TM Liga Super | Negeri Sembilan Vs Perak (review)

TM Liga Super 2009

Selasa 13 Januari 2009
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi
8:45PM

Selepas mencatatkan kemenangan kedua keatas PDRM Sabtu lalu, skuad seladang akan bertandang pada perlawanan keempat TM Liga Super 2009 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi menentang naib juara Liga Super 2008 iaitu Negeri Sembilan malam esok.

Pasukan bimbingan Wan Jamak Wan Hassan ini pasti mahukan kemenangan ditempat sendiri untuk mengubat luka mereka setelah tewas 3 – 0 kepada pendahulu liga super 2009, Selangor sewaktu bertandang ke Stadium Shah Alam baru-baru ini.

Untuk rekod tatapan bersama, pasukan Negeri Sembilan musim lalu ialah antara salah satu pasukan yang gagal ditewaskan oleh Perak selain pasukan Kedah sewaktu saingan liga Malaysia musim 2008 dibawah kendalian jurulatih import Steve Darby.

Senarionya perlawanan kali ini pasti berbeza apabila Perak musim ini dibimbing oleh jurulatih berpengalaman M. Karuthu manakala Negeri Sembilan pula diterajui oleh bekas jurulatih kebangsaan, Wan Jamak Wan Hassan.

Penolong jurulatih Raja Azlan Shah Raja So’ib ketika dihubungi berkata, Perak masih tidak dapat menggunakan khidmat Benedict Martin yang terpaksa berehat lebih kurang sebulan akibat kecederaan dan tempat beliau akan digantikan oleh Mohd Syazwan Roslan.

‘Saya berada di Stadium Shah Alam tempohari untuk meninjau perlawanan Selangor menentang Negeri Sembilan. Kita yakin persiapan pasukan Perak kini jauh lebih baik untuk mengejutkan pasukan tuan rumah nanti’ ujar beliau kepada wakil seladang.net.

Pasukan Perak dijangka akan bertolak dari Ipoh tengahari ini (isnin) untuk mendapat rehat yang secukupnya sebelum turun menghadapi perlawanan esok (selasa) di Paroi.

Kesebelasan kemungkinan:

Megat Amir Faisal (PG)
S. Subramaniam (K)
Chun Keng Hong
Fauzi Ariffin
Mohd Syazwan
Arsyah Ayob
Safwan Mahayuddin (B20)
Mohd Hafiszuan
K. Thinagaran
Razali Umar
Shahrizal Saad

Nota: Liputan ringkas esok akan disiarkan oleh krew yang bertugas.

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

15 thoughts on “TM Liga Super | Negeri Sembilan Vs Perak (review)

  1. padiltaiping_81

    Salam...untuk game lawan negeri sembilan ni insyaallah teman akan pegi tgk kalo takde aral melintang sebab teman memang duk kat kuala pilah, negeri sembilan...perjalanan lebih kurang 45 minit juga nak ke stadium paroi naik kete...

    teman rasa ramai sebenarnya orang perak yg ada kat negeri sembilan ni,ayuh org2 perak yg duduk merantau di negeri sembilan turun memberi sokongan kpd pasukan perak..

    harap skuad perak mampu membuat kejutan ke atas negeri sembilan pada malam besok..skor yob skor....

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. syidi

    Pertembungan dua jurulatih yang hebat. Tidak sabar untuk menantikan saat yang semestinya menjanjikan saingan yang hebat. M Karuthu memutuskan untuk bertolak awal bagi membuka ruang untuk para pemain berehat. Ini mungkin untuk mengelakkan keletihan seperti dalam perlawanan-perlawanan yang lepas.

    Dengan info ini diharap semua penyokong setia berasa lega dan yakin yang kita boleh melakukan kejutan ke atas Skuad Hobin Jang Hobin esok.

