TM Liga Super | Negeri Sembilan Vs Perak (result)

TM Liga Super 2009

Negeri Sembilan 3 – 0 Perak

Selasa 13 Januari 2009
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi
8:45PM

Pasukan Perak tewas 3 – 0 kepada pasukan Negeri Sembilan dalam perlawanan keempat TM Liga Super 2009 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi semalam. Gol pembukaan dijaringkan oleh Shahurain Abu Samah seawal minit ke 6 hasil kesilapan benteng pertahanan yang lambat mengeluarkan bola yang melantun di dalam kotak penalti Perak.

Berselang 4 minit kemudian gawang Perak bocor lagi apabila Rahman Zabur mudah menolak bola masuk hasil sepakan percuma leret dari luar kotak penalti Perak untuk menceriakan kira-kira 5000 orang penonton tuan rumah yang hadir malam itu.

Benteng pasukan Perak dilihat goyah selepas 4 minit perlawanan berlangsung apabila pertahanan kental, Fauzi Ariffin terpaksa dikeluarkan dan digantikan oleh A. Varathan kerana mengalami kecederaan selepas diasak oleh penyerang lawan, Zakuan Adha.

Perak yang kelihatan tertekan lebih banyak bertahan dan menyaksikan Chun Keng Hong dilayangkan kad kuning pada minit ke 20 kerana kekasaran. Beberapa serangan turut dilancarkan Perak namun penyudah yang tumpul menyulitkan keadaan.

Tamat separuh masa pertama kedudukan kekal tuan rumah mendahului pelawat dengan jaringan 2 – 0. Bermula babak kedua permainan, Perak membuat pertukaran kedua dengan mengeluarkan Mohd Nazri Kamal dan memasukkan Mohd Arsyah Ayob.

Kehadiran Arsyah Ayob dilihat mempercepatkan tempo permainan Perak namun gerakan-gerakan yang diatur serba tidak menjadi malam itu. Pada minit ke 66 penyokong tuan rumah kembali ceria apabila Aidil Zafuan menanduk masuk bola dari jarak dekat hasil sepakan percuma yang diambil dari luar kotak penalti Perak.

Perak membuat pertukaran terakhir 3 minit kemudian dengan mengeluarkan Shahrizal Saad dan memasukkan Sarath Babu. Minit ke 78 ketua pasukan Perak, S. Subramaniam dilayangkan kad kuning kerana terjahan keras keatas pemain Negeri Sembilan.

Selepas itu tiada sebarang gerakan menarik dilakukan oleh pasukan Perak dan pengadil meniupkan wisel penamat selepas 3 minit tambahan masa diberi. Kedudukan kekal dengan Perak tewas 3 gol tanpa balas di Paroi.

Kesebelasan Utama:

Megat Amir Faisal (PG)
S. Subramaniam (K)
Chun Keng Hong
Fauzi Ariffin – 1
Syazwan Roslan
Mohd Nazri Kamal – 2
Wan Hossen Abdul Ghani (B20)
Mohd Hafiszuan
K. Thinagaran
Razali Umar
Shahrizal Saad – 3

Pertukaran:

A. Varathan – 1
Mohd Arsyah Ayob – 2
Sarath Babu – 3

Keputusan Perlawanan 13 Januari 2009:

Johor FC 2 – 1 Selangor
Stadium Jcorp, Pasir Gudang

Perlis 1 – 0 Kedah
Stadium Utama Negeri, Kangar

Plus FC 3 – 1 Pulau Pinang
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur

My Team 0 – 1 Pahang
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Kuala Muda 1 – 0 Terengganu
Stadium Darul Aman, Alor Setar

PDRM 2 – 4 Kelantan
Stadium MP Selayang

Likes(0)Dislikes(0)

35 thoughts on “TM Liga Super | Negeri Sembilan Vs Perak (result)

  1. anipjebat

    relak perak,perjalanan masih jauh.kepada pemain, jadikan kekalahan ini sebagai cabaran untuk anda terus maju. mantapkan diri,tingkatkan prestasi, insyaAllah kejayaan akan menyusul. kepada penyokong, kita harus beri ruang dan peluang kepada pasukan muda perak ini. pasukan yg dibentuk tahun ni merupakan skuad juara dalam pembikinan. cuma masa yg akan menentukan kejuaraan milik kita.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. mior88

      saya setuju sangat dengan pendapat anipjebat..pasukan perak jr. ditubuhkan tak sampai setahun,jadi pasukan perak mungkin takkan memperolehi kejayaan tahun ni..tapi takpa tahun depan perak pasti akan bangkit punya..kejor yob kejor..

