AFC Asian Cup 2011 | Group C – Malaysia Vs UAE (result)

AFC Asian Cup 2011 Qatar | Group C

Malaysia 0 – 5 United Arab Emirates (UAE)

Rabu 21 Januari 2009
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur
8:45PM

Perlawanan pertama kumpulan C kempen Kelayakan Piala Asia 2011 bagi skuad Malaysia berakhir dengan keputusan mengaibkan apabila dibelasah United Arab Emirates (UAE) dengan jaringan 5 gol tanpa balas di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur malam tadi.

Malaysia bermula garang pada separuh masa pertama apabila kerap mengasak ke kubu pasukan lawan namun penyudah yang tumpul pada bahagian serangan menghampakan kira-kira lebih 12,000 ribu penyokong Malaysia yang hadir malam itu.

Gol pertama United Arab Emirates (UAE) hadir pada minit ke 29 hasil hantaran satu dua pemain lawan yang menyaksikan ketua pasukan mereka Mohamed Omar Ahmad berjaya meloloskan diri dan seterusnya mudah menewaskan penjaga gol negara Syamsuri Mustafa.

Ketika permainan seakan berakhir dengan satu gol pada separuh masa pertama, Mohamed Omar Ahmad sekali lagi menyudahkan penalti untuk gol kedua pasukan pelawat setelah Hardi Jaafar mengasari Ismail Salem Saeed dalam kotak penalti Malaysia pada minit ke 44.

Bersambung babak kedua permainan, pasukan pelawat tidak menunggu lama apabila Ismail Matar Ibrahim menyumbat gol ketiga pada minit ke 61 menerusi satu sepakan deras yang menewaskan Syamsuri Mustafa hasil kealpaan benteng pertahanan negara.

Syamsuri Mustafa terpaksa dikeluarkan kerana mengalami kecederaan dan Syed Adney Syed Hussein masuk sebagai pemain gantian dan pada minit ke 75 gawang Malaysia bolos lagi apabila Ismail Matar Ibrahim menambah gol keempat United Arab Emirates (UAE).

Ahmed Khalil menyudahkan malam duka buat pasukan bimbingan B. Sathianathan apabila menyumbat gol kelima pasukan pelawat 5 minit sebelum wisel penamat dibunyikan oleh pengadil perlawanan dari Australia, Williams Benjamin.

Pada sidang media yang diadakan sejurus selepas tamat perlawanan, jurulatih negara B. Sathianathan menyalahkan kualiti pemain Malaysia yang menurutnya tidak dapat menandingi pemain lawan serta tahap stamina yang rendah adalah faktor utama kekalahan malam itu.

Dari sudut pandangan kebanyakan wakil media yang hadir berpendapat bahawa jurulatih negara itu sebenarnya sudah kekeringan idea untuk merencana strategi selain kegagalan beliau sendiri memilih pemain yang berkualiti untuk diserapkan ke dalam pasukan kebangsaan.

Hakikatnya, B. Sathianathan sewajarnya sudah melepaskan jawatan ketua jurulatih negara sebaik sahaja gagal ketika di Kejohanan Piala AFF tempohari. Rata-rata peminat sudah jelak dengan pelbagai alasan yang diberi setiap kali pasukan negara tewas seperti ini.

Likes(0)Dislikes(0)

17 thoughts on “AFC Asian Cup 2011 | Group C – Malaysia Vs UAE (result)

  1. syidi

    Ternyata banyak perkara yang diperbaiki oleh Skuad Kebangsaan kita. Terus-terang saya katakan, corak permainan Malaysia adalah lapok. Corak serangan adalah 'patent' yang sama dari awal hingga akhir permainan. Sekali gus, lawan mudah mematahkan setiap serangan bertalu-talu Malaysia.

    Perkara yang saya banggakan semalam adalah penyokong Malaysia. Tahniah diucapkan. Saya tidak menyangka apabila hampir penuh Stadium Cheras yang hanya mampu menampung lingkungan 15-16 ribu penonton.

    Ketika perlawanan sudah tamat, masih ramai peminat-peminat yang menunggu di perkarangan stadium untuk bersua muka dengan pemain-pemain untuk memberi semangat.

