TM Liga Super – Perak Vs Kuala Muda (result)

TM Liga Super 2009

Perak 2 – 0 Kuala Muda Naza

Sabtu 3 Januari 2009
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM

Skuad seladang memulakan langkah cemerlang apabila berjaya menundukkan juara liga premier musim lalu Kuala Muda Naza 2 – 0 dalam perlawanan pertama TM Liga Super 2009 yang dilangsungkan di Stadium Perak malam tadi.

Stadium Perak yang dihadiri kira-kira 5000 orang peminat setia disajikan dengan aksi berbalas serangan dari kedua-dua belah pihak namun pasukan tuan rumah lebih kerap mengasak kubu pertahanan Kuala Muda Naza. Tamat separuh masa pertama dengan keputusan kedua-dua pasukan terikat tanpa sebarang jaringan.

Pada separuh masa kedua pasukan Perak bermula garang apabila melancarkan serangan bertali arus kekubu lawan dan hasilnya pada minit ke 64 berpunca dari satu serangan balas yang pantas, K. Thinagaran bijak melorongkan bola lintang ke dalam kawasan penalti lawan dan berjaya ditolak masuk oleh Wan Hossen Wan Abdul Ghani untuk gol pertama Perak.

Kuala Muda jelas tidak bernasib baik apabila dua percubaan merbahaya mereka tidak berhasil untuk menjadi gol apabila tendangan kencang Liew Kit Kong dari luar kotak penalti terkena palang dan beberapa minit kemudian tandukan beliau hasil sepakan sudut berjaya ditampan keluar oleh Megat Amir Faisal yang beraksi cemerlang pada malam itu.

Ketika permainan berbaki pada masa tambahan Perak mengejutkan pasukan pelawat dengan gol kedua melalui Shahrizal Mohd Saad yang menanduk cantik bola hasil sepakan percuma yang diambil oleh S. Subramaniam selepas pemain muda Perak, Mohd Safwan Mahayuddin dikasari oleh pertahanan Kuala Muda.

Jurulatih Perak, M.Karuthu ketika ditemui sejurus selepas tamat perlawanan tersebut jelas gembira dengan keputusan ini dan menganggap ini adalah permulaan yang cukup baik untuk anak buahnya dalam liga super 2009.

“Pemain-pemain saya mengikut arahan yang diberi dengan baik dan kelebihan kecergasan serta kepantasan pasukan Perak adalah faktor utama kejayaan malam ini walaupun bermain diatas padang yang basah.”

“Saya mengarahkan pemain-pemain Perak untuk mengasak setiap bola yang berada dikaki lawan dan hasilnya pihak lawan melakukan kesilapan dan bola lebih banyak dikuasai oleh pemain kita” jelas beliau kepada wakil media.

Kesebelasan Utama:

Megat Amir Faisal (PG)
S. Subramaniam (K)
Chun Keng Hong
Fauzi Ariffin
Benedict Martin
Mohd Nazri Kamal – m77
Wan Hossen Abdul Ghani (B20) – m65
Mohd Hafiszuan
K. Thinagaran
Razali Umar
Shahrizal Saad

Pertukaran:

Mohd Safwan Mahayuddin – m65
Isma Alif Mohd Salim – m77

Keputusan Perlawanan 3 Januari 2009:

Kedah 1 – 4 Selangor
Stadium Darul Aman, Alor Setar

PDRM 0 – 3 My Team
Stadium MP Selayang

Kelantan vs Plus FC
Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu
(Ditunda kerana hujan lebat)

Terengganu 2 – 3 Perlis
Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin

Pahang 2 – 3 Johor FC
Stadium Darul Makmur, Kuantan

Pulau Pinang 0 – 3 Negeri Sembilan
Stadium Bandaraya Pulau Pinang

Likes(0)Dislikes(0)

26 thoughts on “TM Liga Super – Perak Vs Kuala Muda (result)

  1. san

    Akhirnya terjawab..

    Teka-teki samada layakkah barisan muda Perak menggalas cabaran liga super 2009 ini..

    Sememangnya semangat dan stamina yang tinggi faktor utama kejayaan Perak menewaskan Kuala Muda Naza mlm tadi.

    Pemain tengah yang agresif banyak membantu bahagian serangan melancarkan percubaan demi percubaan.

