Perlawanan TM Liga Super 2009 – 13 Januari 2009

TM Liga Super

TM Liga Super 2009 telah masuk perlawanan ke-4 hari ini sebelum berehat untuk memberikan laluan kepada persiapan pasukan negara dalam Kelayakan Piala Asia 2011 yang akan berlangsung pada penghujung Januari ini.

Beberapa perlawanan menarik antaranya pendahulu liga super Selangor menentang Johor FC di Stadium Jcorp, Pasir Gudang dan di utara tanahair dua pasukan berjiran Kedah dan Perlis akan berentap di Stadium Utama Negeri, Kangar.

Pasukan ditangga kedua, Plus FC akan menanti kunjungan pasukan Pulau Pinang yang masih segar dengan kejayaan menewaskan Perlis tempohari.

Sementara itu pasukan Kelantan akan berkunjung ke Stadium Majlis Perbandaran Selayang untuk menentang PDRM yang tewas 1 – 0 kepada pasukan Perak sabtu lalu di Ipoh.

Jadual Perlawanan TM Liga Super | Selasa 13 Januari 2009:

Negeri Sembilan vs Perak
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

Johor FC vs Selangor
Stadium Jcorp, Pasir Gudang

Perlis vs Kedah
Stadium Utama Negeri, Kangar

Plus FC vs Pulau Pinang
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur

My Team vs Pahang
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Kuala Muda vs Terengganu
Stadium Darul Aman, Alor Setar

PDRM vs Kelantan
Stadium MP Selayang

Nota: Semua perlawanan akan berlangsung pada pukul 8:45mlm

Likes(0)Dislikes(0)

One thought on “Perlawanan TM Liga Super 2009 – 13 Januari 2009

  1. april

    pada semua pasukan buat la yang best..mudahan banyak lagi gol yang terhasil pada malam ini.terutama skuad muda perak...

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.