TM Liga Super – Perak Vs PDRM (result)

TM Liga Super 2009

Perak 1 – 0 PDRM

Sabtu 10 Januari 2009
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM

Perak mencatatkan kemenangan tipis 1 – 0 keatas pasukan PDRM dalam perlawanan ketiga TM Liga Super 2009 yang berlangsung semalam. Razali Umar sekali lagi menjadi penyelamat apabila menguis bola masuk gara-gara kesilapan pemain lawan pada minit ke 60.

Pasukan pelawat, PDRM lebih banyak bermain secara aggresif untuk mengekang pergerakan anak-anak buah M. Karuthu. Secara keseluruhan permainan pasukan Perak agak perlahan berbanding 2 perlawanan sebelum ini.

Banyak peluang untuk menghasilkan gol disia-siakan oleh barisan serangan pasukan Perak dengan pasukan PDRM sekali sekala menyerang balas namun tiada serangan yang benar-benar merbahaya dari pasukan pelawat.

Debaran kira-kira 10 ribu orang penonton yang hadir malam tadi berakhir apabila pengadil meniupkan wisel penamat untuk mengesahkan kemenangan pasukan Perak digelanggang sendiri dengan jaringan tipis 1 – 0 dari Razali Umar.

Seorang pegawai Perak FA ketika dihubungi berkata permainan pasukan pelawat memang lebih aggresif dengan terjahan-terjahan keras ke atas pemain Perak dan perkara yang lebih memburukkan lagi keadaan apabila pengadil pula kurang bertegas.

Secara keseluruhan permainan pasukan Perak perlu diperbaiki menjelang pertemuan menentang pasukan Negeri Sembilan di Paroi selasa nanti, jelas beliau mengakhiri perbualan bersama wakil seladang.net sebentar tadi.

Keputusan Perlawanan 10 Januari 2009:

Kedah 0 – 0 Johor FC
Stadium Darul Aman, Alor Setar

Selangor 3 – 0 Negeri Sembilan
Stadium Shah Alam

Kelantan 2 – 1 Kuala Muda
Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu

Terengganu 2 – 0 My Team
Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin

Pahang 0 – 1 Plus FC
Stadium Darul Makmur, Kuantan

Pulau Pinang 1 – 0 Perlis
Stadium Bandaraya Pulau Pinang

Likes(0)Dislikes(0)

22 thoughts on “TM Liga Super – Perak Vs PDRM (result)

  1. hilmi

    Assalamualaikum semua peminat bolasepak Perak. Tahniah diucapkan kepada team muda perak kerana kejayaan malam tadi. Permainan sungguh menarik cuma penyudah masih tumpul. Walau bagaimanapun tahniah menang 1 - 0 mengatasi PDRM. Mutu pengadilan sekali lagi amat mengecewakan. Depan mata pemain PDRM menggasaknya pemain perak dibuat tak nampak je. Apa sudah jadi dengan pengadil di Malaysia.Tapi pemain perak saya puji sebab tak ambil endah sikap pengadil. Cuma saya harap jurulatih perak ambil perhatian sikit sebab saya tengok pemain main ikut rentak lawan je. Apa-apa pun tahniah. Dengan Negeri Sembilan nanti pastikan kemenangan milik kita.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. syidi

    Salam.
    Tahniah kepada Perak@Seladang Muda, kerana berjaya menewaskan PDRM dalam perlawanan yang dicemari dengan terjahan-terjahan kasar oleh pihak lawan.

    Walau apa pun, itu ternyata bukan halangan untuk kita meraih kemenangan kedua. Biarpun permainan kita agak perlahan jika dibandingkan dengan perlawanan-perlawanan sebelumnya, mungkin ini adalah salah satu daripada strategi penjimatan tenaga kerana selepas ini kita akan bertandang ke Paroi untuk bertemu skuad yang dikhabarkan tunduk kepada Selangor 3-0 iaitu Skuad Hobin Jang Hobin.

    Ternyata bukanlah mudah kerana mereka mempunyai pemain yang memiliki nama besar dalam sukan bolasepak negara. Lupakan semua itu, dan pastikan 'pukul' Skuad Jang habis-habisan seperti atau lebih baik daripada perlawanan menentang Selangor tempohari.

