TM Liga Super – Perak Vs Kuala Muda (review)

TM Liga Super 2009

Sabtu 3 Januari 2009
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM

Perlawanan pertama TM Liga Super 2009 untuk skuad seladang adalah bertemu dengan juara liga premier musim lalu Kuala Muda Naza di Stadium Perak malam esok. Perak secara rasmi tidak pernah bertemu Kuala Muda dalam mana-mana pertandingan sebelum ini.

Namun satu ‘test match’ telah dilangsungkan pada 13 Disember 2008 yang lalu menentang Kuala Muda Naza di Stadium Perak yang berakhir dengan keputusan seri 1 – 1. Gol pendahuluan dijaringkan oleh Liew Kit Kong untuk pasukan pelawat manakala Benedict Martin menjaringkan gol penyamaan tuan rumah melalui satu sepakan percuma menarik.

Jurulatih Perak, M. Karuthu ketika dihubungi penulis berkenaan perlawanan esok meminta supaya pemain-pemain yang terpilih dalam kesebelasan utama bermain dengan penuh semangat menghadapi pasukan Kuala Muda nanti.

“Saya berharap mereka dapat memikul tanggungjawab ini walaupun menyedari pasukan lawan penuh dengan pemain-pemain berpengalaman seperti Liew Kit Kong, Akmal Rizal, Manzoor Azwira, Farderin Kadir dan B. Rajinikandh.”

Beliau juga berharap peminat bolasepak Perak supaya dapat datang memberikan sokongan padu kepada pasukan seladang dan berjanji anak buahnya akan memberikan persembahan terbaik mereka pada perlawanan tersebut.

Ketua pasukan Perak yang baru, S. Subramaniam turut memberikan ingatan kepada semua pemain yang bakal diturunkan esok supaya tidak mudah leka dan serius dalam menghadapi perlawanan pertama yang penting ini.

Walaupun menyedari memikul tanggungjawab yang berat sebagai seorang ketua pasukan, beliau turut berharap rakan sepasukan yang lain sama-sama berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada peminat bolasepak Perak.

“Saya berharap pasukan kita mampu untuk meraih 3 mata penuh di hadapan penyokong sendiri walaupun hanya dengan kelebihan jaringan satu gol” jelas beliau kepada penulis ketika dihubungi sebentar tadi.

Kesebelasan kemungkinan:

Megat Amir Faisal (PG)
S. Subramaniam (K)
Chun Keng Hong
K. Puvinderan
Benedict Martin
Mohd Nazri Kamal
Safwan Mahayuddin (B20)
Mohd Hafiszuan
K. Thinagaran
Razali Umar
Shahrizal Saad

Nota: Liputan ringkas esok akan disiarkan oleh krew yang bertugas.

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

22 thoughts on “TM Liga Super – Perak Vs Kuala Muda (review)

  1. april

    yong harap first game best nanti...good luck for all player.3 mata,penting buat game ni utk mencari kedudukan dlm bersaing dgn pasukan lain.barisan yg sedia ada pasti boleh merealisasikan apa yg sudah diatur oleh jurulatih.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. zul4all

    saya harap en karathu turunkan fauzi ariffin dan arsyah ayob kerana sepanjang friendly yang saya tengok, kedua-dua pemain ini memainkan peranan penting utk pasukan....beri posisi bek kiri pada fauzi dan letakkan benedict di bahagian defend midfield atau winger. perak pasti menang kalau mereka berdua bermain.....perak perlu menang game ini....hafizuan perlu disimpan dulu ....beri pemain lain bermain, kerana saya fikir dia kurang bersedia lagi

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. zul4all

      kan dah kata, fauzi ariffin mmg baguih...sapa2 yg ada kat stadium ..pasti setuju dengan pandangan saya...jesri no 17....

