TM Liga Super – Perak Vs PDRM (review)

TM Liga Super 2009

Sabtu 10 Januari 2009
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM

Perlawanan ketiga TM Liga Super 2009 untuk Perak adalah bertemu PDRM di Stadium Perak hujung minggu ini. Perak yang baru tewas selasa lalu kepada pasukan Selangor seharusnya mampu untuk memungut 3 mata penuh dihadapan penyokong sendiri.

Pasukan PDRM tahun ini dibarisi kebanyakan pemain-pemain baru dari para anggota keselamatannya gara-gara pembubaran pasukan secara besar-besaran yang dilakukan oleh pengurusan mereka selepas penarikan diri penaja utama musim lalu.

Untuk rekod pasukan PDRM sebelum ini telah tewas sebanyak dua kali iaitu kepada pasukan My Team dengan jaringan 3 – 0 sebelum dihampakan oleh jaringan tunggal Liew Kit Kong ketika bertemu Kuala Muda Naza di Stadium Darul Aman tempohari.

Perak hampir pasti kehilangan khidmat bek kirinya Benedict Martin ekoran kecederaan yang dialaminya sewaktu beraksi menentang pasukan Selangor. Pada perlawanan tersebut beliau terpaksa dikeluarkan setelah dibentes keras oleh Khairul Anuar Baharom.

Tempat beliau hampir pasti diisi oleh A. Varathan atau berkemungkinan digantikan dengan ketua pasukan, S. Subramaniam jika jurulatih M. Karuthu ingin meletakkan Mohd Syazwan Roslan di posisi sebelah kanan pertahanan Perak nanti.

Untuk posisi pemain tengah, K. Thinagaran pasti menjadi sandaran utama jurulatih walaupun penulis secara peribadi merasakan bahawa beliau lebih cemerlang beraksi diposisi sebelah sayap kiri pasukan Perak dan meletakkan Nazri Kamal disebelah kanan.

Jika ramai masih mengingati gol pertama Perak sewaktu menentang pasukan Kuala Muda Naza tempohari adalah berpunca dari larian deras beliau disebelah kiri sebelum mengumpan kepada Wan Hossen untuk gol pertama Perak ketika itu.

Pergerakan beliau agak terbatas dan beliau kekurangan idea apabila beraksi sebagai pemain tengah yang bertindak sebagai ‘perancang’ sewaktu menentang Kuala Muda Naza (separuh masa pertama) dan pasukan Selangor (sepenuh masa) baru-baru ini.

Mungkin M. Karuthu merasakan tiada pemain lain yang sesuai untuk mengisi posisi tengah tersebut tetapi tidak salah rasanya jika kita memberi peluang kepada K. Thinagaran untuk beraksi sebagai ‘free role’ yang mampu berada dimana-mana posisi tengah, sayap atau penyerang mengikut kesesuaian situasi permainan.

Sebagai seorang pemain muda yang mempunyai ‘work rate’ yang tinggi, penulis percaya K. Thinagaran mampu untuk membawakan watak barunya dengan berkesan demi membantu pasukan memperkuatkan jentera tengah yang sedikit hambar ketika ini.

Apapun penulis berharap semua peminat bolasepak Perak supaya datang beramai-ramai memberikan sokongan padu kepada barisan muda kita pada perlawanan itu nanti.

Kesebelasan kemungkinan:

Megat Amir Faisal (PG)
S. Subramaniam (K)
Chun Keng Hong
Fauzi Ariffin
A. Varathan
Mohd Arsyah Ayob
Safwan Mahayuddin (B20)
Mohd Hafiszuan
K. Thinagaran
Razali Umar
Shahrizal Saad

Nota: Liputan ringkas akan disiarkan oleh krew yang bertugas.

