Perak Vs Kuala Muda Naza | Test Match

Sabtu 13 Disember 2008
Stadium Perak, Ipoh
4:45 petang

Perlawanan ’test match’ kedua skuad seladang bakal dilangsungkan di Stadium Perak pada sabtu ini menentang pasukan kelab dari Kedah, Kuala Muda Naza yang baru dinaikkan ke liga super selepas menjuarai liga premier musim lalu.

Perak pada perlawanan ‘test match’ yang pertama tempohari telah menewaskan PKNS FC dengan keputusan 3 – 0 hasil jaringan Shahrizal Saad, Razali Umar dan Chun Keng Hong.

Peminat bolasepak Perak dijemput hadir bagi menyaksikan perlawanan ini.

Likes(0)Dislikes(0)

4 thoughts on “Perak Vs Kuala Muda Naza | Test Match

  1. D_08

    Memandangkan Player Malaysia pun dah takde perlawanan apa-apa pun lagi. KM Naza pasti akan menurunkan pasukan terkuat walaupun perlawanan ini hanyalah 'test match'. In termasuklah Shukor Adan yang diberitakan sebelum ini telah bersetuju bermain dengan DPMM tetapi telah menukar fikiran di saat-saat akhir. Dengan nama-nama besar yang ada dalam pasukan KM Naza seperti Shukor Adan, Liew Kit Kong, Akmal Rizal, Zulhissyam Jamaluddin, Mat Saiful Mohamad, K. Rajan ,MOhd Nor Ismail, B Rajnikandh, Anuar Jusoh, Farderin Kader dan penjaga gol, Azizon Abd Kader. . Pasti KM Naza akan berhabis-habisan menentang Perak nanti. Maklumlah pasukan Perak kali ni 'team' 'biasa-biasa' je. Majoriti pemain-pemain muda dalam pasukan Perak kali ini. Sementara itu, Perak pula bakal mendapt kembali Subra dari kem pasukan kebangsaan. Perak pula setelah menang dengan PKNS tempoh hari, pasti mahu meneruskan rekod cemerlang di hadapan penonton sendiri. Selain itu , perlawanan 'Test Match' ini juga merupakan satu strategi terbaik untuk memastikan pemain Perak dapat menyerap tekanan bermain di hadapan penyokong fanatik nanti.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. syidi

    Untuk semua pemain, saya ucapkan selamat membuktikan kemampuan anda. Perlawanan ini bertujuan menguji tahap persediaan pemain dan jurulatih. Seperti yang saya utarakan sebelum ini, adalah penting untuk pemain mematuhi segala arahan Jurulatih. Ianya akan menentukan cuaca permainan sama ada ianya suram atau menjadi.

    Pada pandangan saya, pemain muda lebih mudah untuk aturgerakkan daripada pemain-pemain senior. Cuma tinggal pemain itu sendiri yang perlu mempersiapkan fizikal dan mental mereka untuk siap sedia melaksanakan arahan yang diberikan.

    Selamat membuktikan kemampuan, sentiasa memandang di hadapan dan jangan sesekali berbangga dengan kejayaan dan diharamkan sama sekali meratapi kekecewaan lalu. Perkara yang berlalu abaikan.

    Hidup YOB!!! SKOR Yob SKOR!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. irKupa

    semoga maju jaya kpd player2 Perak Darul Ridzuan..biarpun MASIH MUDA, tak bererti anda tidak MATANG...pendedahan dari awal dapat mematangkan anda semua. Harap M Karathu dan Raja Azlan dpt kembalikan martabat Perak...JANGAN CONTOHI MALAYSIA serta COACHNYA..nak tunggu dah umur 40 baru nak ckp matang...

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.