      Likes(0)Dislikes(0)
  2. chuck

    salam..dengan keputusan tersebut maka terungkailah setiap persoalan yang sering bermain di benak fikiran majoriti peminat yob.setengah dari mereka mungkin sudah menjangkakanya.namun bagi teman sendiri keputusan tersebut sedikit sebanyak memberikan gambaran awal tentang prestasi semasa pasukan serta misi yang masih panjang untuk kita teruskan.sebenarnya prestasi yang diberikan pasukan yob jr adalah sama dengan team-team(player)yang pernah kita miliki dulu.acap kali persembahan seperti yo-yo yang mampu mereka berikan.Persoalannya kini,apa masalah yang mereka(player) hadapi?tekanan?harapan?masalah kewangan yg tak pernah putus?masalah kepenatan or jadual perlawanan yang terlalu ketat? maupun jarak perjalanan yang jauh? ini semua masalah lapok yang tidak pernah ada penyelesaian.sebuah team yang mantop perkara-perkara sebegini bukanlah satu masalah yang besar.mantop disini bukanlah bergantung pada persembahan yang dipersembahkan oleh player itu sendiri tapi mantop dari pengurusan itu sendiri.'main point'nya di sini pihak pengurusan hendaklah sentiasa peka dengan keadaan sekeliling serta player itu sendiri.kalau boley buatla komunikasi 2 hala. lebih memudahkan setiap urusan atau masalah yang berlaku diselesaikan dengan baik. ini cakap bukan saje-saje nak syok sendiri yob.tapi adanya kami(peminat) adalah you all(player). peminat datang dari jauh keluarkan duit berbelanja semata-mata kerana minat,sokongan selain hiburan.tapi kalau persembahan yang diberikan adalah jauh dari tahap piawai yang ditetapkan,tak mustahil takde lagi orang yang akan memberikan sokongan. malah stadium yang sunyi akan bertambah sepi lagi. peminat sekarang bukan lagi seperti dulu,peminat kini lebih pandai menilai. ini kerana mereka kini sudahpun terdedah dengan permainan bola sepak antarabangsa. kalau salah tolong betulkan. peratus peminat yang menonton telahpun kurang.kalau penuhpun samada game semi final or final jela. teman dah buat research dah.so,pihak yang berwajib tolonglah ambik satu tindakan yang mereka rasa perlu untuk pembangunan mutu bola sepak tempatan. pada peminat semua harap bersabar,berilah pasukan kita ini peluang untuk membuktikan sesuatu.sekian wassalam."majulah mutu bolasepak perak".

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi

      Sebenarnya, pada saya, tidak ada salah sesiapa. Saya tidak terkejut kita kalah, dan bonus jika kita menang. Ini kerana 'team' kita baru saja melalui satu proses pembaharuan dari akar umbi hingga ke pucuknya. Jadi usah dipertikaikan sesiapa jika 'team' kita terumbang-ambing. Terimalah hakikat bahawa kita baru baru dan memerlukan masa untuk dibentuk. Seingat saya belum sampai setengah tahun usia 'team' kita.

      Berkenaan 'cuaca' sokongan bolasepak di Malaysia, saudara Chuck mungkin baru sedar perkara ini. Saya telah perhatikan perkara ini sejak lama dulu. Sejak adanya stesen TV berbayar di Malaysia, rakyat Malaysia jadi lupa daratan. Bolasepak di negara tumpah darahnya dicemuh dihina, tanpa dia sedari yang hina itu adalah 'dirinya' sendiri. Terpulanglah, pada saya, seburuk mana pun bolasepak Perak atau Malaysia saya tetap sokong tanpa was-was. Ini saja yang saya ada. Siapa saya hendak terhegeh-hegeh sokong negara/kelab luar negara? Negara orang pula tu. Fikir-fikirkan. Memang benar kata Dr. M melayu memang 'Mudah Lupa'.

      Ayuh Yob Seladang Muda!! Perjalanan baru bermula..Teruskan Perjuangan Kalian!

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. pachenko

        Sedarlah wahai peminat PERAK yang team kita masih belum boleh nak dibanggakan. Team yang ada sekarang ni hanya sekadar untuk cukup-cukup makan . Bersyukur la kalau tahun ni pasukan PERAK masih boleh kekal dalam liga SUPER. Mentaliti para pemain masih ditahap amatur lagi. jangan berharap pada sesuatu yg sukar untuk kita miliki. tranformasi pasukan perlu diteruskan untuk membolehkan pasukan kita PERAK lebih berjaya dimasa hadapan. Pihak pengurusan perlu bertindak segera supaya keadaan ini tidak berterusan lagi. Penyakit bola sepak negara kita masih tiada ubatnya lagi. Selagi kerusi sejuk di FAM tidak ditukar selagi itulah kita masih berada di ranking 6 Asia Tenggara.

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. syidi

          Saya malas hendak mempertikaikan 'kerusi empuk' FAM. Siapa yang makan cili dialah yang terasa pedasnya. Sebesar-besar organisasi yang menguruskan Bolasepak di Malaysia, laman web rasmi pun tidak dikemaskini.

          Cuba saudara-saudara cari website rasmi bolasepak negara lain, Senegal, Togo atau Ghana, negara yang jauh lebih mundur daripada Malaysia?

          Seolah-olah tiada usaha langsung untuk majukan bolasepak di Malaysia. Apatah lagi kita yang tiada 'kuasa'.

          Likes(0)Dislikes(0)
      2. chuck

        salam..tentang cuaca bolasepak di malaysia kini seperti yang saudara syidi maksudkan tu adalah tepat sama sekali,jauh bagi saya untuk menyangkalnya.tapi apa yang peminat-peminat impikan adalah peningkatan mutu permainan.Dewasa kini mutu permainan kita seolah-olah makin longlai.kita sudahpun terlalu jauh kebelakang.dengan pendedahan dan fasiliti yang kita ada,kita tak sepatutnya ketinggalan sebegini jauh.malah kalo dibandingkan dengan jiran-jiran yang jauh lagi miskin tetap kita masih lagi ketinggalan.kurang lebihnya juga dengan pasukan yob yang kita banggakan ini.bagi saya,peminat berhak memilih dan terpulang pada pasukan kita untuk menentukan halatuju pilihan yang bakal peminat kita buat.saya juga sependapat dengan kenyataan saudara tadi berkenaan,kalah sudah dijangka dan menang adalah bonus.betul tanpa diragukan lagi.tapi dapat saya membayangkan yang persembahan malam semalam terlalu longlai sehingga kita boleh membiarkan 2bijik gol disumbatkan kedalam gawang kita kurang lebih 10minit sahaja.harapan saya selepas rehat yang panjangni,pasukan kita mampu tuk refresh kembali dan mapu tuk membuktikan sesuatu pada peminat yob yang sentiasa dahagakan aksi-aksi yang memberangsangkan.Yob Jr,Bangkitla dari dibuai mimpi yang panjang!!!