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

34 thoughts on “TM Liga Super – Perak Vs PDRM (review)

  1. razlan

    peluang untuk mengutip 3 mata penuh in tidak patut dipersiakan. teman juga berharap seberapa banyak gol dapat dijaringkan kerana mungkin pada pnghujung musim, bilangan gol akan menjadi faktor penentu kepada kedudukan liga

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. chuck

    lebihkan mentaliti dari game yang lepas..midfield kena lebih kreatif.oleh kerana bahagian tengah yang lemah,coach kenalah buat rombakan pemain untuk bahagian tengah...contoh,guna formation yang mampu untuk menguatkan bahagian tengah padang.4-5-1 or 3-5-1-1 or 4-4-1-1.team-team utama eropah dan dunia banyak pakai formation ni dah...4-4-2...old fashion la bro..make a move...sesuaikanlah dengan peredaran bola sepak semasa..ni dok takuk lama lagi,macamnalah bolasepak kita nak maju..semangat player dah cukup bagus.sesungguhnya as perak fan,aku bangga giler!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB Post author

      Dari sudut pandangan teman, Karuthu menggunakan taktikal 4-4-2 -> 4-4-1-1 -> 4-5-1. Semua ini boleh berubah mengikut keadaan perlawanan. Perkara ini disahkan sendiri oleh Karuthu sewaktu teman bertanya secara terus kepada beliau.

      Tak tahulah macam mana yob boleh tak nampak. Atau yob sebenarnya tak pergi stadium pun tengok game dan sekadar baca-baca atau dengar ulasan subjektif.

      4-4-2 hanyalah sebagai 'core' taktikal dan selebihnya perlu ditentukan bergantung kepada situasi ketika perlawanan. Harap yob lebih prihatin selepas ini untuk mengkritik dengan bahasa yang lebih bersopan.

      Kita menerima sebarang kritikan membina tapi bukannya 'terjah' secara sembrono.

      Likes(0)Dislikes(0)
  3. chuck

    razali sudah cukup sesuai untuk jadi top striker kat depan,adik shamsul saad boleh backup striker.jadi perantara untuk razali and midfield, sebab ape? sebab kita kenala sedar yang midfield kita tak cukup baik untuk menyaingi player berpengalaman dari pasukan lain. jadi, disini,rakan midfield kita mempunyai 2 choice samada nak berhubung dengan razali secara direct dengan long pas ataupun melalui adik shamsul saad dengan lorongan. winger kiri and kanan boleh support striker and wing def boleh take over tempat winger..insyallah sedikit sebanyak terasa kesannya..

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. san

    Benar kata penulis, K. Thinagaran lebih sesuai bermain sayap kiri berbanding tengah, tapi jika coach tetap meletakkan beliau dibahagian tengah.. mungkin ada sebabnya tersendiri..

    Apapun, jom kite meramaikan lagi penonton di stadium..

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. zul4all

    saya kurang berminat dengan corak permainan a.varathan. kurang agresif serta kerap melakukan kesilapan. jadi saya lebih setuju dengan cadangan meletakkan mohd syazwan di bahagian bek kanan, dan subra di bek kiri. untuk pengetahuan semua, mohd syazwan adalah pemain perlis sebelum ini, dan pernah mendapat Man Of The Match dalam perlawanan siaran langsung menentang perak tahun lepas. dan saya turut mencadangkan agar karathu memberi posisi wing kiri atau kanan kepada k.thinagaran yg kurang efektif beraksi sebagai pemain tengah. Atau memberi posisi D.midfielder kepada Thina dan attacking midfielder kepada mohd arsyah ayob, yang berjaya memberi instant impact ketika dimasukkan menentang selangor tempoh hari. Gempur YOb Gempur

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi

      Idea yang bagus dari anda Zul. Ingatan dari Admin kepada anda dan yang lain, jangan terlalu banyak singkatan perkataan dalam komentar dan Sila Baca Info 9 Rules at Seladang.net sebelum membuat sebarang komentar. Jika tidak komentar anda akan dipadam, terima kasih.

      Likes(0)Dislikes(0)
    2. matahari_terbit

      memang benar syazwan adalah bekas pemain perlis malahan beliau adalah bekas anak didik raja azlan dalam skuad presiden 2 tahun lepas dan juga beliau pernah beraksi untuk skuad kebangsaan bawah 19 tahun.