    Walaupun Pertahanan agak kelam kabut, tapi mereka bijak mengawal bola untuk memastikan permainan menjadi 'Play Save'. Disamping persembahan penjaga gol yang bertindak cemerlang menjaga gawang.. Kredit harus diberikan kpd setiap pemain perak malam tadi kerana tidak gugup beraksi kali pertama dalam kancah liga super.

    Tahniah la yob!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. syidi

    Alhamdulillah.. Cetusan yang saya katakan sebelum ini telah terhasil. Cetusan menutup mulut celupar sesetengah pihak yang hebat memperlekehkan kemampuan Anak Muda Perak.

    Pun begitu, masih jauh perjalanan. Jadi, pandang terus ke hadapan dan usah terlalu leka dengan kejayaan yang lalu. Lebih afdhal jika memuhasabah diri berpandukan perlawanan yang semalam. Tingkatkan potensi diri masing-masing dan belajar dari kesilapan biar pun ianya kesilapan yang remeh.

    Tahniah! Saya bangga dan semakin yakin dengan Seladang Muda. Tahniah sekali lagi. Selamat teruskan perjuangan. Kejor Yob Skor!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. matahari_terbit

    alhamdullillah,bersyukur kepada allah swt yang telah menerima doa ikhlas dari semua, pasukan perak berjaya memberi hadiah yang paling bermakna kepada semua yang terlibat termasuk penyokong setia skuad skor yob skor. diharapkan pemain pemain tidak akan mudah untuk membuat kesilapan yang besar setiap kali perlawanan menjelang. apa yang diharapkan pemain pemain muda terus mempelajari segala kesilapan yang telah dilakukan ketika menentang kuala muda naza tempoh hari. buktikan kepada rakyat malaysia amnya dan kepada rakyat perak khususnya, bahawa pemilihan terhadap diri anda mewakili perak bukan sekadar mencukupkan syarat saja. teman percaya 120 peratus,bahawa anda adalah pewaris kegemilangan skuad seladang...........

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. YeopSKA

    TAHNIAH PERAKKU!!!!

    Walaupun dibarisi hampir semua muka baru dan bakat muda, pasukan kita mampu menghapuskan persepsi buruk orang ramai terhadap kemampuan mereka menghadapi TM Liga Super 2009..Teman bangga dengan kemenangan ini dan berharap pasukan kita dapat mengekalkan tempo kemenangan ini pada perlawanan seterusnya..Ini satu kejutan besar bagi kita semua..
    Semoga BERJAYA!!!
    Hidup PERAK!!

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi

      Salam..

      Saya bangga dengan YopSKA. Tetap setia walaupun berada jauh di perantauan. Diharap web seladang.net akan menjadi pengubat rindu kepada kampung halaman. Teruskan Yop walau pun anda berada di Bahrain ianya bukan penghalang untuk terus menyokong pasukan kesayangan kita.

      Sekurang-kurangnya para pemain dan pengurusan PAFA akan lebih bersemangat untuk memburu kejayaan dengan sokongan Yop yang jauh di negeri orang.

      Likes(0)Dislikes(0)
  5. gibauk

    Syukur alhamdulillah dan Tahniah kepada team Perak 2009 nih. Satu rentak permulaan dengan keputusan yang menarik. Terima kasih juga pada coach Karathu dan pembantunya di atas usaha 'mencipta' jentera baru dari awal pemilihan sehingga ke senarai penamaan kesebelasan utama.
    Konsisten dan berstamina tinggi diharap dapat dikekalkan pemain sepanjang musim. Tak mustahil jika Perak yang berwajah baru ini boleh mengejutkan beberapa pasukan favourite. InsyaAllah.
    Pertemuan dengan pasukan Red Giant selasa ini bakal menjadi kayu pengukur tahap konsistensi pemain dan jadikan keputusan semasa perlawanan persahabatan dengan pasukan yang sama baru-baru ini hanya satu eksperimentasi...

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. Yashurr Yazurry

    Alhamdulillah...

    Mantap Yob Mantap!!

    Tahniah diucapkan kepada pemain-pemain muda kita..
    Perlawanan semalam menunjukkan betapa
    membaranya semangat pemain muda ini untuk melakar
    kejutan keatas KM Naza...