        Likes(0)Dislikes(0)
  3. jembrong

    Kepada saudara chuck masih mentah dalam bolasepak,skuad ini baru dibentuk, baru nak bertatih. kalau you pun duduk dalam skuad ni pun sama juga. Mentaliti you macam itulah, kalau menang sokong bagai nak rak. tapi kalau kalah macam hampeh kutuk. Kalau tengok kita tengok EPL,Serie A,Liga Premiera ke, supporter dia tetap sokong dengan penuh semangat walaupun team dia corot @ kalah. mentaliti supporter pun kena berubah juga. 'so think about it. For All Perak Players. Keep On Rocking. we know where we are. Fight Untill The End'...wassallam.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. chuck

      maaf saudara jembrong. kalau kail saya panjangnye sejengkal,masakan ke tengah lautan saya memancing. kalau berumahkan batang buloh dan ranting-ranting, masakan mampu untuk mendirikan rumah ditepi pantai? you punya cakap sama macam pelbagai alasan yang pernah pihak pengurusan tertinggi FAM berikan! alasan demi alasan. komen tersebut untuk membangkitkan lagi semangat dan moral pemain. biar mereka matang dan mampu untuk berfikir. anak sendiripun jangan dimanjakan sangat! kalau dimanjakan, you pun tahu. kalau nak pertikaikan semangat juang teman 'as a big fan', you silap. ini untuk pembangunan bolasepak kita. kalau orang lain mampu untuk terus belajar berjalan,tak kanla kita nak maintain merangkak-rangkak lagi.

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. pachenko

        Saya setuju dgn saudara chuck, selagi team dimanjakan dgn kata-kata yang indah tanpa menyuarakan sesuatu yang realiti, itu namanya syok sendiri. Sampai bila kita nak berpuas hati dgn keadaan pasukan yang yo-yo ni. Alasan pemain muda bukan alasan tapi mentaliti player yang masih beku. Kita sedar yang perjalanan masih jauh tapi jika kita tidak berubah dari sekarang jangan terkejut tahun depan kita akan bermain dalam liga perdana. Aku sayangkan pasukan PERAK, harap pengurusan pasukan kena bergerak pantas, mengenal pasti masalah di dalam pasukan, menggerakkan pencarian pemain-pemain yang berbakat dari seluruh negeri PERAK. Tak kan negeri perak yang besar ni hanya ada pemain yang sebegini rupa. Tepuk dada tanya minda.
        Selagi pilih kasih masih ada dalam mentaliti jurulatih maka letihlah peminat perak untuk mengharapkan kejayaan dari pasukan kita. wasalam..

        Likes(0)Dislikes(0)
  4. padiltaiping_81

    salam.teman nak beri komen sikit tentang perlawanan semalam yang teman sudah tengok di stadium paroi. pertama kali lah teman tengok sendiri secara live player muda baru perak beraksi semalam.

    ternyata pada pengamatan teman, skuad muda perak ini masih memiliki banyak kelemahan dan kekurangan dari segi strategi dan taktikal permainan. permainan agak kelam kabut semalam, hantaran bola tidak sampai dan lemah. 2 gol awal yang mudah memang menampakkan kelemahan man marking pertahanan.

    tapi kita seharusnya terus memberi peluang kepada skuad ini untuk terus meningkatkan persembahan mereka kerana mereka masih lagi baru dan mentah lagi untuk menjadi pasukan yang mantap. mereka ada potensi untuk meningkat naik kerana permainan skaud tidak jauh beza dgn N.Sembilan, lebih kurang sama sahaja cuma N.Sembilan memiliki sentuhan penyudah jaringan gol yg baik.

    penyerang kita memang tumpul dan tidak ada satu pun percubaan yang mengancam penjaga gol N.Sembilan. midfield memang hancur. tapi secondhalf bila arsyah ayob masuk baru nampak midfield semakin baik.

    kepada semua penyokong perak hope berilah peluang kepada skuad muda perak yang baru beraksi 4 perlawanan. utk menghasilkan pasukan yang mantap sekurang-kurangnya memerlukan hampir 2 tahun. apatah lagi skuad kita majoriti adalah pemain muda dan baru. skor yob skor!

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. syidi

    Terima kasih saudara Chuck, pachenko dan Jembrong. Anda semua adalah lambang sinar kebangkitan Pasukan Perak pada masa akan datang. Itulah yang kita mahukan kritikan yang telus dari pandangan kaca mata masing-masing. Sememangnya pihak Seladang.net akan menyampaikan segala komen penyokong kepada pihak PAFA terutama barisan kejurulatihan.

    Tahniah dan teruskan memberi galakan untuk pasukan kita. Jika tidak dikritik kita tidak tahu apa yang perlu diperbaiki. 'Learn From Mistake'. Kesilapan, kegagalan ada guru terbaik untuk manusia.

    'Perak Fans Are The Best forever' Skor Yob Skor.

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. juanzargus

    Rilek la.Chelsea pun kalah 3 - 0.

    Ape hendak diherankan menang ke kalah, adat la game mesti ada kalah dan ada yang menang. kalau nak menang saja, main PS, set-up team kuat-kuat. Ok la kepada peminat perak teruskan sokongan. kita kena terima tahap permainan kita dan tahap kefanatikkan peminat yang boleh dikatakan tengelam timbul. mana yang tidak fanatik tu jangan lah main kutuk saja. kita bagi teguran yang positif dan mampu mempertingkatkan tahap permainan dia ke tahap standard player malaysia.
    Ok HIDUP PERAK.
    JAUH DIPERANTAUAN.....
    MELAKA.

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. YangIkhlas

    Kekalahan kepada N.Sembilan malam tadi diharap dapat merungkai permasalahan yang menyelubungi para pemain Perak. Tempoh rehat yang ada ini dapatlah digunakan untuk memperbaiki kelemahan yang amat ketara para pemain muda Perak. Walaupun Perak tahun ini seperti tidak ada pemain bintang dalam skuadnya kali ini tetapi seharusnya para pemain Perak musim 2009 ini perlu menganggap dan meletakkan diri masing-masing sebagai bintang itu sendiri samada untuk untuk terus bersinar ataupun malap dek kelemahan diri sendiri. Semoga berjaya di perlawanan yang akan datang.

