Selangor Vs Perak | Test Match (result)

Selasa 23 Disember 2008
Stadium Shah Alam
8:00 malam

Selangor 5 – 1 Perak

“Saya ingin mencuba barisan pemain yang berfizikal besar pada kesebelasan utama Perak kali ini dan merehatkan sementara pemain-pemain yang pantas dan lincah untuk melihat sejauh mana keberkesanan mereka bermain dengan ‘game play’ yang berbeza”.

“Kalah atau menang bukan menjadi ukuran buat saya kerana kita telah pun mempunyai senarai pendek kesebelasan utama pasukan Perak nanti cuma saya perlu membuat lebih banyak ‘resepi’ sebelum liga bermula Januari nanti”

Begitulah antara kata-kata penting dari jurulatih Perak, M. Karuthu kepada wakil seladang.net sebelum sepak mula perlawanan dilangsungkan yang menyaksikan Perak tumpas 1 – 5 kepada pasukan tuan rumah Selangor.

Barisan Pemain Perak 2009

Selangor yang menurunkan barisan utama mereka pada malam itu bermula garang apabila menyumbat 4 gol pada separuh masa pertama melalui Amirul Hadi Zainal dengan 2 gol dan satu gol masing-masing dari Amri Yahyah dan R. Surendren.

Pada separuh masa kedua pasukan Perak berjaya mendapatkan satu gol melalui K. Puvinderan Naidu melalui satu tendangan percuma yang cantik dari luar kotak penalti yang menewaskan penjaga gol Selangor, Nasril Nourdin.

Safee Sali gagal untuk menjaringkan gol pertama beliau apabila sepakan penaltinya tersasar dan melantun mengenai palang gol setelah pada awalnya beliau dikasari oleh penjaga gol Perak, Megat Amir Faisal di dalam kotak penalti. Rudie Ramli menyumbat gol kelima Selangor malam itu sebelum wisel penamat dibunyikan pengadil perlawanan.

Kira-kira 1500 orang penonton hadir memberikan sokongan pada malam itu. Beberapa kad kuning turut dilayangkan kepada pemain kedua-dua pasukan dengan Mohd Razali Umar dikeluarkan kerana masalah kecederaan. Mohd Arsyah Ayob juga hanya menjadi penonton akibat kecederaan pangkal peha yang belum pulih sepenuhnya.

Pasukan Perak dijadualkan menentang pasukan Kelantan pada 26 Disember ini di Stadium Perak, Ipoh untuk perlawanan ‘test match’ yang terakhir nanti.

Likes(0)Dislikes(0)

13 thoughts on “Selangor Vs Perak | Test Match (result)

  1. Dr Kampung

    Salam. Teman ada di stadium malam tadi walaupun lambat sikit. Duduk dengan 'gang' seladang.net. 'First time'.

    Komen teman pasal 'game' malam tadi:
    Pemain keseluruhan bermain dengan baik. Cuma idea tu kurang, terutama bahagian tengah. Masih teragak-agak dalam menghantar bola. Mungkin faktor gugup bila memegang bola. Tapi kita masih lagi mampu untuk menyaingi tempo permainan. Insya Allah, satu hari nanti kita akan kembali untuk menggegar liga bola sepak di negara Malaysia ini. Syabas yob.

    "Skor yob skor"

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. miez3

      Salam Dr..teman sokong kata2 mike tu...pasukan kita banyak kehilangan bola bila di tengah padang...mungkin kekurangan idea bak kata mike...lagi satu bila diperhatikan pemain2 kurang kreatif..yelah,mungkin deme pun masih muda dan masih menagih pengalaman...teman tak kisah semua tu...yang penting kerjasama sesama pasukan didalam team dipereratkan dan membentuk satu gandingan mantap utk masa hadapan...semalam pun teman tengok pemain2 masih malu2 dihadapan penyokong dan juga dgn pihak lawan...takpe lain kali cuba lagi...skor yob skor!

