Perlawanan TM Liga Super 2009 – 10 Januari 2009

TM Liga Super

Sebanyak 7 perlawanan TM Liga Super 2009 yang ke-3 akan dijalankan pada malam minggu ini dengan pertemuan tumpuan adalah antara pasukan Selangor yang menanti kunjungan pendahulu liga super kini iaitu Negeri Sembilan di Stadium Shah Alam.

Satu lagi perlawanan tumpuan umum dan media ialah pertemuan juara treable dua kali iaitu Kedah menentang pasukan kelab dari selatan tanahair, Johor FC di Alor Setar. Kedah yang telah tewas dua perlawanan sebelum ini perlu memenangi perlawanan ini untuk mengembalikan semula keyakinan penyokong Sang Kenari yang sedikit goyah.

Sementara itu Kelantan yang baru-baru ini diisytiharkan tewas secara teknikal 3 – 0 kepada pasukan Plus FC akan berhadapan pasukan kelab dari Kedah iaitu Kuala Muda Naza di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu.

Jadual Perlawanan TM Liga Super | Sabtu 10 Januari 2009:

Kedah vs Johor FC
Stadium Darul Aman, Alor Setar

Selangor vs Negeri Sembilan
Stadium Shah Alam

Kelantan vs Kuala Muda
Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu

Terengganu vs My Team
Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin

Pahang vs Plus FC
Stadium Darul Makmur, Kuantan

Pulau Pinang vs Perlis
Stadium Bandaraya Pulau Pinang

Perak vs PDRM
Stadium Perak, Ipoh

Nota: Semua perlawanan akan berlangsung pada pukul 8:45mlm

Likes(0)Dislikes(0)

4 thoughts on “Perlawanan TM Liga Super 2009 – 10 Januari 2009

  1. hilmi

    Salam buat semua peminat, penyokong serta pengikut seladang.net Apa yang saya harap malam ni pasukan muda perak akan bangkit dengan lebih bersemangat walaupun ditewaskan oleh selangor dengan dibantu oleh pengadil. Saya harap juga mutu pengadilan malam ni tidak seperti di shah alam. Harap pasukan muda kita menang dengan bermaruah bukan dengan bantuan pengadil. Amuk Seladang Amuk. Skor Yoep Skor.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. matahari_terbit

    teman setuju dengan pendapat yob hilmi. cuma sekarang apa yang perlu pihak jurulatih lebih menekankan mentaliti kearah lebih profesional,dan akan memberi rehat secukupnya kepada pemain muda perak agar dapat beraksi dengan lebih baik dari sebelum ini

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. belanak

    Salam semua peminat setia.. yong dan yob...

    Semoga malam ini menjadi malam yang indah buat semua peminat setia. Kepada peminat-peminat yang bertandang ke stadium malam ini, semoga memberikan satu sokongan yang padu kepada pasukan kita semoga mengapai kejayaan yang gemilang pada malam ini. Harapan teman tetap tidak berbelah bagi dan sentiasa memberikan sokongan padu walaupun dari jauh. harap ada live melalui website.

    Selamat maju jaya dan jangan mudah putus asa. Ayuh! Buktikan yang kita mampu bersaing dalam kancah Liga Super 2009.

    Skor Yob Skor.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. xzmir

    assalamualaikum semua.. .Pertama saya ucapkan Tahniah buat pasukan `Perak Baru' kerana menunjukkan satu permainan yang mantap ketika perlawanan dengan Selangor selasa lalu.. walaupun dibarisi rata2 pemain berusia bawah 23thn,mereka memberi tekanan & saingan yang cukup hebat buat pasukan Selangor yang dibarisi ramai pemain berpengalaman..tambahan bermain di gelanggang lawan tanpa ada rasa gugup,itu patut diberi pujian.. syabas diucapkan.. ..satu yang saya harapkan agar pasukan perak mempertajamkan lagi jentera serangan dan tidak mempersia2kan setiap peluang yang ada bagi merobek gawang lawan.. - Perak..Dulu..Kini & Selamanya!..

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.