AFC Asian Cup 2011 | Group C – Malaysia Vs UAE (review)

AFC Asian Cup 2011 Qatar | Group C

Rabu 21 Januari 2009
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur
8:45PM

Perlawanan pertama kumpulan C dalam kempen Kelayakan Piala Asia 2011 bagi skuad Malaysia adalah bertemu dengan pasukan United Arab Emirates (UAE) pada pukul 8:45 malam esok di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.

Malaysia yang diletakkan dalam kumpulan C bersama United Arab Emirates (UAE) dan Uzbezkistan tentunya mempunyai laluan sukar untuk ditempuh memandangkan kedua-dua pasukan ternyata amat gagah di atas kertas berbanding pasukan Malaysia.

Kali terakhir pasukan Malaysia bertemu dengan United Arab Emirates (UAE) adalah pada perlawanan persahabatan yang diadakan pada 21 Jun 2007 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya yang berkesudahan Malaysia tewas 3 – 1 dengan gol tunggal dijaringkan oleh Akmal Rizal.

Walaupun peluang pasukan Malaysia untuk mencatatkan kemenangan adalah tipis namun tiada yang mustahil dalam sukan bolasepak. Jika pemain bermain dengan bersungguh-sungguh pasti kita mampu mencatatkan keputusan yang mengejutkan.

Tiket berharga RM 10 (dewasa) dan RM 5 (kanak-kanak) untuk semua tempat duduk boleh dibeli mulai pukul 11 pagi di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur pada hari perlawanan. Kepada peminat bolasepak dan penyokong setia pasukan Malaysia, dijemput untuk bersama-sama memberikan sokongan kepada pasukan negara pada perlawanan ini.

Likes(0)Dislikes(0)

7 thoughts on “AFC Asian Cup 2011 | Group C – Malaysia Vs UAE (review)

  1. sunrise

    salam....
    biar apapun keputusan yang bakal diterima oleh pasukan kebangsaan esok,diharapkan pemain pemain kebangsaan mampu menyajikan persembahan yang bermutu. bukan mempersembahkan persembahan yang lembik dan tidak bermaya untuk menentang pasukan lawan. teman sebagai rakyat negeri perak warganegara malaysia tetap akan menyokong pasukan kebangsaan,kepada yang lain diharapkan akan urun memberi sokongan yang padu kepada mereka(bukan sokong fam,tapi sokong pemain sahaja)

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. zul_united

    Salam...Diharapkan pasukan Malaysia dapat menyajikan permainan yang bermutu tinggi sewaktu menentang UAE nanti.Walaupun UAE bukanlah calang-calang pasukan tetapi teman percaya kita mampu untuk sekurang-kurangnya mengelak daripada 'diratah' oleh mereka tambahan pula kita bermain di tempat sendiri.Walau apapun keputusan perlawanan nanti,teman akan terima dengan redha.Tapi teman juga berharap pasukan Malaysia tidak mengecewakan teman dan rakyat Malaysia yang lain yang sememangnya sudah lama menunggu kejayaan skuad negara di paringkat dunia.Lupakan sejarah lama,buka lembaran baru...Ayuh skuad HARIMAU MALAYA!!!!BUKTIKAN KEMAMPUAN SEBENARMU!!!!MALAYSIA BOLEH!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. taufiq

    Salam, untuk perlawanan Malaysia menentang UAE fiq menaruh harapan yang tinggi walaupun pasukan negara kita pernah ditewaskan pada tahun 2007 lepas. Kekalahan yang lepas bukanlah kayu pengukur untuk menilai kemampuan pasukan negara sekarang, kelebihan berpihak kepada pasukan negara kerana bermain di tempat sendiri, saya yakin pasukan negara dapat menggunakan kelebihan ini dengan sebaik-baiknya, jika kemenangan dicipta pada perlawanan ini dapatlah membuka mata rakyat negara ini yang seringkali memandang rendah akan kemampuan pasukan negara

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. taufiq

      Semoga pasukan negara mampu mengatasi UAE, berbekalkan semangat bola sepak dan Malaysia Boleh, tahun 2009 ini akan lebih bersinar dengan kejayaan demi kejayaan dalam bola sepak mahupun acara sukan yang lain. MALAYSIA BOLEH..!!.

      Likes(0)Dislikes(0)
  4. syidi

    Setelah beberapa bulan pemain-pemain Malaysia pulang ke pangkuan pasukan negeri/kelab masing-masing, kini mereka dikumpulkan semula untuk mengharungi satu lagi ujian getir, khasnya jurulatih B Santhianthan. Beliau perlu membuktikan sesuatu yang boleh menutup mulut pengkritik bola sepak di Malaysia yang melontarkan pelbagai tohmahan selepas pulang dari Piala AFF Suzuki tempohari.

    Para pemain juga perlu turun beraksi tanpa sebarang tekanan dalam memastikan kita berjaya mencipta kejutan. Ini bukan kali pertama, malah sebelum ini kita pernah mencipta kejutan-kejutan yang agak membanggakan. Oleh yang demikian tiada apa lagi komen yang ingin saya sampaikan selain daripada ucapan selamat berjuang demi maruah bolasepak Malaysia dan untuk para peminat.

    Lagipun, dalam Kumpulan C hanya dua lawan yang perlu ditumbangkan, UAE dan Uzbekistan. Jadi berusahalah, anggaplah ini peluang untuk kita layak kep Piala Asia 2011 nanti.

    Malaysia Boleh!

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. putra8878

    salam...keputusan yg semua org boleh agak mlm esok..tinggal lagi berapa bijik yg kene je tak tau lagi..kalu bawah 2 gol,kira ok je la.kalu seri gerenti heboh seminggu kat paper.selamat berjuang supaya jgn jadi belasahan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. khairol

    kekalahan perak dan kedah pada kejohanan afc cup yang lepas menampakkan jurang pasukan dari arab dengan malaysia.. terbukti lagi ketidakmampuan malaysia menumbangkan jiran serantau seperti thailand dan vietnam..

    pemilihan stadum cheras sebagai venue adalah tepat.. agar tak nampak sangat kerusi kosong di stadium..mungkin peminat di malaysia menyambut dingin kelayakan piala asia bertemu UAE berdasarkan apa yang dipersembahkan anak didik sathianathan. namun di harapkan, kepada peminat yaang masih sayangkan harimau malaysia, hadirlah ke stadium PBKL, cheras dengan membawa jalur gemilang..

    kepada pemain yang menggalas tanggungjawab di atas padang.. lakukanlah sesuatu agar dapat meyakinkan kembali peminat bolasepak tempatan.. mulakanlah langkah kanan untuk 2009..

    perak negeriku.. malaysia tanahairku

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.