    Bersemangat, Pantas dan Cergas sepanjang perlawanan,
    itu yang membuatkan pasukan lawan tidak dapat
    mengimbangi serangan yang dilakukan oleh perak,
    terutama di separuh masa kedua...

    Tahniah juga buat pihak pengurusan, kerana sedikit
    sebanyak mengembalikan kepercayaan penyokong2..
    teman yakin jika aksi sebegini terus dipamer oleh skuad
    kita.. Stadium Ipoh bakal begegar dengan puluhan ribu
    sorakkan penyokong-penyoong yang datang kembali
    memberi sokongan kepada pasukan kesayangan kita...

    buat pemain-pemain semua, jangan leka dibuai pujian...
    perjalanan kita masih jauh..
    perjuangan kita belum selesai..
    fokus pada setiap perlawanan..
    berjuang habis-habisan...

    InsyaAllah dengan doa & kesungguhan kalian...
    Pasukan Kita Pasti Bangkit..
    Bangkit dari Kejatuhan...
    Menentang Asakkan dan Cemuhan...
    Melangkah gah sebagai JOHAN..!!

    InsyaAllah...

    Kejor Yob Kejor!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. YeopSKA

    SYABAS M.KARATHU dan WIRA2!!

    Tugas besar dan berat bagi M.Karathu bagi membimbing pasukan BARU Perak ini.. Beliau berjaya membina kombinasi pasukan ini dan juga mendisplinkan Pemain2 kita..Teman berharap beliau akan lebih banyak mencipta dan memperoleh resipi dan idea bagi menghadapi perlawanan seterusnya dan terus berjaya. Kepada para pemain kita, teruskan usaha tingkatkan prestasi..Terima kasih untuk kemenangan semalam..

    Inilah yang dikatakan REBORN OF PERAK!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. belanak

    salam buat semua yob dan yong... syukur pada Ilahi.. kita berjaya pada perlawanan pertama.. harapan teman serta semua penyokong semoga rentak serta semangat ini diteruskan hingga ke hujung musim.. jangan mudah mengalah dan putus asa.. teruskan semangat juang kalian yang tinggi dan kami penyokong akan terus mendoakan buat kalian... SKOR YOB SKOR.. perjuangan masih belu selesai.. salam kejayaan...

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. putra8878

    Tahniah atas semua player2 dan team perak.Semoga anda akan dikenali sebagai giant killer tahun ni.Semangat juang tinggi dan kepantasan jadikan aset penting anda.

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. falie174

    Tidak sia-sia aku ke stadium semalam.
    kami tetap bersemangat.
    nak tengok harapan dari seluruh rakyat dan penyokong.
    gendang dipalu tanpa kenal penat.
    amin.. lega

    Selasa nih,
    Buat sehabis baik.

    Apa-apa pun,
    jersi lawa.
    petang ni, aku nak pergi yik fong.
    beli yang original.

    Kejor yop Kejor.!

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. nagabersembor

    tahniah skuad perak mempamerkan aksi cemerlang game semalam, bukan calang2 pasukan juga kuala muda tu untuk di kalahkan maklumlah banyak pemain2 hebat, di harap perak akan terus mencapai lagi banyak kejayaan pada game akan datang

    Likes(0)Dislikes(0)
  12. satorare

    tahniah harimau muda perak..
    permulaan yang sangat baik..
    En Admin, dah takde lintas langsung cam dulu ke?

    Likes(0)Dislikes(0)
  13. miez3

    Tahniah skuad Perak....percaturan yang tepat oleh coach Karathu menjadi semalam...tidak lupa juga kepada coach Raja Azlan serta para pegawai dan pemain....komitment dan semangat berpasukan yang jitu mungkin punca skuad Seladang beroleh kemenangan semalam disamping faktor takdir dan rezeki menyebelahi kita...syukur Alhamdulillah 3 mata di tangan kita....buat perlawananan seterusnya di Shah Alam kemungkinan teman akan turun beri sokongan padu...teman tak kisah biarpun pernah berada di stadium tersebut ketika "test match" dimana Perak tewas 1-5 ketika itu tapi tak bermakna itu penentu hala tuju pasukan kita kali ini...rata2 pemain2 ketika itu sedang dalam sessi penyesuaian diri dan rentak permainan...jadi semalam telah terbukti..segala cemuhan dan kritikan mungkin satu kesilapan buat sesetengah pihak...skuad Perak masih ada harga diri...rentak sebenar telah bermula...kekalkan momentum...insyaALLAH kita akan berjaya...jangan lupa beri sokongan...kepada semua penyokong di Lembah Klang penuhkan kerusi Stadium Shah Alam dengan warna rasmi kita Kuning Hitam...make our state proud..Skor Yob Skor!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  14. irKupa