    Tidakkah FAM nampak perkara ini? Tiadakah rasa simpati dengan kami para penyokong yang masih setia walau apa rupa pasukan kebangsaan kami? Diharap FAM dapat memikirkan sesuatu yang lain daripada sekarang untuk memastikan Pasukan Malaysia berubah wajah.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. m_anip2

    Tergamam teman bila buka komputer pagi ini tengok keputusan macam ni, sedihnya, pasukan malaysia bagaikan sudah tiada harapan untuk berjaya ke? Ke mana semangat kenegaraan yang ada pada setiap pemain yang dipilih?
    Come on MALAYSIA!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. zul_united

    Salam...Teman sebenarnya tidak menyangka yang kita akan kalah sebegini teruk. Apa yang teman dapat lihat,ternyata tahap kecergasan menjadi faktor utama kekalahan besar ini terutama pada separuh masa kedua.Malah,selepas UAE menjaringkan gol ketiga,skuad kebangsaan dilihat seperti sudah 'tiada jiwa' untuk bermain.Hal ini diperakui sendiri oleh pengurus UAE yang mengatakan bahawa anak-anak buahnya menghadapi tugas yang lebih mudah selepas menjaringkan gol ketiga.Namun,tahniah teman ucapkan kepada pemain kebangsaan yang bermain semalam.HIDUP HARIMAU MALAYA!!KAMI SENTIASA DI BELAKANGMU!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. pachenko

    Aku dah agak dah mesti tidak lari dari 5 gol. Bonus la kalau kurang dari tu. Aku malas nak letihkan jari nak komen panjang. Nasib baik aku tidak pergi tengok kat stadium semalam sebab last minit ada hal lain . Apa-apa pun kualiti permainan kita tidak pernah berubah. Aku pun pelik kenapa boleh jadi mcm ni bola sepak MALAYSIA. Siapa lagi yang perlu dipersalahkan selepas nie? Mungkin salah rumput stadium ke agaknya atau cuaca kat Malaysia panas sangat ke, malas lah nak fikir lagi.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. sunrise

    salam, bagi teman semalam keputusan kekalahan 5-0 bukanlah semata mata kesilapan daripada pemain,tetapi ianya banyak bantuan dari pihak pengadil. dua gol yang dijaringkan oleh UAE adalah dalam keadaan offsise.pengadil juga telah membuat kesalahan yang jelas ketika tamat saingan separuh masa pertama. sedangkan pengadil yang mengadili perlawanan adalah yang bertaraf profesional.kepada penyokong malaysia yang tidak menyaksikan perlawanan semalam janganlah salahkan skuad kebangsaan seratus peratus.

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. lintau

    Salam, walaupun secara am nya seluruh rakyat malaysia tahu akan prestasi semasa pasukan kebangsaan yang tidak begitu membanggakan namun masih ramai lagi yang menaruh harapan tinggi terhadap pasukan malaysia. ini dibuktikan dengan kehadiran seramai 12,000 orang penonton yang menyokong bola sepak kebangsaan. tahniah penyokong malaysia!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. doyan

    Kalah dengan UAE 5-0. Cakap jurulatih sudah macam tiada semangat. Lepas tu dipersalahkan Liga Malaysia yang kurang bermutu. Kalau biasanya keadaan jurulatih-jurulatih di luar Malaysia sana, mereka bertanggungjawab...tidak banyak sangat alasan dan letak jawatan

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. pachenko

      Jangan kita persalahkan jurulatih 100%. Aku rasa kalau kita letak Alex Ferguson atau Mourinho ke mesti result yang sama juga yang kita peroleh. Masalah utama sekali ialah para pemain yang dipilih oleh FAM. Fan kita hanya berani suruh Aizuddin & Sathia letak jawatan tapi bagaimana pulak dgn Presiden? Kenapa Real Madrid boleh pecat presiden tapi kita di sini seolah takut untuk menyatakan kebenaran. Fikir kan lah. Sedangkan politik sudah mula berubah kenapa dalam bola sepak kita tidak boleh rombak pucuk pimpinan. tukar la yang baru biar ada idea baru yg mungkin dapat membolehkan nasib bola kita terus dibela.

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. zulzia

        Masalah politik dalaman masih mengurai dalam persatuan memang kita sendiri sedia maklum. Sampai bilakah kemelut in berakhir biarlah mereka yang tentukan. Kuasa dan darjat sudah jadi makanan. Siapakah peminat yang boleh ubahkan. Kebanjiran penyokong yang hadir patut mereka fikirkan, kami masih sayang dengan bolasepak tempatan.
        Pucuk pimpinan ade menyatakan, rombakan yang besar-besaran patut dilakukan. Dimana patut dirombak? Persatuan? Jurulatih? ataupun pemain? Jangan salahkan pemain kalau sudah tertekan. Siapakah mereka kalau bukan persatuan atau jurulatih yg memilih.

        Likes(0)Dislikes(0)
    1. chuck

      salam....
      apa lagi yang nak kita malukan???cakap berbudibahasa pakai mulut and saluran yang betul tapi suara peminat yang sayangkan sukan ni masih lagi dipandang enteng...tak boleh cakap,perbuatan la...memang selayaknya orang berkenaan menerima setiap kesan dari suara peminat yang dah terlalu jelik untuk membual bicarakan isu yang sama berulang-ulang..isu yang sama!!!isu yang sama!!!dah sampai orang(peminat)tak boleh terima coz alasan yang diberikan adalah sama dan tak munasabah langsung!!!diorang(pihak yang terlibat)bukan memikirkan cara bagi menyelesaikan setiap permasalahan yang berlaku tapi hanya pandai untuk bermadah helah!!!usahla dipertikaikan lagi kegagalan mereka untuk membentuk skuad kebangsaan yang yang lemau-malau!!!