    Selamat Berjuang!! SKOR YOB SKOR!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. bobiNHo84

    salam semua...
    perlawanan keempat ini juga amat penting untuk mengekalkan kedudukan kita di carta liga super...
    barisan yang sama mungkin diturunkan malam esok kerana bagi teman line up lawan PDRM adalah baik...cuma perlu digilap hanyalah penyerang kiter yang banyak terlepas peluang keemasan...
    Barisan pertahanan kemas bagi teman...tu lah kekuatan kiter...
    tengah perlu lebih kreatif dan teman yakin dengan nazri,thina,wan dan juga hafiszuan...
    penyerang perlu lebih agresif dan berani untuk mencuba ok...

    PESANAN UNTUK SEMUA PEMAIN PERAK HANYA SATU:

    "JANGAN TERLALU LAMA MEMEGANG BOLA"

    sebab bola senang dirampas oleh pihak lawan.
    lagi satu kemungkinan player untuk diterjah oleh pihak lawan amatlah tinggi..kecederaan mungkin akan berlaku..

    adeos...

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. razlan

    salam,

    diharap penyokong2 yg tinggal di lembah klang, negeri sembilan dan melaka akan turun ke stadium paroi menyokong pasukan perak @ seladang muda ini.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. Rimba Bara

    Salam, kepada penyokong perak yang berada di sekitar negeri sembilan dan utara melaka ramai-ramailah beri sokongan padu kepada pasukan seladang. Malam esok sama-sama kita saksikan seladang mengamuk!!Buat sehabis baik bagi pasukan perak...

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. taufiq

      Salam, fiq doakan semoga pasukan perak lebih mantap lagi,
      walaupun tidak mampu ke stadium tetapi sokongan tetap kepada pasukan perak.

      Likes(0)Dislikes(0)
  6. zul4all

    saya kurang berpuas hati dengan prestasi shahrizal saad....kita ada saufi saadi dan thinagaran juga yg mampu beraksi sebagai striker. selain itu , wan hossen juga mampu bermain di posisi serangan dengan baik. shahrizal, anda cukup mengecewakan dalam perlawanan dgn PDRM. saya bukan ingin merendahkan keupayaan anda, tetapi anda harus mempamerkan persembahan yang sesuai dengan status selaku penyerang utama pasukan perak..ia satu status yang tinggi dan perak bukan pasukan calang-calang untuk diwakili oleh sembarangan pemain di Malaysia. dan sekiranya anda masih dipilih, saya berharap perkembangan yang positif daripada corak persembahan anda. Kami sebagai penyokong setia YOB, sentiasa mengharapkan yang terbaik daripada para pemain, meskipun kalah, tetapi jika persembahan anda baik, kami tetap akan berbangga. dan kemasukan mohd arsyah ayob, memang memberikan kelebihan dalam serangan. harap asyah juga akan dimasukkan dalam 1st eleven.

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. danishsyahmi

    Salam ..

    Insya allah saya yang merantau di Melaka akan turut serta untuk melihat player muda Perak beraksi . Sebelum ni saya hanya dapat mendengar kehebatan player muda Perak tetapi tak dapat melihat . Diharap player Perak semua dapat beraksi dengan cemerlang untuk memastikan semua penyokong Perak yang hadir di Paroi tidak pulang hampa.

    Yang Ikhlas
    Bekas murid sekolah rendah raja dihilir ekram

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. zuzai_spipoh

    salam..buat penyokong perak....kami di Ipoh sentiasa berada di belakang pasukan kami iaitu perak...kami berharap agar pasukan perak akan memenangi perlawanan dengan Negeri Sembilan..bekas pasukan jurulatih kita iaitu M.karathu...biar pun kami tidak dapat pergi....kami berharap penyokong perak yg berada di sekitar Negeri Sembilan dapat memenuhi stadium paroi....

    "moh kite tengok seladang mengamuk di paroi yeop!!!"