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. san

    Mcm tu la pelayar seladang.net , berdisplin dalam meluahkan rasa dihati dengan berhemah dan berdedikasi..

    San tak menonton perlawanan ini, tapi seperti apa yang digambarkan.. sememangnya pemain muda kite perlu mempunyai ketahanan mental... apa gunanya fizikal semata-mata untuk berjuang di medan perang... mental dan semangat juang yang tinggi juga amat penting untuk individu ataupun pasukan ingin mengecapi kejayaan..

    Masa masih panjang wahai wira muda, teruskan keazaman anda.. sesungguhnya penyokongmu tetap menyokong sehingga ke wisel penamat ditiup...

    Skor yob Skor..

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. chuck

    salam. kalau perlu pihak pengurusan PFA hendaklah memperbanyakan lagi sesi motivasi pada player-player muda ni. tidak kiralah program qiamulail beramai-ramai,program riadah dan gotong royong di rumah-rumah kebajikan dan sebagainya. matlamat utama ialah bagi meningkatkan tahap mentaliti, motivasi diri, kesederhanaan, kesedaran, serta hubungan intim pada setiap pemain dan staf. insyAllah berbekalkan usaha gigih dan semangat juang yang tinggi ini, pemain semua boleh pergi jauh lagi. berakit-rakit ke hulu yob,berenang-renang ketepian,bersakit-sakitlah dulu yob, esok lusa kejayaan menanti. Kamu semua bukannya player yang terhebat, tapi kena tahu yang kamu semua adalah antara player yang terpilih. fikir-fikirkanlah yer.Semoga dengan keinsafan ini, kita merenung sejenak tentang halatuju diri kita dan pasukan..salam Qaulan..

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. matahari_terbit

    salam.......

    Pada pandangan teman semalam perlawanan yang melibatkan perak bertemu dengan Negeri Sembilan agak kurang memuaskan. tidak tahu mengapa mungkinkah kerana pemain pemain agak letih ataupun gemuruh berhadapan dengan penyokong tuan rumah. banyak pergerakan yang dilakukan agak kurang sempurna,hantaran yang tidak tepat kurang berkomunikasi ditengah padang. komunikasi yang langsung tidak digunakan ketika gol Negeri Sembilan yang pertama iaitu antara pertahanan dengan penjaga gol sehingga mampu untuk mempertahankan gol petama dibolosi oleh pasukan Perak. posisi tengah seolah olah tiada fungsi untuk mengatur pergerakan menarik kearah gol pihak lawan. penyerang agak tergopoh gapah apabila berada dihadapan gol lawan. pertahanan agak kucar kacir. gol kedua negeri sembilan pula diatas kealpaan pihak pertahan perak sendiri yang tidak mengawal pemain lawan ketika mereka sedang mengambil tendangan percuma. gol ketiga pula mampu dicipta oleh lawan atas kesilapan penjaga gol yang menumbuk bola dan terus ke dalam gol. lagipun ketika tendangan percuma yang diambil oleh lawan hanya Arsyah Ayob menjadi benteng yang lain terus mengawal pemain pemain Negeri Sembilan di dalam kotak penalti. walaubagaimanapun teman mengucapkan tahniah kerana pemain pemain muda mampu mengawal perlawanan walaupun tidak sampai 90 minit. di sini teman berpendapat agar pemain pemain muda Perak mampu memperkuatkan lagi mentaliti ketika perlawanan sedang berlangsung,cuba mencari idea-idea yang bagus untuk melakukan sesuatu pergerakan agar dapat membolosi gawang lawan selepas ini.

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. Yashurr Yazurry

    Salam...
    Hm...tak mengapa, kekalahan semalam bisa membuatkan
    kita tahu dimana kelemahan yang ketara pada pasukan kita..

    diharapkan pihak jurulatih dapat memantapkan dibahagian serangan...
    bagi teman serangan kita masih belum cukup mantap
    untuk menggegar pintu gol lawan....

    dibahagian pertahanan pula teman tak risau sangat,
    walaupun kekalahan semalam ada disebabkan kelekaan
    dibahagian tersebut...
    memandangkan perlawanan sebelum ini (termasuk frendly)
    pertahanan kita memang menunjukkan kemantapan
    dan persefahaman yang baik...
    namun semalam mungkin serba tidak menjadi buat
    pertahanan kita, ketiadaan Benedict Martin dan Fauzi Ariffin ternyata memberi
    impak pada bahagian tersebut...

    apapun rehat yang panjang ini membolehkan coach
    memperbaiki segalanya, harap begitu lah...

    teman tertarik dengan komen-komen pedas
    dari saudara chuck & pachenko...
    walaupun ada rasa terguris namun itu hak mereka...
    apapun berilah kritikan yang membina
    dan bukannya menjatuhkan moral palyer-player...

    dalam sesi motivasi skalipun, jika seseorang mengalami
    kemerosotan ataupun 'moral down'
    adakah kita mengunakan kata-kata yang bersifat
    tekanan atau negatif??
    Kata-kata pedas atau menyalahkan itu dan ini..??

    jika itu caranya, akan hadirlah rasa 'memberontak'
    moral bertambah 'down' dan membuatkan mereka merasai
    lebih tertekan.....

    Cuba semarakkan semangat mereka dengan kata-kata
    yang positif... kata-kata 'bapa' yang tenang mmenasihati
    anak yang masih mentah....

    Bukan dengan cara menyalahkan, dan memberi lagi
    tekanan buat mereka...
    senang cerita, kalau bos menegur pekerja dgn kata
    kata maki, menyakitkan hati, dan pekerja itu adalah anda,
    bagaimana rasanya??? adakah kualiti kerja anda
    akan bertambah baik? atau terus menerus anda mengutuk
    bos anda itu kerna disebabkan rasa takpuas hati anda??

