Perak Vs Kuala Muda Naza | Test Match (result)

Sabtu 13 Disember 2008
Stadium Perak, Ipoh
4:45 petang

Perak 1 – 1 Kuala Muda Naza

Perak mengikat Kuala Muda Naza dengan keputusan 1 – 1 pada perlawanan ’test match kedua’ yang diadakan di Stadium Perak petang tadi. Gol pertama pasukan pelawat hadir seawal separuh masa pertama hasil tandukan Liew Kit Kong berpunca dari sepakan sudut.

Hujan yang turun agak renyai petang tersebut membuatkan kedua-dua pasukan lebih berhati-hati apabila membuat hantaran dan juga gerakan. Tamat separuh masa pertama dengan keputusan Kuala Muda Naza masih mendahului tuan rumah dengan 1 – 0.

Bersambung babak kedua permainan, hujan telah pun reda dengan Perak membuat beberapa pertukaran dipelbagai posisi dan hasilnya pada minit ke 63, Benedict Martin menyempurnakan satu sepakan percuma dari luar kotak penalti lawan yang terus melencong masuk melepasi jangkauan Azizon Kadir untuk menjadikan keputusan 1 – 1.

Selepas itu terdapat beberapa percubaan menarik antaranya dari Razali Umar namun gagal untuk menambahkan sebarang gol. Jurulatih Perak, M. Karuthu ketika ditemui berkata keputusan ini sudah cukup baik kerana Kuala Muda Naza adalah juara liga premier musim lalu disamping mempunyai barisan pemain-pemain berpengalaman.

Ketika ditanya tentang persembahan ketua pasukan yang baru iaitu S. Subramaniam pada petang tersebut beliau berkata “Walaupun beliau baru pulang dari kejohanan Piala AFF persembahannya perlu diperbaiki kerana umum mengetahui S. Subramaniam tidak diturunkan pada perlawanan di Phuket tempohari”.

“Sebaik mana sekalipun pemain tersebut jika tidak diberi peluang bermain pasti akan membuatkan prestasi mereka ‘berkarat’ dan perlu ‘diasah’ semula bagi mengembalikan ketajaman dan keupayaannya sewaktu beraksi”

“Keputusan seri ini pasti akan meningkatkan lagi semangat pemain-pemain muda saya untuk mempamerkan satu lagi perlawanan berkualiti ketika bertemu dengan pasukan Perlis minggu hadapan” ujar beliau mengakhiri perbualan bersama wakil seladang.net.

Secara umumnya kehadiran penonton cukup baik apabila membanjiri sebahagian besar tempat duduk grandstand disamping kehadiran istimewa Presiden PAFA, Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin pada petang tersebut.

Likes(0)Dislikes(0)

11 thoughts on “Perak Vs Kuala Muda Naza | Test Match (result)

  1. syidi

    Syukur...

    Tahniah kepada barisan pemain Skuad Seladang yang telah berjaya mengikat kedudukan 1-1 dengan KM NAZA yang majoritinya dibarisi oleh pemain-pemain yang berpengalaman.

    Sikap positif para pemain dilihat pencetus semangat juang yang tiada taranya. Ini kerana, bukan senang barisan muda untuk menyekat atau menyaingi pemain yang lebih berpengalaman melainkan mereka memiliki semangat juang yang tinggi dan tidak menghiraukan langsung siapa lawan mereka. Teruskan berjuang, ingat walau apa pun yang terjadi, kami tetap di sini, untuk menyokong mengkritik demi kebaikan semua.

    Satu lagi ingatan penting. Jangan mudah berasa selesa dengan pujian. Lupakan segalanya, mulakan azam baru untuk lakukan yang terbaik pada hari esok. Pengalaman yang lepas jadikan teladan atau sempadan bukan satu keselesaan.

    HIDUP YOEP!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. juanzargus

    ok selamat berjaya Perak baru....kenangkan aku duk jauh kat melaka je.....kalo dekat dah lama sampai stadium tu....ape2 hal next week pastikan perlis jadi habuan lak....kalo ade peluang gentel skit kaki fakri tu baru ada nama skit dah cabut...