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. phatly

    Salammm,
    Teman berdoa agar skuad seladang muda ni akan terus mencapai kegemilangan di pentas bola sepak negara..
    Kita sebagai rakyat perak patut berbangga kerana kita tidak pernah ketandusan pemain baru..Sudah berapa banyak negeri yang menggunakan khidmat bekas pemain kejor yop kejor..
    Saya berharap kem perak dengan jurulatih yang berpengalaman dengan menerapkan taktikal yang akan mengerunkan skuad lawan kita..
    Saya begitu tertarik dengan persembahan pemain baru ini ketika di shah alam tempohari dengan taktikal pantas untuk buatkan pemain lawan sukar membaca corak pemainan yang pantas namun pengalaman yang kurang menyebabkan penyudahan untuk jaringan terbantut.Namun di sini saya ingin menegaskan corak pengadil perlawanan yang begitu berat sebelah.Di Paroi nanti saya berharap pengadil yang menjaga perlawanan tersebut hendaklah bersikap adil dengan melayani secara terbuka pada perlawanan tersebut..Teman berdoa agar perak dapat kemenangan yang ke-3 untuk mengejar rapat pendahulu liga Selangor kini.skor Yob skor...

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. chuck

    salam...
    tiada lagi ungkapan terindah dan bersemangat yang mampu kami & teman ungkapkan lagi...bagi teman you all the best..wish best of luck untuk game besok.just kekalkan momentum untuk mendapatkan gol dan seterusnya memenangi game tersebut dengan seberapa selesa dan make your self (player,staf&management)will proud and should bersyukur atas setiap usaha yang telah dan sedang anda semua rencana serta usahakan bersama..kami (peminat Yob) memohon doa,semoga team ini akan berjaya...tiupan wisel sudah bermula...ayuh seladang!!! perkemaskan rentak, SERANG !!!!!!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. AbUrN

    Good Luck Perak

    Semoga malam nie Perak berjaya mengutip 3 mata lagi,untuk terus bersaing dengan pendahulu liga ... Harap peluang-peluang untuk menjaringkan gol tidak disia-siakan lagi macam game dengan PDRM tempoh hari,banyak peluang di depan dipersia-sia kan...apa-apa pun harap team perak akan berjaya mlm nie.

    Ayuh Yob.....!!
    GegarKan Stadium Paroi mlm.

    Kejor Yob Kejor!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  12. suria

    tahniah buat pasukan perak..moga dapat mengekalkan kemenangan ke atas negeri sembilan malam ni. dapat mencari penjudah yang tumpul patut diasah dengan peluang yang muncul di depan pintu gol.

    ramalan perak menang 2 - 1 n.sembilan

    skor yob skor

    Likes(0)Dislikes(0)
  13. sheeryob

    di harapkan pasukan perak meneruskan kecemerlangan sebagai skuad muda bimbingan m karathu..bagi meneruskan semangat agresif dan kreatif mencipta peluang dan gol bagi perlawanan dgn n.sembilan malam ni.
    harapan pada striker perak menemui penyudah dan sentuhan di samping pemain tengah kreatif mencipta ruang dan peluang sehingga dapat menjaringkan gol..
    ramalan perak menang 3-1
    kejor yeop kejor.

    Likes(0)Dislikes(0)
  14. doyan

    Harus diingat kepada bahagian pertahanan Aidil kembor di bahagian penyerang adalah pemain yang pantas dan boleh menjaringkan gol di sudut yang dianggap sukar. sama kemampuan seperti Safee sali. kalau dapat matikan pergerakan bahagian tengah N.Sembilan lagi bagus.
    Razali dan Sahrizal kena mantapkan gandingan. kurangkan kesilapan dan jangan persiakan semua peluang yang dapat. memang sukar nak lepaskan diri dari Aidil kembor di bahagian bek tapi rasanya, kalau perbanyakkan cubaan dari luar kotak penalti ok, untuk mendapatkan gol. Insyaallah. kita boleh menang kalau dengar cakap coach.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.