Perak Vs Perlis | Test Match (result)

Jumaat 19 Disember 2008
Stadium Perak, Ipoh
4:45 petang

Perak 1 – 0 Perlis

Skuad seladang menewaskan pasukan singa utara, Perlis dalam perlawanan ’test match ketiga’ yang dilangsungkan di Stadium Perak petang tadi dengan jaringan 1 – 0. Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh pemain piala Presiden Perak, Mohd Safwan Mahayuddin melalui satu tandukan yang menarik pada separuh masa pertama.

Terdapat beberapa lagi peluang untuk pasukan Perak terutamanya dari Razali Umar namun tidak bernasib baik dan permainan tamat separuh masa pertama dengan keputusan tuan rumah masih mendahului dengan 1 – 0.

Pada separuh masa kedua, Perlis yang menggunakan khidmat penyerang kebangsaan Nizaruddin Yusof buntu untuk mencari jaringan lalu digantikan dengan Ahmad Fakri Saarani yang bergandingan bersama Haris Safwan.

Perak turut mengancam kubu Perlis dengan serangan dari sebelah tepi melalui K. Thinagaran yang memperolehi beberapa peluang namun penyudahan yang sedikit gopoh menghalang skuad seladang dari menambah koleksi gol pada petang tersebut.

Jurulatih Perak, M. Karuthu ketika dihubungi berkata kemenangan ini memang cukup menggembirakan kem Perak kerana menentang pasukan bimbingan Irfan Bakti yang mempunyai ramai bekas pemain berpengalaman.

Ditanya tentang persembahan keseluruhan pasukan beliau berkata “Kebanyakan pemain Perak memang kekurangan dari segi pendedahan permainan tetapi dari segi kepantasan dan stamina saya berpuas hati dengan prestasi semasa pemain-pemain Perak”.

“Mereka mengikut arahan yang diberi oleh saya sewaktu berada dipadang dan sebarang kesilapan akan dicatitkan oleh saya untuk diperbaiki kemudian. Tumpuan kini adalah untuk mempertajamkan jentera serangan supaya lebih efisen dalam mencetak gol ”

“Minggu hadapan kita akan berhadapan dengan pasukan penuh berpengalaman dan hebat iaitu Selangor di Shah Alam. Ini adalah peluang terbaik penyokong di Lembah Klang untuk menyaksikan pemain-pemain muda Perak bermain. Mungkin kita mampu membuat sedikit kejutan ke atas Selangor ” ujarnya mengakhiri perbualan bersama wakil seladang.net.

Likes(0)Dislikes(0)

10 thoughts on “Perak Vs Perlis | Test Match (result)

  1. PutihKuningHitam

    Bravo!!!!sedikit sebanyak pasukan ini sudah mula menunjukkan peningkatan..lepas ini tunjuk pula kepada selangor yg rata2 terdiri daripada pemain kita dulu.semoga berjaya untuk perak!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. matahari_terbit

    kalau inilah keputusan maka tidak mustahil pasukan perak untuk musim hadapan yang hanya tinggal berapa hari saja lagi, skuad skor yob skor pengancam kepada pasukan lain untuk merebut kejuaraan liga super, piala fa, piala malaysia malah mungkin juga mampu membuat sang kenari berputih mata untuk menjadikan perak pasukan belasahan...... m.karathu dan raja azlan gandingan jurulatih yang paling mantap di dalam negara ini.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. seansan02

    salam, semalam sean sempat pergi lepas babak pertama lepas beli kacang putih.. sean terus duduk dalam..terkejut, penonton tidak kurang hebatnya.. lebih sikit dari perlawanan Kuala Muda Naza tempohari. (mungkin dalam paper dah siap-siap bagitau)

    Ramai juga yang pakai baju kerja terus ke stadium.rumusan yang sean nampak babak kedua , memang 'player' perak bersemangat tahap 'super power'.

    selalu penyerang dan habis kuat pun pemain tengah yang kena 'tackle'. ini sampai ke 'defend' perlis pun kene tackle dengan 'player' perak.. bayangkanlah.. punya semangat nak dptkan bola kembali. 3 ke 4 kali juga la 'striker' kita 'foul tackle defend' perlis.

    dan mcm biasa, 'defend' kita ok. tengah masih kurang dapat bola dan susah sikit untuk penyerang cari peluang.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. syidi

    Saya tidak dapat membayangkan apa yang akan terjadi Tahun 2009. Ini kerana, rata-rata peminat bola sepak tempatan berpendapat, 'habislah Perak, pemain senior semua sudah cabut, 'diayam-ayamkan' lah tahun depan'.

