Perlawanan TM Liga Super 2009 – 6 Januari 2009

TM Liga Super

Sebanyak 7 perlawanan TM Liga Super 2009 yang ke-2 akan dilangsungkan pada malam ini dengan pertemuan juara Piala Sumbangsih 2009 yang baru dinobatkan Selangor bakal menanti kunjungan Perak di Stadium Shah Alam. Perlawanan ini adalah antara yang disebut-sebut menjadi tumpuan utama para wartawan dan media massa kini.

Satu lagi perlawanan yang menjadi tumpuan ialah pertemuan juara treable dua kali iaitu Kedah menentang pasukan Negeri Sembilan di Paroi. Selepas dimalukan dengan kekalahan kepada Selangor tempohari, jurulatih Kedah Azraai Khor sudah pasti akan merancang sesuatu untuk mengembalikan keyakinan penyokong Hijau Kuning ketika ini.

Pastinya anak-anak buah Wan Jamak Wan Hasan yang masih segar dengan kemenangan selesa 3 gol tanpa balas ketika bertandang ke Pulau Pinang akan memastikan mata penuh ketika beraksi menentang Kedah dihadapan penyokong sendiri.

Jadual Perlawanan TM Liga Super | Selasa 6 Januari 2009:

Selangor vs Perak
Stadium Shah Alam

Negeri Sembilan vs Kedah
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

Johor FC vs Pulau Pinang
Stadium Jcorp, Pasir Gudang

Perlis vs Pahang
Stadium Utama Negeri, Kangar

Plus FC vs Terengganu
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras

My Team vs Kelantan
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Kuala Muda vs PDRM
Stadium Darul Aman, Alor Setar

Nota: Semua perlawanan akan berlangsung pada pukul 8:45mlm

Likes(0)Dislikes(0)

5 thoughts on “Perlawanan TM Liga Super 2009 – 6 Januari 2009

  1. san

    Sean tidak meletakkan apa-apa harapan dalam game ni.. Seri cukup memadai untuk pertemuan antara Perak dan Selangor ini.. tapi dalam bola sepak, keajaiban boleh muncul secara tiba-tiba dan sekiranya ia benar-benar berlaku dalam perlawanan ini, sudah pastinya satu keajaiban yang kite akan kenang selama-selamanya..

    Aper pun all the best kepada semua pemain dan pegawai skuad!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. juanzargus

    Selamat berjuang "The Young Yob & Dengerous" .moga dapat tumbangkan keegoan Red Giant.Kepada player dan Penyokong jangan lupa doakan kemenangan saudara kita di GAZA.Main bola main jugakkan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. matahari_terbit

    kita harus memberi ruang untuk tempoh lebih kurang setahun untuk pemain pemain muda bermain secara matang dan mengumpul segala pengalaman yang wajib mereka rempuhi. janganlah kita kecewa seandai pasukan berada ditangga yg bawah dalam liga musim 2009. teman merayu kepada semua marilah kita bagi sokongan yang padu kepada pihak jurulatih untuk melakukan tugas mereka dengan berkesan,dan memberi ruang kepada pemain muda belajar. sedangkan murid disekolah nak pandai pun nak kena tunggu bertahun tahun. selamat maju jaya kepada semua semoga diberkati allah swt.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. dahsudah

    Seladang 2009 nie baru nak mengorak langkah. Jangan kite harapkan yang kemenangan sangat. Masih jauh perjalanan. deme tu sume baru nak belajor. Majoriti player tak pernah rase pun main kat stadium yg besor yg ramei penyokong. Gelabah weii.. Apa2 pun keputusan mlm nie kte sume kena terima.. Kalau kalah lagi le kena redho. Selangor mmg mantap kalau nengok sabtu lepaih. Apa2 pun main le dgn baguih yea. Good luck la

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.