Selangor Vs Perak | Test Match

Selasa 23 Disember 2008
Stadium Shah Alam
8:00 malam

Perlawanan ’test match’ keempat skuad seladang kali ini adalah bertandang ke tempat lawan iaitu bertemu Selangor di Stadium Shah Alam. Perlawanan yang bakal dilangsungkan pada sebelah malam ini adalah perlawanan pertama yang diadakan diluar negeri Perak.

Untuk rujukan, pasukan Perak telah melalui tiga siri perlawanan ‘test match’ iaitu menewaskan pasukan kelab dari liga premier PKNS FC 3 – 0, seri 1 – 1 menentang pendatang baru liga super Kuala Muda Naza dan terakhir menewaskan pasukan Perlis dengan 1 – 0.

Jika tiada aral melintang, pasukan Perak bakal diperkuatkan kembali dengan kehadiran semula pemain sayap lincah Mohd Arsyah Ayob setelah beliau tidak dapat diturunkan pada perlawanan menentang Perlis tempohari kerana masalah kecederaan.

Penolong jurulatih Perak, Raja Azlan Shah ketika dihubungi berkata “Pertemuan menentang Selangor adalah kemuncak ‘test match’ untuk pasukan Perak musim ini dan kemenangan bakal menjadi pembakar semangat buat pemain menghadapi musim baru nanti”.

“Kita mengadakan perlawanan ‘test match’ ini di Shah Alam adalah sebagai satu tanda penghargaan di samping memperkenalkan para pemain kepada seluruh peminat Perak yang bermastautin di Lembah Klang dan kita mengharapkan sokongan padu mereka”.

Peminat bolasepak Perak dijemput hadir beramai-ramai menyaksikan perlawanan ini. Anda digalakkan untuk menyemak semula sebarang perubahan untuk masa dan venue perlawanan pada halaman ini di sebelah petang hari pertandingan tersebut.

Nota: Bersempena dengan perlawanan ini pihak pengurusan seladang.net ingin menjemput anda semua untuk satu perjumpaan khas yang bakal diadakan pada hari perlawanan tersebut. Sebarang pertanyaan atau cadangan untuk ‘aturcara perjumpaan’ nanti boleh diajukan pada ruangan komen dibawah.

Likes(0)Dislikes(0)

10 thoughts on “Selangor Vs Perak | Test Match

  1. matahari_terbit

    diharapkan pasukan perak dapat mempersembahkan mutu permainan yang positif demi menunjukkan bahawasanya pasukan perak segar bugar dan berkeyakinan tinggi. buktikan kepada mereka yang telah meninggalkan skuad perak

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. YB

    Perjumpaan geng seladang.net pada 23 Disember 2008:

    01) YB
    02) Acap
    03) Miez3
    04) Harry
    05) Azaha
    06) Nizam
    07) Axlrose037
    08) Dr Kampung
    09) Zulzia
    10) Matahari Terbit
    11) Putra8878
    12)
    13)
    14)
    15)

    Banner akan digantung bersebelahan dengan tempat duduk VIP di grandstand. Sila 'update' nama anda pada ruangan komen dibawah jika ingin turut sama serta dalam perjumpaan ini. Terima Kasih.

    Banner seladang.net sebenar

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. miez3

      Teman akan hadir bagi sokongan padu!Bila lagi orang2 sebelah Lembah Klang ni nak turun ye tak?Inilah peluang dan masa yang ditunggu2 untuk sama-sama beri sokongan pada skuad era baru Skor Yob Skor ni!
      Ok semua...kita jumpa di stadium besok!

      Likes(0)Dislikes(0)
  3. angah

    InsyaAllah teman pun akan turun stadium esok. Dah lama dah teman tak tengok pasukan Perak main. Teman ingat, besok Perak menang besar...Jumpa esok...good luck

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. Dr Kampung

    Moh ler yob ramai-ramai kita penuhkan Stadium Shah Alam. Teman harap dengan kedatangan kita semua dapat menaikkan lagi semangat adik-adik kita apabila bedepan dgn Selangor. Pemain Selangor pun banyak orang kita juga yob. Malam ni kita kasi hambat Selangor.

    "Skor yob skor"

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. hilmi

    ayuh kite ke stadium shah alam utk memberi sokongan kepada skuad seladang muda kite, moga seladang muda tunjukkan pada semua yg kita masih mampu memberi cabaran yg sengit pada team yg lain dlm liga super 2009.

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. Yashurr Yazurry

    Mantap Yob Mantap!!

    Selamat Maju Jaya Buat Pejuang-Pejuang Muda Kita!!!!
    Buktikan pada mereka yang kita adalah
    pasukan yang harus digeruni dalam saingan
    liga super tahun hadapan...

    Moga perlawanan malam ini menjanjikan
    persembahan yang mantap buat pasukan kesayangan kita
    InsyaAllah....

    Kejor Job Kejor!!!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.