    Kata-kata yang penuh kelembutan sebenarnya
    meninggalkan kesan yang mendalam tanpa rasa 'titik hitam'
    dihati.... percaya dan fahamilah....

    Seladang Jr. kita masih muda, beri mereka masa untuk
    memantapkan prestasi....
    beri mereka dorongan serta semangat yang membina
    kekuatan mereka...

    Jadilah penyokong yang setia....
    Sokong walau menang atau kalah...
    Jadilah penyokong yang bisa mengalirkan air mata
    setelah melihat anak-anak muda ini bersungguh-sungguh
    berjuang demi penyokong-penyokong yang hadir...

    apepun, Selamat berjuang buat seladang muda kita...
    perbaiki segala kelemahan... tingkatkan prestasi...
    berusaha dan berdoa demi mencapai matlamat kita...

    InsyaAllah Perak Pasti Berjaya....

    Kejor Yob Kejor!! Skor Yob Skor!!

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. sunrise

      teman bersetuju dengan pendapat yob yashurr. kita tidak perlu nak memberi komen yang terlalu pedas. tetapi pemain pemain juga tidak mahukan puji pujian yang terlalu tinggi melampai. apa salahnya kita semua memberi komen yang bernas kadang kala kita perlu mengkritik dengan pedas tapi mendalam maknanya. kritik haruslah diberi hadir dari hati bukan dari mulut/tangan sahaja. kalau kita kenangkan semula dialam persekolahan bagaimana guru mendidik dan menasihati murid muridnya........ bagaimana cara ibu dan bapa kita mendidik kita........... fikir fikirkanlah wahai pengkritik bola sepak perak............ cuba kita semua kenangkan bagaimana bermulanya zaman kebangkitan pasukan kedah yang hanya memiliki pemain bawah 23 dan 20 tahun sahaja di dalam pasukan...... mereka perlukan masa 1 ke 2 tahun untuk garang dalam saingan liga tempatan.... so disini marilah kita komen pasal pasukan kesayangan kita dengan seikhlas ikhlasnya tidak perlu bermuka muka

      Likes(0)Dislikes(0)
  12. yopjoi

    Tenang.Semua game ada 26,tidak termasuk FA cup dan piala malaysia, so biar kita tengok pusingan pertama habis dulu, chelsea pun kalah 3-0,setuju cuma pada teman, player kita kekurangan taktikal dan teknikal. adatlah,budak baru yang pasti semangat dan tahap kecergasan kena maintain, bola bulat, bagi mereka peluang jangan nak kondem membuta tuli, tidak salah nak kritik untuk membina, bukan kritik untuk membinasa. ingat skuad kiter paling muda dalam liga super. insyaAllah. ada kejutan nanti. jgn kejutan turun liga dah la.

    Likes(0)Dislikes(0)
  13. AbUrN

    Salam Yoep

    Dia orang nie masih baru,masih mencari rentak..Beri diorang peluang,biar diaorang mencari pengalaman dan menjadikan kekalahan sebagai pengalaman yang berguna...Liga Malaysia masih panjang, byk lagi cabaran dan dugaan yg akan mereka tempuhi.........Sebagai penyokong setia PERAK, kita beri sokongan yang kuat kepada meraka...,teman percaya Pasukan Perak Jr akan mengegarkan arena bola sepak negara.....

    Cube lagi yoep,

    Terus kan perjuangan,

    Titian kejayaan masih jauh lagi,

    Teruskan Usaha Anda demi pasukan PERAK.

    Likes(0)Dislikes(0)
  14. belanak

    SALAM...

    Kalah dan menang adat perlawanan, tetapi jangan lah terus bermasam muka atau berduka lara, teruskan usaha serta naikkan semangat juang yang tinggi. Jangan difikirkan yang negatif, fikirkan positif dan teruskan perjuangan hingga ke akhir musim. Perjalanan masih jauh dan tanamkan semangat juang yang tinggi, jangan di hampa kan semangat peminat dan ambil lah segala kritikan dan teguran sebagai azimat dalam diri untuk tingkatkan usaha dan semangat juang tanpa rasa jemu.

    Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah nya dan jangan terus berasa diri amat kerdil dengan pasukan lain. Ayuh semua, buktikan pada semua yang kita boleh berjaya dan tanam kan semangat perjuangan tanpa jemu. Ingat lah perjuangan kita belum selesai.

    Renung-renung kan segala kritikan dan teguran peminat anda dan cermin-cermin lah diri ke arah kejayaan kelak.

    Salam kejayaan. Kejor Yob Kejor. Skor Yob Skor.

    Likes(0)Dislikes(0)
  15. rodymus

    Rileks2 sume. Ape yg aku tgk gol2 Negeri Sembilan pun berpunca dari freekick. Player tak di mark. Maybe boleh improve yg tuh. takpe, belajar dari pengalaman. Mane yg lemah bole dibaiki. takleh nak harap perfect selalu. Think positive.

    Likes(0)Dislikes(0)
  16. ayeed1010

    salam....
    syabas skuad yob....
    kalah tapi melawan...
    semangat ini yang kita mahu....
    jangan kalah tak melawan....
    penyudah yang tumpul menyebabkan kita kalah....
    selain tu pengalaman membataskan pergerakan pemain....
    stamina perak no. 1.....
    insyaallah pusingan kedua perak boleh membuat kejutan....
    pemain muda masih mencari tempo permainan.....
    skuad ni perlu digilapkan lagi.....
    ni la skuad muda terbaik perak.....

    pafa datang dan pergi,
    coach datang dan pergi,
    penyokong setia tetap di sini.....