      Likes(0)Dislikes(0)
  6. irKupa

    salam...

    teman menyokong penoh usahe mengkaji semula posisi pemain midfield kite. Bagi teman, Thinagaran mempunyai pace untuk larian2 yang mantap serta hantarannya kuat dan lebih sesuai untuk dilakukan ketika overlapping/cross..adalah baik kiranya dipertimbangkan untuk meletakkannya di posisi sayap kiri/kanan..sebagai attacking midfield, satu kelebihan player adalah, 'boleh' serta 'berani' melakukan 'shooting dari hadapan gol lawan serta mempunyai idea dan timing yang baik ketika melakukan passing....untuk defensive midfield pulak, setakat ni hafiszuan berjaya dengan tugasannya, cuma perlu berani melakukan 'tackle' dan 'bermain agak keras'...bagi teman, saiz kecilnya bukan penghalang kerana ramai 'international player' yang hebat mampu melakukannya seperti Claude Makelele serta Gennaro Gattuso...untuk winger, diharapkan mereka boleh melakukan larian ke arah corner flag bagi melakukan crossing/overlapping untuk mempelbagaikan bentuk serangan....ini hanyalah pandangan teman untuk kalian.

    -kejor yob kejor-
    -skor yob skor-
    ipoh mali talak sombong

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. matahari_terbit

    salam semua......
    teman yakin sepenuhnya bahawa skuad muda kita mampu memenangi perlawanan sabtu ini tanpa saingat yang terlalu sengit. tetapi apa yang diharapkan sekarang menyajikan mutu persembahan seperti perlawanan ketika menentang kuala muda naza pada saingan yang pertama lalu. boleh dikatakan perlawanan tersebut yang pernah disajikan oleh anak anak muda skuad perak. jangan mudah untuk berpuas hati dengan keputusan kini. anda sendiri boleh lihat bagaimana penyokong penyokong memberi semangat kepada anda ketika di stadium shah alam selasa lepas,dimana pasukan kita tewas 3-1. tetapi penyokong tetap menepuk tangan sambil bergembira,kerana kami semua tahu anda bukan calang calang dalam saingan liga super untuk musim ini. malah dalam surat khabar utusan hari ini menyatakan, selangor puji perak berbanding kedah.
    kepada anda fikir fikirkan secara mendalam, kami sayangi anda semua.

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. Yashurr Yazurry

    Salam Semua...
    Teman berharap perlawanan di ipoh nanti menyajikan
    corak permainan yang mantap dan pantas...

    Kepada Pemain-pemain kita...
    Berjuang habis-habisan...
    Pastikan 3 mata penuh milik kita...
    InsyaAllah...

    Kepada penyokong2 semua,
    Moh kite ke Stadium....!!
    sudah lama stadium kita tak dibanjiri penyokong2...

    Ayuh seladang Mantap!!!!
    Kejor Yob Kejor..!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. doyan

    Bagi aku...Bhg Pertahanan pasti menjadi satu masalah.sesudah Ben cedera Subra pulak udah mengumpul 2 kad kuning,adakah dia akan digantung 1 perlawanan ????
    Memang benor ler si Thina lebih sesuai bermain di posisi wing kiri kerana dia lebih selesa disana.Kenapa la tak letak Arsyah ayob di posisi tgh merancang.dengan pengalaman yang dia ada...idak mustahil dia boleh lakukan nyer.Disinilah kita rasa keperluan yang amat sangat pada Puvendran

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. bobiNHo84

      salam doyan...benedict cedera mungkin tak dapat main kot malam esok...harap2 fisio kiter buat yang terbaik...
      tentang subramaniam pulak teman tak tau...rasenya 2 kad kuning tak kene gantung 1 game sebab law sekarang ni 5 kad baru gantung 2 game...tak silap teman la..kalo silap teman mintak maaf le...
      pasal arsyah ayob pun teman sokong jgk..guna pengalaman yang dia ada sebagai perancang...terpulang kepada pihak kejurulatihan...yang terbaik kami harapkan..
      adios...

