berbakat dan berstamina tinggi. Pertahanan memang serasi, cuma jangan ada kelekaan lagi. Ini antara kelemahan pasukan dari pemerhatian teman. Tapi, teman tetap berpuas hati dan memahami situasi pasukan Perak sekarang. Teman tetap menyokong dengan jitu. Banyak lagi masa untuk menjadi lebih matang. Anggaplah komen dari teman yang kerdil ini sebagai membina jatidiri kalian. Penyokong setia takkan berpaling tadah....jangan berputus asa. Overall, all of you have done a very good job yesterday.

    ~kejor yob kejor~
    ~score yob score~
    - ipoh mali talak sombong -

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. matahari_terbit

    kekalahan yang dialami pasukan perak semalam bukanlah kerana pemain pasukan perak tidak bagus,cuma masalah mentaliti mereka agak merudum disebabkan pengadil dan pengadil garisan. agak memeranjatkan juga kerana keputusan pengadil yang banyak memihak kepada skuad tuan rumah(selangor). persembahan agak memberangsangkan diseparuh masa yang pertama, sehingga menyebabkan pasukan tuan rumah bermain terlalu kucar kacir. pemain muda kita mempunyai idea untuk mengucar kacirkan pasukan tuan rumah. tapi sayang gol pertama yang dihasilkan pihak lawan sepatutnya tidak sah,kerana pemain mereka berada dalam keadaan outside. disebabkan penjaga garisan yang agak buta jarak dekat maka gol itu diiktiraf sah. diseparuh masa kedua adalah permulaan mentaliti pemain muda perak kurang menyengat untuk lebih kreatif atas sebab tertentu........

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. nagabersembor

    teman sikit pun tak berasa kesal diatas kegagalan games semalam....walaupun kalah dgn selangor semalam...ternyata pemain2 perak harus memperbaiki banyak kelemahan2 yg ada , musim liga baru bermula, banyak masa lagi utk jurulatih memperbaiki pasukan perak ,

    tahniah pemain2 muda mempamerkan aksi yg mencabar pasukan selangor, diharap selepas ni lebih banyak kejayaan di capai

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. zulzia

    Alhamdulillah. Sesungguhnya kekalahan malam tadi menjadi pengajaran dan pembelajaran buat pasukan kita. Mungkin pemain berasa begitu hampa dengan permainan mereka, tapi percayalah kami sebagai penyokong yakin kita telah menang 'sesuatu' malam tadi. Jadikan 'kemenangan kita' sebagai pembakar semangat untuk kemudian hari. Buat teman-teman di bangku stadium teruskanlah sokongan walau dimana pasukan kita berada.

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. syidi

    Sebenarnya saya risau. Bukan risaukan pemain atau pasukan. Sebaliknya peminat dan penyokong. Saya amat mengharapkan sokongan moral dan kritikan yang membina untuk anak-anak muda kita membentuk peribadi mereka agar berdiri sama tinggi dengan pasukan-pasukan lain.

    Kekalahan bukan kayu pengukur untuk menghentam pemain kerana banyak faktor yang boleh mempengaruhi permainan 90 minit yang diluar kemampuan pemain dan jurulatih. Oleh yang demikian berilah sokongan padu dan kritikan yang membina demi kebaikan pasukan kesayangan kita.

    Percayalah, pasukan kita akan menjadi pencabar hebat untuk musim ini dan seterusnya. Usah jadi lalang yang hanya menyokong ketika pasukan kita menang dan mengkritik secara negatif dikala dilanda kekalahan.

    Ingat, pasukan kita adalah 'baru' dan memerlukan masa untuk dipupuk menjadi lebih baik. M Karathu adalah pilihan terbaik untuk menjadi 'sifu' kerana beliau terkenal dengan latihan keras yang mementingkan kecergasan sebilang masa. Sekurang-kurangnya, jurulatih selepas ini dapat merencanakan sesuatu yang lain untuk meningkatkan keupayaan pasukan kita.

    Teruskan sokongan , 'Un'bi'as Free From Bias or Prejudice'

    Likes(0)Dislikes(0)
  12. pachenko

    Assalammualaikum semua, disini saya cuma nak beri sedikit komen dan nasihat kepada para pemain muda PERAK.
    Berdasarkan perlawanan malam tadi, secara 'overall' saya hanya memberi 'ok' sahaja kpd skuad muda PERAK. Bukan untuk mematahkan semangat para pemain cuma kita kena ketahui inilah sebenar realiti permainan PERAK malam tadi.