    Salam...
    Teman sempat pegi stdm ipoh mlm tadi...mule2 sedih jugak tgk penyokong tak ramai mane pun, tapi tetap semangat nak tgk anak muda perak main...first half mmg gugup sikit cume second half mcm dapat tonik baru, semangat pun lain mcm jek, bagus2...overall mmg bagus, defend mantap, tgh tak berapa boleh hold ball lagi dan kena more kreatif timing nak through pass, midfield kena berani nak shoot jgn segan2, striker kurang dpt peluang tapi bagus sebab bolh buat defend KM naza tak duduk diam..winger kena play more role dan try untuk cross banyak lagi...jgn takut 'run along the line'....sikit komen dari teman, defend mmg bagus cuma jgn leka, midfield kena kerja keras lagi tapi no 8 perak, hafiszuan mmg bagus rajin just need some creative idea, thinagaran plak rasenye lebih efective main winger....striker can do more..good job kapitan subra & co..teman akan tgk kome main kat shah alam selasa ni....teruskan perjuangan..

    ~kejor yob kejor~
    ~skor yob skor~

    Likes(0)Dislikes(0)
  15. amirfsl

    tahniah kepada semua pemain dan juga penyokong-penyokong setia yang turun ke stadium malam tadi,,teman nak turun memang susah le,,apa pun,kekalkan rentak dan persembahan bertenaga macam ni sampai ke titisan darah terakhir!!skor yop!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  16. zul4all

    mr karathu diharap mampu mencari player yg benar sesuai utk posisi midfield...mungkin perlu letak benedict di bahagian wing...alih thinagaran bahagian wing, bukan midfield mcm 1st half.....harap arsyah cepat sembuh utk isi posisi AMC. nazri kamal perlu banyak training lagi....tak hidup main wing.....dan alihkan wan hossen ke posisi defensive midfielder...sbb fizikial dia yg tegap dan mampu saing bola tinggi...keeper megat amir memang top performance semalam dan defend cukup disiplin ketika bertahan....razali umar pula perlu lebih berkomunikasi dengan shahrizal saad dalam game...kombinasi yang kurang menyerlah...walau bagaimanapun satu persembahan yang bertenaga daripada seladang...terima kasih players...harap persembahan lebih mantap di shah alam..

    Likes(0)Dislikes(0)
  17. juanzargus

    salam. ramai beri komen kali ni. dulu sebelum nak bentuk skuad kurang nak beri semangat.duduk atas pagar ye. apa-apa hal tahniah yob. terus berjuang kasi tumbang the red giant pulak. bagi peminat perak teruskan beri sokongan pada orang muda kita ni. SELAMAT TAHUN BARU....MAJU JAYA PERAK BARU...PEMINAT TETAP YANG SAMA

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. irKupa

      salam,yob. dulu ramai yg tidak tahu positioning pemain-pemain, ability mereka pun kita tidak berapa tau. tapi kali ini 'after 1st game', sudah boleh kenal sikit player mana, 'at least fans' perak 'follow latest news', ipoh mali talak sombong maa..

      Likes(0)Dislikes(0)
  18. YangIkhlas

    Tahniah atas kemenangan sulung pasukan bertenaga baru dan muda dalam saingan Liga Super 2009. Apapun saingan baru bermula dan diharapkan pasukan Perak dapat mengekalkan prestasi yang baik ini sepanjang musim 2009.