      Likes(0)Dislikes(0)
  10. amirfsl

    harapnya bos m karathu dapat terus merombak skuad perak sehingga mendapat formula yang paling sesuai bagi membentuk sebuah skuad 'baru' yang mantap!teman yakin m karathu ada alasan beliau tersendiri dalam meletakkan posisi para pemain wonderkids beliau..all the best bos!!teman sokong semua yang bos buat!!
    tiada kompromi,kita mesti menang sabtu ni!kita mampu buat,2 perlawanan terdahulu nyata tidak menghampakan para penyokong dan harapnya kita dapat terus mengekalkan prestasi seperti ini sampai menuju ke puncak!
    skor yop!

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. zul4all

    Sekiranya puvinderen sudah cergas, saya yakin fauzi arifffin adalah calon paling baik untuk menggantikan posis ben .... dan kawan-kawan jangan lupa bahawa fauzi ariffin mampu bermain di semua posisi defender dan juga selaku difensive midfielder... bagi saya setakat ini fauzi ariffin telah memainkan peranan yang cukup memuaskan untuk perlawanan yang telah dilalui termasuk perlawanan persahabatan yang diatur....sepatutnya fauzi ariffin lebih awal diserap ke dalam skuad perak, namun memandangkan percaturan steve darby hanya mahu menggunakan 3 pemain pertahanan, tiada ruang untuk pemain ini. saya juga kerap menyaksikan perlawanan team presiden sejak 2 tahun lepas, dan pemain ini adalah pemain paling berpotensi dan konsisten dalam pasukan. Cuma perak agak kekurangan pemain gantian yang berkualiti ...saya berharap karathu akan terus memberi semangat kepada para pemain dan memberikan latihan yang berkesan untuk pemain-pemain perak...-

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. matahari_terbit

      tiada guna kalau m.karathu ataupun raja azlan memberi semangat ataupun menunjuk ajar kepada mereka yang lemah,seandainya mereka sendiri tidak mahu mempelajari dengan sepenuhnya. tetapi apa pun good luck kepada mereka semua jangan cepat mengalah dalam sesuatu perkara.......

      Likes(0)Dislikes(0)
    2. bobiNHo84

      salam..
      teman pun bersetuju jgk dengan pendapat zul4all...ape yang mike ckp tu mmg ader benornye...fauzi ni mmg berpotensi untuk jadi pemain pertahanan terbaik malaysia dan perak suatu hari nanti...
      yang penting dia kekalkan prestasi mcm ni sampai bile2...tapi pendapat teman kalau puvinderen dapat main malam esok,teman rase baik letakkan fauzi ni bek kanan dan kiri subra...
      sebab utama teman ckp mcm ni kerana masa fauzi ni main bek kiri nampak mcm die tak berapa selesa...subra boleh main bek kiri...tapi ni pendapat teman jer...aper2 pun ikut percaturan m.karathu dan raja azlan...
      adios...

      Likes(0)Dislikes(0)
  12. miez3

    Teman tak kisah siapa yang diletakkan atau dipertanggungjawabkan dalam kesebelasan utama Perak pada perlawanan Sabtu ini....hati teman masih ceria semenjak perlawanan dengan Selangor tempohari biarpun pasukan kesayangan tewas...sebabnya teman begitu teruja melihat aksi-aksi yang dipamerkan oleh pemain2 muda kita...tiada lagi gundah gulana...tiada lagi resah gelisah...teman tetap berkeyakinan tinggi pada skuad bimbingan coach M.Karathu...teman juga pasti kemenangan akan berpihak pada skuad Seladang Muda Sabtu ini...

    Buat para penyokong di Ipoh dan sekitarnya...turunlah memberi sokongan padu....anda semua pasti terhibur dengan semangat anak2 muda ini...percayalah

    Likes(0)Dislikes(0)
  13. ayeed1010

    assalamualaikum....

    teman ni baru je daftar sebagai member di seladang.net, sebelum ni teman banyak membaca sahaja....bagi teman skuad yob kali ni boleh pergi jauh, muda dan bertenaga....just kekurangan pengalaman je....

    teman belum jejak kaki ke stadium lagi tapi dari friendly game yang teman tengok memang berpuas hati....

    kalau tiada aral melintang teman nak turun stadium sabtu nie...

    first eleven skuad yob ok, just perlu touch up sikit je bagi lagi mantap...defend rasa nya lepas nie puvinderan dah boleh main sebab ikut cakap kawan teman fisio perak tahun nie, puvinderan dah pulih cuma tengok fitness dia je....