      Likes(0)Dislikes(0)
  8. khairol

    Sejurus tamat perlawanan Malaysia lawan UAE.. teman bersama ratusan peminat bolasepak malaysia berkumpul di hadapan stadium KLFA cheras.. antara teriakan dan pekikan mereka menggambarkan kekecewaan yang tak dapat di bendung lagi.. undur azazudin undur.. undur sathia undur.. pasukan gendang pula memainkan lagu "balik kampung".

    Langkah FAM menaikkan liga dari semi-pro kepada profesional di lihat sebagai satu agenda yang gagal.. pada era pro, wang adalah perkara utama yang di pandang pemain.. sehinggakan begitu ramai pemain meninggalkan negeri sendiri demi mengejar gaji lebih lumayan yang di bayar kelab.. lihat contoh bagaimana pemain perak memilih menyarung jersi MPPJ suatu ketika dulu.. apabila mentaliti memandang wang lebih utama.. semangat negeri mula luntur.. apabila semangat negeri mula luntur, bagaimana nak wujudkan jatidiri ketika mewakili negara tercinta..

    Jika di lihat di atas padang, malaysia tidak seperti era dulu.. pemain berbilang bangsa.. melayu, cina, india, singh dan dari sabah dan sarawak.. FAM seharusnya menarik lebih minat lagi kaum bukan melayu dalam bermain bolasepak.. ambil contoh paling dekat era 80an, siapa yang tak kenal Lim Teong Kim dan Serbegith Singh.. sekurang-kurangnya mereka ini di geruni di asia tenggara.. emas sukan sea 1989 jadi kebanggaan..

    Selagi FAM tidak melakukan sesuatu.. jangan salahkan peminat jika stadium sepi sekiranya pasukan kebangsaan beraksi.. jika meriah di stadium hanyalah kemeriahan balingan botol air dari kerusi penonton..

    Renung-renunglah FAM

    PERAK NEGERIKU MALAYSIA TANAHAIRKU

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. putra8878

    RAMALAN KU BENAR BELAKA, Lepas ni tengok pulak berapa guni kena dengan uzbekistan, ada hati pula nak buat frendly match dengan MU. Baik tak payah , buat malu malaysia je..asia tenggara pun tak lepas lagi...

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. chuck

    salam...seperti yang diramalkan..malaysia tersungkur dilaman sendiri..apelah yang nak diharapkan lagi..hanya peminatla yang masih dok setia mengharapkan pembaharuan serta pembangunan untuk sukan ini.tapi??tepok dada tanyala pada sikap kapitalis-kapitalis yang bagi saya tak layak untuk membual bicarakan isu-isu yang berkaitan dengan isu ini.syor serta sokongan saya pada pucuk pimpinan tertinggi ialah supaya kita melantik pesara-pesara sukan ini yang pernah mengharumkan nama malaysia satu masa yang dulu.disamping khidmat sokongan dari tenaga mahupun pakar profesional.tapi wakil yang mampu untuk membicarakan isu ini ialah dari golongan mereka yang yang arif serta tiada tolok bandingnya pengetahuan,pengalaman serta semangat cintakan sukan ini yang tinggi.akhir kata,makan bola,tido bola,minumla tongkat ali!!!memang tidak berkaitan pun,tapi kita gunakanlah sumber-sumber yang kita ada untuk membangunkan sendiri sukan bolasepak di negara kita ni...salam qaulan..

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. doyan

    macam Toni Netto mulakan melatih Perak dengan buat latihan asas kepada pemain2 Perak ketika itu atas alasan asas bolasepak pun tak betul. lepas tuh apa jadi...2 tahun pegang piala liga perdana 1. kesimpulannya...belum cuba belum tau. tak salah mencari jurulatih berkaliber tapi jangan ler tangan orang2 politik campur tangan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  12. zuzai_spipoh

    assalamuilaikum....peminat malaysia yang kecewa......bukan tidak boleh terima hakikat tapi permainan yang hambar dan memalukan.diharap FAM membuka mata.jangan mengharapkan pemain yang telah diaibkan dalam suzuki cup.pilih pemain yang berkualiti.masalah ni telah bertahun lamanya tidak dapat diselesaikan. fikiranlah dan renungkan lah.

    Likes(0)Dislikes(0)
  13. mior88

    salam..seperti yang dijangka pasukan malaysia kalah lagi..harap FAM dapat tukarkan juralatih kerana jurulatih yang ada sekarang ni tak berkaliber..

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.