      Likes(0)Dislikes(0)
  2. juanzargus

    Kenyataan M. Karathu tu sebelum sepak mula dan mmg dia turun team kedua, jadi boleh terima, ini taktik simpan kuku atau saja pancing ke saja sembunyi kekuatan sebab nanti jumpa team selangor juga, tapi besar sangat jurang gol,'whatever',siapa yang mainkan?Ada masa lagi perbetulkan jangan nampak sangat jurang '1st team and 2nd team'.
    26hb nie aku balik kampung, harap-harap dapat ke stadium, lama betul dah tidak turun ke ipoh. ipoh tungguuuu...

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. dato

    Assalamualaikum dan salam sejahtera buat Seladang.net dan teman-teman..Berkenaan perlawanan test match dengan pasukan selangor saya beranggapan jurulatih M Karathu membuat keputusan bijak dengan menguji pemain berbadan besar untuk mendapatkan keputusan pemain mana yang sesuai diturunkan ketika bermain dengan pasukan yang kuat dan lemah..Oleh itu setiap strategi dan susunan pemain dapat diatur bagi mendapatkan ramuan yang berkesan..Dengan gandingan M Karathu dan Raja Azlan Shah saya berasa yakin yang pasukan Perak akan memberi saingan sengit dalam liga yang akan bermula Januari depan..Teruskan usaha..Perak Tetap No. 1..

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. razlan

    kepada pemain dan peminat....jangan rasa keciwa dengan keputusan semalam. ini lah masanya untuk coach melakukan experimen kepada pasukan. coach azrai pun pernah melakukannya... adalah lebih baik melakukannya sekarang dari semasa liga super telah bermula nanti.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. syidi

    Salam Kepada Semua warga Seladang.net. Kalah atau menang bukanlah bermakna lemah. Tajuk utamanya pun Perlawanan Persahabatan yang dikategorikan sebagai 'Test Match'. Jadi Saya amat yakin dengan M Karathu yang memang kaya dengan taktik, strategi dan taktik Psikologi.

    Teruskan Usaha, Selamat Maju Jaya.

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. YB

    Terima kasih kepada rakan-rakan yang datang semalam iaitu azaha, axlrose, nizam, miez3, harry, dr kampung, zulzia, dan beberapa kawan-kawan lain yang teman tak sempat nak tanya nama semalam. Termasuk juga Saiful dan rakannya dari HKC yang duduk sekali dengan rakan-rakan dari seladang.net.

    Apapun kome semua memang best !!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. razlan

    terharu juga teman geng hkc dapat duduk sekali dgn geng SDN... mungkin dapat diadakan futsal SDN lwn HKC utk mengeratkan lagi silaturahim

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. irKupa

    teruskan usahe skuad seladang...jgn putus asa. baru test match. teman tetap menyokong penuh dari belakang, tepi, depan, atas dan bawah....semoga Perak tetap no 1.

    ~kejor yob kejor~

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. kia_dgreat

    salam...takda apa yg harus kita malukan dengan kekalahan ini. ini adalah percaturan yg baik untuk coach dan pasukan.kita akan mampu belajar lebih banyak ilmu bagi setiap perkara baru yang kita cuba lakukan. teman tetap yakin dengan pasukan kita untuk pergi lebih jauh. bagi teman 'KUANTITI BUKAN LAH MENJAMIN KUALITI'.oleh itu kekalahan ini adalah ilmu untuk untuk barisan yob kita memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan.teman tetap setia. ape-ape pun perak tetap no 1....

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. san

    Belajar dari kesilapan..

    sean tak kira sama ada pemain utama atau simpanan, kalau dah namanya test match, ujian tetap ujian.. kalah menang tetap diambil kira.

    kalau permainan mlm itu memang dikuasa oleh Selangor, sepatutnya pertahanan perlu bertahan dan terus bertahan, tapi apakan daya serangan bertali arus dengan pemain pertahanan yang kurang pengalaman dan bahagian tengah yang tidak menjadi.. sepatut menjadi pengajaran berguna lagi-lagi bermain di tempat lawan..

    suasana dalam perlawanan sebenar akan lebih tertekan, dengan sorakan pihak lawan akan pengaruhi mental pemain-pemain muda kita.

    apapun masih belum terlewat untuk mereka membaiki kesilapan-kesilapan tersebut, peluang mereka untuk berjaya memang besar sekiranya mereka terus bersama pasukan perak dan bermain kerana maruah.

    p/s - sean duduk bebetul kat sebelah banner seladang.net.. kuikui

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.