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. bobiNHo84

      salam..selamat datang ke seladang.net ayeed1010....
      diharap ape yang mike cakap tu betul le...mmg nak puvinderen tu main...baru lengkap defend perak...tapi saper yang main pun mmg defend kiter tersusun....
      adios...

      Likes(0)Dislikes(0)
    2. syidi

      Welcome to Seladang.net.

      Berilah sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada anak-anak muda Perak. Mereka memerlukan kita. Bantu mereka mencipta pengalaman yang mereka dahagakan ketika ini. SKOR YOB SKOR!!!

      Likes(0)Dislikes(0)
  14. bobiNHo84

    salam...teman harap malam esok stadium penuh dengan peminat perak....
    sokongan yang jitu jer yang boleh menaikkan semangat pemain muda perak ni..kiter kena tunjukkan yang kiter peminat setia walaupun kalah,stadium tetap penuh....baru pemain kiter ni main sungguh2 kerna mereka akan menghargai pengorbanan kiter sebagai peminat setia....
    adios...

    Likes(0)Dislikes(0)
  15. bobiNHo84

    barisan kemungkinan, teman punyer agakkan saja:

    Megat Amir(GK)

    Subramaniam(LB)
    Fauzi(RB)
    Chun(CB)
    Puvinderen(CB)

    Hafiszuan(DM)
    Arsyah Ayob(AT)
    Thinagaran(LW)
    Wan Hossen(RW)

    Shahrizal(FW)
    Razali(ST)

    apa-apa komen boleh, teman open saje.
    adios...

    Likes(0)Dislikes(0)
  16. gadis ayu

    salam semua Alhamdulillah syukur kepada Allah sebab beri kemenangan kepada perak dalam aksi sulong walaupun tewas dengan ala-ala pasukan terbaik la tahun ni kononnya iaitu selangor. ini baru permulaan game. nampak perak ada keserasian walaupun masalah gaji tidak pernah selesai, sebagai penyokong perak diharap pemain dapat menunjukkan pretasi yang baik, biarlah perak bermula dari bawah walaupun dulu pernah berada di atas, bertaktih adalah teknik yang baik.mungkin perak bukan pasukan handalan lagi tapi bukan pasukan belasahan.

    moga menang esok
    amin
    hidup perak

    Likes(0)Dislikes(0)
  17. sazONE

    salam sume...

    teman harap mlm esok skuad mude yob nie dapat mencapai kemenangan kedua...amin...

    teman punye prediction:
    perak 2 polis 0

    scorer: razali (1), arsyah (1)

    Likes(0)Dislikes(0)
  18. sylvershop

    salam, bila ler teman berpeluang ke stadium nih..sejak tgk jaringan yang mengagumkan dari razali umar lawan selangor kat tv hari tu tak sabor2 nak gi stadium. nak pulak m.karathu the only one no two jadi coach...tapi malangnya koje di johor menjadi penghalang...semoga berjaya kepada pasukan perak teman doakan

    Likes(0)Dislikes(0)
  19. belanak

    salam....
    teman tetap dengan sokongan tanpa berbelah bagi buat pasukan muda Skor Yob Skor 2009.. semoga kejayaan akan bersama kita... seandai kita tidak mencapai keputusan yang diingini jangan pula di cerca tetapi teruskan semangat jitu... semangat berjuang tanpa henti yang di tagih... selamat berjaya!

    Likes(0)Dislikes(0)
  20. YeopSKA

    3 MATA BEHARGA!!!

    Ini peluang kita meraih 3 mata penuh..Teman tidak mahu komen panjang..Teman berharap PERAK KITA mengambil kesempatan ini dengan sebaik-baiknya..
    Semoga Berjaya PERAK..
    Teman Sure Online untuk mengikuti perlawanan malam ini..

    GOOD LUCK & ALL THE BEST PERAK!!!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.