    1.Gol Keeper-Megat Amir Faizal kena banyak perbaiki kesilapan. Mungkin Megat gugup atau was-was dgn kemampuan barisan pertahanan muda PERAK tapi Megat sebagai seorang pemain paling senior dalam pasukan sepatutnya Megat kena banyak membantu para pemain muda PERAK dgn mempamerkan permainan yang mantap. Bila Gol Keeper beraksi dgn cemerlang, pemain yang lain akan lebih bersemangat. Pengalaman Megat sangat diperlukan oleh para pemain muda yang lain. Tapi untuk malam tadi Megat kena perbaiki sedikit kesilapan beliau, supaya tidak berulang lagi gol kedua SELANGOR untuk permainan akan datang.

    2.Pertahanan-Saya dapat lihat ada ciri-ciri barisan pertahanan yang mantap, tetapi bila ramai pemain yang kurang pengalaman jadi barisan pertahanan banyak kucar kacir bila SELANGOR melakukan serangan ke kubu PERAK. Kena ada 'improvement' dari aspek mentaliti. Jangan takut untuk gunakan otak ketika bermain. Hanya kerana sedikit leka SELANGOR dapat jaring 3 gol malam tadi. Kalau 'defend' kita 'on form' mungkin kita sudah menang.

    3.Midfield- Susah sikit nak komen sebab mmg tidak ada serangan PERAK yang bermula dari 'midfield' tengah. Tolong perbaiki kelemahan yang paling besar dalam pasukan PERAK. Dalam permainan bola sepak, 'midfield' yang paling penting. 'Midfield' kita malam tadi terlalu hormat pada 'player' SELANGOR. Jangan takut dgn BOTAK (hardi) dia tu. 'Midfield' PERAK tidak boleh 'control' bola dengan betul seterusnya tidak boleh 'control game'. Sepatutnya PERAK perlu ada seorang dua 'player senior' untuk bahagian ini.

    4.Striker-Pujian kepada Razali sebab hadiahkan kepada 'fan' PERAK malam tadi dengan jaringan yang hebat. Macam jaringan 'player World Class'. 'Striker' kurang kreatif bila berhadapan dengan pertahanan SELANGOR yang berpengalaman. Kurang 'support' dari 'midfield' menyebabkan 'striker' PERAK tidak boleh bergerak malam tadi. 'Striker' PERAK dah ok cuma kena tajamkan 'finishing'. Jangan gopoh didepan gol.

    Akhir sekali, tahniah kepada hampir 4000 'fan' PERAK yang hadir malam tadi untuk memberikan semangat kepada pemain-pemain muda PERAK. Terkejut jugak malam tadi bila tengok sambutan yang tidak berbelah bagi dari 'Fan' kita. Hampir penuh bahagian kanan 'grand stand' stadium Shah Alam malam tadi.Biar SELANGOR & pasukan lain tahu yang fan PERAK akan tetap memberikan sokongan walau apa jua prestasi pasukan PERAK. Sebab itu lah setiap tahun kita dapat 'award FAN OF THE YEAR'.

    'Hope' pasukan PERAK akan lebih matang untuk perlawanan akan datang. 'I know you can do it for us PERAK FC Fan'.
    'Go PERAK go...go for win KEJOR YEOP KEJOR'. Reformasi untuk pasukan PERAK FC.

    wasalam..
    ~pachenko~

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. irKupa

      pachenko...

      good comment..same as me, the most important position to improve is 'midfield'...need some 'creative idea injection' and 'ball winning minded' for this crucial position. There are lot of talented player in Perak squad, trust me...congrate to players for doing well.