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. myo abol as

    So far ok la kalau nak compare game ngan PKNS aritu. Game ngan KM Naza semalam nampak ade sedikit peningkatan, dari segi corak permainan, dah ada sikit gerakan-gerakan yang cuba dilakukan oleh para pemain. Kena banyakkan lagi test match macam ni supaya para pemain dapat menyesuaikan diri ngan corak dan taktikal coach, rasanya kena lakukan dalam masa singkat yang kita ada ni. Ade hantaran-hantaran yang cuba dilakukan oleh pemain tengah yang hampir-hampir menjadi, Noor Hazrul tu rasanya boleh diserahkan peranan sebagai midfielder, lagipun dia dikira orang lama, cuma beliau kena tingkatkan sedikit persembahannya dan yang penting kena kreatif. Itu yang teman nampak, kalau dapat midfielder yang boleh jadi mastermind memang bagus sebab kita mempunyai pemain sayap dan striker yang agak lincah dan laju serta stamina yang kuat. Sekiranya, individu2 lama dalam PAFA tidak mengeruhkan keadaan seperti yang berlaku rasanya pemain-pemain muda ni dah lama dah boleh sesuaikan diri dengan corak permainan dan taktikal yang diserapkan. Akhir kata, teruskan perjuangan dan kuatkan semangat. Kami sentiasa dibelakang anda. Bak kata slogan team Liverpool la, 'you'll never walk alone'.....

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. PutihKuningHitam

    Alhamdulillah..syukur kpd tuhan..
    At least dpt mengembalikan kepercayaan penyokong terhadap pasukan..
    semoga pasukan ini dpt mempertingkatkan lagi tahap permainan ke peringkat seterusnye..
    teruskan usahe kalian..
    selamat berjaya!

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. adebayor

    Teman yakin barisan muda kita mampu memberi yang terbaik untuk penyokongnya,cuma diharapkan penyokong pulak jangan menyokong ketika menang je bila kalah ada pemain yang kena kutuk.Kita terus beri sokongan pada mereka,bior pasukan lain tabik kat pasukan baru ni.Tengok je Arsenal ramai pemain muda tapi mereka juga mampu buat yang terbaik

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. irKupa

    sekali lagik teman menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kalian semua..majulah sukan bola sepak negeriku..

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. seansan02

    tahniah gak la kat player2 tuh.. defend sean rasa tak de masalah.. cuma bahagian serangan perlu banyakkan peluang utk dijadikan gol..

    sean duduk bucu corner nampak jelas gol cantik benedict martin menewaskan penjaga gol terbaik negara bak kata B. sathi.. dia bagus, displin ade.. 90 minit tak nampak baju die terkeluar dari seluar..

    lain-lain pun ok.. go perak!!

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi

      Betul Seansan 02..

      Baju 'tight in' 90 minit permainan melambang disiplin diri yang tinggi. Memang benda nampak remeh tapi cukup bermakna. Patut semua pemain contohi Benedict. Teruskan Benedict!!

      Likes(0)Dislikes(0)
  8. miez3

    Rentak untuk menggugat dah nampak...maklum le rata-rata pemain lawan terdiri daripada pemain-pemain lama yang ternama...tahniah kepada pasukan baru Perak kerana memberi saingan biarpun ketinggalan satu ketika...mereka juga dah buktikan bahawa pemergian pemain2 lama ada penggantinya....teman pun belum lagi nengok deme ni beraksi maklum le jauh dari stadium...apapun teman nunggu deme ni main di sekitar Lembah Klang....teruskan perjuangan...Skor Yob Skor!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. padiltaiping_81

    Walaupun teman tak tgk perlawanan tu, tapi teman dapat rasakan bahawa team baru perak ni makin menunjukkan peningkatan permainan berdasarkan result seri 1-1 dengan km naza yg ramai player2 yg dah ada nama di persada bola sepak malaysia.

    Teman yakin jika permainan yg bersemangat dan berkesungguhan tinggi dipamerkan oleh pasukan baru perak ini berterusan dan berusaha meningkatkan prestasi permainan mantap dari masa ke masa,tidak mustahil skuad muda perak mampu memberi tentangan hebat dalam pertandingan musim hadapan sekaligus dapat merangkul satu piala...insyaallah...

    yang penting kerja kemas dan kuat dari semua pemain dan pihak pengurusan PAFA untuk memajukan mutu prestasi permainan pasukan perak..

    Teman tetap menyokong Perak dari luar organisasi team perak..maju PERAK maju...

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.