    Likes(0)Dislikes(0)
  17. chuck

    salam sahabat-sahabat yob & yong semua. harap semuanya senantiasa berada dalam keadaan yang tenang lagi mendamaikan. maaf jika ada komen dari teman yang membuatkan saudara-saudara peminat yob kalian bermasam muka dan bergundah gulana. saya juga bagi pihak yob pachenko ingin meminta maaf. tapi hadirnya komen saya disini ialah untuk memperbetulkan setiap tanggapan rakan-rakan yob yang lain. seperti teman,syidi dan pachenko katakan,kita mesti ada pro dan kontranya. pernah rakan-rakan sekalian berfikir kenapa negara kita mempunyai ramai parti dan berpuak-puak? secara negatifnya you all boleh kata ini semua boleh memecah belahkan MALAYSIA. tapi, ada tak saudara-saudara memandang secara positifnya? apa kebaikannya begitu? buah idea, wakil pada setiap kaum mahupun pertubuhan dan lain-lain lagi. tapi, jika kita berserah pada satu tangan sahaja, tanpa tentangan mana-mana pihak, kita akan rasa diri kita adalah yang terbaik sekali.

    Walaupun terdapat berpuluh juta lompang-lompang busuk. ini bukan bicara politik rakan-rakan semua. tapi ini adalah perumpamaanya. mengapa setiap debatan ada pro dan kontranya? mengapa ada yang menyokong dan ada yang membantah? mengapa sidang parlimen disatukan keseluruhan wakil-wakil parti? walaupun kadang-kadang mengundang rasa marah dan benci di hatai, tapi apa keputusan dan kesimpulan yang mampu diorang persembahkan untuk kita. apa hasilnya yang kita dapat? tak nampak kah lagi yang sistem pro&kontra ini telah banyak memberikan keputusan-keputusan maupun buah idea yang cukup-cukup bernas! so,kesimpulannya disini, kalau teman, pachenko dan syidi pun ikut mike semua berkata ya dan memuji tinggi anak-anak muda ni,apa yang akan berlaku pada mereka? you all rasa apa yang mereka pikirkan? ok settle pro&kontra.

    2nd,tentang budak baru masuk kerja dah kena buli dan marah dengan bos tu tadi, betul tak dinafikan yang kita akan rasa marah serta pelbagai lagi perasaan buruk yang lain lagi. pendek kata rasa nak belasah. tapi baiknya di sini kawan-kawan semua,kalau dari awal dia tak kena push up macam tu apa yang terjadi pada mereka? selama mana masa yang mereka akan ambil untuk menyesuaikan dan membiasakan diri dengan suasana baru di tempat kerja. yela perangai staf lain, suasana kilang, bos-bosnya, apa yang kita perlu tau maupun tak. kalau dari awal tak kena push-up,lemaulah jadi bebudak tu. silap-silap bos dan senior serta orang lama diorang tak respek pun.percayalah satu lagi, you tak rasa ke apa yang dia (bos) tu buat untuk kemajuan diri you? you all ni bercakap pandai kata pikir positif, tapi kenapa setengah perkara yang sama maknanya you all tak pikir positifnya pulak? you all nak blame me, i also can accept. tapi dari kita terus membiarkan team kesayangan kita ni terus dibuai mimpi muda dan mentah sudahlah. jawabnya tahun depan kita main dengan ATM or KL la(LIGA PERDANA) bak kata sahabat saya YB (kancah kehinaan). kalau nak dapat result yang cemerlang,hendaklah bermula dari awal kawan, tapi kalau nak result cukup makan, last minit punya kerjalah.

    Fikir-fikirkanlah..memang agak lantang dan puitis kata-kata saya ni. tapi ketahuilah sahabat kalian yang kata-kata ini lahir dari lubuk sanubari seorang insan yang yang bergelar peminat setia yang makna kata senantiasa mendambakan dirinya untuk kejayaan perak! DULU, KINI dan selamanya kejor yob kejor!

    Salam Qaulan-

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. pachenko

      Saya sokong pendapat anda, ada masa kita perlu cakap sesuatu pro & contra. Jangan biar pasukan kita dibuai dengan kata manis belaka. Aku bukan seorang yang hipokrit, kalau team kita main bagus aku akan cakap bagus tapi jika sebaliknya aku akan kata permainan team kita buruk. Ini semua pandangan daripada aku sebagai fan PERAK yang tidak mahu para pemain leka dengan status "BUDAK BARU". Aku nak bawakan konsep "Check & Balance" ini berterusan, sebab aku percaya dgn komen-komen kita di sini serba sedikit mampu membawa tranformasi pasukan bola sepak PERAK kearah sebuah kelab yg profesional kelak. Bukan semua kritikan itu menjatuhkan pasukan.

      Likes(0)Dislikes(0)
  18. chuck

    salam...dengan kata-kata dan bahasanya kita tak mampu untuk mengetahui sifat dan latar belakang seseorang.kita also can make instinct sahaja dude.ketahuilah,ramalan tak semestinya membawa kebenaran.

    Likes(0)Dislikes(0)
  19. doyan

    Kalah tu apa nak dibuatkan, kalau fan Perak yang bertandang ke stadium paroi masih beri sokongan padu dan tepukan, itu adalah satu tanda kepuasan walau tawa dalam tangisan. Macam ayat peminat-peminat tegar kita.'KALAU KALAH TAPI MAIN CANTIK,TAK PER LAGI'.