    Memang pedih ulu hati, rasa teringin sedekah sepenyepak dua ke muka hamba Allah berkenaan. Tapi sekarang, Lihatlah Dunia!, segalanya akan berubah, jangan disangka umur setahun jagung tidak dapat menggegarkan dunia. Wahai sahabat negeri jiran, timur barat utara selatan, nantikan kemunculan Seladang Muda berjiwa kental di tempat anda!

    Kepada pengkritik terdahulu, 'Watch Your Mouth'. Bak kata pepatah, CaKap Siang Pandang-Pandang, Cakap Malam Dengar-Dengar' sebab gelap. Jangan main serkap jarang, cukup bahaya sahabat.

    Kepada Pemain-Pemain Perak, bersiap sedialah untuk membaham mangsa seterusnya. Mangsa yang agak liat katanya. HIDUP YOB! HIDUP PERAK!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. belanak

    Salam dan tahniah diucapkan kepada jurulatih, pemain, pihak pengurusan dan penyokong.. Anda telah buktikan kepada pihak luar di sana bahawa kita BOLEH!

    Teruskan usaha dan jangan mudah putus asa. Teruskan perjuangan hingga ke akhir musim.

    Jangan pandang ke belakang dan terus maju ke hadapan. Kami penyokong tetap sentiasa bersama Pasukan Perak walau sesiapa jua yang mewakili Kejor Yop Kejor, muda atau senior, tidak kira asalkan usaha tangga kejayaan.

    Tidak sabar rasa nya perlawanan seterusnya di Lembah Klang. Bak kata orang, PERAK ni bakal belasahan, tetapi mereka silap dan tersangat SILAP besor...

    Inilah semangat JIWA MUDA! Hidup YOB! HIDUP PERAK!! SKOR YOP SKOR! Jiwa kental!

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. huzaili

    alhamdulillah,aq tengok banyak perkembangan positif pada pasukan Perak berwajah baharu ini.kalau pasukan yang ramai pemain senior pun pasukan Perak boleh tumbangkan,insya Allah pasukan Perak musim baru ni akan ada peluang besar untuk rangkul peluang sekurang-kurangnya 1 kejuaraan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. juanzargus

    tahniah. seladang junior,sudah rempuh sang singa, selepas ini, pastikan 'giant doremon' tumbang. minta-minta ada peluang lagi vs selangor nanti

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. irKupa

    tahniah yob. teman bangga dengan kamu semua..biar apa orang kata, harap semua boleh pergi jauh.'gain as much experience as you can', jangan biar maruah bola sepak negeri diperlekehkan.

    ~kejor yob kejor~
    ~score yob score~

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. gibauk

    Syukur alhamdulillah. Peningkatan yang memberangsangkan. Pencarian untuk pemain utama skuad 2009 mula menampakkan hasil. Tak terlalu awal untuk saya mengucapkan TAHNIAH dan jutaan TERIMA KASIH buat coach Karathu dan asisstant coach Raja Azlan kerana berhempas pulas untuk membina semula pasukan Perak yang agak goyah sebelum ini..
    Kepada para pemain moga anda terus mempamerkan prestasi terbaik bukan sahaja pada perlawanan persahabatan tapi berterusan sepanjang musim..

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. miez3

    Syabas anak-anak muda Perak dan tidak ketinggalan juga kepada para 'coach' dan pegawai yang mengendalikan pasukan.sudah terlihat komitmen yang baik antara kesemua pihak. harap dapat dikekalkan hendaknya. Teman yang duduk jauh di mata ni terharu bila dapat berita yang Perak sedang mendahului sejak dari babak pertama lagi. hati ini tambah riang bila Perak diberitakan menang perlawanan tersebut dengan keadaan pemain-pemain yang dikatakan begitu bersemangat ketika berada di atas padang. terima kasih semua.teruskan perjuangan!!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.