    Apa-apa pun tahniah, teruskan perjuangan harmoni untuk PERAK dan semua rakyat jelata.
    SKOR YOB SKOR!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. amirfsl

    tahniah skuad yop! kemenangan kedua yang amat berharga bagi team..saya yakin moral para pemain,staff dan para penyokong berada pada tahap terbaik bagi menghadapi ujian getir skuad negeri sembilan di paroi nanti! syabas sekali lagi dan all the untuk match berikutnya!!
    skor yop banyok-banyok!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. RAMSA

    Tahniah kepada pasukan Seladang untuk meneruskan reputasi sebagai pasukan paling konsisten. Juga kepada penyokong setia pasukan Perak yang tidak jemu memberikan sokongan walau apa juga badai yang melanda pasukan kita !!! Teruskan untuk kemenangan seterusnya...

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. zuzai_spi

    tahniah !! teman ucapkan kepada pasukan muda perak kerana berjaye mengalahkan pasukan tembak menembak (PDRM) semalam....memang boleh stay liga super ler...kalu rupa ni main....tak sesia teman ngeluorkan sepuluh hengget teman..halal jer rupa..teman bangge jadi rakyat perak.....hidup perak wey!!!!....kalo boleh tumpokan semua pasukan yang ada dlm liga super....

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. gee97_splanet

    tahniah le teman nak ucapkan untuk player2 perak,terutama fauzi, hafiszuan, nazri kamal kome memang best, aku dari tak minat tegok bola terus jadi minat kome weh... tahniah juge utk player yg lain dan juge penyokong2 perak yg sanggup ngeluorkan duit utk beli teket....

    "bior pape asey perak menang bergaye!!"

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. matahari_terbit

    tahniah kepada pemain pemain muda,kerana berjaya memenangi perlawan ke 3 dan kemenangan yang kedua. informasi yang teman dapat mengenai perlawanan ini agak kurang memuaskan tetapi pemain pemain muda mampu mengawalnya denga berkesan. cuma harus diingat perlawanan ke 4 nanti akan menentang dengan skuad rusa di paroi. anda harus mengurangkan kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan.kalau boleh perbanyakkan asakan keatas pasukan lawan agar mereka mampu untuk melakukan banyak kesilapan. apa apapun anda semua memang bagus

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. rimba bara

    Salam, tahniah saya ucapkan kepada pasukan seladang yang mampu memperolehi kemenangan ke 2. Apa yang pasti rimba ucapkan semoga berjaya di masa-masa yang akan datang. 'Score yob Score'.

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. khairol

    melihat akan persembahan pemain perak 2009 mengingatkan kita akan persembahan bertenaga pemain-pemain muda vietnam ketika menjuarai pestabola merdeka dan piala suzuki baru-baru ini.. mereka masih muda tapi matang..

    melihat kepada kedudukan liga, mata yang ke 6 di perolehi hasil daripada 3 perlawanan, boleh di banggakan setakat ini... apa yang penting dapat mengekalkan rekod bersih 100% di halaman sendiri... 3 jaringan dan tanpa bolos di ipoh...

    seperti yang di simpulkan pada rancangan wisel penamat sabtu tadi...pada selasa ini menjadi pertembungan 2 jurulatih hebat... M Karathu dan Wan Jamak... dua jurulatih yang mempunyai sejarahnya sendiri..

    perlawanan ke dua di gelanggang lawan harus menjadi medan mengutip mata pertama di luar ipoh.. buktikan kita miliki pemain muda kian matang.. semoga seladang bisa menjinakkan rusa yang terasa lukanya..

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. miez3

    Tahniah sekali lagi kepada pasukan Perak kerana berjaya maintain untuk menang di laman sendiri buat kedua kalinya...harap dapat dikekalkan...teman tak kisah kalau skuad muda Perak semalam bermain dengan tempo yang bersahaja kerana teman faham hari Selasa ni lawannya lebih mencabar dan memerlukan kudrat yang tinggi....Harap dapat kekalkan fokus anda semua dan kekalkan rentak kemenangan..
    Skor Yob Skor!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. chuck

    takde apa yang nak dibanggakan dgn game tempoh hari...kelembapan game 1st half nyata sangat..bola asyik tertumpu dibahagian tengah..seperti teman ramalkan yang yob akan bangkit pada 2nd half juga meleset...HIPOKRIT teman kalau katakan memang berpuashati dengan game tempoh hari...biar seri atau kalah dan menang alhamdulillah dari game hambar macam tempoh hari (janji main cun)..peluang memang banyak.yang aku nampak razali jugak yg still maintain..tapi last-last kecewa la jugak dengan tandukan yang tak menerjah jaring walaupun pintu gol dah orang kata tinggal nak suap ke mulut pun tak masuk...anyway thanks untuk 3 mata berharga tu...wassalam...