      -kejor yob kejor-

      Likes(0)Dislikes(0)
  13. m_anip2

    teruskan usaha...kembalikan kegemilangan perak...walaupun berapa lama masa yg diambil namun sebagai penyokong setia kejor yop kejor jatuh bangun pasukan teman tetap bersama...baru permulaan liga...jauh lagi perjalanan...tingkatkan semangat...perak tetap no.1..semalam hanyalah "latihan" sebagai pedoman utk perlawanan yg akan dtg...kejor yob kejor!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  14. amirfsl

    rasa amat terkilan pabila mengetahui yang pengadilan agak berat sebelah malam tadi,,tapi tahniah dan syabas kepada semua pemain yang tidak gugup menentang 'abang-abang' selangor yang lebih senior dan berpengalaman..teruskan kekuatan yang telah dibina dan pada masa yang sama memperbaiki kelemahan yang wujud,masih terlalu awal untuk mengatakan siapa yang mampu menjulang kejuaraan liga pada musim ini,tetapi saya nak mengatakan yang kita juga mampu bergelar skuad pilihan walaupun memiliki skuad yang 'baru',,ayoh yop!bangkit di perlawanan seterusnya!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  15. Yashurr Yazurry

    Tidak Mengapa....
    Kekalahan semalam membuatkan semangat teman
    bekobar-kobar untuk menanti tiupan wisel pada perlawanan
    dengan PDRM nanti...

    Diharapkan player-player kita jangan putus asa...
    Teruskan usaha kalian...
    Kekalkan corak permainan sebegini...
    Kerna ternyata sekali selangor tertekan diawal saingan
    semalam...
    Namun mungkin pengalaman dan kematangan
    pemain yang membeza kita dengan mereka..

    Tapi semalam teman disapa oleh penyokong selangor
    yang agak veteran semasa di pintu keluar..
    dengan loghat jawa yg agak pekat, beliau berkata
    pemain-pemain perak kini cukup pantas...
    beliau tidak sangka corak permainan skuad muda perak
    sebegini pantas...

    apepun tahniah buat skuad muda kita,
    kerna mempamerkan aksi yang mantap semalam...
    teruskan usaha & kerja lebih keras untuk pasukan..
    tahniah jugak buat pasukan selangor...
    awas kalian bila bertandang ke Ipoh nanti...!!!

    Kepada skuad kita, teruskan perjuangan!!!
    Kejor Yob Kejor..!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  16. matyeop

    Salam...

    Kekalahan semalam tidak menggugat semangat yang ditunjukan oleh pasukan kita..Semangat yang ditunjukan serta usaha membolehkan pasukan kita dapat juga menjaringkan gol. Ini jelas bahawa pemain muda kita boleh mengucar kacirkan pasukan Selangor yang terdiri dari pemain yang berpengalaman.

    Semangat inilah harus diserapkan pada setiap perlawanan akan datang. Kesilapan akan dijadikan ikhtibar dan dipulihkan semula pada perlawanan akan datang. Teruskan perjuangan pasukan kita hingga ketitisan darah terakhir..

    Selamat maju jaya...Skor Yop Skor....

    Likes(0)Dislikes(0)
  17. khairolmorientes KL

    sepanjang pengamatan mata teman di pintu I di stadium shah alam... malam itu seolah2 milik kita.. tapi telah di ragut oleh...

    1. kehilangan benedict yg diterjah keras oleh broza selangor

    2. linesman mengesahkan jaringan offside safee sali

    3. pemain selangor bukan main bola tapi nak mencederakan pemain perak.. pengadil buat tak nampak jer..

    natijahnya...kita tidak tewas... PENGADIL MENEWASKAN PERAK agar selangor tak dapat malu besar

    Likes(0)Dislikes(0)
  18. uncheque

    salam..harapan teman agar kite semue dah tak fikir pasal game semalam lagi.teman semalam pergi tengok dengan budak SABAH yg sokong SELANGOR tapi duduknye sekali dgn teman la.Tapi apa yg paling seronok tiap kali barisan muda PERAK buat serangan mesti dia sama2 terkinja2. itu yg buat teman suka dgn team muda ni. Corak permainan deme mcm masa PERAK kalahkan SELANGOR masa FINAL F.A 1990 dulu. KEPANTASAN dah dasyat bebeno. Maklum la mude2 lagikan.Cume ape yg teman peratikan semalam MIDFIELD kurang hantar bola kat STRIKER. Dan barisan mude PERAK ni mudah sangat hilang bola pastu kurang kreatif mempelbagaikan hantaran.Satu lagi teman harap benar dari segi COUNTER ATTACK dpt ditajamkan lagi. Sebab semalam ATTACKING diaorang memang gagal diterjemahkan.Apapun SYABAS untuk barisan mude PERAK kali ini.JGN LA kome hormat sangat kat player2 lawan tu. SKOR MESTI SKOR..

