Perak Vs PKNS FC | Test Match (result)

Rabu 3 Disember 2008
Stadium Perak, Ipoh
4:45 petang

Perak 3 – 0 PKNS FC

Perak berjaya menewaskan pasukan PKNS FC pada perlawanan ’test match pertama’ yang diadakan di Stadium Perak, Ipoh petang tadi dengan keputusan 3 – 0. Kehadiran penonton juga agak baik apabila jumlah mereka mampu memenuhi sebahagian kawasan grandstand.

Gol pertama Perak dijaringkan oleh Shahrizal Saad melalui satu tandukan lambung yang cantik melepasi jangkauan penjaga gol lawan hasil sepakan percuma dari sebelah kiri diluar kotak penalti PKNS FC yang diambil oleh Benedict Martin.

Bersambung pada babak kedua permainan, Razali Umar pula menyumbat gol kedua pasukan juga melalui tandukan hasil sepakan percuma yang diambil oleh Benedict Martin.

Chun Keng Hong turut meletakkan nama beliau sebagai senarai penjaring apabila mudah menolak masuk bola muntah dari penjaga gol lawan hasil keadaan kelam kabut di depan pintu gol yang berpunca dari sepakan percuma yang diambil oleh Benedict Martin.

Penolong Jurulatih Perak, Raja Azlan Shah ketika dihubungi berkata secara keseluruhan beliau berpuas hati dengan keputusan tersebut namun pada hakikatnya masih terlalu banyak yang perlu diperbaiki pada perlawanan yang akan datang nanti.

“Kita akan mengadakan beberapa lagi siri perlawanan “test match” dengan pasukan yang lebih hebat sekitar bulan Disember ini termasuk perlawanan di Lembah Klang untuk memenuhi permintaan pasukan lawan dan peminat disana”

“Terima kasih kepada peminat yang hadir memberikan sokongan kepada pasukan petang tadi dan semoga kemenangan ini menjadi pendorong semangat untuk pemain mencapai kemenangan ketika menentang Kuala Muda Naza minggu hadapan” ujar beliau.

Likes(0)Dislikes(0)

9 thoughts on “Perak Vs PKNS FC | Test Match (result)

  1. syidi

    Tahniah...Perbaiki kelemahan dan tingkatkan prestasi setiap masa. Yang paling penting, pemain perlu patuhi arahan Jurulatih.

    Saya yakin pasukan Perak boleh membuka mata ramai pihak selepas ini. Buktikan bahawa kita bukan calang-calang pasukan. Ada yang sengaja melabelkan kita sebagai pasukan 'hingusan'. Anggaplah itu hanya 'tin kosong' yang cuba melemahkan semangat kita.

    Teruskan usaha. Perak boleh. Serapkan semangat Seladang yang memang sinonim dengan Perak dalam diri.
    HIDUP PERAK!! KEJOR YOB SKOR!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. nemophat86

    Tahniah buat skuad perak kerana dapat menunjukan prestasi yang cemerlang walaupun semua dikatakan pemain muda yang membarisi skuad perak kali ini.Kita buktikan pada pengkritik2 di luar sana.Harap M.Karathu dapat bimbing skuad perak di persada yang lebih cemerlang..

    Go!Go!Go!PERAK 4ever

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. yobjay

    aku yakin team yg ada skrg boleh pegi jauh. walau fahaman politics yg berbeza tetapi matlamat perjuangan bolasepak perak tetap sama. kejo yob score, salam perkenalan dari teman

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. matahari_terbit

    tahniah kepada Benedict Martin,kerana gol gol berpunca dari anda. tingkatkan lagi permainan anda. tahniah juga kepada jurulatih jurulatih yang membimbing pasukan kerana anda mampu menjadikan pasukan perak digeruni. kalau inilah keputusan ketika perlawanan persahabatan tidak mustahil ketika perlawanan sebenar ianya akan lebih hebat dari sekarang. tentu pemain senior yang telah meninggalkan perak rasa menyesal seumur hidup. diharapkan pemain pemain muda kita terus berkembang maju dan mampu berdaya saing dengan pemain handalan malaysia. teman sayangkan pasukan perak untuk selamanya

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. doyan

    alhamdulillah keghaner menang semalam.3 gol daghi set piece...baghuih la kalo nak dibandingkan set piece2 daghi star2 Perak yang baghu blah dulu.semoga Pemain2 Muda Perak dapat menyerap semangat kemenangan tanpa ada perasaan keyakinan yang berlebihan.god Job young Yob....

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. miez3

    Semangat baru...tekad yg baru...inilah yg kami semua impikan..walaubagaimanapun janganlah leka...teruskan usaha...tahniah atas kemenangan tersebut

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.