Posted in TM Piala FA 2009 on January 31st, 2009 No Comments »

TM Piala FA 2009 akan berlangsung malam nanti dengan 11 lagi pertemuan setelah perlawanan antara Harimau Muda menentang Plus FC telah diawalkan tempohari. Empat pasukan yang telah mendapat ‘bye’ pada pusingan pertama ini ialah juara bertahan musim lalu Kedah, Selangor, Terengganu dan pasukan Kuala Muda Naza.
Pasukan Kuala Muda Naza pada awalnya telah diundi untuk bertemu DPMM FC dari Brunei namun setelah pasukan pelawat itu dilucutkan hak bermain di Liga Malaysia kerana masalah ‘R.O.S’ di Brunei, pasukan Kuala Muda Naza telah diberikan ‘bye’ untuk pusingan pertama ini oleh Jawatankuasa Pertandingan FAM.
Pertandingan kali ini juga turut menggunakan format musim lalu iaitu jaringan gol di tempat lawan sebagai penentu pasukan yang layak ke pusingan seterusnya jika keputusan masih terikat dengan keputusan seri.
Berikut adalah perlawanan yang akan berlangsung malam Continue reading
Posted in TM Piala FA 2009 on January 30th, 2009 8 Comments »

Sabtu 31 Januari 2009
Stadium Perak
8:45PM
Perlawanan TM Piala FA musim 2009 pusingan 1 timbal balik pertama untuk pasukan Perak adalah bertemu dengan pasukan kelab yang baru dinaikkan ke Liga Premier musim ini iaitu pasukan SDM Kepala Batas atau nama lainnya Sinar Dimaja Mai Sarah FC.
Pasukan ini sebenarnya dibarisi oleh pemain-pemain dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM/Navy) yang berpengkalan di Lumut dan pernah mengejutkan Perak dalam perlawanan persahabatan dengan keputusan 1 - 0 di Stadium Lumut Disember lalu.
Walaupun mereka sekadar pasukan kelab, peminat tidak harus memandang mudah perlawanan ini. Dua pemain yang pasti tidak dapat diturunkan pada perlawanan tersebut ialah Fauzi Ariffin dan juga Benedict Martin yang masih lagi mengalami kecederaan.
Nasib tidak menyebelahi pasukan Perak apabila pemain muda bawah 20 tahun, Wan Hossen dilaporkan diserang sakit mata… Continue reading
Posted in Umum on January 29th, 2009 5 Comments »

Sukacita dimaklumkan pihak pengurusan Perak FA telah menurunkan harga tiket bagi menyaksikan perlawanan bolasepak di Stadium Perak berkuatkuasa 10 Februari ini dengan kadar RM 15 dari RM 20 untuk grandstand dan RM 8 dari RM 10 untuk tempat duduk teres.
Kadar yang lebih murah bakal dinikmati oleh peminat bolasepak yang menyertai Kelab Peminat Bolasepak Perak apabila harga bagi tiket tempat duduk teres berharga RM 6.
Sementara itu semalam telah berlangsung satu majlis makan malam di kediaman rasmi Menteri Besar Perak untuk para pemain skuad utama Perak dan skuad Piala Presiden bersama panel jurlatih, pihak pengurusan dan ahli-ahli majlis yang lain.
Pada majlis tersebut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin turut berharap para pemain semua supaya bermain dengan bersungguh-sungguh… Continue reading
Posted in Umum on January 26th, 2009 No Comments »

Selamat Menyambut Gong Xi Fa Chai dari pihak pengurusan dan warga kerja seladang.net kepada semua pengunjung dan terima kasih kerana terus memberikan sokongan kepada halaman web ini.
Gong Xi Fa Chai
admin… Continue reading