TM Liga Malaysia 2009 | Info

Semalam telah berlangsung majlis undian Piala FA dan penentuan pasukan dalam persaingan Liga Malaysia iaitu Liga Super dan Liga Premier di Wisma FAM. Sebanyak 15 pasukan bertanding dalam Liga Super dan 14 pasukan dalam Liga Premier.

Pasukan PDRM yang terdahulu telah menarik diri dari persaingan Liga Super telah kembali semula dan sebagai hukuman mereka di denda RM 10,000 oleh FAM. Nasib pasukan Kelantan amat baik apabila tempat mereka didalam Liga Super turut terjamin apabila FAM mengekalkan tempat mereka dalam Liga Super.

Dalam persaingan Piala FA 2009, pasukan Perak akan berhadapan dengan pasukan SDM Kepala Batas di pusingan pertama pada 3 Februari 2009 dan perlawanan kedua pada 7 Februari 2009. Jika melepasi perlawanan tersebut, Perak dijangka akan bertemu pemenang antara pasukan DPMM FC dan Kuala Muda FC pada 21 Februari 2009.

Berikut adalah pasukan yang bersaing dalam Liga Super dan Premier Musim 2009.

Liga Super 2009

  1. Kedah
  2. Selangor
  3. Kuala Muda FC
  4. Johor FC
  5. Perlis
  6. Terengganu
  7. My Team
  8. PDRM
  9. Negeri Sembilan
  10. Kelantan
  11. Plus FC
  12. Pahang
  13. Pulau Pinang
  14. DPMM FC
  15. Perak

Liga Premier 2009

  1. Kuala Lumpur
  2. T – Team
  3. Melaka
  4. Johor
  5. Felda FC
  6. PKNS FC
  7. Sabah
  8. Harimau Muda
  9. SDM Kepala Batas
  10. Proton FC
  11. MBJB FC
  12. Shahzan Muda
  13. Sarawak
  14. ATM
Likes(0)Dislikes(0)

2 thoughts on “TM Liga Malaysia 2009 | Info

  1. gibauk

    Harap sangat agar coach M.Karathu dapat mengembalikan semula kegemilangan team Perak seperti yang pernah beliau lakukan sekitar tahun 90'an dulu.
    Walaupun rata-rata dibarisi dengan pemain baru, harap ianya bukan satu alasan untuk Perak menjadi mangsa 'umpan' bagi pasukan lain mengutip tiga mata penuh. Jika majoriti pemain Perak sekarang merupakan bekas pemain Piala Presiden, nah! sekarang masanya untuk membuktikan kehebatan anda apatah lagi dinaik taraf ke skuad utama Perak bagi tahun 2009.
    Kami amat setia dan berharap agar pasukan 'Kejor Yop Kejor' mampu mengekalkan gelaran Pasukan Elit sampai bila-bila...

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. syidi

    Perak seharusnya menyahut cabaran ini dengan positif. Rata-rata penyokong Perak berkeyakinan tinggi dengan corak kejurulatihan yang dipimpin oleh M Karathu.

    Walaupun laluan tampak sukar untuk tahun 2009, namun kami mengharapkan sesuatu yang ajaib untuk membuka mata musuh-musuh kita.

    Selamat berlatih dan terus berjuang untuk PERAK yang kita cintai.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.