    Jadi nya, walaupun tidak pergi tapi mengikut pada kata-kata orang, Bek kita goyang bila Fauzi Ariffin keluar dan Varathan tak dapat menahan asakan Negeri Sembilan. Memang sesuailah masa 2nd half Subra main di posisi bek tengah. Sepatutnya, M Karathu sudah ada senarai gantian yang sepatutnya sesuai.
    orang cakap lagi, kombinasi 4 pemain tengah di 2nd half mengancam. Kira betul la kata-kata Peminat yang Arsyah Ayob elok di letakkan di posisi attacking midfield ataupun Free Role. Dia di wing pun boleh bagi hantaran cantik, kan tu aset yang Perak ada.
    Bahagian Serangan, M Karathu perlu mengasah bakat Ijai semasa cuti yang ada ini.bagi penekanan kepada dia untuk lebih mengancam kubu lawan bila game start balik. Bagi aku lah, M Karathu perlu berbincang dari hati ke hati Shahrizal. Apa sebab utama dia tidak menyerlah. Dia punya bakat tapi pengalamannya yang kurang mungkin menyebabkan dia tidak dapat menunjukkan prestasi terbaik seperti Razali. Aku percaya dia boleh mengancam cuma, bantu dia mendaki puncak gemilang.

    Likes(0)Dislikes(0)
  20. zuzai_spipoh

    'Hail to black yellows player and fans'..Wah! bemacam komen kite baca lepas game dengan rusa kelmarin. Come on guys,tak salah untuk mengkritik dan ulas dengan pedas tapi perlu ada kewajaran nya juga, adik mike ada dalam team main 6 minit lepas tu injured. Bahkan rata-rata budak presiden yang dinaikkan rapat dgn mike so jangan menghentam tanpa sebab. apa? mike ingat player yang beraksi tu main ala kadar ke? bukan nak backing player tapi diorang masih berusaha untuk memberi yang terbaik kepada peminat seladang. kedah pun ambil 2 tahun untuk menyinar. kalau bebudak tu main ala kadar, takkan wan hussein menangis lepas jaring 1st gol lawan KM Naza tempohari? Mereka cuba memberi yang terbaik walaupun pengalaman masih kurang. jangan dihentam tanpa usul periksa player-player ni. kita yang dah berusia ni perlu bagi semangat dan galakan membina bukan mengkritik membinasakan mereka. renung dan fikirkan sejenak, beraksi di 2 final piala presiden tanpa mendapat imbuhan ganjaran walaupun sudah disalurkan kepada pengurusan negeri tapi tetap setia menyarung jersi kuning kebanggaan kita dengan semangat dan azam untuk mengekalkan PERAK DARUL RIDZUAN sebagai antara pasukan elit di malaysia. Kamu semua boleh hentam player tapi bukan dengan cara yang menjatuhkan mereka. mentaliti peminat juga perlu diubah. jika setia buktikan walaupun terpaksa beraksi di premier musim hadapan dan yang mike pasti kita mampu untuk mengucup piala dengan player muda ni kini dan suatu nanti.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi

      Salam Zuzai.

      Benar bagai dikata. Namun begitu, saya faham, saudara lebih rapat dengan pemain-pemain sebelum ini. Kebanyakan pemain mengenali saudara. Saudara melihat mereka dari sudut yang berbeza dengan penyokong yang sebelum ini tidak pernah melihat kecemerlangan mereka dalam kancah Piala Presiden.

      Segala komen pada saya rasa tiada yang membuta tuli. Semuanya adalah berdasarkan 4 perlawanan yang lepas. Saya akui, mereka mempunyai daya usaha yang tinggi. Boleh nampak kesungguhan yang dibuktikan di atas padang.

      Tiada siapa yang mengatakan pemain ini tidak bagus pemain itu kurang baik secara sembrono. Sebaliknya kebanyakan komen akan diakhiri dengan harapan dan sokongan yang tidak berbelah bahagi. Percayalah, dan saudara perlu meneliti semua komen di atas. Jika ada pemain yang membaca komen yang mengkritik mereka, sepatutnya, sebagai profesional dia kena ambil komen atau kritikan itu sebagai cabaran untuk dia buktikan sebenarnya adalah yang terbaik seperti yang sebelumnya.

      Akhir sekali, saya tabik dua belah tangan semua penyokong Perak dan Pemain Muda Perak, yang sentiasa prihatin dengan pemain pada masa yang sama pemain mengambil endah apa yang dikatakan penyokong.

      Percayalah, 'Kesilapan adalah Guru yang Terbaik'.

      Likes(0)Dislikes(0)
  21. miez3

    Salam semua, teman tak pergi game ni, jadi teman tak berhak le nak kata apa2 yg jelas sepertimana mike-mike semua komen di atas, tapi dari apa yang teman dengar dari kawan teman yang hadir pada game ni beliau mengatakan pemain kita caca marba dan kelam kabut di atas padang.

    Teman juga berpandukan apa yang sahabat di atas komen, tak tahulah apa yang sebenarnya terjadi kepada anak-anak muda ini mungkin keletihan agaknya.

    Teman tak mahulah komen tentang pro atau kontra serta moral pemain bahkan tentang mutu atau politik bolasepak Perak, pada teman itu semua sudah lapuk dan rasanya kita pun dah immune dengan apa yang berlaku, balik-balik itu juga, tak ke mana.

    Namun bagi teman apa yang perlu kita semua fokuskan sekarang ialah bagaimana kita sebagai penyokong membantu skuad muda ini untuk terus maju ke hadapan, kritikan yang membina dan penuh kritis tanpa ada bias & prejudice perlu ada dalam merencana komitmen selaku pemain ke 12 pasukan, segala rencah perlu ada agar para pemain dan pegawai pasukan Perak dihidangkan dengan visi yang menjurus ke arah kemajuan pasukan itu sendiri.

    Teman hormati pandangan mike masing-masing, tak perlu berdolak dalik, tak perlu ada talam dua muka, tak perlu ada hipokrasi, anda semua betul dalam memberi pandangan masing-masing.

    Apa yang teman harapkan kepada para pemain dan pegawai pasukan renungkanlah segala komen dan ulasan sahabat kita di sini, ruang yang disediakan oleh Seladang.Net kini sudah menjadi pentas dan wadah para penyokong dan anda sendiri meluahkan apa yang terbuku di hati.

