Futsal | Latihan & Pemilihan – 31 Januari 2009

Logo | seladang.net

Pihak pengurusan seladang.net akan mengadakan program latihan serta pemilihan pemain futsal untuk mewakili komuniti seladang.net pada perlawanan persahabatan menentang pasukan HKC (Hijau Kuning Supporters Club) sekitar awal bulan Februari nanti.

Semua peserta yang telah memberikan nama pada artikel sebelum ini dijemput untuk hadir pada sesi latihan dan pemilihan yang akan diadakan pada pukul 3 hingga 5 petang di Samba de Futsal, Seksyen 51A, Petaling Jaya pada hari Sabtu 31 Januari 2009.

Latihan dan pemilihan pemain ini terbuka untuk semua anak jati negeri Perak atau bukan tanpa mengira tahap kebolehan permainan anda. 2 kategori terbahagi untuk pasukan seladang.net yang terdiri dari pemain yang baik serta kategori riadah sesama ahli.

Sila nyatakan persetujuan anda pada bahagian komentar dibawah jika ingin menyertai latihan dan pemilihan skuad futsal seladang.net.

  • Tarikh: Sabtu 31 Januari 2009
  • Masa: 3:00 – 5:00 petang
  • Lokasi: Samba de Futsal, Lot 13, Jalan 225, Seksyen 51A, PJ
  • Yuran: RM10 +/-
  • Court: Large 17m x 30m – Taraflex
  • Bib, sarung tangan penjaga gol serta minuman akan disediakan
  • Kehadiran Tetamu Istimewa

Peta Ringkas
Samba de Futsal

Peta Google (Belon Hijau)


View Larger Map

Lain-lain perkara dan penambahan maklumat akan dimaklumkan kepada semua pada ruangan artikel ini pada waktu yang akan datang. Sila semak topik ini dari masa kesemasa untuk sebarang berita terkini dan nyatakan sebarang pertanyaan pada ruangan komentar dibawah.

Senarai Pemain Yang Dijangka Hadir:

  1. YB
  2. Syidi
  3. Taufiq
  4. Zulzia
  5. Azaha
  6. Sunrise
  7. Orenz
  8. Hassan hass
  9. Phatly
  10. Razlan
  11. Axlrose037
  12. Huarghh
  13. Adi
  14. Joe
Likes(0)Dislikes(0)

16 thoughts on “Futsal | Latihan & Pemilihan – 31 Januari 2009

  1. syidi

    Salam..

    Saya selaku Ketua Aktiviti ini melihat perkara ini sebagai sesuatu yang positif demi mengeratkan silaturrahim disamping memupuk perpaduan sesama insan dan menjaga tahap kesihatan kita agar sentiasa dalam keadaan sihat.

    Diharap, semua ahli dapat menggunakan peluang ini dengan sebaiknya demi kebaikan semua pihak. Penglibatan semua ahli amatlah dialu-alukan. Sekian, terima kasih.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. miez3

    Salam semua...

    Dukacita teman maklumkan yang teman tak dapat nak join kome semua untuk aktiviti futsal pada 31 Januari ni kerana terlibat dengan bengkel & tugas rasmi di Langkawi..

    Walaubagaimanapun,syabas teman ucapkan kepada Seladang.Net kerana berusaha menyatu padukan kita dan penyokong2 bolasepak tempatan melalui sessi riadah..

    Diharapkan usaha murni ini akan berterusan dan sebagai ahli2 yang telah banyak berforum di dalam website ini teman menyeru agar berilah sokongan dengan datang beramai2 memeriahkan suasana...insyaALLAH di lain kali teman akan cuba datang & turut serta..

    Wassalam.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. m_anip2

    salaammm...teman dari utara dan berhajat untuk pergi aktiviti ini...ada sesiapa yang berminat dan nak pergi dengan teman???

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. sunrise

    teman akan menjadi insan yang sebaik mungkin melibatkan diri dengan aktiviti yang telah disediakan oleh seladang.net......dalam masa yang sama kita mampu merapatkan hubungan silatulrahim antara satu sama lain

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. phatly

    Salam semua..Actualy teman lepas balik bercuti dari negeri Perlis Indera Kayangan. best betul teman pergi beli jersey kat padang besar..Anyway teman nak ucapkan tahniah kerana aktiviti futsal ni ingin dijalankan dengan membuat pemilihan untuk mencari bakat2 geng2 SDN untuk mewakili team komuniti maya ni untuk dijadikan promoter secara tidak langsungnya pada orang ramai.Dengan ini saya pasti rating untuk SDN akan bertambah2 tahun demi tahun dengan aktiviti yang akan menjaga kebajikan komunitinya..YB & semua terlibat teman nak ucapkan tahniah...Anyway YB teman maybe pergi ke selection futsal SDN tu...We Are Perakian!

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. adi

    salam Bros ...
    teman teringin jugak nak menjoinkan diri utk sesi berfutsal ni ... tapi kepala lutut teman ada terasa sakit sikit ... teman ni masuk kategori beriadah je lah ...

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. syidi

    Harapan saya semoga sahabat-sahabat yang telah mengesahkan kehadiran seperti di atas, dapat hadir bagi memastikan perancangan kita selama ini dilaksanakan dengan jayanya.

    Sesungguhnya ada kejutan yang berlaku kelak di sana. Kejutan ini dianggap sebagai hadiah istimewa yang tidak ternilai untuk penyokong maya Perak yang setia. Untuk mengetahui apa kejutan berkenaan? Dijemput hadir ke tempat yang ditetapkan esok.

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. m_anip2

    Teman mohon maaf kerana tidak dapat menghadirkan diri pada esok hari. Teman kena pergi kursus di Air Itam selama dua hari. Apa-apa pun teman menyokong penuh dengan aktiviti yang dijalankan ini. Bagus untuk mengeratkan hubugan sesama "Perakian". Yob Selamanya...

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. zfnizam

    teman conform tak dpt join.....
    org umah baru bersalin pagi tadi. so tak dapat le nak turun....
    lain kali kalo ada bleh le join skali....sesaja join....

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.