Perlawanan TM Liga Premier 2009 – 12 Januari

TM Liga Premier

7 lagi perlawanan TM Liga Premier 2009 malam ini dengan pendahulu liga premier Harimau Muda akan bertandang ke Stadium Batu Kawan, Seberang Perai menentang pasukan SDM Kepala Batas atau lebih dikenali dengan nama Sinar Dimaja Mai Sarah FC.

Pasukan ini sebenarnya adalah pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM/Navy) yang berpengkalan di Lumut, Perak namun mewakili sebuah pasukan kelab di daerah Kepala Batas, Pulau Pinang. Mereka juga pernah menewaskan pasukan Perak dalam perlawanan persahabatan dengan keputusan 1 – 0 di Stadium Lumut Disember lalu.

Jadual Perlawanan TM Liga Premier 12 Januari 2009:

ATM vs T-Team
Stadium MP Selayang

Melaka vs PKNS FC
Stadium Hang Jebat

Felda United FC vs Johor
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur

Shahzan Muda vs Sarawak
Stadium Darul Makmur, Kuantan

MBJB FC vs Kuala Lumpur
Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos

Proton FC vs Sabah
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

SDM Kepala Batas vs Harimau Muda
Stadium Batu Kawan, Seberang Perai

Nota: Semua perlawanan akan berlangsung pada pukul 8:45mlm.

Likes(0)Dislikes(0)