      Likes(0)Dislikes(0)
  3. kakaroct83

    Perlawanan pertama Liga Super 2009 akan membuka tirainya di Stadium Ipoh. Stadium keramat yang menyaksikan buat julung kalinya pasukan kesayangan teman beraksi dengan 90 % player2 baru. Teman berharap sangat player2 baru ni bermain dgn bersungguh2 kerana bukan calang2 player yg terpilih utk memakai jersi Perak. Player yang terpilih patut merasa bangga kerana dpt menyarung jersi perak yang merupakan pasukan elit di dalam persaingan liga sebelum ini. Pasukan kita adalah pasukan yang disegani kerana sering menamatkan saingan liga di dalam 5 pasukan terbaik. Jadi perlu ada rasa bangga dalam diri utk berjuang hingga ke keringat yg terakhir.
    Apa pun teman ucapkan selamat berjaya dan pastikan kemenangan pertama utk seladang. Score yop score!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. matahari_terbit

    assalamualaikum,diharapkan pasukan perak yang diterajui hampir keseluruhan pemain dan pengurusan baru dapat meneruskan perjuangan pasukan dimana perak terkenal dengan pasukan yang memenangi satu piala untuk setiap tahun memenangi piala distadium yang baru,memenangi piala yang baru dan memenangi piala di alaf yang baru. cuma sejak steve darby mengambil alih pasukan perak hanya mampu memiliki piala sumbangsih. diharapkan semua yang terlibat didalam pasukan tidak akan menghampakan kami penyokong yang sentiasa menjadi nadi penggerak skuad seladang. diharapkan juga kepada pemain pemain agar dapat menyajikan satu persembahan yang boleh dibanggakan jangan terlalu menghormati pasukan lawan kerana ianya mampu membawa padah. memang kita sebagai manusia wajib menghormati antara satu sama lain tetapi didalam sukan kita harus akur bahawa kita harus menghormati pihak lawan ditahap sederhana. ingat anda bakal menjadi penerajui pasukan negara disuatu masa nanti.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. syidi

    Saya hanya harapkan satu revolusi yang akan mencetuskan evolusi yang kompiten dalam menggempakkan dunia bolasepak tempatan. Keupayaan telah ada hanya tinggal untuk mempamerkan bukti yang kita boleh.

    Saya yakin para penyokong sudah semestinya tidak sabar untuk menantikan kemunculan sulung pasukan Seladang Muda dalam kancah Liga Super 2009.

    Selamat Maju Jaya dan Hidup Perak!! Skor Yob Skor!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. razlan

    salam, teman tak dapat bersama2 rakan2 di std perak kerana kena cover game piala sumbangsih. Teman doakan perak berjaya mengutip 3 mata penuh mlm esok.

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. khairolmorientes KL

    reformasi 2009 team perak... dgn pengurusan baru...player baru tanpa bintang2... namun kami tetap penyokong2 lama pasukan perak... biarkan kuala muda dgn liew kit kong... akmal rizal... siapa tahu bisa razali kandasamy mahupun shahrizal bisa menggegarkan opening game 2009.

    pentingnya kemenangan malam esok menjadi motivasi untuk pemain dan penyokong dalam menghadapi game seterusnya...

    rekod tanpa kalah freindly di ipoh harus d pertahankan.

    percayalah... sorakan ipoh mali tak kan hilang dalam liga malaysia

    good luck semua player perak 2009..

    hanya doa dari kuala lumpur terdaya ku berikan...

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. belanak

    selamat maju jaya kepada pemain... all da best... ku doa kan dari jauh buat kalian... teruskan perjuangan dengan semangat jitu dan kental... ayuh.. skor yob skor... salam..

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. basheer

    teman harap dengan pengurusan baru dan pemain muda mampu meningkatkan prestasi perak sebagai pasukan yang konsisten pada musim ini...di harapkan piala yg di pertandingkan jatuh ke tangan perak pada musim ini..m karathu banyak pengalaman dan resipi apatah lagi dgn anak muda agresif dan kreatif mencipta peluang gol..emm doakan mereka mencapai kejayaan yg penting kualiti dan sikap profesional mereka...kejor yeop kejor...perak boleh!!!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. miez3

    Salam semua....game malam ni diharap menjadi langkah kanan buat skuad Seladang...tambahan pula bermain di gelanggang sendiri....bintang2 baru biarpun belum gemerlapan tetapi diharap membawa sinar baru kepada kem pasukan Perak musim ini....kepada para pemain,pesanan teman dengarlah dan patuhilah nasihat dan tunjuk ajar dari coach dan pegawai pasukan....dari tinjauan teman ketika "test match" yang lalu pemain2 masih tercari2 rentak dan terlalu menghormati pihak lawan...jadi malam ini di medan yang sebenar lupakan semua itu...yang penting fokus pada perlawanan dan berikan komitmen 100%....teman yakin jika kudrat serta minda anda digabungkan dengan seimbang anda pasti berjaya lakukan kejutan buat pasukan lawan...yakini keupayaan anda...Seladang pasti boleh!!Skor Yob Skor!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. active11

    Selamat maju jaya from Petronas Permata Bangi.
    Teman tak dapat turun tengok game dekat Ipoh.
    Harap kita boleh la score barang sebiji dua dengan Naza.

