Perak FA | Info Januari 2009

Perak FA logo

Sukacita dimaklumkan pihak pengurusan Perak FA telah menurunkan harga tiket bagi menyaksikan perlawanan bolasepak di Stadium Perak berkuatkuasa 10 Februari ini dengan kadar RM 15 dari RM 20 untuk grandstand dan RM 8 dari RM 10 untuk tempat duduk teres.

Kadar yang lebih murah bakal dinikmati oleh peminat bolasepak yang menyertai Kelab Peminat Bolasepak Perak apabila harga bagi tiket tempat duduk teres berharga RM 6.

Sementara itu semalam telah berlangsung satu majlis makan malam di kediaman rasmi Menteri Besar Perak untuk para pemain skuad utama Perak dan skuad Piala Presiden bersama panel jurlatih, pihak pengurusan dan ahli-ahli majlis yang lain.

Pada majlis tersebut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin turut berharap para pemain semua supaya bermain dengan bersungguh-sungguh demi menjulang kembali kegemilangan bolasepak negeri Perak.

Setiausaha Kehormat Perak FA, Tuan Haji Anuar Hashim ketika dihubungi berkata, majlis seperti ini akan diadakan setiap 2 atau 3 bulan sekali untuk memberikan peluang kepada para pemain berkomunikasi secara terus dengan Menteri Besar Perak khususnya.

Sementara itu beliau turut memaklumkan kepada wakil seladang.net tentang Mesyuarat Tahunan Perak FA yang akan diadakan pada 30 Januari 2009 (esok). Antara agenda penting yang bakal dibincangkan ialah persembahan semasa pasukan utama dan Piala Presiden serta urus tadbir kewangan persatuan disamping beberapa perkara berkaitan.

Likes(0)Dislikes(0)

5 thoughts on “Perak FA | Info Januari 2009

  1. sunrise

    wah ini mcm baru betul pengurusan yang mantap. akan mengembalikan sinaran gemelapan yang berkilauan diseluruh negeri perak. malah mampu membuat satu mensyuarat demai mengembalikan martabat skuad kejor yob kejor. tahniah mb serta ahli majlis yang lain. hanya allah sahaja mampu mebalas jasa anda semua takbir3x

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. m_anip2

    Alhamdulillah. Satu perubahan yang baik untuk mengembalikan semula para penyokong ke stadium dan meyemarakkan kembali pasukan Perak. Syabas pihak pengurusan...

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. chuck

    salam..
    alhamdulillah..sedikit sebanyak keluh-resah kita di ruangan komen SDN ini memberikan impak positif pada peminat seladang khususnya.sikap prihatin dibawah kepimpinan presiden PFA yang baru telah menampakkan satu perubahan yang besar dalam dunia industri sukan amnya di negara kita.ini kerana dengan hubungan komunikasi 2hala serta sifat tolak ansur serta kepimpinan yang terpuji telah meletakkan pasukan kita sebuah pasukan yang penuh harmoni.inilah harapan yang telah kian kami(peminat)nanti serta dambakan sekian lama.seorang pemimpin yang perihatin dan budiman.kami peminat menyambut baik amanat presiden PFA untuk menurunkan harga tiket pada paras yang boleh dikatakan terkawal lagi.saya bagi pihak perak wave(mexican wave) ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah diatas prestasi yang bagi kami lebih bermakna dari sebuah kemenangan.ingin saya tekan dan nyatakan disini bahawasanya secara mayanya kita telahpun BERJAYA!!!salam-qaulan..

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. irKupa

    salam..
    tahniah dan terima kasih atas dasar pembaharuan yang telah dilakukan pihak pentadbiran...semoga pasukan 'YOB' beroleh kejayaan yang cemerlang...tetap memberikan sokongan walaupun apa yang terjadi..

    kejor yob kejor

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.