Futsal | Penubuhan Pasukan seladang.net

Logo | seladang.net

Sukacita dimaklumkan pihak pengurusan seladang.net berminat untuk menubuhkan pasukan futsal untuk aktiviti riadah sesama ahli selain dari mewakili komuniti ini pada mana-mana pertandingan atau perlawanan persahabatan.

Semua anak jati Perak terutama yang berada di sekitar Lembah Klang dijemput untuk menyertai pasukan ini namun ianya terbuka juga kepada bukan warga negeri Perak.

Pihak seladang.net merancang untuk mengadakan sesi latihan sesama ahli pada setiap minggu dengan lokasi dan waktu latihan akan dibincangkan semula. Perlantikan Ketua Aktiviti dan Ahli Jawatankuasa adalah berdasarkan persetujuan majoriti semua.

Sebarang cadangan dan pertanyaan tentang penubuhan pasukan futsal ini hendaklah dibincangkan sesama ahli yang telah berdaftar pada ruangan komentar dibawah. Kepada yang berminat sila nyatakan nama, lokasi tempat tinggal dan posisi bermain.

Contoh:

Nama: Syidi
Lokasi: Gombak
Posisi: Penyerang

Futsal | seladang.net

Ketua Aktiviti: Syidi
Penolong Ketua: Sunrise

3 AJK Lembah Klang

  1. Taufiq
  2. Azaha
Likes(0)Dislikes(0)

39 thoughts on “Futsal | Penubuhan Pasukan seladang.net

  1. zuzai_spipoh

    assalammuilaikum, satu idea yang bagus bagi menubuhkan pasukan futsal seladang, hidup futsal seladang.net!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. yong

    setapak ke hadapan lagi seladang.net...best la..tahniah....aktiviti yg baik dlm mengukuhkan lagi silaturahim sesama kita

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. phatly

      salam yong..teman nak minta maaf...semoga kita terus sokong industri bola sepak negeri perak yang banyak melahirkan pemain yang terbaik untuk menyarung jersi kebangsaan.

      Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi

      Salam dari seladang.net

      Untuk Zackuan dan semua yang baru melayari website ini sila baca FAQ sebelum membuat komen atau ke ruangan Shoutbox. Setelah anda membaca anda akan tahu apa kesalahan yang anda telah lakukan sebelum ini. Terima Kasih.

      Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.