    Yang paling penting, Perak Menang!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  12. syidi

    Salam Kepada semua warga Seladang Dot Net. Untuk Pengetahuan, untuk perlawanan Perak vs KM Naza, saya akan usahakan 'Live at Shoutbox' yang akan memberi gambaran sedikit sebanyak tentang perkembangan terkini dari Stadium Perak, Ipoh.

    Kepada para penyokong yang tidak dapat turun ke Stadium, nantikan ulasan langsung di Shoutbox Seladang Dot Net. Terima Kasih.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. belanak

      salam syidi.. terima kasih di atas ulasan langsung mlm tadi kat shoutbox.. walaupun kita tidak berkesempatan bersama di stadium, secara tidak langsung dapat merasai kemeriahan semua penyokong SKOR YOB SKOR... terima kasih yob..

      Likes(0)Dislikes(0)
  13. penangMai

    Salam warga seladang.net...Apapun teman ingin mengucapkan tahniah kepada skuad seladang kerana berjaya membenam cabaran kuala muda naza dengan jaringan 2 gol tanpa balas.
    Dengan keadaan padang yang agak lembab cabaran skuad seladang pada 1st half amat tidak memuaskan..tapi ternyata berbeza pada 2nd half rentak permainan sungguh menghibur kebanyakan peminat yang hadir di stadium Ipoh malam ini. Tahniah kepada skuad muda dan juga tidak lupa kepada M.karatu dan Raja Azlan...

    Tak sia-sia teman mai dari penang YOB...

    Likes(0)Dislikes(0)
  14. amirfsl

    alhamdulillah,,langkah kanan untuk pasukan seladang!semoge kejayaan malam tadi dapat menjadi batu loncatan kepada skuad yob untuk terus bersaing dengan skuad-skuad yang lebih 'berpengalaman' dalam liga super!skor yop!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  15. san

    Permulaan yang cemerlang..

    Semalam, hampir semua posisi pemain perak menjalankan tugas dengan baik. Babak pertama pemain perak agak berhati-hati dengan keadaan yang becak sedikit disebabkan hujan yang berterusan. Namun syukur alhamdulilah hujan berhenti sebelum permainan bermula.

    Babak pertama yang menyaksikan kedua-dua pasukan berbalas serangan namun hanya beberapa cubaan bahaya dari kedua-dua pasukan. Pemain-pemain muda perak cemerlang menjerat pergerakkan Liew Kit Kong yang beberapa kali 'off side' menunjukkan pesefahaman antara pemain pertahanan telah meningkat.

    Babak kedua pula, pemain tengah lebih agresif untuk memberi peluang kepada bahagian serangan mencipta gol. Beberapa kali kelihatan pertahanan lawan "pancit" mengejar pemain serangan perak meluru ke arah penjaga gol, cuba nasib tidak menyebelahi kita sehingga Wan Hussin menjaringkan gol pertama pasukan perak dalam kancah liga super 2009 ini. Sebelum tandukan lambung sharizal mohd saad menewaskan penjaga gol kuala Muda Naza.

    Penjaga gol : * * * * *
    Pertahanan : * * * *
    Tengah : * * * * *
    Serangan : * * * *

    Tahniah lah yob!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  16. belanak

    ucapan tahniah dah syukur dengan kemenangan sulung malam tadi ngan mengalahkan KM Naza (2-0)... kemenangan sulung oleh anak2 muda SKOR YOB SKOR... kemenangan yang bleh di kredit kan kepada jurulatih dan pihak pengurusan baru serta muka2 baru... serta penyokong yang hadir pada malam tadi memberi sokongan tanpa henti.. tahniah dan teruskan rentak semangat jitu... perjuangan kita belum selesai... salam..

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.