    Likes(0)Dislikes(0)
  12. chuck

    satu lagi teman nak komen,kenapa ada sorang dua player dimasukkan sebagai penumpang bas sahaja???nak kata pancit,patut-patutla baru jer dimasukkan..kalo fitness camtu,hancurlah team keseluruhannya...anda semua tahu sape orang yang teman maksudkan..kata pergi stadium?

    Likes(0)Dislikes(0)
  13. chuck

    teman nak komen sikit,bukan teman sengaja nak hentam team...ni team teman yob...tapi dalam hal ni..kita kena ada pro-con..barula team tu archieve kesimpulan yang terbaik..kalo sumernya indah,cun,baik..kita bukanlah team yang hebat...

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi

      Betul chuck, pro dan kontra kena ada. Jangan kita jadi hipokrit seperti saudara katakan di atas. Luahkan apa yang kita nampak dan jangan sembunyikan. Insya Allah kritikan yang membina dapat membantu skuad kita lebih maju di masa akan datang.

      Likes(0)Dislikes(0)
  14. chuck

    RAMALAN TEMAN(atas kertas)..kalo game dengan naza kita beat 2-0.naza beat polis 1-0.sepatutnya kita boleh beat polis lebih dari 1 gol..macam rakan-rakan lain komen,kita boleh menang mudah ndan selesa.tapi sebaliknya.payah.

    ok,game dengan selangor kita kena 3-1 dan n9 pulak kena 3-0.ni macamna nak kira ni???patutnya boleh menang tipis atau paling komanpun,draw la..tapi kalo game macam lawan polis tempoh hari,takut teman nak tunggu resultnya.nak pergi tengok tak dapatla.ape kata yob2 SDN komen sikit..deme penat ni..aku risor betoiler...isk..isk..

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi

      Pada saya mudah. Kita harapkan ada perubahan mengikut keperluan semasa. Jangan terlalu risaukan dengan keputusan yang lepas. Saya yakin M Karuthu sudah ada perancangan untuk perlawanan seterusnya mengikut keadaan semasa pemain.

      Likes(0)Dislikes(0)
  15. bobiNHo84

    salam semua..ape2 pun tahniah ke[ada pemain muda perak yang berjaya mengalahkan PDRM...
    walaupun jumlah jaringannya sedikit,tapi pada hakikatnya kite boleh menang sampai 6 bijik kalau kesemua peluang yang diperolehi berjaya digunakan dengan sebaiknya oleh penyerang2 perak...tapi pengalaman yang menghalang segalanya...
    seperti biasa,benteng perak bermain dengan baik...tengah juga baik,barisan depan juga baik tapi agak gugup ketika berhadapan dengan pintu gol lawan...masalah ini perlu diselesaikan dengan segera oleh pengurusan perak...
    Selain itu,satu teguran untuk kebaikan semua:

    "jangan terlalu lama memegang bola"..itu saja...

    adeos....

    Likes(0)Dislikes(0)
  16. doyan

    assalamualaikum....
    game nih yang menarik nya, keyakinan bahagian pertahanan untuk mengekang serangan pihak lawan.Fauzi ariffin-Chun Keng Hong-Subramaniam, 3 serangkai di pertahanan yang sungguh kebal pada game tersebut selain tempat Benedict Martin yang digantikan oleh pemain no 6 yang kental bertahan. pertahanan ok...Megat Amir pun lagi senang kerja.
    bahagian tengah nampak ada usaha untuk membantu serangan.tambahan bila arsyah masuk menggantikan wan hussein.beliau dapat memberikan bola yang boleh menambahkan gol pada perlawanan tersebut tetapi kegagalan Razali untuk menanduk dengan bijak menyebabkan bola hanya lalu didepan pintu gol walaupun pintu gawang pihak lawan kosong.nampak ada beberapa pemain tengah yang keletihan kerana game yang terlalu rapat tarikhnya. lawan selangor, udah main sehabis baik.sabtu nya lawan polis pula.
    bahagia serangan,nampak Shahrizal belum menunjukkan kebolehan sebenarnya. nampak kurang tenaga.Razali Umar, pengalaman membantu beliau untuk menjaringkan gol tersebut. beliau macam Adebayor di Arsenal cuma, kurangkan kesilapan mudah. seperti nasihat Weigang kepada Khalid dahulu, jaringkan gol. Tidak payah susah-susah nak buat jaringan cantik.tandukkan terbang tapi bola lalu depan pintu gol pun haru juga.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.