    Likes(0)Dislikes(0)
  19. miez3

    Teman sebenornya turut bersedih dengan keadaan Benedict Martin yang cedera akibat terjahan keras player S'ngor...teman rasa motif utamanya adalah untuk melumpuhkan bahagian defend Perak yang kekurangan pemain berpengalaman seperti beliau tambahan beliau pernah bersama skuad Selangor dahulu...diharap beliau cepat sembuh dan berada dalam kesebelasan utama untuk game seterusnya...

    Dengan corak permainan seperti semalam sekiranya dikekalkan teman yakin Perak akan dapat memenangi perlawanan dengan pasukan PDRM Sabtu ini...tambahan pula bermain di laman sendiri...kehadiran penyokong amatlah di perlukan di Ipoh kelak...pemerhatian teman pemain2 Perak yang muda2 ini begitu menagih sokongan padu penyokong...kebanjiran penyokong yang tak terduga semalam menyaksikan mereka bermain bersungguh2...

    Penilaian teman pasal game semalam,teman agak setuju dengan komen saudara2 di atas di mana bahagian midfield kurang kreatif dan lambat membuat "counter attack" di atas kehilangan bola pemain2 Selangor...tapi apakan daya jiwa remaja...memang gelojoh sedikit...teman masih boleh terima kerana teman yakin bahawa perlawanan semalam umpama satu ujian besar dan "exposure" terbaik untuk pemain...teman pun pada mulanya tak le berharap sangat dengan game semalam tetapi teruja juga dan hampir hilang akal bila melihat semangat Seladang Muda yang seolah2 mengamuk di Stadium Shah Alam!

    Penat sudah melihat aksi dan meluat dengan keletah pengadil..takpe yang tu semua letak tepi...fokus pada game yang seterusnya...teman yakin Perak akan kembali di landasan yang sebenar....doa teman semoga Perak akan terus menyaingi pemain2 senior dari team lain Liga Super...Skor Yob Skor...kalau bukan kita siapa lagi?
    Ollleeeeeee.....
    Adios Amigos..gracias Perak!

    Likes(0)Dislikes(0)
  20. doyan

    Tahniah kerana dapat bersaing dengan pasukan berpengalaman seperti Selangor dan dapat menggoyangkan Pasukan sejarah nih walau akhirnya deme menang 3-1.Kita dalam proses untuk mematangkan pasukan muda Perak yang bersemangat waja.anggaplah kekalahan ini sebagai satu batu loncatan untuk mendaki puncak gemilang.Perkara pertama yang perlu di ingat oleh Pemain2 iaitu Dengor arahan Coach dan ikut.
    Aku dengor radio Selangor jer tapi dengan cagher DJ tuh ulas buat 90 minit tersebut seperti sebulan rasa nyer.Terkilan ghaser nyer bila nengok gambor Hardi Jaafar memijak Subra...takkan tiada rasa belas pada bekas kawan kat pasukan lama nih.....

    Likes(0)Dislikes(0)
  21. yopjoi

    tahniah bagi pasukan perak...aku pegi tgk kat stadium malam tu....aku raser penyokong selangor pun tak percaya yg bebudak perak main cantik masa 1 half...cuma standard ler bila dah second half..sbb pengalaman kurang...kena lak si pengadil ngan linesman yg @%^#$....tapi tu ler bola...
    cuma aku setuju sgt dgn pendapat miez3...kiter kekurangan libero....
    selangor pun harap hardi tu jer....silap gaya..patah kaki jugak diaorang...
    yg pasti..aku bangga dengan team perak tahun nie....bwh 23...so kiter tak harap sesangat..janji musim depan ader lagi dlm liga super...mana tau bleh buat kejutan FA Cup...cam karathu buat tahun 90...

    Likes(0)Dislikes(0)
  22. medan_gopeng

    Salam, selepas saya mendapat berita mengenai kekalahan pasukan Perak tempoh hari dari seorang sahabat (syidi_black), saya rasa pasukan Seladang tahun ni (2009) memang akan bermain bersungguh-sungguh demi untuk Perak. Semoga kecemerlangan pemain-pemain dapat diteruskan sehingga ke titisan darah terakhir. Insya'allah ada kesempatan saya akan bersama - sama rakan penyokong yang lain di 'venue' lembah klang. KEJOR YOP KEJOR

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.