Perlawanan TM Piala FA 2009 – 31 Januari

TM Piala FA

TM Piala FA 2009 akan berlangsung malam nanti dengan 11 lagi pertemuan setelah perlawanan antara Harimau Muda menentang Plus FC telah diawalkan tempohari. Empat pasukan yang telah mendapat ‘bye’ pada pusingan pertama ini ialah juara bertahan musim lalu Kedah, Selangor, Terengganu dan pasukan Kuala Muda Naza.

Pasukan Kuala Muda Naza pada awalnya telah diundi untuk bertemu DPMM FC dari Brunei namun setelah pasukan pelawat itu dilucutkan hak bermain di Liga Malaysia kerana masalah ‘R.O.S’ di Brunei, pasukan Kuala Muda Naza telah diberikan ‘bye’ untuk pusingan pertama ini oleh Jawatankuasa Pertandingan FAM.

Pertandingan kali ini juga turut menggunakan format musim lalu iaitu jaringan gol di tempat lawan sebagai penentu pasukan yang layak ke pusingan seterusnya jika keputusan masih terikat dengan keputusan seri.

Berikut adalah perlawanan yang akan berlangsung malam nanti:

Harimau Muda (2) vs (0) Plus FC
Stadium Nasional Bukit Jalil

Proton FC vs My Team
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Kelantan vs Johor
Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu

PDRM vs Felda United FC
Stadium Majlis Perbandaran Selayang

T-Team vs Shahzan Muda
Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin

Sarawak vs ATM
Stadium Sarawak, Kuching

Pulau Pinang vs Johor FC
Stadium Bandaraya Pulau Pinang

Negeri Sembilan vs Melaka
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

Pahang vs PKNS FC
Stadium Darul Makmur, Kuantan

MBJB FC vs Perlis
Stadium Jcorp, Pasir Gudang

Perak vs SDM Kepala Batas
Stadium Perak, Ipoh

Kuala Lumpur vs Sabah
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras

Semua perlawanan akan berlangsung pada pukul 8:45 malam kecuali di Stadium Sarawak iaitu pada 3:30 petang.

Likes(0)Dislikes(0)