    Dalam ertikata lain "no hard feeling", anggaplah ini semua sebagai pemangkin sesama kita untuk kemajuan bolasepak Perak.

    Bermula dari saat ini,ingatlah dan pelajarilah sesuatu, jangan sesekali leka dan alpa, permulaan mungkin teguran agak mengguris hati tetapi sebagai orang baru yang mula mengorak langkah terimalah seadanya, jangan mudah melatah, usaha perlu dilipat gandakan, anda yang berada di atas padang, anda yang nampak itu dan ini, apa yang tak betul sila baiki sebelum nasi menjadi bubur.

    Kepada para penyokong, sokongan anda yang ditagih janganlah hanya ketika kemenangan berpihak ke atas kita, fahamilah mereka, kalah menang adat permainan, dunia umpama roda kadang kita di atas kadang di bawah, terimalah hakikat yang kita ni masih di bawah, esok lusa belum tentu kita terus di bawah, perjalanan masih jauh, teman berkeyakinan anak-anak muda ini mampu pergi jauh, cuma masa yang akan menentukannya.

    Teruskan usaha...Skor Yob Skor!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  22. chuck

    Salam sahabat seladang semua, mesej ini khas ditujukan buat player-player muda kita yang mewakili perak sekarang ini. teman tak nak mike semua moral down yob, tapi teman nak mengejutkan mike dari terus di makan anakonda(kalah,jatuh liga perdana, dibuang dari skuad, di tendang ke sana kemari (pull) dan jadi takde value)

    so, sebelum perkara-perkara sebegini berlaku pada diri mike semua, teman harap mike hendaklah lebih melipat gandakan usaha mike. Ingatlah, selain dari semangat mike semua yang ikhlas berjuang untuk perak kini, mike juga adalah harapan seluruh rakyat negeri perak. terutama mereka yang benar-benar dahagakan kejayaan. mike rasa, berbaloi ke setiap titik wang penyokong yang mengalir keluar semata-mata nak tengok game yang tak berkualiti? berbaloi ke setiap titik wang rakyat perak yang di tax untuk membiayai skuad mike? belajarlah menghargai setiap pemberian tersebut. manfaatkanlah ianya dengan sebaik mungkin.

    mike semua cukup bertuah kerana dapat mewakili suara rakyat di pentas sukan ini selain dapat menyumbangkan tenaga dan usaha semata-mata untuk membantu kami rakyat perak yang amat dahagakan kejayaan. untuk itu,1st of all,mike semua kena tunjukan semangat kesungguhan yang tinggi.

    suka untuk teman ingatkan sekali lagi yang MIKE SEMUA BUKANLAH YANG TERBAIK PERNAH PERAK LAHIRKAN! TAPI MIKE SEMUA ADALAH INSAN-INSAN TERPILIH! kome taukan membezakan yang terhebat dan insan terpilih? jadi,tunjukan pada mereka yang di luar sana (team-team lain) bahawa you all bukanlah si ayam ataupun sayur kailan yang diorang sesuka hati untuk latah dan lapah. teman akur dan akui yang kalah dan menang adalah adat permainan. tapi biarlah kita kalah bermaruah. banyakkan menonton filem edisi wira-wira bangsa. mereka walaupun tewas di medan perang, tapi pihak musuh tetap respect dengan semangat dan cara berjuang yang kome tunjukan. macam game dengan selangor aritu. kalahkan? tapi boleh untuk dibanggakan.

    kome tak segan or tercabar ke bila pihak lawan kata kami YAKIN untuk mendapat tiga mata penuh bila bertemu perak? deme ingat kita ni apa? perlekeh sangat ker? ayuh yop jr, bangun berdiri bersama. tunjukan dan buktikan pada mereka saper miker ni? dari 100% prestasi miker bermain untuk 4 game ni, teman bagi 65%-75% untuk kemajuan yang dah mike berikan. thank you kerana prestasi tersebut boleh dikatakan tinggi memandangkan miker baru bermain 4 game sahaja. teman harap mike akan berusaha untuk terus meninkatkan lagi mutu permainan mike. salam qaulan

    Likes(0)Dislikes(0)
  23. belanak

    Salam...

    Wah.. Semakin hari semakin hebat... Inilah peminat Skor Yob Skor yang sentiasa dekat di hati...

    Teruskan memberi sokongan dan bersama lah kita berdoa semoga hari akan datang akan menyebelahi kita... Tidak mustahil dan apa yang pasti sokongan padu dari semua peminat amat dihargai.

    Pemain, jurulatih dan pihak pengurusan diharapkan akan memberikan impak yang positif selepas berehat yang panjang ini. Harapan dan semangat yang jitu dari peminat tidak akan luntur... Sokongan berterusan tidak kira apa yang akan terjadi walaupun kita semua tahu perjalanan masih jauh dan ingatlah bahawa "Perjuangan kita belum selesai!".

    Teman sayang team PERAK dari dulu hingga kini. Semoga sokongan padu akan berterusan dari setiap pelusuk dunia walau di mana yob serta yong berada...

    Likes(0)Dislikes(0)
  24. zul_united

    Salam...
    Teman cuma nak ucap tahniah kat pasukan 'SELADANG MUDA' sebab berjaya berada dalam kelompok pertengahan liga ketika ini walaupun pernah diramalkan sebagai calon untuk ke Liga Perdana musim depan.Teman harap pemain-pemain muda ni kekalkan momentum sedia ada untuk mengharungi liga yang masih panjang.Teman pun percaya yang kita mampu untuk melakar kejutan musim ini.Teman pun harap yang kita mampu untuk menjulang sekurang-kurangnya satu piala musim ini dan teman rasa tak mustahil kita mampu menjulangnya asalkan kita berusaha dengan lebih gigih.AYUH SELADANG MUDA!!!BUKTIKAN KEMAMPUANMU!!!PERAK BOLEH!!!SKOR YOP SKOR!!!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.