    Likes(0)Dislikes(0)
  19. april

    syabas buat semua pemain.sekurang-kurangnya mulut tempayan boleh ditutup setakat minggu ni..teruskan kecemerlangan pskn..3 mata pertama cukup berharga dlm bersaing.alasan tiada pengalaman dan barisan muda bukan lagi tiket utk mengalah.muda & mantap teruskan bersaing dlm perlawanan seterusnya.yong doakan berjaya.kita gegarkan ego si giant nanti yg tgh dok megah mengangkat kening ayuh seladang.!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  20. rimba bara

    Salam, teman ucapkan tahniah buat Pasukan Perak dan warga Seladang.net. Ternyata stamina pemain boleh mengatasi pengalaman pemain lama. Kemenangan sulung Perak adalah berkat semangat dan kekuatan minda pemain yang bermain habis-habisan demi memartabatkan maruah bola sepak Perak. Sokongan padu penyokong Perak akan sentiasa mengiringi perjuangan anda.

    Likes(0)Dislikes(0)
  21. bobiNHo84

    salam....tahniah kepada barisan muda perak yang berjaya menumbangkan pasukan KM Naza 2-0...teman tak terkejut sikit pun diatas kemenangan perak malam kelmarin sebab dari awal lagi teman dah tau perak punyer player tahun ni bukan PASUKAN BELASAHAN atau sekadar PELENGKAP JADUAL...barang siapa yang ader berpikiran sedemikian,diorang silap BESOR...
    tapi,diharapkan player muda kita ni jgn lupe daratan,tu je pesan teman...yang lain ok..
    Diharapkan pengurusan perak dapat mengenal pasti cara untuk menghilangkan perasaan "gugup" atau "gabra" para player perak kerana ketika separuh masa pertama ketika lwn KM Naza,benda ni jer yang menghalang untuk kita menjaringkan gol pada separuh masa pertama..tapi teman rasekan pihak pengurusan dapat "detect" kelemahan kita ni...M.Karathu punya seribu taktikal dan untuk pertama kalinya,teman dapat rasakan pemain yang dibawa keluar adalah same dengan ape yang difikiran peminat...tidak mcm tahun lepas,player yang main elok dikeluarkan,player yang mcm haram main sampai 90 minit....
    Yang pastinya,Steve Darby pastinya menyesal...ayuh perak, jangan menoleh kebelakang lagi..sesungguhnya halangan yang menanti jauh lebih penting dari masalah yang lain...
    salam kejor yeop kejor...

    Likes(0)Dislikes(0)
  22. adebayor

    Tahniah Paukan Perak..

    Anda telah buktikan sememangnya anda boleh.Adalah diharapkan anda semua tidak leka dengan pujian pujian ini.
    Harapan selepas ini ialah menundukkan pasukan Selangor ataupun setidak tidaknya mengikat mereka dengan seri ataupun kalah dengan bermaruah.

    KITA TAK BESAR, KITA TAK KUAT
    TAPI BILA BERKERJASAMA SEMUA JADI MUDAH
    WONDERPETS......EH SILAP..
    WONDERPERAK.......

    Likes(0)Dislikes(0)
  23. doyan

    alhamdulillah....menang 2-0.dapat gak aku saksikan detik2 kemenangan itu dengan mata aku sendighi.daghi segi semangat permainan deme....tak dapat lagi aku merasai kegembiraan seperti sabtu lepas masa dibawah jurulatih Steve Darby.nyanyi lagu Ipoh mari tarak sombong sampai sakit anak tekak...seghonok betul tgk persembahan deme,alhamdulillah...
    kepincangan pada pasukan pulak aku tengok bila lepas kita lead 1-0 dan KM NAZA masukkan Azizi Che ros...deme lak banyak serang dan bek kita pulak kucar kacir sampai nasib la 2-3 peluang bek ngan keeper kita beraksi cemerlang.bagi aku la...kalo udah jadi kena tekanan cam gitu kalo kita bertemu Selangor nanti...elok la dimasukkan sogh lagi pemain pertahanan simpanan masuk...bior main 5-4-1 pun tak per
    kesimpulan nyer...game nih menampakkan kesungguhan pemain2 muda perak untuk meletakkan nama Perak ke satu aras walaupun dari segi pengalaman kurang tapi semangat berpasukan dan perjuangan yang idak kenal erti kalah boleh menyebabkan ramai lagi peminat2 yang duduk ataih pagor akan mula memenuhkan diri di segenap sudut di stadium Perak,Ipoh sedikit demi sedikit.

    Kejor Yob Kejor

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.