Perak Vs Perlis | Test Match

Jumaat 19 Disember 2008
Stadium Perak, Ipoh
4:45 petang

’Test match’ ketiga pasukan Perak adalah menentang pasukan liga super, Perlis pada petang jumaat ini di Stadium Perak. Pada perlawanan ‘test match’ yang kedua tempohari, Perak telah mengikat pasukan Kuala Muda dengan keputusan 1 – 1 hasil jaringan Benedict Martin.

Penolong jurulatih pasukan Perak, Raja Azlan Shah ketika dihubungi berkata “Kita masih lagi di dalam proses mencari penyesuaian antara pemain. Terlalu banyak yang perlu diperbaiki namun kemenangan akan diusahakan sebaiknya sebagai pembakar semangat dikalangan pemain.” jelas beliau kepada wakil seladang.net ketika dihubungi sebentar tadi.

Peminat bolasepak Perak dijemput hadir memberikan sokongan pada perlawanan ini.

Likes(0)Dislikes(0)

4 thoughts on “Perak Vs Perlis | Test Match

  1. syidi

    Ternyata, Skuad Seladang muda semakin serasi dan Jurulatih telah menemui percaturan yang ideal dengan pasukan. Setakat ini, dilihat 'senjata' utama kita adalah tendangan percuma yang ditugaskan kepada Benedict.

    Kebijaksanaan mempergunakan peluang yang ada boleh meletakkan pasukan kita duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan pasukan-pasukan yang dikatakan mempunyai pemain yang lebih berpengalaman.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. miez3

    Diharap pemain Perak jangan terlalu merendah diri dalam perlawanan ini...jadikan ianya satu pengalaman berharga buat bekalan di hari kemudian...kalah atau menang tidak mengapa...yang penting perjuangan perlu diteruskan bagi menggapai cita dan objektif keseluruhan pasukan...skor yob skor!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. PutihKuningHitam

    teman sokong dgn miez3..kuatkan semangat anda..biarpun jln itu panjang,bersama kita merintisnya perlahan2..beberape kali gagal bukan persoalan yang penting berape kali kita bangun lepas jatuh..hidup yob!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.